PENGHARAMAN
RIBA MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM
ISI KANDUNGAN 01 DEFINISI
02 DALIL & HADIS
03 HIKMAH
04 JENIS/ KATEGORI
05 CIRI-CIRI
06 CARA MENGATASI
07 SUMBER RUJUKAN
08 AHLI KUMPULAN
DEFINISI
Takrifan riba’ menurut bahasa ialah
sebarang penambahan, lebihan atau
perkembangan di atas hutang akibat
penangguhan tempoh pembayaran.
Takrifan riba’ menurut istilah yang dihuraikan oleh para fuqaha pula
terdapat beberapa definisi:
Mazhab Hanafi:
Lebihan suatu harta tanpa tukaran atau gantian di dalam suatu
akad tukaran harta dengan harta.
Mazhab Maliki:
Setiap jenis daripada jenis riba mengikut pada takrifannya.
Mazhab Syafie:
Suatu akad yang dimeterai sebagai pertukaran barang tetapi
pertukaran tersebut tidak diketahui kesamarataan menurut ukuran
syarak atau penyerahan barang tersebut dilewatkan.
Mazhab Hanbali:
Berlaku sesuatu lebihan dalam beberapa perkara dan kelewatan
terhadap penyerahan salah satu atau kedua-dua barang tersebut.
“Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu Penjelasan berkaitan dengan Surah al-rum
pemberian atau tambahan yang yang berikut adalah semua bayaran
kamu berikan, supaya bertambah
kembangnya dalam pusingan harta tambahan modal yang kamu berikan kepada
manusia maka ia tidak sekali-kali pemakan riba atau pemiutang akan
akan kembang di sisi Allah (tidak menyebabkan penambahan dan
mendatangkan kebaikan).”
perkembangan harta dan rezeki mereka
al-Rum:39 tetapi Allah SWT tidak akan memberkatinya
lalu akan menghapuskannya. Jadi, harta atau
wang ringgit yang diperolehi daripada
penambahan atau lebihan di atas hutang itu
adalah haram berdasarkan Al-Quran, sunnah
dan ijma’ ulama.
DALIL & HADIS
Pada dasarnya peringkat pengharaman riba
terbahagi kepada empat peringkat penurunan.
Iaitu bermula pada surah al-Rum ayat ke-39,
Surah al-Nisa’ ayat ke-161, Surah ali-Imran ayat
ke-130-131, yang terakhir Surah al-Baqarah ayat
ke-275-281.
Dalil :
1) Firman Allah SWT : َو َأَحَّل الَّلـُه اْلَبْي َع َو َحَّرَم الِّرَبا
Maksudnya: “Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan
riba.”
al-Baqarah: 275
2) Firman Allah SWT :
ٰۤيـَاُّيَه ا اَّلِذ ۡيَن ٰاَم ُنوا اَّتُقوا َهّٰللا َو َذُرۡو ا َم ا َبِق َى ِم َن الِّرٰٓبوا ِاۡن ُكۡنُتۡم ُّم ۡؤِم ِنۡيَن
Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan
tinggalkan sisa riba (yang beIum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman"
al-Baqarah: 278
Hadis :
َلَع َن َرُس وُل ِهَّللا َص ىَّل ُهَّللا َع َلْي ِه َو َس َّلَم آِكَل الِّرَبا َو ُم ْؤ ِكَلُه َو َكاِتَبُه َو َش اِه َدْيِه َو َق اَل ُهْم َس َو اٌء
Maksudnya: Rasulullah s.a.w melaknat penerima riba dan pembayar riba dan orang yang
mencatatnya dan kedua-dua saksinya dan Baginda berkata mereka itu semuanya sama.
(Sahih Muslim 1598)
HIKMAH
1. Membanteras kezaliman dan penindasan
sesama manusia
Pengharaman riba atau apa-apa saja nama lain bagi
riba adalah untuk mengelakkan penindasan pihak
yang mempunyai wang ke atas orang yang
memerlukan. Perkara ini jelas bercanggah dengan
kepentingan kemanusiaan.
2. Mewujudkan kestabilan ekonomi masyarakat
Masyarakat yang mengekalkan kestabilan ekonomi dengan
mengamalkan dasar kewangan yang berhemah untuk menjamin
pertumbuhan yang tinggi dan stabil. Ianya memberi penekanan
dasar meningkatkan kegiatan ekonomi yang baik.
3. Mencegah sifat mementingkan diri se
ndiri
Manfaat pengharaman riba akan menyuburkan sifat malas
bekerja. Kesannya akan mendorong masyarakat menanggung
keperluan hidup dengan hasil pekerjaan dan Islam sangat
menggalakkan umatnya untuk berusaha dan bekerja.
4. Mengecilkan jurang kehidupan antara golongan kaya dan
miskin
Membantu mengurangkan jurang taraf sara hidup masyarakat
di bandar dan di luar bandar serta mengelakkan kepincangan
sosial rentetan daripada jurang sara hidup yang ketara .
5. Menggalakkan semangat tolong menolong sesama manusia
Pengharaman riba juga akan membuka beberapa pintu kebaikan kepada
orang Islam agar dapat menambah bekalan untuk hari akhirat misalnya
dengan memberi pinjaman kepada seseorang tanpa meminta wang faedah,
memberi tempoh kepada peminjam sehingga hutang dibayar, memberi
kegembiraan serta menyayanginya kerana mengharapkan keredhaan Allah.
JENIS/
KATEGORI
Riba Al-
Riba ini berlaku dalam akad pinjaman hutang. Riba jenis ini berlaku dalam
Duyun dua keadaan. Keadaan yang pertama berlaku apabila kadar atau manfaat
(riba pada
tambahan yang disyaratakan atas pemberian jumlah pinjaman pokok.
hutang) Keadaan kedua berlaku apabila kadar atau manfaat tambahan lebih dari
jumlah pinjaman pokok yang dikenakan akibat si peminjam gagal membayar
jumlah pinjaman yang ditetapkan pada tempoh yang ditetapkan.
Riba Qardh
Riba ini berlaku apabila sebarang kadar atau manfaat tambahan yang
lebih daripada pinjaman pokok yang dikenakan ke atas pinjaman
tersebut dan dipersetujui semasa pinjaman dibuat, sama ada dikenakan
oleh pemberi pinjam atau ditawarkan sendiri oleh peminjam.
Riba Jahiliyyah
Sebarang manfaat atau kadar tambahan melebihi pinjaman asal
dikenakan apabila bayaran pinjaman dilakukan melebihi tempoh yang
ditetapkan sama ada disebabkan kelewatan atau penangguhan
Riba Al-
Riba ini berlaku dalam akad jual barang ribawi dan berlaku dalam dua
Buyu' keadaan. Keadaan pertama ialah jual beli atau pertukaran antara barang
( riba pada
ribawi yang sama jenis dengan berbeza kadar berat atau kuantiti. keadaan
jual beli
yang kedua adalah jual beli atau pertukaran di antara barang ribawi yang
barangan
berlainan jenis tetapi sama illah ribanya secara tertangguh (bukan dalam
ribawi) satu masa)
Riba Fadhl
Pertukaran dua barang ribawi dari jenis yang sama dengan kadar atau
nilai yang berbeza. Riba fadhl ini juga ditakrifkan sebagai riba
penambahan iaitu setiap penambahan tanpa pengganti dalam tukar
menukar barang dengan barang lain.
Riba Nasi'ah
Riba yang berlaku disebabkan terdapat syarat penangguhan dalam
penyerahan barangan ribawi ataupun duit pembayaran secara sengaja
kemudian dikenakan caj tambahan.
CIRI-CIRI
Di dalam urus niaga dan traksaksi muamalat Islam, terdapat
beberapa unsur dan elemen dalam transaksi muamalat Islam
yang diharamkan oleh Islam secara mutlak. Unsur-unsur ini boleh
menyebabkan sesuatu urus niaga itu menjadi tidak bertepatan
dengan Syariah, haram dan terbatal.
1. Riba Berikut merupakan unsur-unsur
2. Ketidakpastian (gharar) riba yang diharamkan dalam
3. Judi sistem muamalat Islam. Namun
4. Penipuan atau khianat. unsur ini jarang digeruni akan
5. Barangan/perkhidmatan
pengharamannya di kalangan
masyarakat. Diharapkan dengan
yang haram penerangan ringkas ini dapat
Barang Ribawi menyedarkan pembaca akan
pengharamannya.
Kriteria Utama: “Emas dengan emas, perak dengan
Penangguhan masa
perak, gandum dengan gandum, sya’ir
pertukaran (barli) dengan syair, kurma dengan
Perbezaan nilai balas
kurma, garam dengan garam,
dalam pertukaran dua
pertukarannya harus seperti dan
ribawi yang serupa serupa, sama dan sama, tangan dan
tangan. Jadi jika ada perbezaan
barang-barang ini, lakukan jual beli
asalkan dilakukan antara tangan dan
tangan.”
[HR. Al-Bukhari dan Muslim dari
Ubadah bin Shamit
radhiyallahu’anhu, dan lafaz ini
milik Muslim]
CARA MENGATASI
Metode ekonomi Islam adalah metode yang menjalankan
aktiviti ekonomi yang melibatkan urus niaga pertukaran barang
berasaskan transaksi sebenar. Ia bukanlah berteraskan riba
yang bersifat atas angin dan melahirkan wang bukan dari
aktiviti transaksi perniagaan. Bahkan membenarkan urus niaga
kredit secara berleluasa. Keadaan ini membuka ruang
spekulasi yang berlebihan dan perkembangan industri riba
yang akhirnya jatuh merudum.
Metode Islam tidak menggalakkan pengguna berhutang dan
menanggung bebanan kredit yang melampau. Justeru, metode
perbankan Islam tidak membenarkan kita memberikan
kemudahan pembiayaan kepada mereka yang tidak mempunyai
potensi untuk membayar semula. Hal ini betepatan dengan
sistem pengurusan risiko di dalam ekonomi yang boleh
mengelakkan krisis kredit dan sub-prima.
Metode Islam tidak membenarkan janji pulangan tetap dalam
pelaburan. Walau pada awalnya kelihatan menguntungkan
tetapi pada hakikatnya ia membebankan semua pihak
terutamanya pihak yang berjanji. Hal ini bukan sahaja dapat
mengelakkan bebanan hutang oleh pihak berjanji akibat
kerugian, bahkan menggalakkan aktiviti ekonomi bercambah
melalui aktiviti transaksi sebenar
Islam mengharuskan mudharabah dan musyarakah dalam
pelaburan, yang mana ianya mempunyai ciri-ciri pengawalan
yang unik, adil dan saksama. Berlawanan sama sekali dengan
sistem riba dan kapitalis
SUMBER
RUJUKAN
1.Naqia, H. (2012). Riba Menurut Islam.
Academia, 1-2.
2.DRB-HICOM. (2012, Julai 10). Riba dan
Pengharamannya. Bank Muamalat, 7-16.
Retrieved from Bank Muamalat.
3.Muhammad , M. (2019, Disember 26). Dosa
Memakan Riba Lebih Dasyat Daripada Berzina.
Retrieved from Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan:
https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-
al-hadith/3918-irsyad-al-hadith-siri-ke-446-
dosa-memakan-riba-lebih-dahsyat-daripada-
berzina
4.Rossi, H. (2021, April 6). Dalil Al-Quran dan
Hadis Yang Mengharamkan Praktik Riba.
Retrieved from Republika:
https://www.republika.co.id/berita/qr47jl320/d
alil-alquran-dan-hadits-yang-mengharamkan-
praktik-riba
AHLI
KUMPULAN
1) MUHAMMAD ARIF BIN ADNAN
DPH202024585
DPIH 6E
2) AHMAD HANIFAH BIN ZULKIFLIE
DPH202025338
DPIH 6E
3) AINNUR DAHIYAH BINTI RIZAL
DPH202025108
DPIH 6E
4) NOR SARAH SYAZWANI BINTI AHMAD
MUKHID
DPH202025202
DPIH 6E
5) NUR IZZATY BINTI MOHD YUSOF
DPH202025306
DPIH 6E
SERINGAN APAPUN BUNGANYA,
SEKECIL APAPUN DENDANYA
RIBA TETAPLAH RIBA!
"Allah melaknat orang yang memakan riba,
orang yang memberi riba, pencatatnya dan dua
orang saksinya, mereka semua sama"
(HR. Bukhari & Muslim)
Dari ibnu mas'ud, Rasulullah SAW bersabda:
"Riba memiliki 73 pintu. Dosa yang paling ringan seperti
seseorang yang menzinahi ibu kandungnya sendiri"
(HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi. Disahihkan oleh Al-
Albani dalam Sahih at-taghib (2/177)