BUKU LOG PANDU PUTERI
BIODATA DIRI NAMA : AIN SOFEA BINTI MOHD ASRULL ANGKA GILIRAN : 2021232340270 NO. KAD PENGENALAN : 031123-03-1264 KUMPULAN / UNIT : BAHASA MELAYU A KURSUS / SEMESTER : PISMP TAHUN 2 SEMESTER 2 AMBILAN : JUN 2021 ALAMAT EMEL : [email protected] NAMA PENSYARAH : PUAN MARIANI BINTI ALI
ISI KANDUNGAN Penghargaan Pengenalan Perlembagaan Sejarah Struktur & Organisasi Kemahiran Asas Pandu Puteri Laporan Aktiviti Mingguan Penutup
PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim.. Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Puan Mariani Binti Ali kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.
Pengenalan
PENGENALAN PENGENALAN Pandu Puteri (dikenali sebagai Pengakap Puteri USA di Amerika Syarikat) adalah organisasi kepanduan untuk gadis dan pemudi. World Association of Girl Guides and Girl Scouts adalah badan penyelia antarabangsa kepada pergerakan kepanduan atau kepengakapan kaum perempuan. Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) pula telah ditubuhkan secara rasminya dalam tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956. Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957.
Perlembagaan
dasar pertubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli persatuan ini supaya menjadi warganegara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbanga rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain. Untuk mencapai tujuan tersebut, pendidikan dan latihan melalui Program Pandu Puteri mengutamakan Sistem Kumpulan ( Patrol System) yang menjadi ciri utama dalam Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.
persetiaan pandu puteri Bahawa Dengan Sesungguhnya, Saya Berjanji Dan Bersetia Dengan Sedaya Upaya, Menunaikan Kewajipan Saya Kepada Tuhan, Raja Dan Negara Saya Malaysia, Menolong Orang Setiap Masa Dan Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri
U N DANG-UNDANG PANDU PUTE R I 1.Boleh Dipercayai. 2.Sentiasa Taat dan Setia 3.Suka Menolong Orang Lain Bersahabat Dengan Semua Orang dan Bersaudara Dengan Ahli Pandu Puteri Lain 4. 5.Sentiasa Bersopan Santun 6.Melindungi Haiwan Dan Memelihara Alam Sekitar 7.Sentiasa Menurut Perintah Bersemangat dan Bergembira Walaupun Dalam Kesulitan 8. 9.Sentiasa Berjimat Cermat 10.Suci Dalam Fikiran, Perkataan dan Perbuatan
MIsi pandu puteri Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa Girl Guides Association Malaysia is committed to develop girls and women of calibre through internalization of girl guiding knowledge, skills and values to benefit the society and country.
visi pandu puteri MENERAJUI PERKEMBANGAN POTENSI GADIS DAN WANITA UNTUK MEMBAWA PERUBAHAN TAKING THE LEAD IN DEVELOPING THE POTENTIAL OF GIRLS AND WOMEN FOR CHANGE
NILAI-NILAI TERAS Persatuan Pandu Puteri Malaysia percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut seperti masa : Integriti Toleransi Kejujuran Kasih sayang Hormat-menghormati Bantu-membantu
PIAGAM Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa : Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti Menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen melalui program Pandu Puteri Melahirkan ahli yang berkaliber Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni Menampilkan ahli sebagai warganegara yang sihat dan berguna Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran
C OGAN KATA PANDU PUTERI “ SELALU SEDIA” “BE PREPARED” Ini bermaksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapan sebarang balasan
lam b ang dan bendera pandu pu t eri BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.
b endera dunia pandu puteri Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri terhadap keamanan. Trefoil dunia dlalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.
logo pandu puteri 14 pecahan bintang di tengah-tengah yang melambangkan 13 buah negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. 3 kelopak bunga berpandukan simbol Pandu Puteri sedunia.
l encana dunia pandu puteri Simbol yang berwarna emas dan biru ini melambangkan matahari yang menyinari kanak-kanak di dunia. Rangkaian 3 daun yang melambangkan Persetiaan Pandu Puteri. 2 bintang melambangkan Persetiaan dan undang-undang perpaduan. Tangkai berbentuk melingkar melambangkan kasih sayang kemanusiaan. Jarum kepada kompas melambangkan kepaduan.
program pandu puteri Program Pandu Puteri adalah program pendidikan bukan formal untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa wanita di bandar dan di luar bandar. Oleh itu, hampir semua kegiatan Pandu Puteri bertapak di institusi pendidikan guru, institusi pendidikan tinggi atau tempat kerja. Untuk memenuhi keperluan yang pelbagai, program Pandu Puteri Persatuan Pandu Puteri Malaysia meliputi : Kelip-Kelip Pandu Puteri Tunas Pandu Puteri Remaja Pandu Puteri Renjer Pandu Puteri Kadet Pandu Puteri Siswi Pandu Puteri Dewasa Pemimpin Guild Trefoil Guild Pandu Puteri Raja Guild Mantan Ketua Pesuruhjaya Ahli Sukarela Pandu Puteri
uniform pandu puteri PANDU PUTERI KELIP-KELIP Skaf Pandu Puteri Kelip-kelip berwarna jingga dan dipakai dengan ikatan atau wogel. 1. Ahli memakai baju T PPPM dan seluar sukan. 2. 3.Kasut sukan/ sekolah PANDU PUTERI TUNAS Tudung hitam kosong & dimasukkan ke dalam baju 1. 2.Wogel PPPM Skaf dilipat selebar 3 jari sebanyak 5 kali 3. Seluar biru gelap berpotongan lurus dan tidak ketat 4.
uniform pandu puteri PANDU PUTERI REMAJA 1.Wogel PPPM Lambang kumpulan dijahit atas garisan poket kiri 2. Skaf dilipat selebar tiga jari sebanyak 5 jari. 3. Seluar biru gelap lurus & tidak ketat 4. PANDU PUTERI RENJER Lencana Pelantikan Ahli Renjer ( Merah) 1. 2.Wogel PPPM Lanyard putih dimasukkan ke kolar, atas skaf dan wisel dimasukkan ke dalam poket kiri 3.
uniform pandu puteri PANDU PUTERI KADET Skaf yang dipakai berwarna royal blue dan dilipat selebar 3 hingga 5 jari. 1. Lencana pelantikan kepada kadet berwarna putih. 2. Seluar berwarna biru gelap, berpotongan lurus dan tidak ketat. 3. PANDU PUTERI KLOVER Ahli klover memakai skaf berwarna maroon bersama wogel 1. Lencana pelantikan Klover berwarna merah jambu 2.
uniform pandu puteri GUILD Klip PPPM berwarna emas/wogel dipakai bersama skaf Guild berwarna hijau dan lencana pelantikan ahli Guild yang juga berwarna hijau diletakkan di atasnya. 1. PEMIMPIN Klip PPPM berwarna emas dipakai bersama skaf pemimpin 1.
uniform pandu puteri BAJU PERKHEMAHAN/AKTIVITI 1.Baju T PPPM berwarna biru seluar sukan berwarna biru tua atau hitam 2. Baju ini diguna pakai untuk semua peringkat ahli Pandu Puteri 3. Vest hanya dipakai bersama dengan baju T PPPM 4.
hormat Hormat ialah tabik Pandu Puteri atau perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan kepada Pegawai Pandu Puteri seperti pemimpin, ketua dan juga sesama ahli kumpulan. Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. Maksud hormat Pandu Puteri : Tiga jari yang menunjukkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri. 1. Ibu jari yang diletakkan di atas jari kelingking bermaksud yang kuat membantu yang lemah. 2.
Isyarat pandu puteri Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa : (i) seseorang itu diterima sebagai ahli Pandu Puteri (ii) semasa ahli Pandu Puteri membaharui ikrar. CARA MEMBUAT ISYARAT PANDU PUTERI : (I) Ahli Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia. (ii) Tangan kanan dinaikkan ke aras bahu dan tangan kiri ( di sisi ) dirapatkan lurus ke badan (iii) Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cm dari telinga kanan. (iv) Kira masa 1,2,3 dan turun 3,2,1
berjabat tangan Berjabat tangan ialah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain.
lagu pandu puteri Lagu dunia Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar, Tidak berlipat di dunia, Harapan abadi, Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh, Selagi dunia masih ada, Akan nyanyi lagu ini. Our way is clear as we march on, And see our flag on high, It’s never furled throughout the world, For hope shall never die, We must unite for what is right, In friendship true and strong, Until the earth in its rebirth Shall sing our song. TAPS (SIANG) Kami puji, nikmat diberi, Matahari, Bintang-bintang, Langit biru, Mana pergi hidup kami, Tuhan Saksi. Thanks and praise, For our days, Neath the sun, Neath the stars, Neath the sky, As we go, this we know, God is High. Taps ( malam) Day is done, gone the sun, From the sea, From the hills, From the sky, All is well, Safely rest, God is Nigh Malam datang, Siang hilang, Dari laut, Dari gunung, Dari langit, Semua selamat, Sihat rehat, Berkat Tuhan
lambang-lambang pANDU PUTERI TUNAS Dari atas kanan mengikut kumpulan pusingan jam : Bunga Teratai Bunga Melur Bunga Siantan Bunga Kenanga Bunga Cempaka Bunga Kesidang pANDU PUTERI remaja Dari atas kanan mengikut kumpulan pusingan jam : Bunga Raya Bunga Ros Bunga Kertas Bunga Lili Bunga Orkid Bunga Matahari
ISTIADAT rasmi Istiadat lingkungan tunas Pemimpin akan menentukan tempat perjumpaan dibuat dan meletakkan pennant ditengah-tengah kawasan. Tetapkan satu tema untuk rekaan membentuk lingkungan contohnya tema haiwan, kenderaan dan lain-lain yang sesuai dan menarik. Pemimpin boleh memanggil kumpulan untuk masuk satu persatu. Apabila semua kumpulan telah berada dalam lingkungan besar, semua ahli berpegang tangan dan berskip ke kiri sambil menyanyikan lagu PP Tunas. Setelah selesai skip ke kiri, skip pula ke kanan dan menyanyikan lagu PP Tunas.
ISTIADAT rasmi Istiadat lingkungan tunas- ahli baru Setelah semua kumpulan berenam membentuk lingkungan secara rekaan, ahli baharu akan masuk ke tengah dan penant dan duduk bertinggung. Setelah selesai semua ahli akan menyanyikan lagu kumpulan, ahli baharu akan berdiri berpegang tangan dan menyanyikan lagu ahli baharu sambil skip ke kiri dan kanan. Ahli baharu akan skip ke kumpulan berenam. Semua ahli ke kiri dan kanan beramai-ramai menyanyikan lagu PP Tunas.
ISTIADAT rasmi Istiadat pow wow Istiadat ini merupakan satu cara yang menarik untuk tujuan perbincangan, mengundi, membuat keputusan dan aktiviti bercerita. Pow Wow dikendalikan oleh pemimpin. Cara melaksanakan : Pemimpin akan memanggil ahli untuk melakukan Pow Wow. Ahli akan memberi respon dengan berpegang tangan dan menyebut Pow Wow berulang kali. Berkumpul membuat lingkungan kecil dan duduk berlutut Pemimpin beri arahan kepada ahli sekiranya mereka ingin memberi pendapat, ketak tangan atas telinga seperti arnab ( 3 jari ) Semasa ahli ingin memberi undi rahsia, letak tangan dibelakang dan tunjukkan isyarat seperti genggam jari: tidak setuju/ buku genggaman ( setuju) Pemimpin boleh bergerak mengelilingi belakang ahli untuk mengira undian. Apabila selesai Pow Wow semua ahli boleh berdiri dan bersurai.
ISTIADAT rasmi Hormat besar Istiadat hormat besar dilaksanakan sebagai satu cara ahli Tunas menyambut tetamu dan orang kenamaan. Istiadat ini dilaksanakan semasa ahli dalam bentuk lingkungan. Semua ahli berdiri tegak dan kedua-dua tangan diletak dibawah dagu seperti kuntum bunga yang belum berkembang. Tetamu akan masuk ke lingkungan di bawa oleh ahli lain. Pemimpin boleh memberi que dan ahli serentak beraksi menggayakan kuntum bunga yang tertutup beransur-ansur berkembang. Semua ahli dalam lingkungan secara serentak bertepuk tangan di atas bahu kiri empat kali sambil mengucap “selamat datang”. Kemudian bertepuk tangan di atas bahu kanan empat kali dan menyebut “selamat datang”. Semua ahli boleh berdiri tegak dan memberi isyarat hormat sambil memberi senyuman Ahli boleh menyanyikan lagu “ selamat datang”
ISTIADAT rasmi ladam kuda Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum istiadat menaikkan bendera. Sebelum aktiviti dimulakan, lebih elok jika didahului dengan pembentukan ladam kuda. Melalui ladam kuda ini. Guru Pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli pandu puteri yang akan terlibat dan memantau serta memberikan arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan.
Sejarah
SEJARAH PANDU PUTERI DUNIA Di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada tahun 1909, muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan ini. Ini dibuktikan sebagai pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari ini. Sejarah tidak mencatat berapa orang “pengakap perempuan” yang berada dalam kumpulan itu, tetapi mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert BadenPowell dan dalam kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri. Baden-Powell memilih nama “Girl Guides” dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Girl Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama untuk membawa impak Pada tahun 1910, adik Baden-Powell iaitu Agnes, mengadaptasikan
SEJARAH PANDU PUTERI DUNIA buku “Scouting for Boys” untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan rakan Pandu Puteri dilahirkan. Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya. mereka merupakan pasangan yang mengagumkan. Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan pasangan ini meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia. Walaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi perkembangannya ke tempat lain amat pantas.
SEJARAH PANDU PUTERI DUNIA Sebelum persatuan ini ditubuhkan, telah wujud beberapa kumpulan. Pada tahun 1912, Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama. Perang Dunia Pertama tidak menghalang perkembangan pergerakan ini. Banyak kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan dan menjelang tahun 1930, 15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia. Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha ramai wanita yang bersemangat, mempunyai sumber dan berpandangan jauh.
SEJARAH PANDU PUTERI DUNIA Mereka semua melihat ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita. Nama seperti Juliette Low (pengasas di Amerika Syarikat), Olga Malkowska (pengasas di Poland) dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis) membantu membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini, Sementara itu, pergerakan ini terus berkembang dengan pesat. Pada tahun 1931, keahlian persatuan ini melebihi satu juta dan pada tahun 1932, Pusat Dunia yang pertama dibuka. Pada tahun 1939, Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri diadakan di Hungary. Setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus berkembang. Walau bagaimanapun, Lord Baden-Powell telah meninggal dunia pada masa itu.
SEJARAH PANDU PUTERI MALAYSIA Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusar Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956. Sejak tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat. Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa.
SEJARAH PANDU PUTERI MALAYSIA Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok. Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program kepanduan yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia. Matlamat Pendidikan Bukan Formal yang berkualiti ialah Jerih, Rapi, Kaitan dan Hubungan. Untuk mencapau tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui Program kepanduan yang mengutamakan sistem Kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia.
SEJARAH PANDU PUTERI MALAYSIA Program kepanduan yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-Undang Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli itu boleh dipercayai dan sentiasa taat dan setia, suka menolong orang lain, bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain, sentiasa bersopan santun, sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar, sentiasa menurut perintah, bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan, sentiasa berjimat cermat dan suci dalam fikiran, perkataan serta perbuatan. Asas program kepanduan terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek, minat dan hobi, gaya hidup sihat, dan khidmat. Program kepanduan juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif.
SEJARAH PANDU PUTERI MALAYSIA Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui program kepanduan yang mengutamakan system kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia.
RIWAYAT HIDUP PENGASAS : SEJARAH PENGASAS GERAKAN KEPANDUAN DUNIA Sejarah penubuhan Gerakan Pandu Puteri di dunia seiring dengan perkembangan Pergerakan Pengakap. Selepas penubuhan Pergerakan Pengakap pada 1908 oleh Lord Baden Powell dilahirkan pada 22 Februari 1857 di London dalam suasana keluarga yang sederhana. Bapanya telah meninggal dunia sejak Baden Powell masih kecil. Abangnya, Warinton berjaya memasuki latihan kapal laut semasa berusia 13 tahun. Bertitik tolak dari sinilah dengan mengikuti abangnya, Baden Powell turut dapat belajar sedikit demi sedikit tentang ilmu pelayaran, kemahiran berkhemah dan memasak.
RIWAYAT HIDUP PENGASAS : SEJARAH PENGASAS GERAKAN KEPANDUAN DUNIA Lady Baden Powell merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mengembangkan Pergerakan Pandu Puteri ini. Nama sebenarnya ialah Olve St. Clair Soames yang dilahirkan pada 22 Februari 1889. Beliau kurang berpuas hati dengan kehidupannya yang terkongkong daripada melakukan aktiviti lasak kerana beliau dilahirkan dalam keluarga yang berada. Beliau inginkan kebebasan untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya dalam melakukan kerja-kerja amal. Pada tahun 1912, sewaktu melakukan pelayaran dengan kapal laut ke S.S Arcadian, beliau telah berkenalan dengan Baden Powell yang seterusnya berakhir dengan perkahwinan.
RIWAYAT HIDUP PENGASAS : SEJARAH PENGASAS GERAKAN KEPANDUAN DUNIA Pada tahun 1916, Lord Baden Powell telah menubuhkan Pergerakan Pandu Puteri dan Lady Baden Powell telah dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri. Pada tahun 1918-1919, Lady Baden Powell telah menubuhkan Majlis Tanah Jajahan dan Majlis Antarabangsa yang bertanggungjawab secara langsung terhadap Pergerakan Pandu Puteri di tanah jajahan takluk Britain yang kemudiannya dikenali sebagai Persatuan Komanwel . Majlis Antarabangsa pula bertanggungjawab sebagai badan perantaraan antara Persatuan Pandu Puteri di negara-negara lain. Kini Majlis Antarabangsa dikenali sebagai Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia (WAGGGS).
RIWAYAT HIDUP PENGASAS : SEJARAH PENGASAS GERAKAN KEPANDUAN DUNIA Pada tahun 1970, beliau telah disahkan menghidap penyakit kencing manis. Dalam keadaan sedemikian, lawatan dan pengembaraan beliau mula dikurangkan dan akhirnya dihentikan terus. Beliau sekadar menyumbang kata-kata perangsang kepada ahli-ahli Pergerakan Pandu Puteri yang sempat menemuinya. Lady Baden Powell akhirnya meninggal dunia pada tahun 1977 dalam usia 88 tahun. Kata-kata beliau yang sering dijadikan perangsang,, kita patut berusaha mewujudkan semangat persaudaraan yang telen.
RIWAYAT HIDUP PENGASAS : SEJARAH PENGASAS GERAKAN KEPANDUAN DUNIA Selepas itu, kita perlu semangat keazaman untuk mengatasi sebarang kesulitan., termasuk perkara yang kita tidak suka dan perkara yang berbahaya. Tetapi yang paling utama ialah kita boleh memupuk di kalangan ahli pergerakan yang kita cintai ini semangat perpaduan yang tidak mengenal batasan bangsa.
Struktur & Organisasi