IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT
TUGASAN KERJA KURSUS
BMM1084 ASAS TATABAHASA BAHASA MELAYU
NAMA :NURUL TASNIM ‘ASYIQAH BT MOHD SALLEH
:2021292310050
ANGKA GILIRAN :01111407003
NO. TELEFON :BAHASA MELAYU SK
OPSYEN :AMBILAN JUN 2021
AMBILAN :BMMB 1084
KOD KURSUS :ASAS TATABAHASA BAHASA MELAYU
NAMA KURSUS :PUAN HJH KHALIDAH BINTI KHALID
NAMA PENSYARAH :JABATAN PENGAJIAN MELAYU
JABATAN/UNIT :24 OKTOBER 2021
TARIKH SERAHAN
Pengakuan Pelajar:
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Catatan (jika ada): Tarikh: __2_4__/_1_0_/_2_0_2__1__
Tandatangan pelajar: __________________________
TATATINGKAT DALAM TATABAHASA SERTAPEMBENTUKAN KATA TERBITAN DALAM
BAHASA MELAYU
1.0 PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Bagi pandangan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam tulisannya menurut Siti hajar (1996),
mengertikan tatabahasa sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan
bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk
menghasilkan ayat-ayat yang gramatis .Tatabahasa terbahagi kepada dua bidang iaitu
bidang morfologi dan sintaksis.Menurut Asmah Haji Omar(1993),morfologi ialah peninjauan
linguistik yang menitikberatkan hubungan antara morfen-morfen dan varian morfen
manakala menurut John.T. Jensen(1995) mentakrifkan morfologi sebagai kajian tentang
struktur dalaman perkataan.Menurut Nik Safiah Karim (2015) dalam Tatabahasa Dewan
Edisi ke-3,sintaksis ialah suatu kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mengkaji
kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu
Bahasa.Dengan kata lain,sintaksis ialah ilmu mengkaji ayat.
2.0 TATATINGKAT TATABAHASA
Dalam tatatingkat unit tatabahasa, sekurang-kurangnya terdapat lapan elemen bahasa yang
dapat disusun mengikut hirarki,iaitu:
2.1 WACANA
Wacana ialah unit bahsa yang melebihi batas ayat.Wacana boleh terdiri daripada ayat
,sejumlahayat,ceraian,dialog, buku,siri buku dan sebagainya,.Wacana dapat menyatukan
ayat dengan ayat lain dengan koherensi dan kohesi yang berkesinambungan, yang
mempunyai permulaan dan pengakhiran yang nyata dan disampaikan secara lisan atau
tulisan.Contonya,hal ini kerana,selepas itu dan sehubungan itu manakala melalui lisan
biasanya digunakan dalam pidato dan berita.
2.2 Ayat
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi yang mempunyai makna yang lengkap dan
sempurna,dimulai dan diakhiri dengan senyap serta mempunyai intonasi yang
sempurna.Ayat juga mempunyai subjek dan predikat.Contohnya,budak itu sedang membaca
buku di perpustakaan.Melalui contoh tersebut kita dapat melihat ayat itu mempunyai subjek
dan predikat iaitu budak itu sebagai subjek dan sedang membaca buku di perpustakaan
sebagai predikat.
2.3 KLAUSA
Klausa ialah unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat iaitu menjadi
unsur atau konstituen ayat.Klausa terbahagi kepada dua iaitu klausa bebas dan klausa
tidak bebas.Klausa bebas dapat berdiri dengan sendiri dan mungkin menjadi ayat lengkap
sekiranya mempunyai intonasi yang sempurna.Contohnya,budak itu membawa buku.Klausa
tidak bebas tidak dapat berdiri sendiri kerana tidak mempunyai subjek atau predikat atau
kata hubung yang dapat mengikat klausa berkenaan.Contohnya,Aqil berjaya mendapatkan
keputusan yang cemerlang dalam spm kerana dia belajar dengan giat dan bersungguh-
sungguh.
2.4 FRASA
Menurut Nik Safiah Karim (2015) dalam Tatabahasa Dewan ke-3,frasa ialah unit yang boleh
terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan atau
lebih.Frasa sangat berbeza dengan klausa kerana frasa hanya mempunyai subjek atau
hanya mempunyai predikat.Dalam konteks suatu susunan tatabahasa,frasa dapat
dikategorikan sebagai klausa atau frasa itu sendiri.Contohnya,Cikgu Tasnim,sedang makan
dan di taman.
2.5 PERKATAAN
Menurut Nik Safiah Karim(2015) dalam Tatabahasa Dewan ke-3,perkataan boleh ditakrifkan
sebagai bentuk bebas yang terkecil yang boleh berdiri sendiri dan binaannya tidak boleh
dibahagi atau dipisahkan kepada bentuk tatabahasa yang lebih kecil lagi.Perkataan juga
merupakan unsur kepada frasa.Bentuk yang mempunyai sifat sebagai bentuk tatabahasa
yang bebas dan terkecil serta mengandungi erti dipanggil perkataan.Contohnya,
baca,cawan,dan laut.Bentuk-bentuk ujaran tidak boleh digolongkan sebagai bentuk
perkataan kerana boleh dibahagi atau diperkecilkan kepada bentuk yang lebih kecil dengan
membawa maksud atau fungsi tatabahasa.Contonya,orang gila,bunga matahari dan jalan
mati.Perkataan juga boleh digolongkan dalam beberapa golongan iaitu kata nama,kata kerja
dan kata adjektif.
2.6.MORFEM
Menurut Nik Safiah Karim(2015) dalam Tatabahasa Dewan ke-3,morfem ialah unit yang
terkecil dalam Bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang menjalankan tugas
nahu.Morfem dan perkataan mempunyai perbezaan iaitu dari segi kebebasan iaitu dapat
berdiri sendiri.Semua perkataan bersifat bebas manakala morfem terbahagi kepada dua
iaitu morfem bebas dan morfem terikat.Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud
secara bersendirian manakala morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-
sama morfem lain.Morfem bebas tidak memerlukan morfem terikat untuk wujud tetapi
morfem terikat memerlukan morfem bebas untuk wujud.Lari,baca dan ajar merupakan
contoh bagi morfeem bebas manakala imbuhan ber- dalam berlari dan – an dalam ajaran
merupakan morfem terikat kerana tidak boleh wujud sekiranya tiada kata dasar.
2.7. FONEM
Menurut Nik Safiah Karim (2015) dalam Tatabahasa Dewan ke-3 fonem ialah unit penggalan
bahasa yang terkecil yang boleh membawa perbezaan makna.Contohya,kata bayang dan
sayang.Bunyi kata itu hamper sama tetapi yang membezakan mereka ialah [b] dan [s].Oleh
itu /b/ dan /s/ ialah fonem iaitu unit terkecil yang dapat membezakan makna.
3.0 PENERBITAN KATA
3.1 PENGIMBUHAN
Abdullah Hassan (2004) , pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada
kata dasar untuk membentuk kata terbitan.Pengimbuhan terbahagi kepada empat iaitu
awalan,akhiran,apitan,sisipan.Imbuhan awalan ialah imbuhan yang diletakkan di awal
perkataan.Contohnya, berlari,mengambil dan terpotong.Imbuhan akhiran pula imbuhan
yang diletakkan di akhir perkataan.Contohnya,jalankan,akhiri dan
ajaran.Seterusnya,imbuhan apitan bermaksud imbuhan yang mengepit kata dasar iaitu
diletakkan di awal dan akir perkataan secara serentak.Contohnya,menyanyikan,meminati
dan ditinggali.Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan
terbahagi kepada empat iaitu er-, el-, em- dan in-.Contonya,-el- dalam telunjuk,-in- dalam
sinambung,-er- dalam seruling dan -em- dalam cemerlang.
3.2PEMAJMUKAN
Menurut Nik Safiah Karim(2015) dalam tatabahasa Dewan ke-3,proses pemajmukan ialah
proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa
makna yang khusus.Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit,iaitu
bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.Contohnya pinggan plastik
ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan perkataan lain seperti yang. Kata majmuk
dapat dibahagikan kepada kepada tiga golongan iaitu rangkai kata bebas,istilah khusus dan
maksud kiasan.
Rangkai kata bebas Istilah Khusus Maksud kiasan
bebas terdiri sama ada
dalam golongan kata nama istilah khusus ialah kata kata majmuk yang maknanya
atau kata adjektif. gandingan untuk istilah- lain daripada makna yang
istilah yang khusus dalam ada pada kata-kata yang
Contohnya,alat tulis,bom pelbagai bidang. menjadi komponennya.
tangan dan bunga matahari
Contonya,segi tiga, atur cara Contohnya,anak
dan kemas kini. emas,tangan panjang dan
kaki bangku
Kata majmuk mempunyai bentuk kecualian:
Kata majmuk telah mantap
dieja secara bercantum
Contohnya,antarabangsa,beritahu,bumiputera,jawatankuasa,kakitangan,kerjasama,
olahraga,matahari,setiausaha,sukarela,suruhanjaya,tandatangan,tanggungjawab,
warganegara dan pesuruhjaya.
Selain itu, bentuk bukan kata majmuk yang lazimnya dieja
bercantum.Contonya,peribadi,sukacita,kepada,apabila dan bagaimana.Penggandaan kata
majmuk dapat dibahagikan kepada dua iaitu penggandaan unsur pertama kata sahaja dan
bentuk kecualian iaitu pengandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap.Contoh
penggandaanunsur pertama kata ialah alat-alat tulis,gambar-gambar rajah dan balai-balai
raya.Contoh penggandaan bentuk kecualian ialah,pesuruhjaya-pesuruhjaya,warganegara-
warganegara dan tandatangan-tandatangan.Kata majmuk boleh merima imbuhan untuk
menghasilkan kata terbitan.Pengimbuhan kata majmuk dibahagikan kepada dua bentuk
iaitu,kata majmuk yang menerima imbuan awalan atau akhir.Contohnya,bercampur
aduk,mengambil alih dan daya serapan.Selain itu,kata majmuk yang
menerimaimbuhanawalan seperti mencampuradukkan dan kedayaserapan.
3.2.PENGGANDAAN
Menurut Nik Safiah Karim (2015) dalam Tatabahasa Dewan ke-3,penggandaan ialah proses
yang menggandakan kata dasar.Penggandaan mempunyai tiga jenis iaitu penggandaan
penuh,penggandaan separa dan penggandaan berentak.
i)Penggandaan penuh ialah proses menggandakan keseluruhan kata dasar sama kada kata
dasar itu mengandungi imbuhan atau tidak.
kata tunggal Imbuhan awalan Imbuhan akhiran Imbuhan apitan
Meja-meja Pemimpin-pemimpin Amalan-amalan Persatuan-persatuan
ii)Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar.
Kata tunggal Imbuhan awalan Imbuhan akhiran Imbuhan apitan
lelaki
Berlari-lari,secantik- Sayur-sayuran,doa- Bersalam-
cantik doakan salaman,kehitam-
hitaman
iii)Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak
bunyi tertentu dalam kata dasar.
Penggandaan berentak Penggandaan berentak Penggandaan berentak
pengulangan vokal pengulanan konsonan bebas
Kuih-muih,lauk-pauk Batu-batan,dolak-dalik Anak-pinak,ulang-alik
4.0.KESIMPULAN
Kesimpulannya, kita hendaklah mempelajari tatabahasa dengan baik agar ayat-ayat yang
dihasilkan lebih gramatis dan lebih menarik.Dengan mempelajari tatabahasa kita juga dapat
mengetahui cara-cara ayat dibentuk dan elemen-elemen apa yang terdapat dalam ayat
tersebut.
(1089 patah perkataan)
RUJUKAN
Abdul Hamid Mahmood,Hashim Haji Musa,Farid M.Onn & Nik Safiah Karim (2015),
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar (2017,8 September),morfologi ialah peninjauan linguistik yang
menitikberatkan hubungan antara morfen-morfen dan varian morfen.Morfologi.
http://shaheera99.blogspot.com/2017/09/morfologi-bab-5.html.
Abdullah Hassan (2012, 12 Februari), pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan
imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan.Morfologi & pembentukan
kata.http://muhaiyuddin.blogspot.com/2012/07/morfologi-pembentukan-kata.html.
John.T. Jensen (2015, 2 Jun), morfologi sebagai kajian tentang struktur dalaman perkataan.
Analisis pembentukan kata (morfologi).
https://btm5ukm2015.wordpress.com/category/projek/analisis-morfologi/.
Nik Safiah Karim (2015),Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Pustaka.
Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2012,23 November), tatabahasa sebagai peraturan-peraturan
bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung
dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis.
Konsep Asas Tatabahasa (Morfologi dan Sintaksis).
http://rostamhamzah68.blogspot.com/2012/11/konsep-tatabahasa-morfologi- .
Kamus Linguistik (2017,8 September),morfologi ialah cabang tatabahasa yang mengkaji
Struktur,bentuk dan golongan kata.Morfologi.
http://shaheera99.blogspot.com/2017/09/morfologi-bab-5.html.