TEKS PENGACARAAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2023 CUE ANN catatan KETIBAAN Mengumumkan ketibaan tetamu jemputan dari Akademi Tahfiz Al-Affan, Kg Paya Besar, Segamat Yang Dihormati Ustaz Muhammad Taufiq bin Yusof, Saudara Muhammad Shahril Adib bin Abdullah Saudara Muhammad Hakimi bin Mohd Zakhi Diiringi Bonda Rosnani binti Aminon, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Putra dan barisan pentadbir ke Dewan Datuk Ayob Rahmat. Dipersilakan tuan untuk mengambil tempat. PEMBUKAAN Hadirin diminta untuk terus berdiri / Hadirin diminta untuk berdiri. (tengok keadaan) Majlis dimulakan dengan Nyanyian Nasyid Asma’ Allahul Husna yang akan dipimpin oleh adik : 1) Nazmi Rayyan bin Mohd Ridauddin (6 Nilam) Seterusnya marilah bersama-sama mengalunkan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W ***Majlis mengucapkan terima kasih. Semua hadirin dipersilakan duduk. Audio SALUTASI Melayang serindit diatas permatang, Merbah berkicau dihujung muara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka kata. Bismillahirrohmanirrohim. Alhamdulilahirobbil’alamin, wassola tu wassalamu’ala asyrafil anbiya’I wal mursalin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. قال رب اشرح لي صدري ويسرلي امري واحلل عقدة من لسان يفقهوا قولي: أما بعد Assalammualaikum w.b.t. Salam Sejahtera dan Salam Muafakat Johor. Yang Dihormati 1. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Taufiq bin Yusof berserta 2 orang pelajar tahfiz iaitu Saudara Muhammad Shahril Adib bin Abdullah Saudara Muhammad Hakimi bin Mohd Zakhi Tetamu jemputan kita pada hari ini merupakan tenaga pengajar dan juga pelajar daripada Akademi Tahfiz AlAffan, Kg Paya Besar, Segamat.
TEKS PENGACARAAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2023 Selamat datang, dan terima kasih di atas kesudian menerima undangan ke Majlis Khatam Al-Quran 2023 sekolah kami. Yang berusaha, Bonda Rosnani binti Aminon Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Putra Segamat Yang dihormati, Cikgu Roainis binti Mohamed Ali, Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Md Yusoff bin Abd Hamid Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ustaz Saiful Bahar bin Darus, Penolong Kanan Kokurikulum Cikgu Mohd Yusri bin Abdullah Penolong Kanan Pendidikan Khas Ahli Jawatankuasa penyelaras Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Kebangsaan Bandar Putra Segamat Barisan guru-guru serta AKP seterusnya yang diraikan murid-murid Khatam Al-Quran Peringkat sekolah 2023 dan semua murid yang dirahmati Allah sekalian. أهال و سهال و مرحبا بكم إلى مجليس ختم القرءان KATA-KATA ALUAN PENGACARA Alhamdulillah, Setinggi-tingi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah hidayahNya jua dapat kita bersama-sama berhimpun pada pagi khamis yang barokah, 1 Jamadil Akhir 1445h bersamaan 14 disember 2023 bagi menjayakan “Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah bagi Tahun 2023”. Hadirin sekalian Untuk makluman semua, pada hari ini kita akan meraikan seramai 172 orang murid sekolah kebangsaan bandar putra segamat yang telah selesai khatam Al-Quran. Alhamdulillah, syukur dan tahniah diucapkan .
TEKS PENGACARAAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2023 Hadirin dan hadirat yang dimuliakan, Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang tilawah Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah murid-murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi serta generasi yang cintakan Al-Quran. BACAAN DOA Zikir munajat pembersih jiwa, Doa dipohon menjana takwa. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah bersamasama menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan, Al-Fadhil Ustaz Zahid bin Ngah untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan. - Aamin, aamin ya Rabbal; ‘alamin. Terima kasih ustaz, - Semoga bacaan doa sebentar tadi memberikan keberkatan dan kelancaran majlis kita pada hari ini. UCAPAN GURU BESAR Hadirin hadirat yang dihormati, Majlis kita diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan, Yang Berusaha Puan Rosnani Binti Aminon, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Putra Segamat untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. - Terima kasih bonda, Majlis merakamkan ucapan terima kasih diatas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. PERSEMBAHAN Para hadirin yang dikasihi, Alangkah molek majlis kita andai diserikan dengan persembahan. Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan, Adik Muhammad Arasy Iman Al-Hafiz bin Muhammad Ezri dari kelas 3 Zamrud.
TEKS PENGACARAAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2023 Dipersilakan. - Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas alunan laungan azan yang merdu dan memukau sebentar tadi. Baik, persembahan yang seterusnya ini, kita akan diperdengarkan dengan alunan taranum ayat suci ALQURAN yang akan disampaikan oleh saudara Muhammad Shahril Adib bin Abdullah , pelajar Akademi Tahfiz Al-Affan, Kg Paya Besar, Segamat. Marilah kita bersama-sama meminjamkan telinga membuka hati mendengar bacaan ayat suci yang akan disampaikan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. **Alhamdulillah, terima kasih diucapkan buat saudara Muhammad Shahril Adib bin Abdullah diatas bacaan yang merdu hingga menusuk ke jiwa. Hadirin yang dikasihi, Seterusnya, Saya menjemput Ustaz Shalahudin Bin Abd Aziz bagi atucara seterusnya. ** Alhamdulillah,terima kasih ustaz, hari ini kita belajar meyebut dan mengenal nama-nama surah yang terdapat dalam Al-Quran. **Ada berapa surah yang terdapat dalam Al-Quran?? 114. bagus.. **Mudahan Allah memberikan kesedaran kepada kita semua untuk menghafaz dan memahami isi Al-Quran. - MAJLIS KHATAM BERMULA Para hadirin yang dirahmati Allah, Majlis diteruskan lagi dengan agenda utama pada hari ini. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan, Anak-anak Tahun 6 untuk naik ke pentas bagi memulakan Majlis Khatam Al-Quran. Seterusnya majlis menjemput al-fadhil ustaz mohd Khairuddin bin abdul rahman dan Saudara Muhammad Hakimi bin Mohd Zakhi bagi memimpin Majlis Khatam Al-
TEKS PENGACARAAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2023 Quran kita pada pagi ini. Majlis dengan segala hormat mempersilakan. - Alhamdulillah terima kasih kepada saudara Muhammad Hakimi bin Mohd Zakhi atas kesudian memimpin bacaan doa Khatam Al-Quran sebentar tadi. selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari ini, namun majlis kita masih lagi belum selesai. PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAMATA Terbang tinggi si burung helang Berkicau kenari mencari makan Insan cemerlang negara terbilang Anugerah diberi tanda meraikan. Untuk aturcara seterusnya, Majlis dengan berbesar hati menjemput Bonda Rosnani binti Aminon, Guru Besar SK Bandar Putra diiringi Ketua Panitia Pendidikan Islam, Ustazah Azilah binti Ahmad untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada murid-murid yang telah selesai mengkhatam AL-Quran. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Kita mulakan dengan pemberian sijil juga hadiah kepada murid khatam Tahap 1: **list Seterusnya Tahap 2: **list Tahniah dan syabas diucapkan terutama buat murid-murid tahun 6. Mudahan semua murid SK Bandar Putra dapat mengkhatam Al-Quran sebelum melangkah keluar daripada sekolah ini. INN SYAA ALLAH. Hadirin dan hadirat yang dihormati,
TEKS PENGACARAAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2023 Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada tetamu jemputan, dengan itu saya memohon bonda rosnani binti aminon untuk kekal diatas pentas dan akan diiringi, ustaz saiful bahar bin darus, gpk kokurikulum bagi menyampaikan cenderamata. Majlis mempersilakan: Ustaz Muhammad Taufiq bin Yusof untuk menerima cenderamata dari pihak kami. - Terima kasih diucapkan kepada bonda dan ustaz saiful. BERSURAI Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Dengan itu, berakhirlah majlis Sambutan Khatam Al-Quran peringkat Sekolah Kebangsaan Bandar Putra Segamat bagi tahun 2023 pada hari ini Dijemput para tetamu jemputan diiringi Bonda dan barisan pentadbir ke kantin bagi menikmati juadah yang disediakan. Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi. Sebelum berakhir, kami selaku pengacara majlis memohon maaf andai ada tersilap kata, sesungguhnya yang baik daripada Allah yang kurang dari kelemahan kami sendiri. Saya tutup majlis pada hari ini dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al-asr. Sekian, Assalammualaikum w.b.t