SEJARAH BROWNIE
Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di
Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas
dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal digunakan hingga
tahun 1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan
telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama
Brownie kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai digunakan
selaras dengan perkembangan bahasa di negara kita.
Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas
dan Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi
sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah yang baik
jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri
pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang
membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri.
Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang
mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna.
T Tolong orang selalu
U Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara
N Nilai hidup yang murni
A Akhlak yang utuh
S Selalu senyum tanda persahabatan
P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas
U Utamakan tanggungjawab sendiri
T Tabah menghadapi cabaran
E Erat dalam perpaduan
R Rela berkhidmat untuk masyarakat
I Indah budi bahasa
Ahli Pandu Puteri Tunas
Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh kepada
Persetiaan yang dilafaz. Persetiaan ini menunjukkan bahawa seseorang
Pandu Puteri Tunas itu sentiasa bersopan santun dan mematuhi undang-
undang yang telah ditetapkan.
IKRAR / Persetiaan Pandu Puteri Tunas
Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan
kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia,
menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan
mematuhi undang- undang Pandu Puteri Tunas.
PP
Undang-Undang Tc
Pandu Puteri Tunas
• Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang
tertua daripadanya.
• Pandu Puteri Tunas tidak meurut kehendak hati sahaja.
Cogan Kata Pandu Puteri Tunas
'Tolong Orang Selalu' (TOS)
Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat
Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar.
COGAN KATA PANDU PUTERI TUNAS
"TOLONG ORANG SELALU" Cogan kata ini
diucap setiap
kali Pandu Puteri
Tunas selesai
membuat
Istiadat
Lingkungan
Pandu Puteri
dan Istiadat
Hormat Besar.
BOLEH
DIPERCAYAI
SENTIASA
TAAT DAN
SETIA
SUKA
MENOLONG
ORANG
LAIN
SENTIASA
BERSOPAN
SANTUN
MELINDUNGI
HAIWAN DAN
MEMELIHAR
A ALAM
SEKITAR
UNDANG UNDANG SENTIASA
PANDU PUTERI MENURUT
PERINTAH
BERSAHABAT
DENGAN
SEMUA
ORANG
SENTIASA
BERJIMAT
CERMAT
SUCI DALAM
FIKIRAN
PERKATAAN
DAN
PERBUATAN
BERSEMANGAT
DAN GEMBIRA
WALAUPUN
DALAM
KESUSAHAN
LOGO PANDU PUTERI
Lencana Pandu Puteri Malaysia mempunyai 14 pecahan
bintang di tengah-tengah yang melambangkan 13 buah
negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. Selain itu,
3 kelopak bunga berpandukan simbol Pandu Puteri
sedunia.