E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN PERPADUAN
TAJUK : SUKAN DAN PERPADUAN
PROGRAM : AKAUNTANSI
NAMA PENSYARAH : PUAN.NORAINI BINTI NAWAWI
NO NAME MATRIC NO
1 SANKAVI A/P MUTHAIAH 02DAT21F1056
2 MIRUBAHSHINY A/P PRAKASARAO 02DAT21F1074
3 SAKTHEESWARAN A/L MANOGARAN 02DAT21F1026
4 RATIMALAR A/P THANGARAJOO 02DAT21F1084
5 WAN AHMAD HAKIMI BIN WAN 02DAT21F1052
MOHD ZAWAWI
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA
1 PENGHARGAAN
2 PENGENALAN
3 TOPIK : 1.0 SUKAN MALAYSIA
1.1 PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN
1.2 CONTOH-CONTOH SUKAN
1.3 PERANAN SUKAN DALAM MEMUPUK
PERPADUAN KAUM
1.4 FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN
4 KESIMPULAN
PENGHARGAAN
Kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah subjek Penghayatan etika dan peradaban kami iaitu Puan
Noraini kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami
dalam menyiapkan e-folio ini.
Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang
secara langsung dan tidak langsung membantu kami dalam menjayakan e-
folio ini.
Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada kawan-kawan kami yang turut
membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan
dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan kami menyiapkan
e-folio ini dengan jayanya.
PENGENALAN
Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai
tujuan pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan
tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan
ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai
aktiviti rekreasi.Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan
keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton. Selain itu, kita akan kekurangan
masa bersama keluarga dan rakan-rakan di sekeliling kita. Sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.
Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain
manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran
strategik dalam catur. Walau bagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal
sesuatu sukan.Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan
peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah
kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang
dalam aktiviti sukan.
SUKAN MALAYSIA
Sukan dan perpaduan berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi dan menyemarakan
semangat patriotik dalam kalangan rakyat.Penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum tertentu
kerana ianya membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat.Penubuhan majlis sukan
sekolah Malaysia (MSSM) dan mengadakan termasya sukan Malaysia (SUKMA) setiap dua tahun sekali
pada peringat awal.Kemudian SUKMA mula diadakan setiap tahun untuk merapatkan hubungan antara
negeri.Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain ataupun penonton.
Sukan Malaysia adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan dibawah anjuran Majlis Sukan
Negara Malaysia ,Majlis-Majlis Sukan Negeri,Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM),Majlis Sukan
Universiti Malaysia dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.Seterusnya,Sukan ini juga merupakan
kejohanan "beraneka sukan" (Multisport Competition) dan berkonsepkan "Mini Sukan Olimpik" di Malaysia
yang melibatkan atlet remaja.
Seterusnya,sukan Malaysia diadakan secara dwi tahunan,kemudian diadakan setiap tahun
untuk mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakan
penglibatan secara mendalam dalam sukan yang dipertandingkan.
•
•
•
•
CONTOH - CONTOH SUKAN
❖BOLA SEPAK
❖BADMINTON
❖ACARA TERJUN
❖LOMPAT JAUH
❖SKUASY
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serius untuk kembali
memperluaskan sukan bola sepak yang terbukti sebagai
ejen paling ampuh dalam penyatuan,perpaduan dan
membina negara untuk kegunaan semua lapisan
masyarakat.Presiden FAM iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin
berkata perkara itu dapat dilihat melalui pembentukan
pasukan kebangsaan pada era 1950-an hingga 90-an dan
percaya dengan kerjasama seluruh masyarakat bukan
Melayu,Zaman kegemilangan itu akan dapat dikembalikan.
Datuk Hamidin Mohd Amin berkata FAM juga mengajak
masyarakat Cina untuk menyemarakkan semula penyertaan
mereka dalam bola sepak tempatan bagi menawarkan
dimensi berbeza terhadap landskap sedia ada di samping
menjadikan bola sepak sebagai satu pilihan kerjaya anak-
anak mereka.
Pemain - pemain bola sepak malaysia
● Para Permainan Kesebelasan Utama
Malaysia
Pengurusan pasukan badminton malaysia
• TAN CHENG HOE
Malaysia football manager, beliau merupakan
pengurus pasukan kebangsaan Malaysia yang
berwibawa
KEPUTUSAN DAN PENCAPAIAN SKUAD
KEBANGSAAN MALAYSIA
KOMEN PELBAGAI KAUM TERHADAP
PENCAPAIAN DALAM SEPAK
RUMUSAN
Di setiap negara mempunyai pelbagai jenis sukan yang menarik tetapi bola sepak juga merupakan
raja sukan dan dijadikan sukan utama di negara kita pada masa kini.Jika dilihat di sukan SEA 2017
Malaysia telah menjadi tuan rumah dan telah mendapat juara keseluruhan .Tetapi untuk sukan
bola sepak pula Malaysia yang mempunyai pemain yang berlainan kaum telah layak ke peringkat
akhir.Penyokong Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum bersemangat memberi sokongan
kepada pasukan Malaysia .Ini terbuktilah bahawa sukan bola dapat memberi perpaduan kepada
negara.
Ternyata bidang sukan memang menjadi salah satu menyatupadukan masyarakat di
Malaysia.Tanpa mengira warna kulit,bangsa dan agama,bidang sukan sebenarnya telah
memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat majmuk.Kerajaan dan pihak-pihak
terlibat perlulah memainkan peranan dalam melestarikan bidang sukan dan tidak hanya
memandang enteng terhadap bidang sukan yang merupakan salah satu agen menyatupadukan
masyarakat.
Kisona Selvaduray adalah merupakan seorang atlet badminton
dari Malaysia. Pada permulaan karier sebagai pemain badminton,
beliau mencipta nama apabila mendapat pingat gangsa dalam
Kejohanan Remaja Asia 2013. Kisona mencipta kejayaan lebih besar
apabila menjuarai Badminton Indonesia Antarabangsa 2017. Kini,
Kisona Selvaduray adalah bintang baru dalam sukan Badminton Malaysia
apabila menyumbangkan pingat emas dalam perseorangan wanita pada
Sukan SEA 2019.
ACARA TERJUN
Dato Pandelela Rinong anak Pamg PSBS; AMN; JBK (lahir 2 Mac 1993)
ialah seorang atlet Malaysia bagi acara terjun. Beliau menjadi wanita
pertama Malaysia pembawa bendera di Upacara Pembukaan Sukan
Olimpik Musim Panas 2012 di London dan mencatat sejarah sebagai
atlet wanita Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik (pingat
gangsa) iaitu dalam acara terjunan 10 meter platform wanita,dan atlet
Malaysia kedua memenangi pingat Olimpik 2012 di London selepas
Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton.
LOMPAT JAUH
Abdul Latif Romly atau nama penuhnya Abdul Latif Romly merupakan
seorang atlet paralimpik Malaysia. Beliau terkenal kerana berjaya
memecahkan rekod dunia lompat jauh T20 sebanyak tiga kali pada hari
yang sama lalu memenangi pingat emas ketiga Malaysia di Sukan
Paralimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro. Berikut adalah
maklumat penuh mengenai biodata Abdul Latif Romly, Abdul Latif
Romly biodata, Abdul Latif Romly profile, fakta menarik Abdul Latif
Romly dan pencapaian Abdul Latif Romly.
SKUASY
Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy
Junior Sedunia dua kali; iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di bawah bimbingan Richard
Glanfield. Beliau kekal satu-satunya pemain skuasy wanita yang mempunyai pencapaian
demikian sehingga Raneem El Weleily menyamai pencapaian beliau ini dengan
memenangi Kejohanan Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007. Nicol menyertai
WISPA lalu mencapai status profesional pada tahun 2000 apabila memenangi gelaran
WISPA sulungnya hanya sebulan selepas penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai
pada bulan Februari apabila beliau menewaskan Salma Shabana di pusingan akhir
Terbuka Finland Savcor. Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti
sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nicol turut
diberi penghormatan untuk membawa obor Olimpik untuk Malaysia sewaktu persediaan ke
Sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004 di samping dilantik sebagai Duta Muhibah
Kebangsaan Malaysia oleh UNDP.
RUMUSAN
PERANAN SUKAN DALAM MEMUPUK
PERPADUAN KAUM
Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang
boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa. Zaman bola sepak
negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V
Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid
Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang
berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat
perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk
fahaman politik masing-masing. Ketika Perang Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan
perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama walaupun
mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza.
Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan sukan, Malaysia
juga berjaya dari penganjuran sukan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini termasuklah
Sukan Malaysia (Sukma) yang diperkenalkan olehnya dan kini menjadi temasya sukan terbesar dalam
negara. Sukma XV baru-baru ini diadakan di Pahang bertemakan 'Sukan Menjana Perpaduan'. Begitu
juga dengan kejayaan menganjur Sukan SEA 1989 yang melihat Malaysia memenangi pingat emas
terbesar (69 pingat emas) untuk sukan itu; yang juga merupakan pencapaian terbaik yang pernah
diduduki oleh Malaysia di arena antarabangsa.
Seterusnya, dalam sukan badminton, Malaysia melayakkan diri dalam perlawanan akhir Piala Thomas
1988 dan 1990; sejarah yang masih terpahat dalam pencapaian secara keseluruhan aktiviti sukan negara.
Perpaduan dalam negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi
alat 'penghubung' keseluruhan warganya. Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih
tersusun di pelbagai ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan. Pencapaian di kesemua peringkat yakni
kampung, daerah, negeri dan nasional serta antarabangsa mesti diperluaskan supaya Malaysia akan menjadi gah
sebagaimana Jepun dan Korea Selatan yang satu ketika dahulu di belakang Malaysia. Mutu pencapaian di
peringkat antarabangsa banyak bergantung kepada organisasi dan bukan semata-mata atlet yang terlibat.
Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat; tetapi juga segenap lapisan stratifikasi
kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati
diri menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting dalam melentur semangat 'kekitaan'.
Dalam membangunkan prestasi sukan, ia sekali gus juga dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas
kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh
sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu,
menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu matlamat'.
Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal
dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan
terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara
ini. Sukan adalah 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan
masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia.
Matlamat utama penggubalan Dasar Sukan Negara adalah untuk mewujudkan budaya sukan dalam
kalangan rakyat Malaysia. Budaya sukan ini merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan kegiatan
fizikal melalui Sukan Untuk Semua2, Sukan Prestasi Tinggi dan sukan sebagai industri. Dasar Sukan
Negara menggariskan matlamat, objektif, strategi, peranan dan tanggungjawab setiap agensi kerajaan,
bukan kerajaan, persatuan-persatuan sukan, rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi-
institusi pengajian serta badan dan individu yang terlibat dengan sukan. Dasar Sukan Negara merupakan
dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan pemantapan integrasi nasional
menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat
antarabangsa.
Dasar ini adalah untuk semua lapisan masyarakat, merangkumi program-program Sukan Untuk
Semua dan Sukan Prestasi Tinggi. Penggubalannya adalah berlandaskan rancangan pembangunan
negara. Sukan diberi pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang sama penting dengan sektor
sosial yang lain bagi mencapai matlamat pembangunan negara, perpaduan dan kestabilan yang
berterusan. Sukan mampu menggalakkan pertandingan yang sihat, sikap muhibah dan toleransi yang
tinggi, persefahaman dan pembinaan kualiti moral dan fizikal yang berterusan. Sukan memberi peluang
dan ruang untuk mengintegrasikan pelbagai kaum kepada satu masyarakat yang bersatu padu ke arah
pemupukan maruah bangsa dan negara. Sukan memberi manfaat yang amat besar terhadap aspek
kemanusiaan sejagat yang melibatkan peranan individu, masyarakat dan negara.
FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN
>Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing,
peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah,
pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan kemahiran pergerakan asas dan kompleks.
>Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum,
peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama
dan sokongan.
>Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada pemupukan jalinan dan kerjasama antarabangsa,
peningkatan ketahanan dan daya saing; dan peningkatan kecemerlangan dan imej negara.
>Dalam konteks pembangunan ekonomi, sukan adalah satu sektor ekonomi yang dapat menjana pendapatan dan
peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada atlet tetapi juga kumpulan sokongan, pengeluar peralatan sukan, media
dan lain-lain pihak yang berkaitan.
KEISMPULANNYA
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, sukan merupakan aspek yang penting untuk
memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat diketahui tokoh sukan dalam
semua aspek kaum. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui perpaduan sukan di
Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sukan amat bagus untuk kesihatan kerana ia dapat
mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota badan kita selain
menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang
dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan,
kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan.
Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif,
kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan
fizikal menerusi penggunaan masa
senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada
peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat
kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan
kecemerlangan imej negara dan jalinan kerjasama antarabangsa.
LAMPIRAN
BUKTI PERBINCANGAN
SUMBER RUJUKAN
➢ https://tajuk6sukandanperpaduan.blogspot.com/
➢ https://penegaksukannegara.blogspot.com/2020/09/
sukan-dan-perpaduan.html
➢ http://eur.help.yahoo.com/help/aa/ysearch/b
asics/basics-03.html
➢ https://ms.wikipedia.org/wiki/Nicol_Ann_David
➢ https://www.astroawani.com/merdeka2014/sukan-
sebagai-wadah-erat-perpaduan-kaum-di-
malaysia-44019