The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

contoh FOLIO SEJARAH (TAHUN 6) TAJUK_ KITA RAKYAT MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10548709, 2021-05-26 03:39:10

contoh FOLIO SEJARAH (TAHUN 6) TAJUK_ KITA RAKYAT MALAYSIA

contoh FOLIO SEJARAH (TAHUN 6) TAJUK_ KITA RAKYAT MALAYSIA

1

SKK SK PEKAN JAYA

FOLIO SEJARAH (TAHUN 6) TAJUK:
KITA RAKYAT MALAYSIA NAMA
MURID:

1. AISYAH AFIQAH BT AHMAD FADZIL
(080321060390)
KELAS:
6 SRI LANANG
GURU:

PN. AZIZAH BT ABDULLAH

2

TAJUK TUGASAN:
PERAYAAN

MASYARAKAT
MALAYSIA

5

PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang telah membantu saya
untuk menyiapkan kerja kursus folio sejarah mengenai satu perayaan
tradisi kaum di Malaysia. Sehubungan dengan itu, saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru sejarah saya yang
telah banyak membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Beliau
juga telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya sepanjang
proses membuat kerja kursus ini. Kesabaran beliau amatlah saya
hargai.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa kami
yang telah memberikan dorongan dan sokongan kepada kami dalam
menyiapkan folio saya dan pelajaran saya keseluruhannya. Walaupun
mereka sentiasa sibuk, masa singkat yang berkualiti dengan idea-idea
bernas banyak membantu saya untuk menjalankan kajian ini.Tidak
lupa kepada Puan Azizah selaku Guru Sejarah yang memberi tunjuk
ajar serta membimbing kami sehingga terhasilnya folio ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang sama-
sama berbincang dan berkongsi maklumat untuk menyiapkan kerja
kursus ini.

Terima kasih sekalung budi.

6

9

PERAYAAN UTAMA
• HARI RAYA AIDILFITRI

Hari Raya Puasa/AidilfitriAgama Islam ialah sebuah agama yang suci dan
mementingkan kebersihan dari segi rohani dan jasmani. Di Malaysia agama Islam
majoritinya dianuti orang-orang Melayu Bumiputera. Islam mengamalkan rukun Islam
dan rukun iman iaitu percaya kepada Allah dan Nabi Muhammad S.A.W sebagai Rasul.
Agama Islam menyambut Hari Raya Puasa yang disambut pada tiap-tiap 1 Syawal,
tahun Hijrah. Perayaan dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah
kerana hari tersebut menandakan betapa umat Islam telah benar-benar berjaya
bermujahadah dan beribadah di sepanjang bulan Ramadhan.Ertinya, pada 1 Syawal,
mereka telah berjaya mengembalikan diri kepada fitrah semulajadinya. Sebelum
menyambut Hari Raya Puasa, umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan pada bulan
Ramadhan dan membayar zakat fitrah. Puasa merupakan rukun Islam yang ketiga.Ia
bererti menahan diri dari makan, minum dan apa-apa sahaja yang membatalkannya
bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari disertai dengan niat pada
malamnya.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal
(rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan. Ini mengikut hisab
berdasarkan Takwim Tahun Islam.Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal
itu, pada malamnya, umat Islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid atau
pun surau.

10

Masyarakat Islam di Malaysia, biasanya mengambil peluang cuti pada hari raya ini
untuk pulang kekampung dan menyambut hari raya bersama-sama keluarga dan ibu-
bapa masing-masing. Pada pagihari raya pertama, umat Islam akan mengambil
kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa, suami atau isteri dan
dari yang muda kepada yang tua. Selepas itu, dalam tradisikunjung-mengunjung ke
rumah sanak saudara dan sahabat handai juga, umat Islam akan
mengambilkesempatan untuk bermaaf-maafan, di samping mengeratkan silaturrahim.

Pada hari raya Aidilfitri juga, umat Islam akan meyediakan berbagai-bagai jenis juadah
tradisionalseperti lemang, ketupat, nasi himpit, dodol, dan lain-lain lagi untuk tetamu
yang datang berkunjungdan beraya di rumah mereka. Bagi kanak-kanak pula, mereka
amat gembira kerana dapat bergayadengan pakaian yang baru serta mendapat duit
raya apabila beraya dengan orang dewasa. Amalanmemberi duit raya ini adalah suatu
tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Islam di negara kita padahari raya, iaitu untuk
bersedekah dan menggembirakan anak-anak yang masih muda. Selain itu, pada hari
raya juga, umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan untuk berkunjung kepusara
ahli keluarga dan saudara mara. Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia
lebihbermakna pada hari ini dengan konsep rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak-
pihak tertentu.

11

Pada hari raya Aidilfitri juga, umat Islam akan meyediakan berbagai-bagai jenis juadah
tradisionalseperti lemang, ketupat, nasi himpit, dodol, dan lain-lain lagi untuk tetamu
yang datang berkunjung dan beraya di rumah mereka. Bagi kanak-kanak pula, mereka
amat gembira kerana dapat bergayadengan pakaian yang baru serta mendapat duit
raya apabila beraya dengan orang dewasa. Amalan memberi duit raya ini adalah suatu
tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Islam di negara kita padahari raya, iaitu untuk
bersedekah dan menggembirakan anak-anak yang masih muda
Selain itu, pada hari raya juga, umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan untuk
berkunjung ke pusara ahli keluarga dan saudara mara. Kemeriahan sambutan Hari
Raya Aidilfitri di Malaysia lebihbermakna pada hari ini dengan konsep rumah terbuka
yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu

Kerajaan juga telah mengadakan rumah terbuka peringkat kebangsaan untuk meraikan
hari rayaAidilfitri ini dengan berbagai-bagai acara dan juadah istimewa kepada seluruh
masyarakat yanghadir. Konsep rumah terbuka ini dapat menyatupadukan seluruh
rakyat Malaysia yang terdiridaripada pelbagai kaum untuk bersama-sama menyambut
perayaan ini dengan penuh rasa gembira dalam suasana harmoni.

12
• HARI RAYA AIDILADHA
Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya Haji merupakan
perayaanagama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia. Hari raya ini
menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, iaitu sehari
selepas jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah.

Orang-orang Islam menyambut Aidiladha pada tanggal 10 Zulhijjah pada setiap
tahun. Malah, bulanini merupakan bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam.
Perkataan 'Aidiladha' berasal daripadabahasa Arab yang membawa maksud 'hari
penyembelihan korban'. Ini sempena memperingati kisahNabi Ibrahim A.S yang
diperintahkan oleh Allah S.W.T agar menyembelih anaknya, iaitu Nabi IsmailA.S.
Walaupun dengan hati yang amat berat, Nabi Ibrahim terus taat dengan suruhan
Allah untuk menyembelih anaknya. Walau bagaimanapun, Allah telah menggantikan
Nabi Ismail dengan seekor kibas.
Sehubungan dengan itu, sebagai mengingati perintah Allah kepada Nabi Ismail ini,
masyarakat Islamyang berkemampuan digalakkan menyembelih binatang seperti
kambing atau lembu sebagai korbanpada hari raya ini. Daging sembelihan ini
akan dibahagikan, terutamanya kepada fakir miskin.

Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya dimulakan dengan bacaan takbir
dan tahmidsecara berjemaah di masjid. Selepas itu, disusuli pula dengan sembahyang

13

sunat Aidiladha padawaktu pagi. Kemudian bacaan khutbah akan diperdengarkan yang
berkisarkan tentang pengorbanan dan perjuangan Nabi Ibrahim.
Selepas habis mendengar khutbah, umat Islam akan mengambil kesempatan
berkunjung ke rumahsaudara mara dan sahabat handai untuk mengeratkan silaturahim
sambil menjamu selera dengan juadah istimewa. Acara penyembelihan korban pula
akan diadakan selepas itu dan tiga hariberikutnya, iaitu pada 11, 12, dan 13 hari
Tasyrik. Seluruh masyarakat akan bersama-sama membuatkerja-kerja penyembelihan
tersebut.Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya disambut meriah oleh
masyarakat di pantai timur, berbanding dengan masyarakat Islam di sebelah pantai
barat yang menyambutnya dengancara yang agak sederhana.

• Awal Muharram / Maal hijrah

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat
Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam
iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke
Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1
Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah
SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi
kalendar Hijrah.

Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan bagi umat Islam
dengan mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara. Hari
Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Kalender Hijarah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah S.A.W.
Kalendar ini hanya bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu Saidina
Umar al-Faruq R.A. Terdapat beberapa cadangan daripada para sahabat untuk
penetapan Taarrikh bagi Madinah ketika itu, ada yang mencadangkan tahun


Click to View FlipBook Version