The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PERATURAN DISIPLIN DAN ASRAMA SSM TERENGGANU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by emyrozianassmt, 2021-03-03 10:39:51

BUKU PERATURAN DISIPLIN DAN ASRAMA SSM TERENGGANU

BUKU PERATURAN DISIPLIN DAN ASRAMA SSM TERENGGANU

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 1

NAMA ATLET MURID:
________________________________________________

SUKAN:
________________________________________________

TINGKATAN:
________________________________________________

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 2

ISI KANDUNGAN HALAMAN
3
KANDUNGAN 4
1. Pengenalan 5
2. Kata-kata Aluan Pengetua SSMT 5
3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 6
4. Visi, Misi dan Piagam pelanggan 7
5. Logo, Bendera dan Lagu SSMT 8
6. Sejarah Sekolah Sukan Malaysia 9
7. Pelan SSMT 10
8. Maklumat penting 12
9. Bab 1 : Amalan Budaya Sekolah (Tatatertib) 14
10. Bab 2: Peraturan-peraturan Sekolah 17
20
10.1 Kesalahan-kesalahan Disiplin 21
11. Bab 3 : Panduan Peraturan-Peraturan Asrama
12. Peraturan solat berjemaah di surau (Muslim) 23
13. Peraturan ketika berlaku kebakaran 25
14. Lampiran 26
27
14.1 Jadual waktu harian SSMT 28
14.2 Gambar Pakaian Rasmi Atlet Murid
14.3 Penampilan Diri (Rambut Atlet Murid Lelaki)
14.4 Pekeliling Larangan Membawa Telefon Bimbit
15. Pengakuan

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 3

PENGENALAN

Buku Peraturan Disiplin dan Asrama ini ditulis bertujuan untuk mencapai dasar dan
matlamat Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT) bagi membentuk disiplin dan sahsiah
atlet murid ke tahap yang lebih cemerlang. Diharapkan dengan adanya buku peraturan ini,
peraturan atau perundangan kecil pelajar / ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia /
Kementerian Pendidikan Malaysia dapat diamalkan dengan sempurna bagi menjamin perjalanan
SSMT akan lebih teratur, berdisiplin dan terhindar daripada unsur-unsur negetif.

Keprihatinan semua pihak yang terbabit secara langsung dengan atlet-atlet murid akan
dapat memperkembangkan lagi tahap intelek, rohani, emosi dan jasmani serta sosial sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 4

KATA ALU-ALUAN PENGETUA SSMT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sekalung ucapan tahniah kepada Unit HEM kerana telah berjaya menghasilkan Buku Peraturan

Disiplin dan Asrama buat julung kalinya. Penghasilan buku ini amat penting sebagai garis
panduan dan pegangan kepada guru dan atlet murid murid dalam memastikan tingkah laku dan
sahsiah sentiasa berada pada tahap yang terbaik sepanjang masa.

Bagi memastikan visi dan misi SSMT tercapai, para atlet murid murid perlu menjaga
disiplin dan tidak melakukan tindakan yang boleh mencemar nama baik sekolah dan merosakkan
masa hadapan sendiri. Semua atlet murid murid yang telah berjaya ternyata amat menjaga disiplin
dan tingkah laku mereka serta tidak melakukan perkara yang sia-sia.

Saya amat berharap agar warga SSMT sentiasa menjaga nama baik sekolah dan negara.
Hanya mereka yang sanggup berkorban demi negara, tidak mengenal erti putus asa, berani
membuat sesuatu dengan penuh kesungguhan dan bijak merancang sahaja akan berjaya. Sama-
samalah kita menjadikan SSMT sebagai sebuah institusi pendidikan yang dihormati dan disegani.

Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan buku ini.
Semoga visi dan misi SSMT untuk melestarikan atlet murid murid berprestasi tinggi akan
menjadi kenyataan.

‘MELESTARIKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN’
‘MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

(HUSZAIDI BIN HUSSIN)
Pengetua,
Sekolah Sukan Malaysia Terengganu.

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 5

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Usaha

ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

VISI SSMT

Melestarikan Atlet murid Berprestasi Tinggi

MISI

Mengupayakan Sumber Secara Optimum ke arah Melestarikan Atlet murid Berprestasi
Tinggi

VISI ASRAMA

Asrama Kondusif ke arah Melahirkan Atlet murid Berprestasi Tinggi

MISI ASRAMA

1. Menyediakan perkhidmatan yang mengutamakan keselamatan dan keselesaan atlet
murid murid.

2. Memastikan pengurusan fizikal asrama yang kondusif.
3. Menyediakan makanan bermasak yang berkualiti (value for money)
4. Membangun sahsiah pelajar ke arah keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek.
5. Menghasilkan satu pasukan yang komited dan bertanggungjawab.

PIAGAM PELANGGAN

1. Sentiasa mengutamakan kebajikan atlet murid dalam setiap keputusan dan tindakan yang
diambil.

2. Konsep mesra pelanggan menjadi teras pengurusan asrama.
3. Sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Sukan, Majlis

Sukan Negara, Jabatan Pendidikan Negeri, Majlis Sukan Negeri, agensi- agensi kerajaan
atau bukan kerajaan dan pihak swasta bagi menjayakan sesuatu program.

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 6

LOGO SSMT Kami wira negara tercinta

KETERANGAN LOGO

Warna / Bentuk Keterangan

Merah Berani dan dinamis dalam
Biru menghadapi cabaran

Perpaduan dan keharmonian
warga SSMT

Kuning Menjunjung kedaulatan negara Menjadi atlet bertaraf dunia
Warna rasmi bendera negeri Tak gentar dengan segala cabaran
Hitam dan Putih Terengganu
Tempuhi dengan kekuatan
Logo Bendera Impian mengibarkan bendera
Malaysia Malaysia di persada dunia Kami semua rela berkorban
Fortis Demi pertiwi yang tercinta
Magna Kuat
Virtus Hebat Untuk menjadi juara
Kuasa Lambang kejayaan nusa
Kebanggaan kita semua
BENDERA SSMT
Kami wira negara tercinta
KETERANGAN BENDERA Menjadi atlet bertaraf dunia
Tak gentar dengan segala cabaran
DI PERSADA DUNIA Tempuhi dengan kekuatan

Sekolah Sukan Malaysia Terengganu Dengan penuh harapan
Sekolah kebanggaan kami semua Semangat berkorbar di dada
Berjuang demi negara Kami kibarkan jalur gemilang
Mendaulatkan sukan malaysia
Membuka mata satu dunia Di persada dunia

Penulis lirik: Encik Huszaidi bin Hussin,
Pengetua SSMT.

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 7

SEJARAH SEKOLAH SUKAN MALAYSIA TERENGGANU

Pengumuman untuk menubuhkan Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT) telah
dibuat oleh mantan YAB Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah bin Hj. Ahmad
Badawi dalam ucapan beliau semasa perasmian penutupan Sukan Malaysia di Terengganu pada
tahun 2008. Idea penubuhan ini selaras dengan usaha Malaysia untuk memastikan negara tidak
ketandusan dalam melahirkan atlet murid bertaraf dunia.

Kerajaan Negeri Terengganu telah menyumbangkan sebidang tanah bersebelahan
Lapangan Terbang Sultan Mahmud bagi merealisasikan projek ini. SSMT merupakan Sekolah
Sukan Malaysia (SSM) yang ke- 5 di Malaysia selepas SSBJ, SSTMI, SSMP dan SSMS.

SSMT telah dibina di atas keluasan tanah 18 ekar. Lokasi SSMT amat strategik kerana
terletak berhampiran dengan Kompleks Sukan Gong Badak. SSMT telah menjalinkan
perkongsian pintar dengan menggunakan kemudahan sukan di Kompleks Sukan Gong Badak
sebagai tempat latihan atlet murid.

SSMT telah dibuka secara rasminya pada Januari 2016. Pembinaan sekolah ini terbahagi
kepada 2 fasa, iaitu fasa 1 melibatkan 1 blok pentadbiran dan akademik, dewan terbuka, 2 blok
asrama, 1 blok dewan makan dan padang bola sepak manakala fasa 2 masih dalam perancangan
KPM. Semoga SSMT akan menjadi sebuah SSM yang gemilang dalam melahirkan atlet murid
bertaraf dunia.

Senarai Pengetua :

1. En. Huszaidi bin Hussin (1 Jun 2015 – sekarang)

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 8

PELAN SEKOLAH SUKAN MALAYSIA TERENGGANU

BANGUNAN DEWAN
PENTADBIRAN MAKAN
& AKADEMIK
GARAJ
DEWAN BAS
OLIMPIK
CASA 1 CASA 2
PUTERA PUTERI

PADANG
BOLA
SEPAK

PONDOK XXXXXXXXXXXXXXXXXXX
PENGAWAL

XXX

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 9

MAKLUMAT PENTING

PEJABAT ASRAMA

Semua urusan yang berkaitan dengan asrama boleh dirujuk di Pejabat Asrama

Waktu operasi pejabat asrama adalah seperti berikut:

• Ahad – Rabu : 8.15 pagi – 5.00 petang

• Khamis : 8.15 pagi – 3.30 petang

TELEFON WARDEN

Nama Jawatan No. Telefon

Puan Azrah binti Jaraee Penyelia Asrama 0128485818
Puan Norsazlina binti Taib Penyelia Asrama 0169457099
_______________________ ______________
_______________________ Warden ______________
Warden

MAKLUMAT PENTING 096667013
• Telefon Sekolah 096667014
• Faksmili Sekolah

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 10

BAB 1

AMALAN BUDAYA SEKOLAH (Tatatertib)

1. Atlet murid dituntut mengamalkan:
1.1 Memberi salam atau ucap selamat kepada guru, kakitangan sekolah, pelawat tetamu, rakan
sebaya dan mereka yang lebih tua.
1.2 Bersikap hormat apabila berhadapan dengan guru seperti berdiri/ duduk dengan penuh tertib
serta tutur kata yang sopan dan penuh budi bahasa.
1.3 Bersopan santun, berbudi bahasa kepada tetamu dan pelawat.
1.4 Bersedia menghulurkan pertolongan ikhlas kepada mereka yang menghadapi kesusahan dan
memerlukan pertolongan.
1.5 Memupuk persahabatan, keharmonian, ikhlas dan jujur sesama atlet murid SSMT dan sekolah-
sekolah lain.

2. Penampilan diri atlet murid
2.1 Rambut atlet murid lelaki:
2.1.1.1 Rambut perlu bersih dan kemas.
2.1.1.2 Tidak dibenarkan mengerinting/melurus, mewarna atau menggunakan gel pada rambut.
2.1.1.3 Panjang rambut tidak dibenarkan melebihi mata 3 (3 mm) yang ditetapkan oleh pihak
pengurusan sekolah dan telah dipersetujui oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
(Rujukan: Minit Mesyuarat Agung PIBG Bil.1/2016)
2.1.1.4 Atlet murid lelaki beragama Sikh boleh berambut panjang jika mereka memakai serban,
bagi yang tidak berserban, peraturan am adalah seperti yang ditetapkan.
2.1.1.5 Potongan rambut tidak dibenarkan mengikut fesyen semasa seperti punk, berekor,
skin-cut dan sebagainya.
2.1.1.6 Atlet murid tidak dibenarkan mencukur/mencabut bulu kening.

2.2 Rambut atlet murid perempuan
2.2.1 Rambut perlu kemas dan bersih.
2.2.2 Tidak dibenarkan mengerinting/melurus, mewarnakan rambut atau menggunakan gel.
2.2.3 Atlet murid berambut panjang melepasi bahu perlu mengikat sebagai tocang/ plait atau
ponytail dengan menggunakan getah hitam sahaja.
2.2.4 Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa seperti punk, berekor skin-cut dan
sebagainya.
2.2.5 Atlet murid perempuan Islam digalakkan memakai tudung/ mini telekung (Pekeliling
Ikhtisas Bil. 3/1983, para 2.1.2 dan 2.2.2).
2.2.6 Atlet murid tidak dibenarkan mencukur/ mencabut bulu kening.

3 Atlet murid diwajibkan mengutamakan kebersihan dengan:
3.1 Mengelakkan meludah di merata-rata tempat.
3.2 Membuang sampah ke dalam tong sampah/ tong kitar semula yang disediakan.
3.3 Menjaga kebersihan persekitaran fizikal sekolah.
3.4 Tidak menconteng/ merosakkan harta benda sekolah/ awam.

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 11

4 Peraturan atlet murid semasa perhimpunan:
4.1 Mesti berada di tempat perhimpunan 10 minit sebelum majlis perhimpunan bermula.
4.2 Mesti berada dalam keadaan diam, tertib, mengikut kelas dan jantina serta mematuhi
arahan guru/ pengawas.
4.3 Berdiri secara tegak dengan tangan di sisi sambil memandang ke hadapan, menyanyi
dengan suara yang kuat dan bersemangat ketika menyanyi lagu Negaraku, Selamat
Sultan dan Di Persada Dunia.
4.4 Atlet murid yang beragama Islam perlu menadah tangan, sementara atlet murid bukan
Islam berada dalam keadaan tertib semasa doa dibacakan.
4.5 Dilarang bercakap dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan semasa perhimpunan
berlangsung.

5 Peraturan atlet murid di kelas:
5.1 Mesti berada di dalam kelas 5 minit sebelum pelajaran bermula.
5.2 Mematuhi jadual bertugas bagi memastikan kelas sentiasa bersih dan teratur.
5.3 Tidak dibenarkan balik ke asrama apabila kelas telah bermula kecuali dengan kebenaran
Penolong Kanan HEM dan Ketua Guru Disiplin.
5.4 Tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa kebenaran guru. Penggunaan Kad Keluar
Kelas adalah diwajibkan.
5.5 Hendaklah berdiri dan memberi salam/ ucap selamat sekiranya pengetua, guru,
kakitangan sekolah atau pelawat masuk ke kelas.
5.6 Dilarang membawa barang-barang berharga ke kelas.
5.7 Dilarang membawa makanan dan minuman ke kelas kecuali air yang diisi ke dalam
bekas minuman yang dibenarkan.

6 Peraturan Masuk ke Bilik Guru/ Pejabat/ Makmal/ Bengkel/ Bilik Disiplin/ Pusat Sumber
Sekolah:
6.1 Tidak dibenarkan masuk ke bilik-bilik tersebut tanpa kebenaran.
6.2 Mesti melakukan perkara berikut sebelum masuk ke bilik-bilik tersebut:
6.2.1 Mengetuk pintu.
6.2.2 Memberi salam/ ucapan hormat.
6.2.3 Meminta kebenaran masuk.
6.2.4 Tidak dibenarkan mengambil barang tanpa kebenaran.

7 Peraturan Atlet murid Semasa Latihan Sukan:
7.1 Dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan penggunaan kemudahan sukan.
Penggunaan kemudahan sukan di luar jadual latihan hendaklah mendapat kebenaran.
7.2 Mesti memakai pakaian sukan yang bersesuaian yang telah ditetapkan.
7.3 Atlet murid yang sakit/ cedera dan tidak dapat menjalani latihan atau perlu berehat di
asrama mesti mendapatkan kebenaran jurulatih (warden perlu dimaklumkan terlebih
dahulu)
7.4 Atlet murid yang sakit atau cedera perlu mendapat surat cuti sakit yang disahkan.

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 12

BAB 2

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

1 Kehadiran:
1.1 Atlet murid wajib hadir pada waktu persekolahan, latihan dan semua majlis rasmi sekolah.
1.2 Atlet murid yang sakit mesti memaklumkan dan mengemukakan surat sakit kepada Warden/
Guru Tingkatan/ Jurulatih.
1.3 Atlet murid yang tidak dapat hadir ke sekolah selain daripada sebab di atas hendaklah
mengemukakan surat secara bertulis daripada pihak ibu / bapa / penjaga kepada pengetua.

2 Etika berpakaian atlet murid:
2.1 Perlu mematuhi peraturan-peraturan pakaian seragam sekolah seperti yang telah ditetapkan
oleh pihak sekolah.
2.2 Hendaklah memastikan pakaian masing-masing adalah kemas, bersih dan lengkap mengikut
peraturan sekolah seperti memasukkan baju ke dalam seluar. (Rujukan: SPI Bil.2/1996)
2.3 Semua atlet murid lelaki tidak dibenarkan memakai ketayap / topi / songkok ketika berada
dalam kelas kecuali pada upacara / majlis tertentu.
2.4 Mesti memakai Kad Identiti.
2.5 Pakaian rasmi sekolah adalah seperti berikut:

Hari Atlet murid Lelaki Atlet murid Perempuan

Ahad - Kemeja sekolah (beige) berlengan Baju Kurung (beige),
Khamis
pendek. Kain hitam/ pinafore.

Tali leher. Seluar slack panjang Tali Leher. Tudung (hitam), plain (Islam).

(Hitam). Kasut kulit bertali (hitam) Stokin (hitam).

Kasut kulit bertali (hitam).

Stokin (hitam)

Jumaat Pakaian Atlet murid Islam Solat
Jumaat
Baju Melayu putih (cotton)
Samping
Songkok hitam plain
Sandal

3 Kebersihan:
3.1 Kebersihan Kelas:
3.1.1 Bertanggungjawab memastikan kelas sentiasa berada dalam keadaan bersih dan
teratur.
3.1.2 Wajib menjaga semua perabot dan alatan yang berada di dalam kelas.
3.2 Kebersihan Tandas:
3.2.1 Dikehendaki menjaga kebersihan tandas.
3.2.2 Tidak membuang sampah ke dalam sinki dan mangkuk tandas.
3.2.3 Dilarang menconteng, melukis dan menulis di dinding tandas.
3.2.4 Perlu menjimatkan penggunaan elektrik dan air.

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 13

4 Surat-Menyurat:
4.1 Boleh menggunakan alamat sekolah dalam urusan surat-menyurat tetapi pihak sekolah tidak
akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan.
4.2 Pihak sekolah berhak membuka sebarang kiriman jika difikirkan perlu.
4.3 Dilarang menulis surat kepada mana-mana jabatan kerajaan / swasta / pihak media / media
sosial tanpa melalui dan mendapat kebenaran Pengetua.
4.4 Urusan surat menyurat kepada pihak sekolah mestilah dalam format rasmi.

5 Telefon Sekolah/ Telefon Awam/ Telefon Bimbit:
5.1 Telefon di pejabat sekolah hanya boleh digunakan oleh atlet murid untuk urusan
rasmi/kecemasan sahaja.
5.2 Atlet murid DILARANG membawa dan menggunakan telefon bimbit didalam kawasan
sekolah (berdasarkan Surat Pekeliling Ikstisas Bil. 2/2009). Sekiranya telefon bimbit
dirampas di kawasan sekolah atau asrama, telefon bimbit tersebut tidak akan
dipulangkan dalam masa satu (1) tahun bermula dari tarikh rampasan bagi
KESALAHAN KALI PERTAMA. Telefon bimbit tidak akan dipulangkan kepada atlet
murid untuk KESALAHAN KALI KEDUA.
5.3 Larangan membawa telefon bimbit merangkumi waktu:
i. Persekolahan
ii. Latihan (termasuk waktu cuti persekolahan)

6 Perjumpaan dengan Atlet Murid:
6.1 Pelawat-pelawat yang hendak berjumpa dengan atlet murid mesti mendapat kebenaran
Pengetua / Penolong Kanan HEM / Warden.
6.2 Pelawat-pelawat tidak dibenarkan melawat atlet murid di luar waktu melawat kecuali dalam
kes kecemasan.

7 Pengawal Keselamatan:
7.1 Pengawal Keselamatan berhak melarang / menyoal / melapor jika atlet murid melanggar
peraturan sekolah/ asrama.
7.2 Pengawal Keselamatan akan membantu melaksanakan peraturan dan undang-undang sekolah.
7.3 Pengawal Keselamatan berhak untuk memeriksa beg atlet murid sekiranya perlu atas arahan
Pengetua.

8 Peraturan Tambahan Atlet Murid:
8.1 Mesti mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan peraturan
tambahan lain.
8.2 Pemeriksaan bilik akan diadakan secara berkala untuk memastikan bilik asrama dalam keadaan
bersih dan kemas. Susunan perabot dalam bilik asrama tidak boleh diubah tanpa kebenaran.
8.3 Dibenarkan belajar di blok akademik pada waktu yang dibenarkan. Tidak dibenarkan belajar di
tempat terasing / sulit / tersembunyi dan meragukan. Perbincangan boleh dilakukan di tempat
terbuka seperti di Dewan Makan Olimpik.
8.4 Mesti berpakaian sopan dan kemas semasa mengulangkaji / belajar di kelas.
8.5 Dilarang sama sekali membuat bising demi menjaga ketenteraman atlet murid lain yang sedang
belajar / mengambil peperiksaan
8.6 Keselamatan harta-benda sekolah hendaklah dijaga dengan baik. Kerosakan disebabkan oleh
kesalahan dan kelalaian atlet murid sendiri adalah tanggungjawab atlet murid. Tidak dibenarkan
membawa masuk tetamu, sama ada bekas senior, ibu bapa / orang luar ke dalam kawasan
asrama.

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 14

KESALAHAN DISIPLIN

Kesalahan Disiplin Mengikut Kategori:
1) Kesalahan Berat (B)

KOD JENIS KESALAHAN TINDAKAN/HUKUMAN PEKELILING/AKTA
B01 Menyimpan, membawa, mengedar, Tindakan : Peraturan-peraturan
B02 menghisap/bersubahat dalam kegiatan dadah. 1. Hubungi Pelajaran (Disiplin
B03 Menyimpan, membawa, mengedar dan menghisap Ibu/Bapa/Penjaga Sekolah) 1959.
bahan tembakau/rokok elektronik/vape 2. Hubungi Agensi
B04 Menyimpan, membawa, mengedar, meminum Berkaitan/Polis Akta Dadah Berbahaya
B04A minuman beralkohol/sebarang benda yang 3. Laporan kepada
memabukkan/mengkhayalkan. Bahagian Sukan, Kesenian Akta Senjata Api
B05 Menyebabkan/melakukan pergaduhan/kekerasan. dan Kokurikulum (BSKK),
B06 KPM Akta Rumah Judi
B07 Membunuh/menyebabkan kematian/cuai 4. Kaunseling
B08 5. Mendokumentasi Kanun Keseksaan
menyebabkan kematian.
B09 Hukuman: Pekeliling Ikhtisas:
B10 Mengancam, menyerang, memukul dan 1. Amaran keras Bil. 1/1972
B11 mencederakan. 2. Dirotan 1-3 kali Bil. 6A/1975
B12 Biadap dan tingkahlaku tidak sopan. 3. Membayar ganti rugi Bil. 9/1975
Memeras ugut dan mengugut yang membawa 4. Digantung persekolahan Bil. 8/1983
B13 kepada ketakutan/harta benda. tidak melebihi 14 hari Bil. 10/1988
B14 Membawa, menyimpan, menggunakan senjata 5. Dibuang sekolah. Bil. 18/1988
B15 api/senjata berbahaya/bahan letupan/alat 6. Mahkamah Bil. 6/1995
B16 berbahaya. Bil. 7/1995
B17 Melakukan buli/penderaan/paksaan terhadap atlet Kuasa Pelaksana: Bil. 4/1996
B18 murid lain. 1. Pengetua Bil. 4/1997
B19 Mencuri/merompak/menyamun/memecah masuk 2. Guru yang diberi kuasa Bil. 8/1998
B20 dan menceroboh kawasan larangan. oleh Pengetua Bil. 6/2000
B21 Menganjur, melakukan perjudian/membabitkan Bil. 11/2000
B22 diri dalam pertaruhan. Bil. 17/2015 (surat
B23 Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar, siaran)
B24 menyimpan rencana/majalah/pita rakaman dan
multimedia yang dilarang.
Membabitkan diri dalam kumpulan haram/kongsi
gelap/gangsterisme.
Merogol, meliwat, merangsang dan mencabul
kehormatan/gangguan seksual.
Melakukan zina dan hubungan luat tabii.
Melacur/bohjan/bohsia/gigolo/lesbian/gay dan
kecelaruan gender.
Bersekedudukan/membabitkan diri dalam
kegiatan tidak bermoral/bercumbuan.
Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan
mempamerkan bahan lucah.
Mengeluarkan kata-lata lucah, kesat dan
melakukan perbuatan lucah.
Menulis perkataan/melukis gambar lucah.
Melakukan hubungan yang mencurigai.
Menulis/mengeluarkan kenyataan media dan
perbuatan yang mencemarkan nama sekolah.
Merosakkan harta benda sekolah dan kepunyaan
orang lain.
Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan,
perhimpunan haram/merusuh.

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 15

B25 Menyalahgunakan alat permainan/bahan-bahan
multimedia.

B26 Menganjur/membabitkan diri dalam acara
kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai
masyarakat Malaysia.

B27 Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-
turut) selama 31 hari/berkala selama 60 hari dalam
satu tahun sesi persekolahan.

B28 Mengganggu/menjejaskan kuasa Pengetua/guru
yang menjalankan tugas.

B29 Tidak amanah, menipu dan meniru ketika
ujian/peperiksaan.

B30 Melibatkan diri dalam ajaran sesat/parti-parti
politik dan menyebarkan fahaman serta mengedar
risalah/lambang-lambang.

B31 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan
termasuk dalam kategori ini oleh Lembaga
Pengurusan Disiplin dan Sahsiah.

B32 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana
melebihi tiga (3) kali.

2) Kesalahan Sederhana (S)

KOD JENIS KESALAHAN TINDAKAN/HUKUMAN PEKELILING/AKTA
S01 Menyalahgunakan/menggunakan Tindakan : Peraturan-peraturan
peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa 1. Surat kepada Pelajaran (Disiplin
S02 kebenaran. Ibu/Bapa/Penjaga Sekolah) 1959.
S03 Keluar dari sekolah/asrama tanpa
S04 kebenaran/ponteng 2. Kaunseling Pekeliling Ikhtisas:
S05 Ponteng sebarang acara rasmi sekolah. Bil. 1/1972
S06 Tidak menghormati lagu-lagu/bendera/jata 3. Mendokumentasi Bil. 6A/1975
S07 Bil. 9/1975
S08 sekolah, negeri dan kebangsaan. Hukuman: Bil. 8/1983
1. Amaran Bil. 10/1988
S09 Fesyen rambut yang keterlauan seperti punk, skin Bil. 18/1988
S10 head atau berwarna. 2. Amaran keras Bil. 6/1995
S11 Mencukur bulu kening bagi atlet perempuan. Bil. 7/1995
S12 Menconteng pada harta-harta sekolah dan orang 3. Dirotan 1-3 kali Bil. 4/1996
lain. Bil. 4/1997
S13 Memakai barang kemas/perhiasan diri 4. Membayar ganti rugi Bil. 8/1998
keterlaluan/menindik telinga/ lidah hidung/ bawah Bil. 6/2000
bibir dan memakai subang lebih dari satu pada 4. Digantung persekolahan Bil. 11/2000
bawah cuping telinga. Bil. 17/2015 (surat
Melukis tatu/tatoo, memakai inai pada anggota Kuasa Pelaksana: siaran)
badan. 1. Pengetua
Membawa masuk orang lain ke kawasan sekolah
tanpa kebenaran. 2. Guru yang diberi kuasa
Membawa barangan larangan yang diwartakan oleh Pengetua
oleh Pengetua.
Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan
termasuk dalam kategori ini oleh Lembaga
Pengurusan Disiplin dan Sahsiah.
Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi
tiga (3) kali.

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 16

3) Kesalahan Ringan (R)

KOD JENIS KESALAHAN TINDAKAN/HUKUMAN PEKELILING/AKTA
R01 Menyimpan misai, janggut/jambang. Tindakan :
R02 Berkuku/berambut panjang. 1. Surat kepada Peraturan-peraturan
R03 Bermain dalam bilik darjah, koridor/kawasan Ibu/Bapa/Penjaga
yang dilarang. Pelajaran (Disiplin
R04 Menggunakan dan membawa keluar sebarang 2. Kaunseling
R05 Sekolah) 1959.
R06 peralatan kelas/sekolah tanpa kebenaran. 3. Mendokumentasi
Pekeliling Ikhtisas:
R07 Keluar dari kelas tanpa kebenaran. Hukuman: Bil. 1/1972
Berada di cafe tanpa kebenaran pada waktu 1. Amaran satu Bil. 6A/1975
R08 pengajaran dan pembelajaran. Bil. 9/1975
Menyimpan/menggunakan alat permainan 2. Amaran dua Bil. 8/1983
R09 kepunyaan sekolah tanpa kebenaran. Bil. 10/1988
Menggunakan harta benda sekolah tanpa 3. Amaran akhir Bil. 18/1988
R10 kebenaran. Bil. 6/1995
R11 Memasuki dan tidak mematuhi arahan 4. Kerja amal Bil. 7/1995
R12 makmal/bengkel/bilik khas/makmal Bil. 4/1996
R13 komputer dan kenyataan bertulis. Kuasa Pelaksana: Bil. 4/1997
R14 Memakai barangan kemas/perhiasan/alat 1. Pengetua Bil. 8/1998
R15 solek. Bil. 6/2000
R16 Memasuki bilik khas tanpa kebenaran. 2. Guru yang diberi kuasa Bil. 11/2000
Makan/minum di kelas. oleh Pengetua Bil. 17/2015 (surat siaran)
Melakukan pembaziran air dan elektrik.
Tidak memakai pakaian sekolah yang
lengkap.
Semua kesalahan bersabit pembelajaran.
Lewat ke sekolah tanpa mengambil slip
lewat.

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 17

BAB 3

PANDUAN PERATURAN-PERATURAN ASRAMA

1 Kelas Malam Atlet murid:
1.1 Diwajibkan menghadiri Kelas Malam pada waktu yang telah ditetapkan.
1.2 Mesti berada dalam kelas yang ditetapkan.
1.3 Tidak dibenarkan menukar kelas tanpa kebenaran guru.
1.4 Ketua Kelas bertanggungjawab menegur / melapor kesalahan atlet murid kepada guru ketika
Kelas Malam.
1.5 Perlu memakai pakaian yang ditetapkan, kemas dan baju dimasukkan ke dalam seluar (bagi
lelaki).
1.6 Dibenarkan memakai sandal sewaktu Kelas Malam.
1.7 Dilarang membawa makanan dan minuman.

2 Buku Outing dan Balik Bermalam Atlet murid:
2.1 Mesti mempunyai Buku Outing dan Balik Bermalam.
2.2 Buku Outing dan Balik Bermalam tidak boleh dipindah milik.
2.3 Sebarang kehilangan atau kerosakan Buku Outing dan Balik Bermalam perlu dibeli semula
dengan kos tertentu.
2.4 Buku Outing dan Balik Bermalam mesti disimpan di bilik Warden atau pejabat asrama.

3 ‘Outing’
3.1 Atlet murid mesti mematuhi masa outing antara pukul 10.00 pagi hingga 06.00 petang mengikut
jadual.
3.2 Atlet murid mesti mematuhi peraturan pakaian yang ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu
memakai baju Outing, seluar track, berkasut sukan dan bertudung hitam bagi atlet perempuan.

4 Balik Bermalam
4.1 Atlet murid mesti mengisi buku outing dan mendapat pengesahan warden/PK HEM setiap Rabu
sebelum pukul 12.30 tengahari.
4.2 Buku outing perlu dibawa pulang untuk ditandatangani oleh ibu / bapa / penjaga sebagai bukti
balik bermalam.
4.3 Atlet murid perlu mendapatkan tandatangan pengawal keselamatan pada ruangan buku outing
sebelum keluar balik bermalam. Pengawal keselamatan perlu memastikan buku tersebut telah
mendapat tandatangan dan cop warden/PK HEM.
4.4 Atlet murid perlu kembali ke asrama selewat-lewatnya pukul 6.00 petang dan menyerahkan
buku outing yang telah ditandatangani ibu bapa kepada pengawal keselamatan.
4.5 Atlet murid yang tidak dapat kembali ke sekolah pada masa sepatutnya, hendaklah
menghubungi pejabat sekolah / Warden dengan segera dan pengesahan bertulis daripada ibu
bapa / penjaga diperlukan. Sekiranya kelewatan kembali ke asrama tanpa alasan yang kukuh,
hukuman menahan outing pada minggu seterusnya selama 1 (satu) hari akan dikenakan.

5 Kad Identiti (Kad ID)
5.1 Atlet murid mesti mempunyai satu Kad Identiti.
5.2 Atlet murid hanya boleh menggunakan Kad Identiti sendiri dan tidak boleh dipindah milik.

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 18

5.3 Atlet murid mesti menjaga Kad Identiti dan melaporkan kehilangan di Pejabat HEM / Warden
dan diganti dengan kos tertentu.

5.4 Kad ini mesti digunakan semasa hadir ke kelas akademik, keluar dari kawasan sekolah untuk
latihan / pertandingan / rawatan dan perkara-perkara yang difikirkan berkaitan.

5.5 Kad Identiti perlu ditinggalkan di Pondok Pengawal dan atlet murid mesti mengambilnya
kembali pada hari yang sama setelah selesai urusan.

5.6 Atlet murid yang tidak memiliki kad identiti tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dan
Pengawal Keselamatan berhak menghalang atlet murid daripada keluar.

6 Melawat / menerima Tetamu
6.1 Masa melawat ditetapkan iaitu hari Jumaat / Sabtu / Hari Kelepasan Am, pukul 11.00 hingga
6.00 petang.
6.2 Ibu bapa / penjaga boleh berjumpa atlet murid dengan kebenaran Pengetua / Penolong Kanan
HEM / Warden semasa kecemasan / hal-hal mustahak. Ibu bapa perlu mengisi borang
permohonan di pondok pengawal.
6.3 Atlet murid perempuan hanya dibenarkan menerima tetamu lelaki yang mempunyai surat
kebenaran bertandatangan ibu / bapa / penjaga.
6.4 Pengawal Keselamatan berhak menahan pelawat-pelawat yang diragukan kesahihannya. Hanya
waris yang berdaftar di dalam buku pendaftaran dan ibu bapa yang mempunyai hak penjagaan
sahaja (untuk kes penceraian) sahaja dibenarkan untuk berjumpa atlet murid.
6.5 Pelawat yang mahu membawa atlet murid keluar dari kawasan sekolah hendaklah memastikan
atlet murid tersebut mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan seperti cara
berpakaian, masa keluar dan mendapat kebenaran daripada Warden. (Rujuk Bab 3 Perkara 3.1
dan 3.2)

7 Pemeriksaan Asrama
7.1 Pemeriksaan pada hari persekolahan sebelum / semasa / selepas kelas akademik dijalankan oleh
Warden, dibantu oleh pengawas casa untuk memastikan penghuni asrama meninggalkan bilik
dalam keadaan kemas dan bersih.
7.2 Pemeriksaan pada hari persekolahan juga dijalankan oleh Guru Bertugas secara berkala.
7.3 Pemeriksaan mengejut / spot check akan diadakan pada bila-bila masa oleh Pengetua / Penolong
Kanan HEM / Warden / Pengawas Casa / Pengawas Sekolah / Unit Disiplin jika diperlukan.
7.4 Semasa pemeriksaan asrama, atlet murid hendaklah memastikan:
7.4.1 Katil berada di dalam keadaan kemas, bersih dan lengkap dengan keperluan asas seperti
cadar, sarung bantal dan selimut.
7.4.2 Almari dibuka bagi memastikan pakaian / barang-barang tersusun bersih dan kemas.
7.4.3 Kasut / boots / selipar / capal / sandal disusun di rak kasut.
7.4.4 Beg / kotak yang tidak digunakan perlu disimpan di dalam stor dengan kemas dan
tersusun.
7.4.5 Keseluruhan bilik termasuk lantai, dinding, tingkap, siling, bumbung, kipas dan lain-
lain dalam keadaan bersih.
7.4.6 Kawasan belakang, atas almari dan bawah katil mestilah bersih.
7.4.7 Atlet murid mesti berdiri di tepi katil masing-masing.
7.4.8 Koridor / kaki lima bilik hendaklah kering dan bersih.
7.4.9 Atlet murid yang tidak dapat hadir semasa pemeriksaan rasmi hendaklah meninggalkan
pesanan dan menyatakan sebab-sebab tidak hadir kepada Ketua Pengawas Casa.
7.5 Ketua Blok / Ketua Aras / Ketua Bilik dipertanggungjawabkan untuk membantu warden dan
memastikan peraturan – peraturan diatas dipatuhi.

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 19

8 Rawatan Perubatan dan Klinik
8.1 Atlet murid yang memerlukan rawatan akan diperiksa terlebih dahulu oleh Pegawai Pembantu
Perubatan (MA) di klinik.
8.2 Atlet murid yang memerlukan pemeriksaan lanjut hanya dibenarkan ke hospital dengan
kebenaran khas Pegawai Pembantu Perubatan (MA) kecuali kes-kes kecemasan.
8.3 Atlet murid yang hendak mendapat rawatan hospital / klinik luar mesti mengisi borang
kebenaran daripada klinik.
8.4 Atlet murid yang mengalami kecederaan sukan / sport-injury yang perlu mendapat rawatan di
klinik/hospital mesti mendapat Kad Rawatan daripada klinik sekolah.
8.5 Atlet murid hanya dibenarkan berada di sick bay dengan kebenaran bertulis daripada Pengetua
/ Penolong Kanan HEM / Warden.
8.6 Atlet murid yang berada di sick bay hendaklah:
8.6.1 Sentiasa mematuhi peraturan sick bay
8.6.2 Perlu berada di bilik itu sehingga diberi kebenaran keluar.
8.6.3 Tidak menerima tetamu dari luar / kalangan atlet murid sendiri tanpa kebenaran.

8.7 Masa rawatan di klinik adalah seperti berikut

• (Ahad - Rabu) 8.00 pagi - 9.30 pagi / 2.40 petang - 4.30 petang

• (Khamis) 8.00 pagi - 9.30 pagi / 2.40 petang-3.30 petang

Catatan: Semasa kelas akademik berlangsung, atlet murid tidak dibenarkan berurusan di
klinik kecuali untuk kes-kes kecemasan.

9 Peraturan Bilik Asrama Atlet murid
9.1 Memastikan bilik sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas.
9.2 Dilarang membawa masuk makanan / minuman / peralatan dari Dewan Makan .
9.3 Ketua Bilik mesti mempamerkan senarai nama penghuni / Jadual Tugas Harian di pintu
hadapan bilik.
9.4 Kedudukan katil/almari/peralatan mesti mematuhi pelan ditetapkan.
9.5 Dilarang keras menampal poster/menconteng bilik.
9.6 Dilarang keras membawa sebarang alatan elektrik dan membuat penyambungan elektrik
secara haram.
9.7 Lampu bilik mesti ditutup selewat-lewatnya pada pukul 11.00 malam.
9.8 Sebarang kerosakan peralatan bilik asrama yang disebabkan oleh kecuaian penghuni bilik
adalah tanggungjawab penghuni dan dikenakan bayaran ganti rugi.
9.9 Mesti menjaga tingkah laku dan tidak mengganggu ketenteraman asrama.
9.10 Mesti menggunakan cadar/sarung bantal yang ditetapkan sepanjang masa.
9.11 Mesti mematikan semua suis kipas dan lampu sebelum meninggalkan bilik.
9.12 Dikehendaki tidur di bilik sendiri dan dilarang membawa tetamu.
9.13 Dilarang menyidai/menjemur/menyangkut pakaian basah/kering yang tidak dipakai di
gril/kerusi/penyangkut di dalam bilik.
9.14 Pakaian yang tidak dipakai/telah dipakai hendaklah disimpan di dalam almari yang
disediakan.
9.15 Semua alas kaki (kasut, selipar) hendaklah disimpan di dalam/di bawah rak kasut.

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 20

10 Peraturan Dewan Makan Asrama

10.11 Mesti memakai seluar panjang atau seluar di bawah paras lutut(lelaki).

10.12 Dilarang memakai selipar (sandal dan kasut sahaja)
10.13 Dilarang memakai T-Shirt tanpa lengan/’singlet’ dan T-Shirt mesti dimasukkan ke

dalam seluar.

10.14 Hanya berada di Dewan Makan pada waktu makan sahaja dan mesti dalam keadaan

bersih, kemas, teratur, tertib, tidak bising dan tepat pada masa yang telah ditentukan.

10.15 Dikehendaki mengambil tempat yang disediakan serta mengamalkan etika makan

yang terpuji.

10.16 Atlet murid yang memerlukan makanan di luar jadual makan hendaklah

memaklumkan kepada Penyelia Asrama / Warden terlebih dahulu.

(tindakan jurulatih atau guru)

10.17 Dilarang membawa keluar sebarang peralatan Dewan Makan tanpa kebenaran.

10.18 Hendaklah menjaga kebersihan ketika berada di Dewan Makan.

10.19 Boleh mengemukakan sebarang aduan mengenai makanan kepada Jawatankuasa

Makanan, Guru Bertugas Harian, Pegawai Dietetik dan Warden.

10.20 Peti cadangan disediakan oleh pihak sekolah di tempat yang telah dikenal pasti.

10.21 Waktu makan adalah sepert berikut:

• Light breakfast (0600 pagi - 0630 pagi)

• Sarapan pagi (0800 pagi - 0915 pagi)

• Makan tengahari (1130 pagi - 1230 tengahari)

• Minum petang (0400 petang - 0430 petang)

• Makan malam (0600 malam - 0730 malam)

• Minum malam (930 malam - 1030 malam)

11 Penggunaan Kasut dan Sandal
11.11 Atlet murid mesti memakai kasut apabila:
11.11.1 Hadir ke kelas akademik
11.11.2 Hadir ke perjumpaan / taklimat/mesyuarat dan seumpamanya.
11.11.3 Hadir ke pejabat sekolah untuk urusan rasmi
11.11.4 Keluar outing dan balik bermalam.
11.12 Atlet murid dibenarkan untuk menggunakan sandal selain daripada tempat-tempat
yang dinyatakan di atas.

12 Keselamatan di kawasan sekolah
12.11 Sebarang kemalangan yang berlaku dalam kawasan sekolah mesti diberitahu dengan
segera kepada Pengetua / Penolong Kanan HEM / Warden.
12.12 Atlet murid yang perlu mendapat rawatan di klinik semasa kelas akademik berjalan
hendaklah memohon kebenaran dari Penolong Kanan HEM / guru bertugas dengan
mengisi borang kebenaran rawatan.
12.13 Atlet murid tidak dibenarkan berjumpa dengan orang luar / pelawat termasuk
ibu / bapa / penjaga sewaktu kelas akademik kecuali dengan kebenaran pengetua.
12.14 Dilarang meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran bertulis dari Pengetua /
Penolong Kanan HEM / Warden. Jika didapati orang luar disyaki di dalam sekolah
hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Pengetua / Penolong Kanan HEM /
Warden.

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 21

PERATURAN SOLAT BERJEMAAH DI SURAU.

1. Hendaklah menjaga kebersihan dan kekemasan peralatan surau.
2. Diwajibkan solat berjemaah pada setiap waktu kecuali dalam kes kes tertentu.
3. Memastikan semua suis dan pintu surau ditutup setelah selesai berjemaah.
4. Memastikan sejadah, Surah Yassin dan kitab-kitab Al-Quran disusun dan diletakkan di tempat

yang betul.
5. Dilarang tidur, makan dan minum di dalam surau.
6. Diwajibkan melibatkan diri secara langsung setiap aktiviti keagamaan di surau.

PERATURAN MENGGUNAKAN KEMUDAHAN BEKALAN AIR DAN ELEKTRIK

1. Penghuni tidak dibenarkan menyentuh pemulas paip meter (stop corke gate valves) yang ada pada
paip meter pada sebarang masa kecuali atas arahan warden.

2. Sebarang kerosakan disebabkan oleh kecuaian penghuni adalah tanggungjawab penghuni tersebut
dan bayaran gantirugi akan dikenakan.

3. Penghuni mesti memastikan semua suis dan paip ditutup setelah selesai digunakan.
4. Penghuni TIDAK DIBENARKAN membawa masuk alatan elektrik persendirian seperti TV,

cerek elektrik, speaker, set karaoke, radio, kipas meja, powerbank, dapur memasak dan lain-lain
tanpa kebenaran pihak sekolah. Peralatan yang telah mendapat kebenaran pengetua perlu berdaftar
dan mendapatkan pelekat kebenaran daripada penyelia asrama.

PERATURAN MEMBAWA TELEFON BIMBIT

1. Atlet murid DILARANG membawa dan menggunakan telefon bimbit didalam kawasan
sekolah (berdasarkan Surat Pekeliling Ikstisas Bil. 2/2009). Sekiranya terbawa sila
serahkan pada warden sebelum jam 6 petang kepada warden pada hari ketibaan di asrama
untuk mengelakkan rampasan dibuat.

PERATURAN KEBAKARAN
• Tanda kecemasan kebakaran

1. Loceng dibunyikan berturut-turut
2. Laungan api

• Para pelajar
1. Jika ada laungan / tanda kecemasan dikehendaki meninggalkan bangunan dengan segera
2. Jangan menyelamatkan apa-apa atau tergopoh-gapah menolak kawan.
3. Semua pelajar berhimpun di kawasan lapang
4. Ketua dorm / pelajar hendaklah meneliti bilangan atlet murid di dalam bilik masing-masing.

• Warden
➢ Semua warden dikehendaki mengawasi atlet murid di kawasan lapang. Warden blok hendaklah
menyemak nama pelajar-pelajar mengikut blok masing-masing.

• Peringatan
➢ Atlet murid dikehendaki bertenang
➢ Cuba menyelamatkan diri sebelum mengambil barang-barang kepunyaan
➢ Latihan kecemasan api akan diadakan bila-bila masa sahaja.

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 22

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 23

LAMPIRAN 1

JADUAL WAKTU HARIAN SSMT

• Hari Persekolahan Biasa

Masa Aktiviti
Bangun/Mandi/Solat Subuh
0530 – 0630
0630 – 0645 Minuman Pagi
0700 – 0830 Sesi Latihan Pagi
0830 – 0915
0930 – 1200 Sarapan Pagi
1200 – 1240 Kelas Akademik
1240 – 1440 Rehat/Makan Tengahari
1630 – 1845 Kelas Akademik
1845 – 2015 Latihan Petang/Solat Asar/Rehat
2010 – 2130 Makan Malam
2130 – 2230 Kelas Persediaan Malam/PREP
Solat Isyak/Minum Malam
2300
Tidur

Catatan:

• Hari Selasa
➢ Perhimpunan Rasmi, jam 7.30 – 8.00 pagi

• Hari Jumaat Aktiviti

Masa Bangun/Mandi/Solat Subuh
0530 – 0630 Minuman Pagi
0630 – 0700
0700 – 0900 Sesi Latihan Pagi
0900 – 1000 Sarapan Pagi
1000 – 1130
1130 – 1200 Bersih Diri/Bilik/Rehat
Makan Tengah hari
1250- 1430 Solat Jumaat
1600 – 1700 ‘Outing’ (Ikut Jadual)
1700 – 1845
1845 – 2015 Minum Petang/SolatAsar
2015 – 2300 Riadah/Rehat

2300 Bersihkan Diri/Solat Maghrib/Makan Malam
Solat Isyak/Menonton TV/Rehat
Tidur

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 24

• Hari Sabtu/ Cuti Umum Aktiviti
Bangun/Mandi/Solat Subuh
Masa
0530 – 0630 Sarapan Pagi
0800 – 0900 Gotong – royong Mingguan
0930 – 1130
1130 – 1230 Makan Tengah hari
1130 – 1800 ‘Outing’ (Ikut Jadual)
1600 – 1700 Solat Asar/Minum Petang
1700 – 1845
1845 – 2015 Riadah/Rehat
2015– 2300 Bersihkan Diri/Solat Maghrib/Makan Malam
2200 – 2230
Solat Isyak/Menonton TV/Rehat
2300 Minum Malam
Tidur
• Bulan Ramadan
Aktiviti
Masa Bersihkan Diri/Bersahur
0400 – 0530
0530 – 0600 Solat Subuh
1900 – 1930 Berbuka Puasa/Makan Malam
1930 – 2130 Solat Maghrib/Solat Isyak/Solat Terawih
2130 – 2230
Moreh
2300 Tidur

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 25

LAMPIRAN 2

PENAMPILAN DIRI
ATLET LELAKI

PAKAIAN AHAD- PAKAIAN SOLAT PAKAIAN OUTING PAKAIAN PENDIDIKAN
KHAMIS JUMAAT JASMANI

ATLET PEREMPUAN

PAKAIAN AHAD- PAKAIAN OUTING PAKAIAN PENDIDIKAN
KHAMIS JASMANI

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 26

LAMPIRAN 3

RAMBUT ATLET MURID (LELAKI)
RAMBUT SAIZ 3 (3 mm)

Di Depan Di Belakang Di sebelah

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 27

LAMPIRAN 4
PEKELILING LARANGAN MEMBAWA TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH/ASRAMA

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 28

PENGAKUAN

Saya mengaku telah membaca dan memahami segala isi kandungan Buku Panduan Disiplin dan
Asrama SSMT ini. Saya juga sedar bahawa saya / anak jagaan saya mesti mematuhi segala peraturan
sekolah dan asrama yang tercatat serta peraturan yang akan dimaklumkan dari masa ke masa oleh pihak
sekolah ini.

Dengan itu, saya bersedia menerima sebarang tindakan pihak sekolah ini bersabit kesalahan yang
dilakukan oleh saya / anak jagaan saya.

Tandatangan Atlet Murid Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga

_______________________________ _______________________________
() ()
No. K/P: _______________________ No. K/P: _______________________
Tarikh : Tarikh :

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 29

“DI SINI LAHIRNYA JUARA OLIMPIK” 30


Click to View FlipBook Version