SMA SHAMSUL MAARIF AL-WATANIAH
PARIT TANJUNG PIANDANG, 34250 TANJUNG PIANDANG
PERAK DARUL RIDZUAN
(SAMAWAT)
MODUL E -PANDUAN
PROGRAM MENTOR-MENTEE /
USRAH
“GURU PENYAYANG, INSAN CEMERLANG, MURID TERBILANG
“Mendidik Generasi Rabbani”
Oleh:
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah dengan kerjasama SUMUR
SAMAWAT : RAJIN-SOPAN-CERGAS
MARI BERKENALAN
TAJUK 1 : Mari Berkenlan
TARIKH : 22 April 2022 (Jumaat)
MASA : 12.00– 12.30 t/hari (30 Minit)
OBJEKTIF : 1. Memupuk kemesraan
2. Menanam rasa penting dah dihargai
3. Membina sikap kerjasama dalam satu pasukan
Aktiviti :
Mentor akan memulakan sesi dengan memperkenalkan diri terlebih dahulu kepada semua
mentee yang hadir.
Mohon setiap mentor memperkenalkan diri masing-masing (Nama Penuh, gelaran, asal,
makanan & minuman kegemaran, idola, target di sekolah)
Sesi perkenalan ini akan berjalan sehingga kesemua mentee memperkenalkan diri masing-
masing.
Mentor akan membantu dalam merancakkan lagi sesi perkenalan ini dengan aktiviti yang
dirasakan bersesuaian dengan suasana.
Rumusan :
Berkongsi pengalaman semasa menjalankan aktiviti
Mengaitkan aktiviti yang dijalankan dengan kehidupan harian, misalnya mesti mengenali
orang disekeliling.
Komunikasi positif antara rakan-rakan perlu galakan.
1
ADAB MENUNTUT ILMU
TAJUK 2 : Adab Menuntut Ilmu
TARIKH : 27 Mei 2022 (Jumaat)
MASA : 12.00 – 12.30 t/hari (30 Minit)
OBJEKTIF :
1. Adab menuntut ilmu tidak boleh dipisahkan dalam proses pembelajaran di rumah dan di
sekolah.
2. Menghormati ibubapa dan guru asas kejayaan seorang anak serta murid.
3. Menyedari betapa pentingnya barakah dan keredhaan ibubapa dan guru untuk kejayaan dunia
dan akhirat.
Aktiviti :
Mentor meminta seorang mentee bercerita tentang adab bersama dengan ibu bapa dan
guru.
Mentee lain boleh bertanya tentang cara & adab yang diredhai oleh Allah swt dengan
ibubapa dan guru.
Naqib menyenaraikan adab-adab yang perlu ada pada anak dan murid.
Mentor membuat rumusan aktiviti yang dijalankan.
Rumusan :
Adab menuntut ilmu amat penting sebagai tiket kejayaan seseorang anak dan murid di
dunia dan di akhirat.
Tanpa adab ini, anak dan murid pasti tidak akan berjaya.
Jaga dan amalkanlah adab yang disukai oleh Allah terutama dengan ibubapa dan guru serta
masyarakat.
2
MATLAMAT HIDUPKU!!
TAJUK 3 : Matlamat Hidupku
TARIKH : 24 Jun 2022 (Jumaat)
MASA : 12.00 – 12.30 t/hari (30 Minit)
OBJEKTIF :
1. Memupuk dan menghidupkan fokus kepada matlamat hadir ke sekolah.
2. Memahami dan mengaplikasi erti dan kelakuan selaras dengan niat dan matlamat hidup.
Aktiviti :
Mentee menyatakan matlamat hadir ke sekolah setiap hari.
Mentor mengaitkan matlamat dengan cita-cita.
Mentor mengadakan perbincangan dengan mentee tentang cara mengekalkan matlamat
hidup sebagai murid cemerlang.
Mentor membuat rumusan keseluruhan.
Rumusan :
Matlamat perlu ada pada setiap orang insan untuk Berjaya.
Tanpa matlamat manusia tidak akan Berjaya.
3
KELUARGAKU
TAJUK 4 : Keluargaku
TARIKH : 27 Julai 2022 (Jumaat)
MASA : 12.05 – 12.30 t/hari (30 Minit)
OBJEKTIF :
1. Meningkatkan rasa hormat kepada semua ahli keluarga
2. Meningkatkan hubungan mesra dengan ahli keluarga
3. Melakonkan peranan setiap individu dalam institusi kekeluargaan
Aktiviti :
Mentor meminta mentee menyebut nama ahli keluarga.
Mentor bersoal jawab tentang panggilan dalam ahli keluarga
Mentee menyatakan pendapat cara meningkatkan kemesraan dengan ahli keluarga.
Mentor membuat rumusan terhadap aktiviti yang dijalankan.
Rumusan :
Melahirkan budaya “Yang tua dihormati, yang muda disayangi”.
Berbudi bahasa, budaya hidup kita.
Komunikasi yang berkesan akan melahirkan sebuah keluarga yang harmoni.
4
AKU BOLEH
TAJUK 5 : Aku Boleh !
TARIKH : 26 Ogos 2022 (Jumaat)
MASA : 12.05 – 12.30 t/hari (30 Minit)
OBJEKTIF :
1. Menyenaraikan kebolehan dan kelemahan diri.
2. Mengetahui cara-cara untuk meningkatkan kebolehan diri serta membaiki kelemahan diri
Aktiviti :
Mentee diberi masa oleh mentor untuk berfikir tentang kelebihan dan kelemahan diri
sendiri.
Mentee yang suka rela menyatakan kelebihan dan kelemahan diri sendiri.
Soal jawab dan sumbangsaran tentang bagaimana untuk meningkatkan kebolehan diri
dan membaiki kelemahan diri.
Mentor membuat rumusan.
Rumusan :
Setiap individu mempunyai kebolehan dan kelemahan masing-masing.
Anggaplah kebolehan sebagai batu loncatan mencapai kejayaan dan kelemahan sebagai
peluang untuk membaiki diri.
Setiap orang tidak perlu rasa rendah diri terhadap kelemahan yang ada.
5
JASA GURUKU
TAJUK 6 : Jasa Guru
TARIKH : 30 September 2022 (Jumaat)
MASA : 12.05 – 12.30 t/hari (30 Minit)
OBJEKTIF :
1. Menyenaraikan peranan dan tugas seorang guru dengan lebih
meluas dan terperinci.
2. Menghargai jasa guru.
Aktiviti :
Mentor bertanya kepada mentee nama guru mata pelajaran yang mengajar dikelas
tersebut.
Mentee dibahagikan kepada kumpulan perbincangan dan berbincang tentang peranan
dan tanggungjawab seorang guru.
Pembentangan hasil dapatan dan ulasan daripada mentor
Rumusan :
Profesion perguruan adalah satu pekerjaan yang mulia
6
KAWAL DIRI
TAJUK 7 : Kawal Diri
TARIKH : 28 Oktober 2022 (Jumaat)
MASA : 12.05 – 12.35 t/hari (30 Minit)
OBJEKTIF :
1. Menyatakan apa yang menyebabkan emosinya terganggu.
2. Mengetahui bagaimana untuk mengawal emosi apabila berdepan dengan situasi yang
menganggu emosinya
Aktiviti :
Mentee bersoaljawab tentang aktiviti 1. Mentee membuat mimik muka gembira,
marah dan sedih untuk menggambarkan situasi emosi yang dialami.
Mentee menyatakan emosi yang dialami dan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya
berada dalam situasi tersebut.
Mentor membuat rumusan.
Rumusan :
Kita mestilah bijak bertindakbalas terhadap emosi yang dialami.
Segala emosi yang dihadapi akan mematangkan diri kita jika kita berjaya menanganinya
secara positif
7
TAJUK 8 KOMUNIKASI
TARIKH
MASA : Komunikasi yang berkesan
: 25 November 2022 (Jumaat)
: 12.00 – 12.30 t/hari (30 Minit)
OBJEKTIF : 1. Memahami asas kemahiran kominikasi dengan baik.
2. Menyedari potensi dan kebolehan dalam berkomunikasi dengan lebih baik
Aktiviti :
Mentee dibahagikan kepada kumpulandan tajuk seperti contoh:
a. Pengawas Sekolah– kes buli
b. Ketua Kelas –murid bising dalam kelas
c. Pengawas Pusat Sumber–murid tidak pulangkan buku
d. Pembimbing Rakan Sebaya – murid kurang menghormati guru.
Setelah selesai ,wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan dengan menggunakan
kemahiran asas komunikasi.
Mentor dan mentee membuat rumusan
Rumusan :
Setiap individu boleh berkomunikasi dan telah memiliki asas komunikasi.
Komunikasi yang berkesan memberi impak dalam kehidupan seharian
Kemahiran berkomunikasi boleh ditingkatkan melalui proses latihan.
8
TAJUK 9 JOM SAYANGI SEKOLAH
TARIKH
MASA : Jom Sayangi Sekolah
: 27 Januari 2023 (Jumaat)
: 12.00 – 12.30 t/hari (30 Minit)
OBJEKTIF : 1. Murid mendapat pengalaman baru melakukan aktiviti luar bilik darjah
2. Murid dapat menghargai kemudahan awam yang disediakan disekolah.
3. Murid menyayangi sekolah dan persekitarannya.
Aktiviti :
Sebelum melaksanakan aktiviti diluar bilik darjah, mentor akan bahagikan mentee
kepada dua kumpulan.
Pelaksanaan aktiviti riadah berjalan mengelilingi kawasan sekolah sambil
menyenaraikan 5 perkara baik dan 5 perkara tidak baik yang dilihat.
15 minit sebelum masa tamat, mentor meminta mentee berkumpul dan mentor akan
membuat rumusan terhadap 10 perkara tadi dan bagaimana cara untuk melahirkan
rasa sayang terhadap sekolah.
Rumusan :
Sebagai murid kita perlu menyayangi sekolah kita dengan menjaga kemudahan dan
prasarana yang disediakan.
Persekitaran yang kondusif mewujudkan suasana tenang dan nyaman.
Tak kenal maka tak cinta, kenali dan sayangi sekolah kita.
9
HALATUJU HIDUP
TAJUK 10 : Hala Tuju Hidup
TARIKH :
MASA : 12.00 – 12.30 t/hari (30 Minit)
OBJEKTIF : 1. Mentee tahu kemana hala tuju hidup semasa dan selepas alam persekolahan.
Aktiviti :
Mentor menyuruh mentee duduk dalam 1 bulatan besar.
Setiap mentee diminta berdiri dan menyatakan hala tuju hidup dari aspek.
a) Cita-cita
b) Gaji kerjaya yang diminati
c) Jenis Rumah Idaman
d) Jenis Kereta Idaman
Rumusan :
Jika ingin mencapai hala tuju hidup yang baik, kita perlu berusaha dengan lebih gigih
dan bersedia menyahut cabaran yang mendatang.
10