The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-6718930, 2021-04-19 00:42:26

TOKOH PEMIMPIN JOHOR - DATO' ONN BIN JAAFAR

BUKU SKRAP DIGITAL

Keywords: DOJ

__________BUKU SCRAP DIGITAL___________

DATO’ ONN JAAFAR

MENTERI BESAR JOHOR YANG KE-7
DI SEDIAKAN OLEH : NORMUHAMAD IMAN BIN
________________NORIZHAM_________________

___________BUKU SCRAP DIGITAL_____________

Nama : Normuhamad Iman Bin Norizham
Kelas : 4 ibnu Khaldun
Alamat e-mail : [email protected]
Nama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan
Pasir Gudang 3
Alamat Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan
Pasir Gudang 3, Kawasan Perindustrian Pasir
Gudang , 81700 Pasir Gudang , Johor

___________BUKU SCRAP DIGITAL_____________

KANDUNGAN :

 Pendahuluan
 Biodata Dato’ Onn Jaafar
 Sumbangan
Nilai Kepimpinan yang boleh dicontohi oleh

generasi sekarang
 Penutup / Kesimpulan
 Sumber Rujukan

______________KANDUNGAN_________________

____________BUKU SCRAP DIGITAL____________

Yang di-Pertua pertama UMNO, Allahyarham Dato’ Onn Jaafar telah dimartabatkan
sebagai Pensebuah Sebuah Negara Bangsa dalam sejarah kemerdekaan negara. Badan
Perhubungan UMNO Negeri Johor mahu Allahyarham dirujuk demikian setelah mengambil kira
sumbangannya menyatupadukan penduduk negara ini , termasuk ketika memulakan langkah
tersusun menentang Malayan Union.

Sejarah perjuangan dan sumbangan besar Dato’ Onn Jaafar dalam menentukan hala tuju
bangsa Melayu di zaman sebelum kemerdekaan Tanah Melayu patut dikenang dan diingati oleh
seluruh rakyat Malaysia dan dijadikan sebagai satu pembakar semangat bangsa Melayu agar
dihormati di mata dunia bangsa yang berani , setia dan bersemangat waja dalam menuntut hak
berkerajaan sendiri dan dipimpin oleh bangsa sendiri.

“Cogan kata ‘Hidup Melayu’ yang paling tepat kerana dengan cogan kata ini, orang
Melayu akan memelihara semangat , maruah serta kesopanan bangsa . Kita berkehendakkan tanah
air dan bangsa ini terselamat dan kuat bagi menolak keaiban yang menyebabkan kebinasaan dan
terhapusnya bangsa”

______________PENDAHULUAN_______________

___________ BUKU SCRAP DIGITAL_____________

Biodata Dato’ Onn Jaafar

Beliau dilahirkan di bukit Gambir , Johor Bahru. Keluarga Dato’ Onn Jaafar merupakan
antara keluarga yang paling berpengaruh di Johor semenjak abad ke-19 dan sehinggalah ke hari
ini. Ayahanda beliau, Allahyarham Dato’ Jaafar Haji Mohamed (1838-1919) merupakan Menteri
Besar Johor pertama dan pengasas sistem pentadbiran Kerajaan Johor , seperti mana yang wujud
sehingga hari ini. Ayahanda beliau berbangsa Melayu dari keturunan Bugis dan berasal dari Daik.
Beliau dilahirkan pada tahun 1838 di Teluk Belanga , Singapura dan mendapat pendidikan awal
di sekolah Melayu dan Inggeris . Beliau mempunyai 15 orang adik-beradik lelaki dan perempuan.
Seibu dan sebapa sahaja.

Dato’ Onn Jaafar telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim sejak daripada kecil lagi. Beliau
merupakan anak angkat kepada Sultan . Beliau telah diasuh oleh seorang wanita Inggeris di Johor
Bahru sebelum melanjutkan pelajaran ke England bersama-sama tiga orang putera Sultan Ibrahim
iaitu Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad . Pada tahun 1903, Beliau telah
melanjutkan pelajaran di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England. Dia ke sana sebagai
pengiring putera-putera Sultan Johor.

_________________BIODATA__________________

___________BUKU SCRAP DIGITAL_____________

Pendidikan Dato’ Onn Jaafar

Dato’ Onn Jaafar mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di
England. Beliau belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris yang menjaga beliau ketika
menjadi anak angkat Sultan Ibrahim. Pada tahun 1903, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke
Sekolah Alderburgh Lodge Di Suffolk l, England Dato’ Onn meneruskan lagi pelajarannya setelah
pulang ke tanah air pada (1910-1911) di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Setelah tamat pelajaran
, beliau pulang ke Johor Bahru dan berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai kerani sambilan di
Pejabat Perkhidmatan Pos.

________________PENDIDIKAN_______________

___________BUKU SCRAP DIGITAL_____________

Keperibadian Dato’ Onn Jaafar

Dato’Onn Jaafar seorang yang berjiwa nasionalisme. Beliau seorang yang bersikap tenang
tetapi tegas dalam membuat keputusan. Beliau telah membangkitkan kesedaran orang Melayu ke
arah kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada bangsa Melayu. Beliau telah mengharungi
jerih-perih hidup di hutan pada zaman pemerintahan Jepun bersama-sama orang kampung,
pengalaman itu telah mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar terutama semasa
kesusahan bergerak dalam satu barisan bagi mencapai kemerdekaan daripada penjajah Inggeris
dengan mematikan hasrat penubuhan Malaysia Union. Datuk Onn juga dikenali sebagai seorang
tokoh politik yang berkarisma dan berpandangan jauh. Hasrat beliau yang mahu menyatukan
seluruh rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan keturunan dalam satu ideologi yang sama.

Sikap beliau yang sentiasa tenang dan tidak terburu-buru dalam mengecap kemerdekaan
negara telah digunakan oleh pesaing politiknya yang sering membakar semangat kemerdekaan
dengan mengangkat senjata. Beliau juga seorang yang tegas, berdisiplin dan merupakan seorang
yang rajin dan tekun . Beliau melakukan segala tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah.
Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang bijak, jujur , ikhlas , bertimbang rasa dan tidak
mementingkan pangkat.

_________________BIODATA__________________

___________BUKU SCRAP DIGITAL_____________

Dato’ Onn Jaafar merupakan seorang pemimpin yang tabah dan berani dalam mengharungi
saat-saat yang getir. Ekoran peristiwa tersebut beliau mengalami pahit getir hidup yang belum
pernah dirasainya ketika berada di Singkap. Peristiwa ini jelas memperlihatkan keperibadiannya
yang tinggi dan sanggup mengharungi pelbagai cabaran semasa mentadbir Johor. Sikapnya tidak
pernah takut dan tidak gentar untuk mengambil sesuatu tindakan yang dapat menyelamatkan harta
benda dan nyawa manusia yang tidak berdosa daripada terkorban.

Kerjaya Awal Dato’ Onn Jaafar

Dato’Onn Jaafar mula berjinak-jinak dengan dunia kewartawanan bermula daripada minat
dan kebolehan beliau dalam bidang penulisan. Beliau mengambil peluang baik ini apabila diberi
kepercayaan menyumbangkan sebuah rencana oleh Syarikat Akhbar Percetakan Singapura dan
akhirnya ditawarkan sebagai penulis tetap pada tahun 1930 ketika berusia 35 tahun.

Dato’ Onn Jaafar menggunakan kesempatan ini untuk mencurahkan isi hati dan
ketidakpuasan diri beliau terhadap Sultan Johor. Beliau menganggap Sultan Johor beban, bersikap
boros dan tidak memperdulikan nasib rakyat. Beliau mengkritik Sultan Johor kerana memaksa
Askar Timbalan Setia membuat kerja-kerja buruh di ladang-ladang milik Sultan.

________________KERJAYA___________________

___________BUKU SCRAP DIGITAL_____________

Kelancangan dan keberanian beliau mendapat liputan meluas dari akhbar-akhbar lain.
Dato’ Onn mula dikenali dan popular dengan cepat . Latar belakang beliau juga diketahui dan
banyak penulis dan masyarakat pembaca Melayu menyukai tulisan berani seperti tulisan Dato’
Onn. Di samping itu, beliau juga pernah menjadi ahli majlis Mesyuarat Kerajaan Johor . Semasa
zaman Pendudukan Jepun Dato’ Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

Kerjaya Politik Dato’ Onn Jaafar

Kepimpinan Dato’ Onn terserlah apabila beliau dilantik menjadi pegawai daerah Batu
Pahat bagi menghentikan persengketaan kaum antara orang Melayu dan orang Cina. Majoriti orang
Cina Batu Pahat telah menyertai MPAJA ketika zaman Jepun kerana penindasan tentera Jepun
terhadap orang Cina. Setelah tentera Jepun kalah, mereka menjadi komunis dan menzalimi orang
Melayu.

Orang Melayu telah bersatu dan menubuhkan tentera Selimpang Merah yang dikenali oleh
Kiai Salleh dan membalas serangan-serangan orang Cina. Dalam masa yang singkat beribu orang
Cina terbunuh. Apabila Sultan menerima laporan dan bantuan perlindungan dari saudagar Cina
dari Batu Pahat, Dato’Onn telah dititah menyelesaikan persengketaan itu.

________________KERJAYA___________________

___________BUKU SCRAP DIGITAL_____________

Dato’ Onn telah berjaya memujuk kumpulan Selimpang Merah yang diketuai oleh Kiai
Salleh agar menghentikan serangan dan berdamai. Ketika Inggeris kembali ke Tanah Melayu
dengan idea Malayan Union yang melenyapkan keistimewaan dan hak-hak orang Melayu, Dato’
Onn segera menubuhkan Kesatuan Melayu Semenanjung Johor yang akhirnya berjaya
menyatupadukan persatuan dan kesatuan Melayu seluruh Tanah Melayu bagi menghalang
Malayan Union.

Beberapa persidangan dan kongres telah diadakan dan di Kongres Melayu di Johor Bahru
pada 11 Mei 1946, UMNO dengan rasminya telah ditubuhkan dan Dato’ Onn telah dilantik
menjadi Yang di-Pertua. Melalui UMNO, beliau menyusun strategi dan aktiviti menentang
Malayan Union sehingga Inggeris terpaksa membubarkan penubuhan Malayan Union pada 1
Februari 1948 dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

_________________KERJAYA__________________

___________BUKU SCRAP DIGITAL_____________

Menyeru Orang Melayu Bersatu Padu Dan Menumpaskan

Malayan Union

Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union boleh dibahagikan kepada dua
peringkat iaitu secara individu dan secara kolektif. Pada peringkat pertama pelbagai penentangan
telah dilakukan, antaranya melalui akhbar-akhbar yang telah memainkan peranan penting dalam
membangkitkan penentangan terhadap Malayan Union . Akhbar-akhbar telah mendedahkan
keburukan dan kerugian yang akan dialami oleh orang Melayu jika Malayan Union dilaksanakan.

Orang Melayu telah diseru supaya bersatu dalam usaha menentang Malayan Union dan
diseru supaya menyatukan pertubuhan sedia ada dan pertubuhan baru. Pertubuhan-pertubuhan ini
perlu digabungkan bagi menguatkan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union .

Dato’ Onn Jaafar telah membakar semangat orang Melayu agar bersatu menentang
Malayan Union . Beliau banyak menulis rencana menyedarkan rakyat bahawa misi sebenar
Malayan Union tidaklah seperti yang dijanjikan oleh pihak British. Beliau menggunakan akhbar
sebagai wadah menyampaikan maklumat berkenaan tujuan penubuhan Malayan Union dan
menggesa orang Melayu menentang Malayan Union secara terbuka.

________________SUMBANGAN_______________

___________BUKU SCRAP DIGITAL_____________

Penubuhan Sebuah Parti Politik Untuk Menentang
Malayan Union

Dato’ Onn Jaafar telah mencetuskan penubuhan sebuah parti politik yang menyatukan
parti-parti politik seluruh Tanah Melayu yang boleh dijadikan wadah perjuangan orang Melayu
bagi memperkasa kemajuan bangsa . Maka terciptalah sebuah parti politik yang berdiri atas nama
UMNO yang tujuan utamanya adalah menentang penubuhan Malayan Union . UMNO berjaya
menyatukan orang Melayu daripada seluruh Semenanjung Tanah Melayu . Ianya juga bertujuan
bagi mewujudkan sebuah organisasi nasional yang boleh menjaga kepentingan politik dan
ketuanan Melayu . UMNO telah membuka minda bangsa Melayu akan pentingnya pendidikan
dalam meningkatkan dan memajukan jati diri orang Melayu.

_______________SUMBANGAN________________

___________BUKU SCRAP DIGITAL_____________

Penganjuran Kongres Melayu Di Kuala Lumpur

Kongres Melayu yang pertama telah diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan
Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh
Semenanjung Tanah Melayu yang dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam
Shah. Baginda telah menderma sebanyak $5000. Kongres bersetuju menubuhkan United Malays
National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Berkembar untuk
menentang Malayan Union. Pengerusi Kongres Melayu yang pertama ialah Dato’ Onn Jaafar.

Kongres yang berlangsung ini telah mendapat sambutan yang hebat. Pada hari pertama,
beribu-ribu orang Melayu yang terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak telah
memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman. Mereka membawa sepanduk yang bertulis kata-kata
patriotik menentang Malayan Union. Seorang wakil perempuan telah berucap membantah
pengenalan Malayan Union. Paling mengharukan ialah ucapan wakil kanak-kanak, yang berpesan
dengan mengatakan,'’’Wahai bapa-bapa, peliharalah hak-hak kami sementara kami besar', Kata
kata itulah yang telah menjadi pendorong dan semangat kepada pemimpin dan ahli-ahli kongres
untuk bersatu dan berjuang menentang Malayan Union. Kesedaran itulah yang telah
menyelamatkan generasi hari ini.

_______________SUMBANGAN________________

___________BUKU SCRAP DIGITAL_____________

Kongres Melayu yang kedua telah diadakan pada 30 hingga 31 Mac 1946 untuk
membantah pengisytiharan Malayan Union yang direncanakan pada 1 April 1946. Seramai 9 orang
wakil daripada persatuan-persatuan negeri Melayu telah hadir. Mesyuarat diadakan di pejabat
akhbar Majlis di Kuala Lumpur . Kongres kedua ini memutuskan tiga perkara penting sebagai
tindakan lanjut menentang Malayan Union iaitu pemulauan Sir Edward Gent sebagai Gabenor
Malayan Union oleh raja-raja Melayu yang menganggotai pentadbiran Malayan Union dan
menuntut orang berkabung selama 7 hari dengan melilitkan kain putih lada songkok.

Menjelajah Seluruh Semenanjung Tanah Melayu Dan
Bantahan Orang Melayu Terhadap Malayan Union

Orang-orang Melayu dengan diketuai oleh Dato’ Jaafar telah mengadakan demonstrasi
secara aman bagi membantah cara Sir Harold MacMichael memperoleh tandatangan raja-raja
Melayu Mereka juga membantah Malayan Union yang akan menghapuskan kedaulatan negeri-
negeri Melayu dan kedudukan mereka sebagai anak negeri . Demonstrasi telah diadakan di
beberapa Bandar besar di Tanah Melayu seperti di Kota Bharu , Kelantan ; Alor Setar, Kedah;
Johor Bahru, Johor.

______________SUMBANGANN_______________

____________BUKU SCRAP DIGITAL____________

Orang Melayu menunjukkan bantahan mereka terhadap Malayan Union. “Tanah Melayu
hak melayu, Malayan Union tidak dikehendaki”, merupakan slogan penentangan Malayan
Union. “Bersatu teguh bercerai roboh”, itulah semangat yang diamalkan oleh seluruh orang
Melayu.

Berjaya Memujuk Raja-Raja Melayu Memulaukan Upacara

Perlantikan Sird Edward Gent

Menyedari hakikat bahawa orang Melayu akan kehilangan kuasa, maka Datuk Onn Jaafar
dengan sokongan nasionalis Melayu lain bangun menentang pembentukan Malayan Union.

Walaupun terdapat bantahan, kerajaan Inggeris mahu meneruskan penubuhan Malayan
Union pada 1 April 1946, Malayan Union dilancarkan dengan rasminya dan Edward Gent dilantik
sebagai Gabenor yang pertama . Namun majlis perasmian telah dipulaukan oleh raja-raja dan
pembesar-pembesar Melayu hasil pujukan Dato’Onn.

Ekoran daripada bantahan dan pemulauan itu, satu rundingan antara Edward Gent, raja-
raja Melayu dan Datuk Onn telah diadakan . Mereka memutuskan untuk membubarkan Malayan
Union pada julai 1946 dan menggantikan dengan pemerintahan baru.

______________SUMBANGAN_______________

____________BUKU SCRAP DIGITAL____________

AJK Menggubal Perlembagaan UMNO Pada Tahun 1949

Dato’ Onn Jaafar bertanggungjawab menggubal perlembagaan UMNO pada tahun 1949.
Beliau telah mengambil beberapa contoh perlembagaan parti terkenal daripada luar negara sebagai
panduan menggubal perlembagaan UMNO.

Antara isi kandungan perlembagaan UMNO ialah:
 Menjalankan fungsi sebuah parti politik yang sempurna sebagai penyatu bangsa Melayu.
 Menjalankan ikhtiar untuk mendirikan sebuah kerajaan merdeka
 Memajukan orang Melayu dalam hal yang berkaitan dengan perkara siasah, kebajikan

hidup, kebudayaan dan ikhtisas.
 Menjadi pelindung kedaulatan tanah air.
 Mula menuntut kemerdekaan

Penubuhan UMNO telah menonjolkan beberapa tokoh yang terlibat secara langsung dalam
penggubalan perlembagaan UMNO pada tahun 1949. Antaranya ialah Dato’ Onn Jaafar, Dato’
Panglima Bukit Gantang , Dato’ Nik Hamed Kamil Nik Muhamad dan Zainal Abidin bin Ahmad.

______________SUMBANGAN_________________

___________BUKU SCRAP DIGITAL_____________

Nilai Kepimpinan Yang Boleh Dicontohi

 Mentaliti
Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan
menilai antara yang baik dan buruk
Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah
risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri.

 Kemasyarakatan
Kesediaan memberi dan menerima pendapat serta bersikap positif dan terbuka.
Daya penggerak dan semangat julang yang kuat.
Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.

 Moraliti
Mempunyai disiplin yang unggul serta iman yang teguh, terutamanya orang yang
beragama Islam.
Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilan amanah, ketenangan, kesabaran,
keteguhan pendirian dan ketahan diri.

___NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI__

___________BUKU SCRAP DIGITAL_____________

Penutup

Jasa Dato’ Onn yang paling besar kepada bangsa dan nusa yang tidak akan dilupai zaman, ialah
kejayaannya menyatupadukan seluruh umat Melayu ketika Tanah Melayu dilanda oleh malapetaka
politik yang paling besar pernah menimpa bangsa Melayu. Beliau membina landasan untuk mereka
meneruskan perjuangan ke arah kemerdekaan akhirnya. Beliau berhasil mengubah semangat dan
konsep perjuangan daripada “Hidup Melayu” kepada “Merdeka”.

_________________PENUTUP_________________

___________BUKU SCRAP DIGITAL_____________

Rujukan

Unit media Dan Komunikasi (Medkom)Pejabat Menteri Besar
Johor www.johordt.gov.my .
Tributetodatoonnjaafar.blogspot.com
http://sejrah-tunsheikh.blogspot.com/2010/06/dato-onn-jaafa-
sebelum-malayan-union.html.
https://mrt79.design.officelive.com
https://ipgktarpengajiansosial.blogspot.com

____________SUMBER RUJUKAN______________


Click to View FlipBook Version