SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PEKAN
WAKAF BHARU, TUMPAT
KELANTAN
KELAB SUKAN & PERMAINAN 2021
BOLA BALING
DHIA ANEESA BINTI MOHD FADZIL
4 BIJAK
ISI KANDUNGAN
• PENDAHULUAN 1
• SEJARAH PERMAINAN BOLA BALING 2
• PERATURAN PERMAINAN 3
• PERALATAN BOLA BALING 4-5
• KEJOHANAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA 6
• PENUTUP 7
• RUJUKAN 8
PENDAHULUAN
Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan
adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji
bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk
mengawal permainan.
1
SEJARAH BOLA BALING 2
Permainan ini agak baru dikenali umum sebagai permainan yang mirip kepada
bola keranjang. Bola baling mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1936.
Sebelum itu, ia popular di negara-Negara seperti Denmark, Czekoslovakia, Jerman dan
negara-negara bekas Soviet Union.
Di Malaysia, permainan bola baling diperkenalkan pada tahun 1976 oleh
seorang guru yang bertugas di Jabatan Pendidikan Selangor, Encik Lim Hock Han kepada
satu kumpulan guru dan pelajar di beberapa buah sekolah di Selangor.
Kepopularan permainan ini terbukti dengan berlangsungnya Kejohanan
Pertama Pertandingan Terbuka Bola Baling anjuran Selangor dan Wilayah Persekutuan
pada tahun 1982. Kejohanan ini disertai oleh 12 buah pasukan dari Selangor, Wilayah
Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya.
Ini diikuti dengan penubuhan persatuan bola baling di negeri-negeri di Malaysia
dan disusuli pula dengan penubuhan Persekutuan Bola Baling Malaysia pada tahun 1985.
Kini permainan bola balingdipertandingkan di Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia
(MSSM).
PERATURAN PERMAINAN
1. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 7 orang pemain akan bermain, sementara baki 5 orang lagi akan menjadi 3
pemain simpanan. Penggantian pemain boleh dilakukan bila-bila masa ketika dalam permainan.
2. Permainan diadili oleh dua orang pengadil.
3. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat permulaan atau memulakan perlawanan.
Balingan dibuat di garisan tengah.
4. Seseorang pemain dibenarkan :
(a) menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa cara pun sama ada dengan tangan, lengan, kepala, paha atau
lututnya;
(b) memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau hantaran;
(c) melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke satu tempat lain dalam kawasan permainan yang ditetapkan.
5. Kecuali penjaga gol, pemain-pemain tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.
6. Apabila penjaga gol keluar daripada kawasan golnya, dia akan dianggap sebagai seorang pemain padang.
7. Jika bola keluar daripada garisan tepi, permainan disambung semula dengan satu balingan ke dalam oleh pasukan yang tidak menyebabkan bola itu
keluar.
8. Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak lawan hendaklah berada pada jarak sekurang-kurangnya 3
meter daripada pembaling.
9. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seseorang pemain itu menghantar bola kepada penjaga golnya yang berada dalam
kawasan gol.
10. Gol boleh dijaringkan dari arah atau mana-mana tempat balingan dilakukan.
PERALATAN PERMAINAN
1. GELANGGANG BOLA BALING 2. BOLA
Bola diperbuat daripada kulit dan berwarna.
Gelanggang Permainan serta ukuran. Bola saiz 2 digunakan untuk kumpulan wanita dan
kumpulan lelaki bawah umur 12 tahun. Bola saiz 3
Gelanggang permainan berukuran 20 meter kali 40 digunakan untuk kumpulan lelaki 15 tahun ke atas.
meter. Garisan kawasan gol atau garisan 6 meter Bola saiz 1 digunakan untuk permainan bola baling
adalah merupakan garisan paling penting. Semua mini bagi kumpulan umur 8 tahun ke bawah.
pemain kecuali penjaga gol dibenarkan berdiri di
dalam kawasan gol. Tiang gol adalah 2 meter tinggi 4
dan 3 meter lebar. Pemain boleh mendarat dirat di
dalam kawasan gol selepas menjaringkan gol..
3. TIANG GOL
Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan
gol. Tiang gol terdiri daripada dua batang tiang tegak
yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter.
Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang
palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter.
Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan
sintetik yang serupa dan dicat dengan warna yang
sama dengan ukuran 28 cm. Di bahagian lain tiang
gol dan palang ialah 8 cm.
Pandangan Dari Depan Pandangan Dari Tepi
4. PAKAIAN 5
Nombor pemain adalah dari No.1 hingga No.20. Penjaga gol
mesti memakai warna baju yang berbeza dengan pemain
gelanggang pasukan sendiri atau pemain gelanggang pasukan
lawan. Pemain dilarang memakai barang kemas, jam dan yang
seumpamanya bagi mengelakkan kecederaan.
KEJOHANAN DI PERINGKAT 6
ANTARABANGSA
1. Kejohanan Lelaki Dunia IHF
Kejohanan Bola Baling Lelaki Dunia telah dianjurkan secara dalaman oleh Persekutuan Bola Baling Antarabangsa sejak
tahun 1938.Dalam dua puluh enam kejohanan yang diadakan, sebelas negara telah merangkul gelaran. Perancis adalah
pasukan yang paling berjaya dengan enam gelaran, diikuti oleh Sweden dan Romania dengan empat tajuk masing-masing.
Denmark adalah juara semasa setelah memenangi gelaran sulungnya pada tahun 2019. Kejohanan seterusnya akan
diadakan di Mesir pada tahun 2021.
2. Kejohanan Wanita Dunia IHF
Kejohanan Bola Baling Wanita Dunia IHF telah dianjurkan oleh Persekutuan Bola Baling Antarabangsa sejak tahun 1957.
Pasukan Eropah telah menang setiap masa kecuali tahun 1995 di mana Korea Selatan menang sebagai pasukan pertama di
luar Eropah dan 2013 di mana Brazil menang sebagai pasukan Amerika pertama. Pemenang terbesar ialah Rusia dengan
empat gelaran.
Sembilan pasukan mengambil bahagian dalam kejuaraan pertama, jumlah ini meningkat menjadi 32 (dari 2021). Pada tahun
1977 kejohanan B diperkenalkan dan kemudian pada tahun 1986 kejohanan C yang berfungsi sebagai kelayakan untuk
kejuaraan sebenar atau kejohanan A. Kelayakan kejohanan B dan C digantikan oleh sistem kelayakan sekarang
berdasarkan konfederasi benua pada tahun 1993.[1]
Dari tahun 1993 ia diadakan setiap tahun. Antara tahun 1978 dan 1990 ia diadakan setiap keempat bergantian dengan
kejohanan Olimpik (diperkenalkan untuk bola baling wanita pada tahun 1976). Lima kejohanan pertama diadakan pada
musim panas atau awal musim gugur manakala selebihnya diadakan pada bulan November atau Disember.
PENUTUP
Kemahiran asas yang terdapat dalam bola baling ialah berlari, melompat, hantaran bola, menangkap bola,
mengelecek bola dengan tangan, mengadang, menjaring dan menjaga gol. Setiap kemahiran asas ini mempunyai prinsip
sains yang diaplikasikan ke dalamnya. Sebagai contoh, dalam kemahiran hantaran bola, prinsip sains yang diaplikasikan
ialah sistem tuas di mana bola sebagai beban, lengan sebagai daya dan siku sebagai fulkrum. Dalam kemahiran
menangkap bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah Hukum Newton Pertama iaitu Inersia.
Cara penangkapan bola mestilah betul untuk mengurangkan inersia bola bagi mengelakkan kecederaan
berlaku. Selain itu, prinsip sains yang diaplikasikan dalam kemahiran menjaring ialah sistem tuas dan daya. Sistem tuas
diaplikasikan ketika bola dihayunkan oleh tangan manakala daya diaplikasikan ketika kaki mengikut lajak yang diperlukan
untuk memberikan daya yang kuat. Setiap kemahiran mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan supaya kemahiran
tersebut dapat dipertingkatkan lagi dan bagi mengelakkan kecederaan berlaku kepada pemain. Pemerhatian yang di buat
keatas pemain novis menunjukkan banyak kelemahan yang berlaku. Pemahaman mengenai kemahiran hantaran aras dada
perlu di ajar terlebih dahulu kepada pemain. Guru atau juru latih perlu menunjukcara kemahiran yang perlu dipelajari dan
dilaksanakan oleh pemain novis agar kemahiran yang akan dilakukan oleh pemain adalah betul.Dengan ini pemain bola
baling yang hebat dan penuh kemahiran akan dapat di lahirkan dan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
7
RUJUKAN
1. Lee Chin Choy (2006). Siri Sukan Popular Fajar Bakti: Bola Baling. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn.
Bhd
2. Poh Liong Yong (2003). Fizik Tingkatan 4. Cheras. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.
3. Reita E. Clanton (1997). Team Handball Step To Success. United States of America. Human
Kinetics, Inc.
4. Teng Boon Tong (1993). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan. Petaling Jaya.
Longman Malaysia Sdn. Bhd.
5. Wee Eng Hoe (2000). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Edisi Kedua. Shah Alam.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
6. http://www.wikipedia.com
7. http://www.tutor.edu.com
8. http://zairyupsi.blogspot.my/2011/12/sejarah-bola-baling.html
8