The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lindamaarof78, 2023-07-17 08:59:58

GP_e-UKCG 2023

GP_e-UKCG 2023

EDARAN CALON SAHAJA 1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA GARIS PANDUAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (e-UKCG) INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGATAN : Soalan e-UKCG adalah SULIT. Calon dilarang dari membuat salinan, mengambil gambar atau menyebarkan soalan kepada orang lain. Calon yang didapati melanggar peraturan ini boleh diambil tindakan atau dibatalkan tawaran. 1. TUJUAN Garis panduan ini bertujuan untuk; 1.1 Menjelaskan tentang prosedur yang betul untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 1.2 Menjadi rujukan utama kepada calon-calon yang layak menduduki UKCG anjuran IPGM KPM sahaja. 2. ARAHAN KEPADA CALON 2.1 e-UKCG mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. 2.2 Bahagian A terdiri daripada 120 soalan dan perlu dijawab dalam tempoh 30 minit. 2.3 Bahagian B terdiri daripada 60 soalan dan perlu dijawab dalam tempoh 15 minit. 2.4 Calon dikehendaki membaca arahan dengan teliti. 2.5 Calon diminta menjawab sendiri semua soalan secara spontan dalam tempoh yang ditetapkan tanpa dipengaruhi oleh orang lain. 2.6 Calon dinasihatkan mengambil masa kira-kira 15 saat bagi setiap soalan. Pilih jawapan yang paling sesuai dan bertepatan dengan diri calon. 2.7 Calon tidak dibenarkan mengulang menjawab Bahagian A dan Bahagian B setelah butang pengesahan dihantar walaupun terdapat baki masa.


EDARAN CALON SAHAJA 2 Masukkan No. Kad Pengenalan (Calon) dan Kata Laluan di ruang Log Masuk dan klik HANTAR Pastikan anda log masuk pada tarikh menduduki e-UKCG yang ditetapkan. Paparan ini akan menunjukkan status semasa UKCG calon. Untuk mula menjawab e-UKCG, klik di sini. Baca maklumat berikut dengan teliti. CONTOH CONTOH 3. PANDUAN MEMBUKA PORTAL e-UKCG • Buka URL e-UKCG menggunakan pelayar internet Google Chrome atau Mozilla Firefox melalui pautan berikut: https://ukcg.moe.gov.my


EDARAN CALON SAHAJA 3 • Calon dikehendaki memasukkan maklumat berat (kg) dan tinggi (cm) dengan betul di ruang yang disediakan. • Calon perlu MENGESAHKAN bahawa semua jawapan yang diberi adalah daripada diri sendiri dan klik pada ruang YA, SAHKAN MAKLUMAT INI. • Setelah calon membuat pengesahan, calon boleh mula menjawab Bahagian A dan seterusnya Bahagian B. Sila baca arahan Bahagian A dan Bahagian B dengan teliti. • Calon diberi ingatan berkenaan baki tempoh masa menjawab pada setiap bahagian. • Calon juga ditunjukkan bilangan soalan yang telah dijawab dan soalan yang belum dijawab. • Setelah selesai menjawab Bahagian A dan Bahagian B, calon perlu klik “PENGESAHAN DAN CETAK SLIP MENDUDUKI UJIAN e-UKCG” pada pautan yang disediakan.


EDARAN CALON SAHAJA 4 • Calon akan diingatkan sekiranya terdapat soalan yang masih belum dijawab. Calon perlu klik pada nombor soalan tersebut untuk menjawab (sekiranya masih dalam tempoh menjawab). • Paparan di bawah menunjukkan calon telah menjawab kesemua soalan. Calon dinasihatkan untuk mencetak slip ujian sebagai bukti telah menduduki ujian. Klik TAMAT apabila calon ingin keluar daripada portal e-UKCG. *MAKLUMAT TAMBAHAN di halaman 5


EDARAN CALON SAHAJA 5 CONTOH 4. MAKLUMAT TAMBAHAN • Sekiranya calon menghadapi gangguan teknikal ketika menjawab e-UKCG seperti gangguan talian internet atau elektrik yang menyebabkan calon tidak boleh meneruskan menjawab, calon dibenarkan mengulang menjawab e-UKCG dengan menekan butang “RESET”. • Butang reset tidak wujud jika calon telah menjawab kesemua soalan dalam tempoh yang ditetapkan. • Calon hanya dibenarkan untuk membuat dua (2) kali reset sahaja. Calon tidak dibenarkan menjawab lagi sekiranya butang reset telah diklik melebihi dua kali. “SEMOGA BERJAYA”


Click to View FlipBook Version