__________________________________________________________________________________
GARIS PANDUAN
PENGOPERASIAN BILIK PENGURUSAN DISIPLIN
SEKOLAH SUKAN MALAYSIA TERENGGANU
__________________________________________________________________________________
TANGGUNGJAWAB PENYELARAS LEMBAGA DISIPLIN DAN SAHSIAH
1. Menyediakan pelan laluan arah keluar dan masuk atlet murid/warga ke
Bilik Pengurusan Disiplin.
2. Membuat tanda penjarakan dan kawasan larangan duduk di dalam
Bilik Pengurusan Disiplin.
PENGURUSAN DISIPLIN ATLET MURID
1. Atlet murid/warga yang mempunyai urusan sahaja dibenarkan masuk
ke dalam Bilik Pengurusan Disiplin.
2. Atlet murid/warga tidak dibenarkan bersentuhan dan bersalaman
dengan atlet murid/warga lain semasa berada di Bilik Pengurusan
Disiplin dan sentiasa mematuhi penjarakan sosial.
3. Atlet murid/warga perlu segera menyelesaikan urusan di Bilik
Pengurusan Disiplin.
INDIVIDU YANG DIBENARKAN BERADA DI BILIK PENGURUSAN DISIPLIN
1. J/kuasa Lembaga Disiplin & Sahsiah
2. Atlet murid yang mempunyai urusan
SEBELUM MASUK KE BILIK PENGURUSAN DISIPLIN
1. Setiap atlet murid/warga mesti membawa alat tulis sendiri seperti pen.
2. Atlet murid/warga tidak dibenarkan berkongsi kelengkapan tersebut.
3. Atlet murid/warga hendaklah mencuci tangan menggunakan hand
sanitizer yang disediakan di luar bilik.
SEMASA DI BILIK PENGURUSAN DISIPLIN
1. Atlet murid perlu mengisi rekod kehadiran ke Bilik Pengurusan Disiplin.
2. Atlet murid/warga tidak dibenarkan bersentuhan dan bersalaman
dengan atlet murid/warga lain semasa berada di Bilik Pengurusan
disiplin serta sentiasa mematuhi penjarakan sosial.
3. Atlet murid/warga hanya boleh duduk di tempat yang dibenarkan
sahaja jika perlu.
SELEPAS KELUAR DARI BILIK PENGURUSAN DISIPLIN
1. Atlet murid/warga tidak dibenarkan bersentuhan dan bersalaman
selepas berurusan.
2. Atlet murid/warga perlu segera beredar sebaik selesai urusan.
3. Atlet murid/warga hendaklah mencuci tangan menggunakan hand
sanitizer yang disediakan di luar bilik.