The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by YUZAIDA BINTI MOHD YUSOF KPM-Guru, 2024-02-05 23:04:39

DOKUMENTASI ANUGERAH PERMANA CITRA 2023 PDF

ANUGERAH PERMANA CITRA 2023 PDF

1 SMK SIERRAMAS, JALAN HOSPITAL, 47000, SUNGAI BULOH, SELANGOR DISEDIAKAN OLEH : PUAN YUZAIDA BINTI MOHD YUSOF PUAN CHE NOR AZLINAWATI BINTI CHE ALI PUAN NORAZRA BINTI MOHMAD SUKOR LAPORAN DAN DOKUMENTASI ANUGERAH PERMANA CITRA 2023


2 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 PENGENALAN 3 2 MATLAMAT 3 3 OBJEKTIF 3 4 KERTAS KERJA 4 - 18 5 KAD JEMPUTAN 20 6 TENTATIF PROGRAM 21 - 22 7 BUKU PROGRAM 24 - 36 8 TEKS UCAPAN PERASMIAN 38 - 43 9 TEKS UCAPAN PENGETUA 44 - 48 10 TEKS PENGERUSI MAJLIS 51 - 59 11 SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH 60 - 99 12 LAPORAN PENCAPAIAN UNIT KOKURIKULUM 2023 100 -106 13 SENARAI KEHADIRAN GURU 111 -118 14 SENARAI KEHADIRAN MURID 119 - 125 15 POST MORTEM 126 - 129 16 LAMPIRAN 130 - 136


3 1.0 PENGENALAN Sekolah merupakan salah sebuah institusi untuk murid menimba ilmu bukan sahaja dalam bidang pendidikan tetapi juga sebagai medium persediaan menghadapi dunia nyata. Sekolah menjadi tempat melahirkan bakal peneraju negara pada masa hadapan. Bagi mencapai hasrat tersebut, pelbagai ilmu telah diterapkan di dalam program pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktivitiaktiviti berteraskan akademik amat dititikberatkan dalam proses pembelajaran. Meskipun demikian, aktiviti bukan akademik atau Kokurikulum tidak kurang pentingnya untuk melahirkan murid berketerampilan dan bersemangat jitu dalam menempuh apa jua cabaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, Unit Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum sekolah memainkan peranan yang sama penting dalam menjayakan hasrat tersebut. Hal ini dapat direalisasikan dengan kerjasama gabungan bersepadu antara bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum untuk memastikan kita mampu melahirkan generasi masa depan yang seimbang daripada pelbagai aspek. 2.0 MATLAMAT Melahirkan satu generasi yang BERKARISMA, BERDAYA SAING dan BERINOVASI seiring dengantagline sekolah, #sierramasboleh..dan memang boleh dan tagline unit Kokurikulum, #sierraaktif. 3.0 OBJEKTIF Objektif Majlis Anugerah Permana Citra Pembangunan Murid ini dirancang adalah untuk :- 3.1 Memberikan pengiktirafan terhadap kepimpinan yang ditunjukkan oleh murid 3.2 Memberi pengiktirafan kepada murid yang melibatkan diri secara aktif dalam bidang Kokurikulum 3.3 Melahirkan tokoh murid cemerlang yang seimbang mencakupi bidang Kurikulum, Sahsiah dan Kokurikulum sekaligus menjadi contoh terbaik ( role model ) kepada murid lain untuk lebih maju. 3.4 Mewujudkan semangat kerjasama dan mengeratkan silaturrahim antara semua \ warga sekolah.


4 KERTAS KERJA


5 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIERRAMAS SUNGAI BULOH, SELANGOR. KERTAS KERJA MAJLIS ANUGERAH PERMANA CITRA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIERRAMAS TAHUN 2023 Tarikh : 13 Januari 2024 (Sabtu) Tempat : Dewan Cosmoderm Masa : 8.00 pagi – 11.30 pagi


6 1.0 PENGENALAN Sekolah merupakan salah sebuah institusi untuk murid menimba ilmu bukan sahaja dalam bidang pendidikan tetapi juga sebagai medium persediaan menghadapi dunia nyata. Sekolah menjadi tempat melahirkan bakal peneraju negara pada masa hadapan. Bagi mencapai hasrat tersebut, pelbagai ilmu telah diterapkan di dalam program pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktivitiaktiviti berteraskan akademik amat dititikberatkan dalam proses pembelajaran. Meskipun demikian, aktiviti bukan akademik atau Kokurikulum tidak kurang pentingnya untuk melahirkan murid berketerampilan dan bersemangat jitu dalam menempuh apa jua cabaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, Unit Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum sekolah memainkan peranan yang sama penting dalam menjayakan hasrat tersebut. Hal ini dapat direalisasikan dengan kerjasama gabungan bersepadu antara bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum untuk memastikan kita mampu melahirkan generasi masa depan yang seimbang daripada pelbagai aspek. 2.0 RASIONAL Majlis Anugerah Permana Citra Pembangunan Murid ini dirancang khusus untuk menghargai sumbangan dan penglibatan pelajar dalam menjayakan dan sekaligus mengharumkan nama sekolah. Diharapkan pengiktirafan ini dapat menjadi motivasi menarik minat lebih ramai pelajar untuk tampilkan diri mereka sebagai pemimpin sekolah dan menjadi medium untuk mencungkil bakat baru bukan sahaja dari segi kepimpinan tetapi juga dari bidang Kokurikulum.


7 3.0 MATLAMAT Melahirkan satu generasi yang BERKARISMA, BERDAYA SAING dan BERINOVASI seiring dengantagline sekolah, #sierramasboleh..dan memang boleh dan tagline unit Kokurikulum, #sierraaktif. 3.5 OBJEKTIF Objektif Majlis Anugerah Permana Citra Pembangunan Murid ini dirancang adalah untuk :- 3.6 Memberikan pengiktirafan terhadap kepimpinan yang ditunjukkan oleh murid 3.7 Memberi pengiktirafan kepada murid yang melibatkan diri secara aktif dalam bidang Kokurikulum 3.8 Melahirkan tokoh murid cemerlang yang seimbang mencakupi bidang Kurikulum, Sahsiah dan Kokurikulum sekaligus menjadi contoh terbaik ( role model ) kepada murid lain untuk lebih maju. 3.9 Mewujudkan semangat kerjasama dan mengeratkan silaturrahim antara semua \ warga sekolah.


8 5.0 PELAKSANAAN PROGRAM Tarikh Pelaksanaan : 13 Januari 2024 (Sabtu) Tempat : Dewan Cosmoderm Masa : 8.00 pagi – 11.30 pagi 6.0 JAWATANKUASA PROGRAM 6.1 JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : En. Hashim bin Saryani @ Mohd Noh (Pengetua) Timbalan Pengerusi : Pn. Roshida binti Abu Hamid (PK Kokurikulum) Naib Pengerusi 1 : Pn. Zamiah binti Abd Ghani (PK HEM) Naib Pengerusi 2 : Pn. Noranitta binti Abd Mutalib (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi 3 : Pn. Zalinah binti Ahmad (PK Petang) Naib Pengerusi 4 : Pn. Siti Suriati binti Mohd Jan (PK PPKI) Penyelaras Pemantauan : Pn. Shanti Singam A/P Veerasingam (GKMP Bahasa) En. Noor Sabri bin Mohd Nor (GKMP Sains Sosial) Pn. Norwaty binti Hassan (GKMP Teknik Vokasional) Penyelaras : Pn. Asmah binti Ahmad (SU Kokurikulum) Pn. Farah Masuzza binti Mohamad (SU HEM) Setiausaha : Pn. Norhidayah binti Baharudin Pn. Melinda binti Mazlan Bendahari : En. Ahmad Rashidul Amin bin Ruslan


9 6.2 JAWATANKUASA PELAKSANA Bil. Jawatankuasa Bidang Tugas 1 Penyelaras/AJK Sambutan Pn. Shanti Singam A/P Veerasingam Pn. Norwaty binti Hassan En. Noor Sabri bin Mohd Nor · Memastikan setiap jawatankuasa menjalankan tugas yang diamanahkan. · Menyelaras perjumpaan & perbincangan dengan jawatankuasa bahagian. · Memastikan penyelarasan kerja setiap Bahagian berjalan lancar. · Menyambut kehadiran VIP dan tetamu · Menyediakan buku pelawat dan mendapatkan tanda tangan VIP · Mendapatkan pamphlet program untuk buku pelawat · Memastikan majlis berjalan lancar. Penyelaras: En. Noor Sabri bin Mohd Nor 2 Bacaan Doa En. Muhammad Muaz bin Mohd Fadzil - Menyediakan doa yang sesuai dengan majlis · Membimbing murid untuk membacakan doa semasa majlis 3 Teks Ucapan Cik Nik Aliana binti Nik Mat (K) Cik Rushalini a/p Krishnan Pn. Kalsom binti Noh · Menyediakan teks ucapan untuk Pengetua dan Tetamu Kehormat · Berbincang dengan Penolong Kanan HEM/ Penolong Kanan Kokurikulum sebelum diserahkan kepada Pengetua & Tetamu Kehormat. · Menyerahkan salinan lembut kepada Ketua Dokumentasi


10 4 Persembahan Murid / Gimik Persembahan Pn. Zeti Mazlina binti Zainuddin (K) Pn. Maizarith binti Ismail Cik Nurul Annisa binti Mohamad Pn. Munirah binti Mazlan · Menyediakan gimik perasmian yang menarik. · Menyediakan persembahan murid · Melatih dan membimbing murid membuat persembahan Penyelaras: Pn. Norwaty binti Hassan 5 Pengurus Penerima Sijil dan Anugerah Murid Pn. Wan Awanis binti Mat Yusof @ Wan Yusof Pn. Melinda binti Mazlan Pn. Masitah binti Abu Bakar Pn. Fauziah binti Awang (PPKI) - Menyediakan senarai nama penerima sijil dan anugerah untuk tahun 2023 - Memaklumkan dan memberikan surat/ kad undangan kepada penerima sijil dan anugerah - Mendapat maklum balas jumlah kehadiran untuk unit masing-masing 6 Hiasan Pentas Pn. Sarina binti Ishak@Jaafar (K) Pn. Che Nur Faizah binti Che Abdul Aziz Pn. Zarina binti Suratan Cik Sabeerah binti Abeedin Pn. Hazan Suriani binti Abdul Halim Cik Nur Sarah Wahida binti Aznan Pn. Nur Syafiqah binti Mohd Ismail · Mereka bentuk hiasan pentas yang menarik mengikut tema · Menyediakan prop yang bersesuaian untuk pentas


11 7 Undangan VIP En. Noor Sabri bin Mohd Nor (VVIP) Cenderamata VIP Pn. Che Sufiah binti Harun (K) Pn. Faziah binti Ismail · Menghantar surat undangan kepada Perasmi · Melaporkan maklum balas kehadiran Perasmi · Memberi teks ucapan kepada Perasmi · Berbincang dengan Penolong Kanan HEM / Kokurikulum/ SU unit untuk pembelian cenderamata/Tetamu Kehormat/ Perasmi. 8 Penyediaan Sijil Pn. Siti Diyana binti Razib (K) Pn. Nurul Ain binti Aripin Pn. Sharifah Lizawati binti Sharif Shamsuddin Pn. Nor Khafizah binti Rusni Pn. Vanitha a/p Manoharan Pn. Siti Ruhayu binti Abu Bakar Cik Farah Natasya binti Md Fauzi - Menyediakan sijil untuk penerima anugerah - Memberikan template sijil kepada penyelaras unit/ badan/ persatuan mengikut kategori


12 8 Buku Atur Cara & Kad Jemputan Buku Atur Cara; Pn. Nurfatin Nadira binti Norhisam (K) Cik Faridah binti Amir Noordin Kad Jemputan : Pn. Nor Azlina binti Kamarullah Pn. Hanisah binti Zolkifly - Mengumpul data dan maklumat penting untuk dimasukkan dalam buku atur cara. - Menghantar buku atur cara secara dalam talian untuk rujukan semua. - Menyediakan 15 buku atur cara bercetak semasa majlis - Menyerahkan salinan lembut buku atur cara kepada Ketua Dokumentasi - Menyediakan kad jemputan digital & hardcopy– tentatif program untuk rujukan semua jemputan Penyelaras: Pn. Shanti Singam a/p Veerasingam 9 Backdrop/ Banner Pn. Nor Syazwani binti Mohamad Tosy (K) Pn. Sitinor Syahdu binti Mohd Shabry - Menyediakan banner yang sesuai dengan majlis untuk digantung dan untuk slaid - Menyediakan pamphlet untuk ditanda tangai oleh VIP (buku pelawat) 10 Pendaftaran Pn. Nor Amani binti Fauzi (K) Pn. Syazwani binti Zainudin Cik Nurashikin binti Abdul Rahim En. Murugan a/l M.Batumalai - Menyediakan borang pendaftaran kepada semua jemputan - Memastikan semua jemputan mengisi borang pendaftaran tersebut - Menyerahkan senarai kehadiran kepada penyelaras & ketua dokumentasi - Mengedarkan roti dan air mineral kepada penerima anugerah semasa pendaftaran


13 11 Raptai Pn. Nor Fadzliana binti Tahril (K) Pn. Asmah binti Ahmad Pn. Farah Masuzza binti Mohamad - Mengendalikan raptai majlis sebelum majlis sebenar berlangsung - Mengadakan raptai 3 hari sebelum majlis berlangsung. 12 PA Sistem / Teknikal En. Zulkifli bin Emran (K) En. Ahmad Rashidul Amin bin Ruslan En. Mohd Faisal bin Mohd Razali - Menyediakan Sistem PA yang baik - Mengendalikan Sistem PA sehingga majlis selesai - Memainkan lagu-lagu yang sesuai sepanjang majlis penyampaian Penyelaras: Pn. Norwaty binti Hassan 13 Pengacara Majlis En. Nik Mohd Husyaimie bin Che Hussin (K) Pn. Fariza binti Mohd Rashid - Mendapatkan senarai nama penerima sijil dan anugerah daripada penyelaras/flow manager · Menyediakan skrip yang bersesuaian dengan majlis · Mengendalikan majlis daripada awal hingga akhir majlis. - Menyampaikan maklumat terkini dari semasa ke semasa


14 14 Jurufoto dan dokumentasi Jurufoto Pn. Beh Poh Choo (K) Pn. Hazilawati binti Tamby Abdullah Pn. Nur Syafini binti Mohd Zin Zainalabdin Dokumentasi Pn. Yuzaida binti Mohd Yusof (K) Pn. Che Nor Azlinawati binti Che Ali Pn. Norazra binti Mohmad Sukor - Merakamkan gambar sepanjang majlisberlangsung. - Memuat turun gambar ke dalamTelegram Album Sierramas - Menyediakan dokumentasi program dalam tempoh 2 minggu selepas majlisberlangsung. · Menyerahkan 4 cetakan salinan dokumentasi kepada penyelaras untuk simpanan Pengetua, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum danPSS. 15 Kawalan Disiplin Pn. Mazwila binti Che Othman (K) Pn. Nur Yazida binti Sabarudin Pn. Azlina binti Abdullah - Memantau disiplin muridmuridsepanjang majlis berlangsung 16 Borang Penilaian Pn. Azreen Raihan binti Markum (K) Pn. Maslindah binti Mohamed Yusoff Pn. Ainul Hawa binti Mohd Yahaya - Menyerahkan borang post mortem kepada setiap Ketua AJK pelaksana - Mengumpulkan maklumbalas daripadaketua AJK dan menyerahkan kepada bahagian dokumentasi.


15 17 Persiapan Tempat En. Azmi bin Ishak (K) En. Muhammad Hafiz bin Noraidi En. Mohamad Jasmin bin Ibrahim Pn. Noor Melati binti Mat Yahaya Cik Hue Yew Hien Pn. Norfadila binti Che Abdullah Pn. Nur Hafizah binti Wahed · Menyusun atur kedudukan kerusi penerima anugerah yang sesuai · Menyediakan kerusi VIP · Menyediakan meja dan kerusi pengacara majlis · Menyediakan meja dan kerusi AJK Hadiah · Mengemas kembali kerusi meja setelah majlis selesai 18 Jamuan VIP Pn. Rosmawati binti Ab Dullah (K) Pn. Maimun binti Hamid Pn. Wan Norsharmilawati binti Wan Abdul Jalil Cik Feethi Masayu binti Mat Salleh · Menempah jamuan VIP dan pentadbir di kantin · Menentukan menu yang sesuai bagi jamuan VIP sarapan pagi) 19 Jemputan Ibu bapa Pn. Nor Hidayah binti Baharudin (K) Pn. Masayu binti Ishak En. Ahmad Izzudin Fitrie bin Ahmad Sharul Khalil · Membuat surat jemputan kepada penerima anugerah · Mengedarkan surat jemputan kepada penerima anugerah


16 20 Hadiah Murid (Penerima Anugerah) Pn. Siti Haizah binti Ismail (K) Pn. Siti Anida binti Mohd Noor Pn. Nurul Farah Amalina binti Zulkurnain Pn. Irma Syatila binti Ismail Pn. Halijah binti Mamat @ Ahmad Pn. Norizan binti Mohamad Azlan Cik Nur Faizura Alia binti Mohd Amran Pn. Nor Asyikin binti Shamsuri · Menguruskan hadiah penerima anugerah · Menyusun hadiah murid mengikut kategori · Bekerjasama dengan Jawatankuasa sijil semasa majlis berlangsung 7.0 TENTATIF PROGRAM 08.00 pagi : Pendaftaran 08.15 pagi : Kehadiran tetamu jemputan 08.30 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku : Ucapan Alu-aluan pengacara majlis : Bacaan doa 09.00 pagi : Ucapan Alu-aluan Pengetua SMK Sierramas 09.15 pagi : Ucapan Perasmian Tetamu Kehormat 09.30 pagi : Gimik Perasmian 09.40 pagi : Penyampaian Anugerah Badan Kepimpinan Murid 10.30 pagi : Persembahan Murid 10.40 pagi : Penyampaian Anugerah Kokurikulum 11.10 pagi : Penyampaian Tokoh Terbilang Murid Tahun 2023 11.30 pagi : Bersurai


17 8.0 KATEGORI PENERIMA SIJIL DAN ANUGERAH BADAN KEPIMPINAN AJK tertinggi setiap Badan Kepimpinan Tahun 2023 Bil Badan Kepimpinan sekolah 1. Pengawas Sekolah 2. Pengawas SPBT 3. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 4. Pengawas Pusat Sumber 5. Pengawas Koperasi 6. Pengawas Sukan 7. AJK Majalah 8. Ketua Tingkatan 9. Penolong Ketua Tingkatan - Anugerah Kelas Terbaik 3K Sesi Pagi Tahun 2023 · Anugerah Kelas Terbaik 3K Sesi Petang Tahun 2023 · Anugerah Kelas Terbaik 3K PPKI Tahun 2023


18 UNIT KOKURIKULUM · Sijil Penghargaan Jurulatih Luar · Sijil Penghargaan Guru · Anugerah Panji Penuh - Anugerah Panji Separuh · Anugerah Kehadiran Tertinggi Kokurikulum (Kelab/Persatuan, Unit Beruniform danSukan/Permainan) -Sesi Pagi, Sesi Petang & PPKI · Anugerah Murid Paling Aktif Setiap Unit · Anugerah Pencapaian Unit Cemerlang ( Kelab/Persatuan, Unit Beruniform & Sukan/Permainan) · Anugerah Tokoh Harapan Sukan (PPKI, Menengah Rendah & Menengah Atas) · Anugerah Tokoh Murid Aktif Sukan (Tingkatan 5) · Anugerah Guru Paling Aktif Kokurikulum (Di Dalam & Di Luar Sekolah) - Anugerah Khas Kokurikulum - Anugerah Tokoh Nilam - Anugerah Tokoh Murid Terbilang Tahun 2023 ( PPKI & Perdana )


19 KAD JEMPUTAN


20


21 TENTATIF PROGRAM


22


23 BANNER


24 BUKU PROGRAM


25


26


27


28


29


30


31


32


33


34


35


36


37 TEKS UCAPAN PERASMIAN


38 TEKS UCAPAN PERASMIAN MAJLIS ANUGERAH PERMANA CITRA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIERRAMAS SESI AKADEMIK 2023/2024 OLEH: DATUK MUHAMAD MUQHARABBIN BIN MOKHTARRUDIN (PENJELAJAH GRAND SLAM), PENDAKI GUNUNG EVEREST TAHUN 2004 13 JANUARI 2024 (SABTU)


39 Bismillahhirrahmannirahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih Saudara/Saudari Pengerusi Majlis, Yang Berusaha TUAN HASHIM BIN SARYANI@MD NOH, Pengetua SMK Sierramas, Yang Dihormati ENCIK SHAHADAN BIN BAHARUDIN, Yang Dipertua PIBG, Puan NORANITTA BINTI ABD MUTALIB, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan ROSHIDA BINTI ABU HAMID, Penolong Kanan Kokurikulum, Puan ZALINAH BINTI AHMAD, Penolong Kanan Petang, Puan SITI SURIATI BINTI MOHD JAN, Penolong Kanan Pendidikan Khas, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Kaunselor, Guru-guru, AJK PIBG, dan anak-anak permata Sierramas yang disayangi.


40 Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurniaNya maka dapatlah kita semua berkumpul pada pagi ini untuk menjayakan Majlis Permana Citra SMK Sierramas sesi Akademik 2023/2024. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada seluruh warga sekolah terutamanya kepada barisan pentadbir sekolah yang berjaya menganjurkan program ini. Terima kasih juga atas kesudian mengundang saya bagi samasama memeriahkan majlis pada pagi ini. Hadirin yang dihormati, 1. Dalam proses membentuk generasi yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan, aspek keseimbangan amat dititik beratkan.Di samping kecemerlangan dalam bidang akademik, kecemerlangan dalam bidang kokurikulum dan sahsiah juga amat penting. Dalam hal ini, peranan golongan pendidik amatlah penting bagi memastikan semua aspek ini dapat diterapkan di sekolah. Daripada perspektif kokurikulum, penglibatan murid-murid secara aktif dalam setiap aktiviti kokurikulum akan memberi kesan yang cukup dominan terhadap mereka. Murid akan lebih berdaya saing dalam sesuatu perkara. Begitu juga penglibatan murid dalam badan kepimpinan akan melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab untuk negara. 2. Salah satu kepentingan utama bidang kokurikulum adalah dapat memupuk ukhwah atau persahabatan dalam kalangan murid yang seterusnya dapat diterjemahkan kepada semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Melalui aktiviti yang dianjurkan sama ada di dalam mahupun di luar sekolah, sudah pastinya sesuatu program itu tidak hanya disertai oleh sesuatu kaum sahaja. Maka, dalam kesempatan itulah murid-murid berpeluang berkomunikasi dengan murid lain yang berbilang bangsa. Mereka boleh saling membantu dan bertukar-tukar pandangan. Kesannya,murid-murid dapat mempelajari erti persahabatan sebenar yang berupaya memperkukuh perpaduan nasional.


41 3. Manakala, kepentingan penglibatan murid dalam kepimpinan di peringkat sekolah pula dapat membantu murid membangunkan kemahiran kepimpinan, kerjasama dan disiplin. Disini, saya tertarik untuk merungkai berkaitan disiplin. Disiplin diri amat mustahak dalam kalangan murid-murid bagi menentukan tahap kejayaan mereka sama ada dari segi akademik, kokurikulum atau keduaduanya. Kita sering kali dikaitkan apabila pelajar yang cemerlang dalam akademik pasti mempunyai disiplin diri yang tinggi. Tidak dinafikan bahawa usaha yang digarap oleh pelajar cemerlang didorong dengan disiplin dan komitmen yang tinggi. Pada hemat saya, pelajar yang cemerlang dalam bidang kokurikulum seperti sukan juga adalah hasil daripada disiplin yang tinggi. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan memerlukan tahap disiplin yang tinggi ketika berlatih dan apabila menyertai pertandingan. Para hadirin sekalian, 4. Dalam kesempatan ini, saya menyeru kepada semua murid agar tidak memandang ringan akan kepentingan aktiviti yang dianjurkan. Rebutlah peluang yang ada walaupun anda mungkin terpaksa mengorbankan sedikit masa dan keselesaan kerana kejayaan sedang menanti anda pada masa hadapan. Kepada guru-guru, teruskanlah usaha murni untuk mendidik anak-anak bangsa yang menjadi aset penting kita semua pada masa hadapan. Semoga segala daya dan usaha yang telah kita semua curahkan ini akan mendatangkan kebaikan kepada kita semua. 5. Akhir kata, saya berharap anugerah yang diterima pada hari ini akan menjadi pendorong dan perangsang kepada murid SMK Sierramas, dan menjadi penyuntik semangat buat guru-guru agar terus berusaha melonjakkan kecemerlangan sekolah melalui kerjasama padu berteraskan semangat setiakawan dalam kalangan ahli kumpulan sebagai tonggak kejayaan organisasi. Marilah kita sama-sama memanjatkan doa agar mudah-mudahan Allah Taala akan terus melimpahkan rahmat perlindungan dan peliharaanNya


42 kepada kita dan negara Malaysia dengan naugan keamanan, kemajuan dan keselamatan. 6.Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Majlis Anugerah Permana Citra Sekolah Menengah Kebangsaan Sierramas bagi sesi Akademik 2023/2024. Sekian. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah wabarokatuh.


43 TEKS UCAPAN PENGETUA


44 TEKS UCAPAN PENGETUA MAJLIS ANUGERAH PERMANA CITRA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIERRAMAS SESI AKADEMIK 2023/2024 OLEH: ENCIK HASHIM BIN SARYANI@ MD NOH PENGETUA SMK SIERRAMAS 13 JANUARI 2024 (SABTU)


45 Bismillahhirrahmannirahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih Saudara/Saudari Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia DATUK MUHAMMAD MUQHARABBIN BIN MOKTHARUDDIN, Pengetua SMK Sierramas, Yang Dihormati ENCIK SHAHADAN BIN BAHARUDIN, Yang Dipertua PIBG, Puan NORANITTA BINTI ABD MUTALIB, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan ROSHIDA BINTI ABU HAMID, Penolong Kanan Kokurikulum, Puan ZALINAH BINTI AHMAD, Penolong Kanan Petang, Puan SITI SURIATI BINTI MOHD JAN, Penolong Kanan Pendidikan Khas, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Kaunselor, Guru-guru, AJK PIBG, dan anak-anak permata Sierramas yang disayangi. Setinggi- tinggi ucapan kesyukuran saya rafakkan ke hadrat Ilahi kerana dapat kita berkumpul pada hari ini untuk menjayakan majlis kemuncak bagi sidang ini iaitu Majlis Aungerah Permana Citra. Saya dengan berbesar hari mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat kita pada hari ini iaitu Datuk Muhammad Muqharabbin bin Mokhtarrudin ( Peneraju Grand Slam), Pendaki Gunung Everest Tahun 2004. Kami


46 seluruh warga sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian tuan untuk hadir dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Permana Citra pada hari ini. Sekalung apresiasi juga ingin saya tujukan kepada para guru dan pelajar SMK Sierramas yang bakal menerima penganugerahan atas dedikasi mereka dalam meningkatkan imej sekolah ke arah kejayaan. Semoga dengan penganugerahan ini guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Sierramas akan mendapat inspirasi untuk terus cemerlang pada masa akan datang. Sidang hadirin yang dimuliakan Pelajar-pelajar SMK Sierramas sentiasa didedahkan dengan aktiviti yang dapat mendidik kematangan mereka dalam mendepani cabaran globalisasi. Usaha didikan warga SMK Sierramas adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu, memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Semua usaha ini adalah untuk melahirkan individu yang holistik dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Oleh itu, semoga kejayaan yang dikecapi pada hari ini menjadi pemangkin bagi warga SMK Sierramas untuk terus mengorak langkah menyemarakkan budaya cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi kelak. Hadirin sekalian, Pada tahun lepas, pelajar sekolah kita telah menyertai Southern Zone Schools Taekwondo Championship 2023 peringkat kebangsaan, dan memenangi emas. Tidak lupa juga pelajar-pelajar PPKI, yang telah mendapat johan dan naib johan dalam Kejohanan Olahraga MSSS PPKI. Kejayaan ini hanyalah sebahagian sahaja pencapaian pelajar sekolah kita, sebentar lagi hadirin akan melihat sendiri penganugerahan berdasarkan bakat pelajar sekolah ini. Kita mahu pelajar mengambil bahagian dalam semua pertandingan dan aktiviti sama ada di peringkat sekolah, daerah,negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa . Hakikat yang pelajar perlu ketahui ialah aktiviti kokurikulum ini amat penting sebagai salah satu syarat kelayakan pelajar memasuki institusi pengajian tinggi selepas tamat pengajian sekolah menengah. Hadirin yang dimuliakan Saya berasa cukup bangga kerana pelajar sekolah ini mempunyai komitmen, kesungguhan dan bakat yang cemerlang. Komitmen yang diberikan oleh guru-guru juga perlu diberikan pujian kerana membimbing dan melatih pelajar tanpa mengira masa dan tenaga. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga pengiktirafan ini akan memberikan suntikan semangat kepada seluruh warga


47 SMK Sierramas untuk membanting tulang bagi melonjakkan nama SMK Sierramas hingga ke persada antarabangsa. Akhir kata, jutaan terima kasih saya dedikasikan kepada Datuk Muhammad Muqharabbin bin Mokhtarrudin kerana sudi meluangkan masa untuk bersamasama kita pada pagi ini bagi menjayakan Majlis Anugerah Permana Citra SMK Sierramas. Tidak lupa juga ucapan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh ahli jawatankuasa Majlis Anugerah Permana Citra yang diterajui oleh Pn. Asmah binti Ahmad dan Pn. Farah Masuzza binti Mohamad kerana telah merencanakan majlis ini dengan jayanya. Sekian.


48 BACAAN DOA


49


50 TEKS PENGACARA MAJLIS


Click to View FlipBook Version