The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PJK1-0620 Nur Umayrah Saadah Binti Rasib, 2023-06-18 04:45:40

KEPENTINGAN UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN DI MALAYSIA

pdf_20230618_161457_0000

MPU3122 HUBUNGAN ETNIK NIK SITI NUR AFRINA AISYAH BT MOHD ZAKI NUR UMAYRAH SAADAH BT RASIB PEMILIK:


PERKARA Pengenalan Unsur - Unsur Tradisi Perlembagaan Kepentingan Unsur Tradisi Dalam Menghadapi Cabaran Hubungan Etnik MUKA SURAT ISI KANDUNGAN 3 4 8


PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang pluralistik iaitu kepelbagaian kaum, budaya, agama dan sosial. Walaupun masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik atau ras namun negara berjaya mencapai keamanan dan keharmonian sehingga kini. Hal ini menujukkan keberkesanan usaha kerajaan dalam memastikan rakyat membentuk hubungan etnik yang baik antara satu sama lain dan memahami intipati etnik itu sendiri. Pemahaman terhadap hubungan etnik adalah merangkumi bahasa, politik, ekonomi, agama, sosial, budaya sentimen dan sejarah sesuatu etnik. Melalui pemahaman intipati ini, Malaysia akan membentuk satu identiti negara dan jati diri yang kukuh. Pemahaman dan pengukuhan hubungan etnik perlu dilaksanakan sepanjang masa tidak kira generasi lama atau baharu bagi menyatupadukan kepelbagaian etnik di Malaysia. Oleh itu, pada E-Book ini dapat dijadikan maklumat tambahan kepada pembaca untuk lebih memahami dan menghargai setiap perlembangaan di Malaysia yang bertujuan untuk mengekalkan persefahaman dan semangat kesatuan daripada pelbagai etnik ini.


Semasa zaman pemerintahan kerajaan British, mereka telah memperkenalkan satu perlembagaan yang dikenali sebagai Malayan Union 1946. Hal ini ekoran daripada penguasaan Komunis selama 14 hari di semenanjung Tanah Melayu. Namun begitu, perlembagaan Malayan Union ini mendapat tentangan yang hebat daripada rakyat khususnya kaum Melayu. Hal ini kerana, kandungan perlembagaan tersebut tidak memenuhi hak keistimewaan sebagai penduduk asal di Tanah Melayu. Selain itu, perlembagaan tersebut mengetepikan nilai, budaya dan kuasa Raja - Raja Melayu pada ketika itu. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan Brtish telah menggubal sekali lagi dengan mengutamakan nilai tradisi Tanah Melayu bagi mencapai persetujuan yang positif daripada rakyat. Nilai-nilai tradisi perlembagaan adalah kedudukan istimewa Raja-raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, Sabah dan Sarawak serta kontrak sosial negara. Unsur - Unsur Tradisi Perlembagaan


1.Kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu Pada asasnya, Tanah Melayu amat dikenali dengan pemerintahan beraja yang berperanan sebagai pemimpin sesebuah negeri. Sebelum campur tangan British di Tanah Melayu pada tahun 1874, Sultan dan Raja mempunyai kedudukan hierarki yang paling tinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di setiap negeri. Peranan mereka adalah mengetuai semua aspek seperti politik, ekonomi dan sosial. Secara keseluruhannya Sultan atau Raja berkuasa mutlak dalam semua bidang. Semasa pemerintahan British mereka telah memperkenalkan sistem Residen iaitu setiap negeri mempunyai pemimpin baru yang terdiri daripada orang British sendiri. Pemimpin yang berjaya dapat dinilai melalui kemampuannya memimpin masyarakat dalam menghadapi pelbagai cabaran (Rahmani & Ratnawati, 2014). Namun, kuasa Raja yang mutlak telah tergugat dan menyebabkan peranan sistem beraja tertumpu kepada bidang agama Islam dan istiadat orang Melayu sahaja. Unsur - Unsur Tradisi Perlembagaan


Unsur - Unsur Tradisi Perlembagaan 2. Hak Keistimewaan Orang Melayu, Sabah dan Sarawak Dalam Perlembagaan Negara iaitu Perkara 153, orang Melayu mendapat hak keistimewaan sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Begitu juga Bumiputera Sabah dan Sarawak. Perkara ini diwujudkan kerana semasa pemrintahan British (1945), terdapat satu sistem iaitu Jus Soli yang mampu menindas orang Melayu sebagai penduduk asal di Tanah Melayu. Sistem Jus Soli ini telah menerima beribu-ribu pendatang asing dan mendapat kerakyatan secara automatik. Mereka juga diberi keistimewaan iaitu berpeluang mengundi semasa pilihan raya dijalankan. Hak keistimewaan yang lain adalah jawatan dalam penjawat awam, peluang pekerjaan, pendidikan yang sepatutnya diberikan keutamaan kepada orang Melayu. Bagi rakyat di Sabah dan Sarawak juga mereka mendapat hak keistimewaan setelah menyertai Malaysia pada tahun 1963. Perlambagaan Persekutuan telah menetapkan beberapa Perkara di mana Sabah termaktub dengan 20 Perkara manakala Sarawak dengan 18 Perkara.


APA ITU KONTRAK SOSIAL ? “Kontrak Sosial bagi maksud negara kita lahir daripada perasaan Muhibbah dengan kesedaran masyarakat pelbagai kaum” Kontrak Sosial Negara Sosial Persetujuan - Persetujuan yang dibuat sebelum Perlembagaan digubal Janji - janji Masyarakat Dimasukkan dalam Perlembagaan Negeri dan Persekutuan Negeri dan Negeri Rakyat dan Rakyat Penjaja / Pentadbir dengan yang ditadbir / penjajah Kerajaan dan Rakyat Kerajaan dan Raja Raja dan Rakyat PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PRINSIP - PRINSIP ASAS KONTRAK SOSIAL DI MALAYSIA Menjaga hak dan kepentingan Warisan dan tradisi Tanah melayu Penerimaan masyarakat pelbagai kaum dalam prinsip "common citizenship" Muhibbah Tolak ansur Persefahaman dan Penerimaan


Politik Sosial Ekonomi Kepentingan Unsur Tradisi Perlembagaan Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu Politik Sosial Ekonomi Membentuk parti politik yang menyatupadukan rakyat Memberi peluang negara luar untuk melabur di Malaysia Melahirkan rakyat yang sentiasa menghormati Raja dan perlembagaan


Hak Keistimewaan Orang Melayu, Sabah dan Sarawak www.hubunganetnik.edu.my Politik Ekonomi Sosial K E P E N T I N G A N T R A D I S I PERLEMBAGAAN Politik Ekonomi Sosial Bersaing bersama parti politik yang lain dengan aman Mengurangkan jurang kemiskinan ketara bagi sesuatu kaum / etnik Meningkatkan taraf pendidikan setaraf dengan kaum yang lain


POLITIK SOSIAL EKONOMI Kontrak Sosial Negara Memberi peluang masyarakat untuk memilih pemimpin Membentuk masyarakat yang saling bantu membantu Masyarakat hidup dengan mengamalkan budaya yang hampir sama


K E S I M P U L A N Rumusannya, unsur tradisi perlembagaan Malaysia sewajarnya dikekalkan sepanjang zaman bagi membentuk satu identiti negara bangsa. Hal ini secara tidak langsung sebagai tanda negara mencapai kemerdekaan sebenar walaupun terdiri daripada pelbagai etnik atau kaum.


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version