The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainsofea2311, 2024-02-24 11:56:22

BMA_AIN SOFEA BINTI MOHD ASRULL_TUGASAN 1

PENGEMBARAAN TUPAI YANG BIJAK

PENGEMBARAAN TUPAI YANG BIJAK Ain Sofea @ A


Pada suatu hari di hutan yang hijau dan rimbun, tinggallah sebuah kumpulan haiwan yang hidup bahagia bersama-sama antara mereka. Di antara mereka, terdapat seekor tupai yang sangat bijak bernama Tobi. Tobi bukan sahaja pandai dalam perkara biasa seperti menari atau melompat. Malah dia juga pandai dalam menunjukkan ketangkasan dan kepandaian serta dapat mengatasi masalah yang dihadapi dengan sangat mudah. Tobi merupakan seekor binatang yang sangat periang dan baik hati.


Pada suatu pagi, ketika matahari baru saja muncul di bahagian timur, Tobi sedang meneroka hutan dengan hati yang senang sambil menyanyi “ Rasa sayang hei, rasa sayang, sayang hei, hei sungguh gembiranya hati, sayang-sayang hei...”. ( irama lagu Rasa Sayang Hei). Tiba-tiba dia terdengar dan ternampak banyak haiwan sedang berkumpul di kawasan tengah hutan untuk bersarapan pagi bersama-sama. Semasa mereka sedang bersarapan, mereka semua telah mendengar satu suara yang menunjukkan pergaduhan dari arah hutan. Seekor haiwan yang telah berada di situ telah menawarkan dirinya untuk mencari punca berlakunya pergaduhan tersebut iaitu Tiki si burung.


Semasa Tiki Si Burung sedang asyik menuju ke dalam hutan, Tiki Si Burung telah menjumpai punca berlakunya pergaduhan itu, rupa-rupanya ianya berpunca daripada seekor harimau yang sedang merosakkan hutan dan mengancam kedamaian mereka di dalam hutan. Setelah diteliti oleh Tiki perbuatan yang telah dilakukan oleh harimau itu, Tiki segera terbang dengan laju menggunakan sayapnya untuk memberitahu berita tersebut kepada haiwan-haiwan yang lain.


Tidak lama selepas itu, Tiki pun tiba dan terus berkata “Wahai kawankawanku, aku telah mengetahui punca bunyi pergaduhan itu. Ianya berpunca daripada seekor harimau. Dia telah melakukan kerosakkan kepada hutan kita !! Ini tidak boleh dibiarkan begitu !! Semakin hancur hutan kita jika dilakukan olehnya !!”. Si Gajah pula berkata “Macam mana ni ?? Kita tak boleh biarkan haiwan-haiwan lain kacau hutan kita ni !! Kita tak mesti buat sesuatu untuk menghalangnya !!”. Haiwan-haiwan lain juga turut merasa sangat bimbang akan apa yang disampaikan oleh si Tiki itu. Mereka risau sekiranya tempat tinggal mereka akan menjadi sasaran harimau tersebut selepas ini jika dibiarkan.


Tetapi bagi Tobi, dia kekal tenang dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah itu. Dia tahu bahwasanya di merupakan seekor tupai yang bijak. Dia terus berfikir dan mempunyai rancangan untuk memyelamatkan hutan mereka. Dia terus berkata kepada haiwan-haiwan yang lain, “ Mari kita bekerjasama untuk menyelesaikan masa;lah ini Saya akan merancang satu strategi, akan tetapi saya memerlukan bantuan daripada kamu semua”. Haiwan-haiwan yang lain terus bersetuju tanpa berfikir panjang dengan apa yang dikatakan oleh Tobi itu. Tobi pun terus memberitahu ideanya dan haiwan-haiwan yang lain terus berasa lega dan tersenyum dan sangat bersetuju dengan idea si Tobi itu.


Pada petang itu, mereka terus memulakan strategi mereka mengikut arahan yang diberikan oleh Tobi. Tobi memulakan strateginya dengan meminta burung-burung untuk menyebarkan berita tersebut kepada semua haiwan yang berada di dalam hutan supaya bersiap sedia. Kemudian, dia juga telah meminta pertolongan daripada beruang untuk menyusun halangan yang diperbuat daripada batu dan kayu untuk diletakkan di sekeliling hutan bagi menyekat pergerakan harimau yang ganas itu. Seterusnya, dia juga telah meminta pertolongan daripada monyet-monyet untuk membuat perangkap dengan menganyam tali di antara pokok-pokok di dalam hutan itu. Tobi dan haiwanhaiwan lyang lain melakukan kerja mereka dengan sangat bersungguh-sungguh dan bekerjasama antara satu sama lain. mereka mengharapkan agar si Harimau itu tidak mampu lagi untuk mengancam kehidupan mereka di dalam hutan tersebut.


Pada keeseokan harinya, si Harimau muncul dan dia sangat terkejut melihat keadaan hutan yang penuh dengan halangan dan perangkap. Dia berasa terperangkap dan keliru dengan keadaan tersebut. Namun belum sempat dia untuk melakukan apa-apa. Tobi pun terus melangkah ke hadapan dengan tenang lalu berkata “Dengarkan apa yang aku ingin aku katakan kepadamu wahai si Harimau, kami haiwan-haiwan di hutan ini tidak mahu bergaduh dengan kamu, akan tetapi kami juga tidak mahu membenarkan kamu untuk memusnahkan hutan kami. Oleh itu, kami akan menyatakan satu syarat kepada kamu sekiranya kamu masih ingin tinggal di dalam hutan ini”. Si Harimau itu terkejut mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh Tobi. Dia tidak menyangka haiwan sekecil itu mampu mengejutkannya dan mengeluarkan kata-kata sebegitu. Si Harimau dengan angkuhnya terus berkata “ Apakah syarat yang kamu ingin aku lakukan wahai Sang Tupai?”. Tobi terus menjawab soalan Si Harimau itu dengan mengatakan “Kami bersedia untuk hidup bersama dengan kamu, akan tetapi kamu perlulah menghormati rumah-rumah kami”. Si Harimau berfikir sejenak dan terus bersetuju untuk meninggalkan hutan mereka dan mencari tempat tinggal di kawasan lain


Selepas itu, semua haiwan berterima kasih kepadanya serta memujinya kerana kebijaksanaannya dalam menghalang Si Harimau itu. Sang Monyet juga memuji kebijaksanaanya Tobi dengan berkata “Tobi, sungguh tidak dapat diakui lagi bahawa kebijaksanaanmu itu tidak dapat ditandingi dan aku sangat gembira dengan apa yang dirancang oleh kamu itu membuahkan hasil kepada kami semua”. Haiwan-haiwan lain juga turut berasa kagum dengan kebijaksanaan Tobi. Mereka telah belajar bahawa dengan bekerjasama dan menggunakan kecerdasan mereka, mereka mampu untuk mengatasi sebarang bahaay yang akan datang kepada diri mereka pada masa akan datang.


Sejak dari hari itu, semua haiwan di hutan itu telah pun mengadakan satu majlis bagi melantik haiwan yang layak untuk menjadi pemimpin bagi hutan mereka. Pada hari tersebut, Tobi telah diiktiraf sebagai pemimpin di dalam hutan tersebut oleh haiwan-haiwan lain. Tobi berasa terkejut dan bangga akan dirinya dengan pengiktirafan tersebut dan merasakan dirinya tidak layak untuk menjadi pemimpin bagi hutan tersebut. Namun, berkat daripada kebijaksanaannya dalam menghalau harimau itu menjadikan dia sebagai pilihan oleh haiwan-haiwan yang lain sebagai pemimpin bagi mereka. Disebabkan oleh itu juga, hutan mereka kembali berada dalam keadaan damai dan mereka hidup bahagia bersama-sama. Akhir sekali, Tobi terus mengembara hutan dengan penuh semangat dan sentiasa bersiap sedia untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan di dalam hutan.


Click to View FlipBook Version