The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kertas Kerja komputer PDF

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shima Mohd, 2020-05-19 01:06:54

majlis hari guru

Kertas Kerja komputer PDF

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK (PEREMPUAN) SRI AMAN

JALAN 14/49, 46100 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
Penyediaakan Alat Bantu Pembelajaran (Komputer) yang sesuai
bagi mata pelajaran sains Komputer dan Asas Sains Komputer

1

KANDUNGAN MUKA SURAT
3
BIL PERKARA 4
1.0 Maklumat Sekolah 4
2.0 Pendahuluan 5
3.0 Latar Belakang Projek 6
4.0 Objektif Projek 6
5.0 Justifikasi Projek 7
6.0 Skop Projek Dan Anggaran Kos 8
7.0 Cadangan Lokasi Projek 10
8.0 Lokasi / Pelan Lantai 10
9.0 Dapatan Dan Faedah Yang Dijangka Daripada Projek 10
10.0 Sasaran
11.0 Kesimpulan Dan Cadangan

2

1.0 MAKLUMAT SEKOLAH : SMK (PEREMPUAN) SRI AMAN
: BEB8655
Nama Sekolah : 03-78765041
Kod Sekolah : 03-78775658
No Telefon : SMK (Perempuan) Sri Aman
No Fax : Jalan 14/49, 46100 Petaling Jaya
Alamat Sekolah : Selangor Darul Ehsan
: 1 GOVUC/[email protected]
Email : 3.103,101.b2
Koordinat Sekolah : 6 Ekar
Luas Kawasan : CIMB Bank Seksyen 14
Bank Sekolah : SMK
Jenis Sekolah : Bandar
Lokasi :A
Gred : Ogos 1971
Tahun ditubuhkan : Pagi
Sesi : 63
Bilangan Guru : 10
Bilangan Staf Bukan Guru : 793 orang
Bilangan Murid

3

2.0 PENDAHULUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon peruntukan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
untuk pembelian beberapa buah komputer baru yang mempunyai spesifikasi yang untuk pembelajaran
pengaturcaraan bahasa JAVA bagi tingkatan 4 dan pengaturcaraan Scratch bagi tingkatan 1.

3.0 LATAR BELAKANG

Mata pelajaran Sains Komputer menengah atas menggantikan mata pelajaran Information and
Communication Technology (ICT) dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
dengan memberi penekanan kepada pemikiran komputasional berbanding dengan mata
pelajaran ICT yang memberi penekanan kepada pengkomputeran sahaja. Mata pelajaran Sains
Komputer merupakan kesinambungan kepada mata pelajaran Asas Sains Komputer di
peringkat menengah rendah.
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sains Komputer adalah satu mata pelajaran
elektif ikhtisas (MPEI) dalam bidang teknologi untuk Tingkatan 4 dan 5. MPEI memberi fokus
kepada keperluan perubahan kepada kurikulum dan pentaksiran berasaskan kompetensi yang
merujuk kepada standard industri, badan profesional dan badan pensijilan kebangsaan dan
antarabangsa.
Seiring dengan matlamat ke arah negara maju dan perkembangan teknologi dalam industri,
pembangunan kurikulum MPEI berasaskan kompetensi merupakan satu inisiatif dalam usaha
menyediakan modal insan menyeluruh dan seimbang, berakhlak mulia, kritis, kreatif, inovatif
serta memiliki kemahiran insaniah dan mengamalkan budaya profesional bagi menghadapi
cabaran abad ke-21.
Bagi menyediakan prasarana yang sesuai dengan mata pelajaran ini, pihak seskolah
memerlukan computer yang mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi dan sesuai bagi memenuhi
keperluan mata pelajaran Sains Komputer dan juga Asas Sains Komputer. Ini memandangkan
komputer sedia ada sudah lama dan banyak yang sudah rosak komponennya dan komponen
ini pulak tidak dapat diganti kerana sudah tiada di pasaran.

4.0 OBJEKTIF PROJEK

Keperluan computer ini bagi memenuhi objektif berikut:
4.1 Menyediakan computer yang bersesuaian spesifikasinya dengan keperluan kandungan
pembelajaran mata pelajaran itu sendiri. Ia juga sebagai satu elemen penting dalam
meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.

4

4.2 Merangsang motivasi dan semangat pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dalam mencapai
prestasi dan daya saing.

4.3 Sebagai persediaan awal kea rah melengkapkan prasarana sekolah untuk memenuhi
keperluan Pembelajaran murid-murid untuk tingkatan 5 dan SPM serta untuk murid Asas Sains
Komputer tingkatan 2 dan 3 pada tahun-tahun seterusnya.

4.4 Sebagai pusat persediaan dan latihan untuk memastikan proses pengajaran guru-guru mata
pelajaran lain juga berlangsung lebih kondusif dan sesuai dengan keperluan pembelajaran
Abad ke-21

4.5 Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan keselesaan
pembelajaran murid.

5.0 JUSTIFIKASI PROJEK

Permohonan ini adalah penting berdasarkan pertimbangan berikut:
5.1 Tiada komputer yang bersesuaian spesifikasinya untuk memenuhi keperluan pembelajaran
pengaturcaraan JAVA (NetBean atau Eclipse).
5.2 Komputer sedia ada sudah lama dan komponennya banyak yang sudah tiada di pasaran untuk
gentian..
5.3 Kepentingan untuk mempunyai komputer yang memenuhi spesifikasi yang dicadangkan
sebagai satu proses permulaan ke arah penyediaan pembelajaran tingkatan 5 dan juga projek
pengaturcaraan SPM.
5.4 Keperluan untuk mata pelajaran Sains Komputer ialah 1 buah komputer : 1 murid bagi setiap
sesi pembelajaran dan pengajaran.
5.5 Memenuhi keperluan pembelajaran pengaturcaraan murid-murid Asas Sains Komputer
tingkatan 1,2 dan 3 pada masa akan datang.
5.6 Keperluan pembelajaran murid-murid untuk mata pelajaran yang lain supaya seiring dengan
perkembangan teknologi semasa.

6.0 SPESIFIKASI KOMPUTER DAN ANGGARAN KOS

1. SPESIFIKASI KOMPUTER MAKMAL TAN SRI HALIM SAAD

5

Sistem Pengoperasian = Window 7 Service pack 1
Processor = Intel ® Pentium® Dual CPU E2140, 1.60GHz
RAM = 1 GB
System type = 32-bit Operating System
Komputer tahun 200
Bilangan Komputer berfungsi = 16/20 buah.

6

2. SPESIFIKASI KOMPUTER MAKMAL ASEANET

7.0 CADANGAN SPESIFIKASI KOMPUTER

7.1 Dua bilik darjah sedia ada iaitu kelas dan Pusat Akses yang terletak di Blok C.

7

9.0 DAPATAN DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARIPADA PROJEK

Pelaksanaan projek ini memenuhi keperluan seperti berikut:
9.1 Murid akan lebih mudah dan cepat mencapai objektif pembelajaran dan keperluan tahap
prestasi mereka kerana dapat menggunakan perisian yang lebih menepati keperluan
pembelajaran.
9.2 Pelajar akan lebih seronok dan bersemangat untuk hadir ke sekolah kerana persekitaran
pembelajaran yang lebih berteknologi.
9.3 Membangunkan serta melengkapkan keperluan standard prestasi bagi setiap topic yang
dipelajari.
9.4 Meningkatkan kemahiran murid menggunakan kemahiran pengaturcaraan yang terkini.

10.0. SASARAN

Sasaran untuk memohon peruntukan sebanyak 5 buah computer dengan spesifikasi yang sesuai dan
dicadangkan atau yang lebih tinggi bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran sertauntuk menyiapkan
projek pengaturcaraan tingkatan 4 dan projek pengaturcaraan SPM.
Juga untuk keperluan pembelajaran kod arahan bagi murid-murid Asas sains Komputer dan juga
keperluan murid-murid bagi peningkatan penggunaan teknologi maklumat untuk mata pelajaran yang
lain.

11.0 PENUTUP

Akhir sekali, diharap permohonan ini dapat diluluskan demi kepentingan anak-anak kita untuk
mencapai kejayaan dan memenuhi keperluan pembelajaran semasa.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,
………………………… …………………………..
(NORHASIMAH BT MOHAMED)
(Ketua Panitia Sains Komputer, 8
SMK (P) Sri Aman

LAMPIRAN RAKAMAN FOTO

Bilik Darjah yang dicadangkan

Bilik Darjah yang dicadangkan
9

LAMPIRAN RAKAMAN FOTO

Pusat Akses yang dicadangkan

Pusat Akses yang dicadangkan
10


Click to View FlipBook Version