MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK MODUL PENULIS : NUR AISYAH RASDI SIRHAN PIB 22063 2-4 TAHUN
ISI KANDUNGAN 1.pengenalan awal matematik 2.Objektif awal matematik 3.Kepentingan awal matematiK 4. ‘Match the shapes’’ Langkah perlaksanaan Pendekatan & kebaikan RPA 5. ‘‘Pattern of cars’’ Langkah perlaksanaan Pendekatan & kebaikan RPA 6. ‘‘Match cookies in jar’’ Langkah perlaksanaan Pendekatan & kebaikan RPA 7. ‘One more One less’’ Langkah perlaksanaan Pendekatan & kebaikan RPA 8. ‘Big or Small ? Langkah perlaksanaan Pendekatan & kebaikan RPA 9.Penutup
PENGENALAN Penguasaan matematik awal oleh kanak-kanak adalah sangat penting kerana ianya merupakan asas untuk membantu kanak-kanak memahami konsep matematik yang lebih tinggi. Pembelajaran matematik awal diperoleh melalui pengalaman langsung dan bermakna dalam suasana yang menggembirakan akan dapat memupuk minat kanak-kanak untuk mempelajari matematik. Konsep Pranombor, Nombor Awal, Operasi Nombor, Pengukuran, Masa dan Ruang perlulah diajar bersesuaian dengan peringkat perkembangan kanak-kanak & komponen penting dalam pengajaran Matematik Awal di peringkat prasekolah. (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2017) 1
OBJEKTIF Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2017), objektifnya seperti berikut; Mengambil bahagian dalam aktiviti matematik bermula daripada aktiviti menggunakan bahan konkrit kepada abstrak. 1. Memberi peluang memegang, meneroka bahan, mengubahsuai bahan yang berkaitan dengan idea matematik. 2. 3. Menyedari konsep ruang, masa dan menggunakan simbol. Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas, membanding, turutan, menyukat, graf, membilang dan operasi nombor. 4. 2
KEPENTINGAN Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas, membanding, turutan, menyukat, graf, membilang dan operasi nombor. 1. 2. Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang asas matematik. 1. Meningkatkan kemahiran tertentu seperti berfikir. 2. Meningkatkan perasaan ingin tahu dan suka menyiasat. Memberi pelbagai peluang memegang, meneroka bahan, mengubahsuai bahan yang berkaitan dengan idea matematik. 3. 4. Mengambil bahagian dalam aktiviti bermula daripada aktiviti dunia fizikal kepada idea di dunia yang abstrak. 3
KONSEP AWAL MATEMATIK KONSEP AWAL MATEMATIK 1) PADANAN BENTUK 2) BINA POLA 3) PADANAN NOMBOR 4) BANDINGKAN KUANTITI 5) SERIASI
Langkah perlaksanaan : 1) Guru menyembunyikan bentuk yang pelbagai di sekeliling kanak-kanak. 2) Kanak-kanak perlu mencari bentuk-bentuk yang disembunyikan oleh guru. 3) Guru menyediakan bahan aktiviti seperti (kotak, gam, marker, bentuk dan objek, velcro). 4) Guru menerangkan mengenai aktiviti yang bakal kanak-kanak lakukan. 5) Guru menunjukkan contoh perlaksanaan aktiviti padanan bentuk dengan objek. 6) Kanak-kanak diminta untuk memandankan bentuk dengan padanan bentuk objek yang ada pada kotak. 7) Guru membimbing kanak-kanak sepanjang aktiviti tersebut dilaksanakan dan memberikan pujian kepada kanak-kanak. ‘MATCH THE SHAPES’ Objektif Pembelajaran: 1) Dapat memadankan objek dengan bentuk objek yang betul (bulat, bintang, hati, segi tiga, segi empat). 2) Dapat meningkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan semasa melakukan aktiviti padanan objek. 3) Dapat meningkatkan lagi kemahiran kognitif kanak-kanak. 4
Pendekatan pembelajaran yang digunakan adalah pendekatan bermain sambil belajar iaitu permainan kognitif. Melibatkan pemikiran logik, penyelesaian masalah dan pembelajaran awal matematik serta menggalakkan perkembangan intelek kanak-kanak. Dapat mengembangkan kemahiran kognitif kanak-kanak. Aktiviti padanan ini boleh membawa rasa tenang dan melatih kemahiran tumpuan yang boleh memuaskan hati kanak-kanak. Memberi peluang kepada mereka untuk menguasai sesuatu kemahiran melalui proses pengulangan. KEBAIKAN AKTIVITI : Pendekatan pembelajaran : 5
1) Marker 2) Kotak 3) Gam 4) Gambar bentuk & objek 5) Velcro 6 BAHAN AKTIVITI : Langkah aktiviti : Padankan objek dengan bentuk objek Mencari dan mengenal bentuk
7
8
Langkah Perlaksanaan : 1) Guru meminta kanak-kanak menyebutkan warna yang terdapat di sekeliling mereka. 2) Guru menyediakan bahan (marker, kenderaan mainan yang berwarna, pompom balls, kotak, velcro). 3) Guru memberikan penerangan mengenai perlaksanaan aktiviti yang akan dilakukan. 4) Guru menunjukkan contoh perlaksanaan aktiviti terlebih dahulu. 5) Guru meminta kanak-kanak untuk menyusun kenderaan yang berwarna itu mengikut urutan pola yang disediakan. 6) Kemudian, guru meminta kanak-kanak untuk menyebut warna-warna yang terdapat pada urutan pola tersebut. 7) Guru membimbing kanak-kanak sepanjang aktiviti dijalankan dan memberi pujian. ‘PATTERN OF CARS’ Objektif Pembelajaran: 1) Dapat mengecam dan membina pola mengikut urutan yang betul. 2) Dapat meningkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan semasa melakukan aktiviti. 3) Dapat mengenal dan mengecam warna-warna asas pada urutan pola (merah, hijau, biru, kuning). 9
Main manipulatif ialah apabila kanak-kanak bermain dengan barang permainan dengan berbagai cara dengan menggunakan idea dan kreativiti sendiri. Ini akan memberikan keseronokan dan meningkatkan daya tumpuan dan perhatian kanak-kanak. Dapat memberi kesan terhadap keupayaan kognitif kanak-kanak. Tanpa kesediaan pengecaman dan pembinaan pola, kanak-kanak tidak mungkin dapat menguasai. matapelajaran matematik dengan bermakna dan mudah. Dapat meningkatkan daya penaakulan dan kepekaan kepada kesamaan atau perbezaan . objek. KEBAIKAN AKTIVITI : Pendekatan pembelajaran : 10
11 BAHAN AKTIVITI : 1) Marker 2) Kotak 3) Kenderaan mainan berwarna 4) Velcro 5) Pompom balls Langkah aktiviti : Bina pola Susun kenderaan mengikut urutan pola yang telah disediakan
12
13
Langkah perlaksanaan : 1) Guru meminta kanak-kanak menyanyikan lagu ‘One little fingers to 10 little fingers’ dengan menggunakan jari. 2) Guru menyediakan bahan (Kertas A4, Cookies & Jar Kotak, Marker,Velcro) 3) Guru menunjukkan contoh perlaksanaan aktiviti terlebih dahulu. 4) Guru meminta kanak-kanak untuk mengira kuantiti yang ada pada cookies tersebut dan memadankan kuantiti dengan padanan nombor di dalam jar. 5) Kemudian, guru meminta kanak-kanak untuk mengira kiraan nombor 1-10 menggunakan jari sebelum sesi pembelajaran tamat.6) Guru membimbing kanak-kanak sepanjang aktiviti dijalankan dan memberi pujian. ‘MATCH COOKIES IN JAR’ Objektif Pembelajaran: 1) Dapat memadankan kuantiti objek dengan padanan nombor yang betul. 2) Dapat meningkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan semasa melakukan aktiviti padanan objek. 3) Dapat membilang nombor 1 hingga 10 menggunakan jari. 14
Pendekatan pembelajaran yang digunakan adalah pendekatan bermain sambil belajar iaitu permainan kognitif. Dapat menumpukan perhatian semasa memandankan bentuk dengan objek yang bersesuaian malah koordinasi mata dan tangan juga meningkat. Dapat membantu mereka yang mengalami masalah atau kanak-kanak yang mungkin fobia dengan nombor untuk memudahkan kefahaman dalam fikiran mereka. Dapat mengukuhkan hubungan lain, seperti kuantiti objek dengan padanan nombor. KEBAIKAN AKTIVITI : Pendekatan pembelajaran : 15
BAHAN AKTIVITI 1) Marker 2) Kotak 3) Kertas A4 4) Jar & cookies 5) Velcro 16 Langkah aktiviti : Padankan kuantiti pada cookies dengan padanan nombor yang betul
17
18
Langkah perlaksanaan : 1) Guru membuat perbandingan bola berwarna sama ada banyak atau sedikit. 2) Guru meminta kanak-kanak berada dalam separa bulatan. 3) Guru menyediakan bahan (kertas A4, dadu, marker, bola berwarna, marshmallow). 4)Guru meminta kanak-kanak untuk membaling dadu dan meletakkan jumlah kuantiti marshmallow mengikut nombor yang tertera pada dadu pada gambar yang disediakan. 5) Kemudian, guru meminta kanak-kanak untuk membuat perbandingan di antara jumlah kuantiti marshmallow yang paling banyak dan sedikit. 6) Guru meminta kanak-kanak membuat kiraan 1-10 dalam bahasa melayudan bahasa inggeris sebelum sesi pembelajaran tamat. 7) Guru membimbing kanak-kanak sepanjang aktiviti dijalankan dan memberi pujian. ‘ONE MORE ONE LESS Objektif Pembelajaran: 1) Dapat memahami konsep kuantiti banyak atau sedikit. 2) Dapat meningkatkan kemahiran kognitif kanak-kanak dalam membuat perbandingan kuantiti. 3) Dapat membanding kuantiti sama ada jumlahnya banyak atau sedikit. 19
Main manipulatif ialah apabila kanak-kanak bermain dengan barang permainan dengan berbagai cara dengan menggunakan idea dan kreativiti sendiri. Dapat memberikan keseronokan dan meningkatkan daya tumpuan dan perhatian kanak-kanak. Dapat memastikan kanak-kanak menguasai atau mengenal kuantiti konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan sama banyak atau tidak sama banyak. Dapat menggunakan kemahiran kognitif dalam membuat perbandingan mengasingkan jumlah kuantiti yang banyak atau sedikit. KEBAIKAN AKTIVITI : Pendekatan pembelajaran : 20
langkah aktiviti : 21 BAHAN AKTIVITI : 1) Marker 2) Kertas A4 3) Marshmallow 4) Bola berwarna 5) Dadu Baling dadu dan meletakkan bilangan marshmallow mengikut bilangan yang tertera Mem ju b m u l a a t h p k e u r a d n andingan diantara duatiti marshmallow
22
23
Langkah perlaksanaan : 1) Guru meminta kanak-kanak melakukan bulatan kecil dan bulatan besar berulang kali sambil menyanyikan lagu ‘make a circle’. 2) Guru membuat perbandingan diantara objek kecil dan besar. 3) Guru meminta kanak-kanak mengasingkan objek kecil dan objek besar. 4) Guru menyediakan bahan aktiviti (kotak,objek kecil dan objek besar). 7) Guru meminta kanak-kanak untuk membuat seriasi objek dari saiz kecil ke saiz besar. 8) Guru meminta kanak-kanak mengulangi nyanyian lagu ‘make a circle’ selagi lagi sebelum sesi pembelajaran tamat. 9) Guru membimbing kanak-kanak sepanjang aktiviti dijalankan ‘SMALL OR BIG ? Objektif Pembelajaran: 1) Dapat membuat perbandingan saiz objek (besar atau kecil). 2) Dapat memahami lebih banyak bentuk dan saiz. 3) Dapat membuat seriasi objek mengikut saiz dari kecil ke besar. 24
Pendekatan pembelajaran yang digunakan semasa perlaksanaan aktiviti ini adalah pendekatan bermain sambil belajar iaitu permainan kognitif. Melibatkan pemikiran logik, penyelesaian masalah dan pembelajaran awal matematik. Permainan ini akan menggalakkan perkembangan intelek kanak-kanak. Membolehkan kanak-kanak mencari pertalian antara satu objek dengan objek yang lain atau konsep matematik yang lain. Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan. Dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan mereka meningkat. KEBAIKAN AKTIVITI : Pendekatan pembelajaran : 25
BAHAN AKTIVITI : 1) Kotak 2) Gambar objek besar & objek kecil 3) Replika objek 26 Langkah aktiviti : Buat perbandingan diantara objek Kecil dan objek besar Membuat seriasi dari saiz Kecil ke saiz Besar Contoh 1 : Contoh 2 :
27
28
Modul ini serba sedikitdapat membantu ibu bapaatau guru membuat perancangan aktiviti berkaitan konsep matematik awal kepadakanak-kanak.