The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Cerita Kanak-kanak_Wu Zi Qing

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ziqingwu99, 2022-11-30 13:26:51

Wahai Keluargaku Yang Tersayang

Buku Cerita Kanak-kanak_Wu Zi Qing

Keywords: Kekeluargaan

BUKU CERITA KANAK-KANAK

WAHAI
KELUARGAKU
YANG TERSAYANG

WU ZI QING
270434

Izzat, seorang remaja yang berumur 17 tahun,
tinggal bersama keluarganya di sebuah kampung yang
berdekatan dengan laut. Mereka tinggal di sebuah
rumah kayu yang usang dengan bumbungnya yang
sudah berlubang-lubang. Ahli keluarga Izzat adalah
ibu bapa dan seorang adik lelaki.

1

Ayah

Ibu

Adik Izzat

2

Ayah Izzat adalah seorang nelayan yang rajin.
Dia akan pergi menangkap ikan di laut dengan menaiki
sampan kecilnya pada setiap hari. Apabila matahari
tenggelam, dia akan kembali ke rumahnya dengan
rezeki yang tak seberapa banyak itu. Ibu Izzat pula
adalah seorang suri rumah. Ibunya akan menjual nasi
lemak yang dimasak oleh sendiri di hadapan rumahnya
pada setiap waktu pagi. Ibunya hendak meringankan
beban ayah Izzat yang bekerja keras dan juga menjaga
kedua-dua orang anaknya yang masih belajar.

3

4

Adik Izzat, bernama Syafiq dan berumur 15
tahun. Sikap Izzat dan Syafiq amat berbeza. Syafiq
adalah seorang yang baik hati dan pelajar yang
cemerlang di sekolah. Syafiq juga sentiasa membantu
ibunya untuk menyiapkan kerja-kerja rumah demi
meringankan beban ibunya. Sebaliknya, Izzat sentiasa
bersikap malas dan bersambil lewa dalam
pelajarannya. Dia juga bersikap memberontak
terutamanya terhadap ahli keluarganya. Izzat tidak
suka pada ahli keluarganya dan dia berasa malu
terhadap ibu bapa yang berpendapatan rendah. Izzat
juga benci pada ibu bapa kerana mereka suka
membandingkan dia dengan Syafiq yang lebih
cemerlang daripadanya. Jadi, Izzat sering memarahi
dan menghina ibu bapa dan adiknya dengan kata-kata
yang menyakitkan hati.

5

Meringgankan Bersikap
beban ibu bapa memberontak

6

Izzat selalu tidak menyiapkan kerja sekolah
dan suka memonteng kelas dengan kawan-kawannya.
Ibu dan bapanya akan dipanggil oleh cikgu kelas Izzat
untuk membincangkan sikap memberontak Izzat itu.
Namun begitu, sikap Izzat itu masih tidak berubah
walaupun ditegur banyak kali oleh cikgu dan ibu bapa.

7

8

“Diamlah, awak! Biar pi lah saya. Hampa ni jangan
merepet, boleh tak?” , jerit Izzat.

“Tolonglah dengar cakap sikit. Jangan jadi biadap
sangat.”, tegur ayah Izzat.

“Izzat, dengarlah cakap. Jika tidak, mesti awak
menyesal pada masa hadapan nanti.”, kata ibunya
dengan bergetar-getar suaranya.

“Cis! Tak payah lah buat muka nak nangis. Awak
ni memalukan saya je. Dah lah miskin. Janganlah
lahirkan saya jika awak ni miskin!”, jawab Izzat
dengan suara yang kuat sambil meninggalkan ibu
bapanya di ruang tamu.

9

@$#%!&^%#$

10

Pada waktu malam, Izzat masih tidak pulang ke
rumah. Dia melepak dengan kawan-kawannya di tepi
pantai.

“Saya ni malaslah nak balik. Kena tenggok muka
depa tu setiap hari.”, kata Izzat.

“Biasalah. Ibu bapa semua sama. Asyik dok suruh
kita belajar je. Tak da benda lain ke nak sembang?”,
jawab kawan Izzat.

“Saya dah tak tahan dengan depa tu. Jika boleh,
saya nak lari dari rumah!”, kata Izzat dengan suara
yang kuat.

“Awak ada duit ke? Kita boleh curi duit depa. Siapa
suruh depa ni suka merepek sangat”, cakap kawan
Izzat.

“Bagus cadangan awak! Saya tau duit depa simpan
kat mana!”, kata Izzat dengan gembira.

11

12

Selepas membincang dengan kawan-kawannya,
Izzat terus menuju ke arah rumah untuk mencuri duit
simpanan ibu bapanya. Semasa Izzat sampai di depan
pintu rumah, ibu bapa dan adiknya sudah bertidur di
bilik masing-masing. Izzat berjalan jinjit kerana takut
mengejutkan ahli keluarga yang sedang tidur manis.
Izzat memasuki ke dalam bilik ibu bapanya. Hati Izzat
menghentak-hentak kerana kegelisahan. Laci di bawah
meja dibuka dengan perlahan-lahan. Sampul surat
yang dihimpit di antara buku dikeluarkan oleh Izzat.
Duit simpanan ibu bapa sekurang-kurangnya RM3000
berada di dalam sampul surat tersebut. Izzat
mengambil semuanya tanpa meninggalkan seringgit
untuk ibu bapanya. Selepas itu, Izzat mengambil
beberapa helai bajunya dan meninggalkan rumah
dengan secepat mungkin.

13

14

Setelah melarikan diri daripada rumah, Izzat
berkumpul dengan kawan-kawan di sebuah pondok
tepi pantai. Izzat dan kawan-kawannya berasa sangat
gembira kerana mereka boleh membuat apa sahaja
dengan duit yang Izzat curi itu. Mereka mula
merancang bagaimana untuk menghabiskan duit
tersebut. Mereka melarikan diri ke kawasan pekan
yang tidak jauh daripada kampungnya dan menginap
di sebuah hotel. Mereka menggunakan duit tersebut
dengan membeli pelbagai barangan, makanan dan juga
penghiburan.

15

16

Beberapa hari kemudian, duit yang dicuri oleh
Izzat daripada ibu bapanya dihabiskan dengan begitu
sahaja. Mereka terpaksa mencari duit untuk
menampung perbelanjaan harian mereka. Mereka mula
berasa risau, lebih-lebih lagi mereka tidak berani
untuk pulang ke kampung kerana takut dimarahi oleh
ibu bapa mereka.

17

18

“Duit dah habis. Macam mana sekarang ni?”, tanya
seorang kawan Izzat dengan muka yang masam.

Semua orang berdiamkan diri. Tiba-tiba, seorang
kawan Izzat bercadang: “Apa kata kita curi je? Kan
kita dah ada pengalaman!”.

“Curi? Jika kena tangkap, habis kita.”, kata Izzat.
“Jangan risau. Kita bincang dulu nak buat macam
mana.”, balas kawan tersebut dengan yakin.

19

Duit dah Jom! Mencuri!
habis...

Jika kena
tangkap?

20

Hari kemudian, Izzat dan kawan-kawannya
berniat untuk mencuri duit di sebuah kedai runcit.
Kawan-kawannya cuba menarik perhatian penjaga
kaunter. Izzat berasa risau dan jantungnya berdenyut
laju. Semasa kawan-kawannya cuba menarik tumpuan
penjaga kaunter itu dengan menanya pelbagai soalan,
Izzat cepat-cepat mengambil duit yang terletak di
dalam mesin kaunter. Malang tidak berbau, Izzat
ditahan oleh seorang pelanggan yang berdiri di
belakangnya. Penjaga kaunter itu terperanjat dan
menjerit: “Pencuri! Tolong! Pencuri!”. Izzat ditangkap.
Manakala, kawan-kawan Izzat pula berlari lintang-
pukang keluar daripada kedai runcit itu.

21

22

Selepas ditangkap oleh tuan kedai, Izzat dibawa
ke balai polis yang berhampiran dan pihak polis
menghubungi ibu bapanya untuk menjelaskan kejadian
tersebut. Beberapa jam kemudian, ibu bapa dan Syafiq
bergegas ke balai polis.

“Kamu ibu bapa budak ini ke? Dia curi duit saya
dan merosakkan harta saya!”, kata tuan kedai itu
dengan tegas.

“Tolong maafkan dia, encik. Semua salah kami.
Kami akan membayar ganti rugi encik.”, cakap ayah
Izzat dengan suara yang bergegar.

23

Anak awak Tolong maafkan dia...
mencuri!

24

Mereka meminta maaf sambil menundukkan
kepalanya. Air mata ibunya menitis tidak berhenti-
henti. Izzat tidak berani untuk melihat mata ibu
bapanya. Oleh kerana duit mereka sudah habis dicuri
oleh Izzat, mereka terpaksa menggunakan duit
simpanan Syafiq yang sepatutnya digunakan untuk
tujuan pembelajarannya.

“Duit tu saya rela bagi. Tapi tolonglah balik ke
rumah. Mak dan ayah akan maafkan awak, Izzat.”,
tegur Syafiq kepada Izzat.

25

Kami akan
maafkan awak.

26

Izzat berasa malu dan menyesal terhadap
tingkah laku diri sendiri. Izzat barulah sedar bahawa
ahli keluarga merupakan orang yang sentiasa
membantunya walaupun dia sesekali menyakitkan hati
mereka. Mata Izzat menjadi basah dan dia meminta
maaf: “Maafkan saya, Mak, Ayah dan Syafiq. Maafkan
saya.”. Mereka berpeluk bersama sambil menangis.
Akhirnya, Izzat telah bertaubat dan berubah sikap
memberontak itu. Kini, Izzat bercita-cita untuk belajar
bersungguh-sungguh dan mendapatkan keputusan
SPM yang cemerlang supaya dapat membantu dan
meringankan beban ibu bapanya.

27

Maafkan saya. Mak,
ayah dan Syafiq...

28

BUKU CERITA KANAK-KANAK

WAHAI
KELUARGAKU
YANG TERSAYANG

WU ZI QING
270434

TAMAT
SBLM1023_F_A221


Click to View FlipBook Version