PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
ISI KANDUNGAN KLUSTER PENYELIDIKAN PENERBITAN & PERUNDINGAN CEDS 2022 KLUSTER HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI CEDS 2022 KLUSTER AKADEMIK CEDS 2022 SIDANG EDITOR PENAUNG: Ts Dr Mohd Shahir bin Yahya Dekan CeDS PENASIHAT 1: Ts Dr Hazlini binti Dzinun Timbalan Dekan Pembangunan, Penyelidikan & Penerbitan (TDPPP) CeDS PENASIHAT 2: Pn Hjh Ziana binti Che Ros Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (TDHEPA) CeDS PENASIHAT 3: Dr Muhammad Faizal bin Ismail Timbalan Dekan Akademik (TDA) CeDS KETUA EDITOR Ts Mahmod Abd Hakim bin Mohamad EDITOR JK Penerbitan : Cik Nornajihah binti Mohammad Yazid, Cik Norfaezah binti Adan dan Dr Hazwani binti Rahmat JK Penyelidikan & Inovasi : Ts. Hjh Dr. Rafizah binti Mohd Hanifa JK Pembangunan Staf dan KTP: Dr Mohd Khairul Nizam bin Mohd Zuhan JK Perundingan & Hubungan Industri: Ts. Mohd Erwan bin Sanik Majlis Perwakilan Pelajar: Mahathir Bin Mohd Akhar PEREKA GRAFIK Mohd Firdaus bin Mohd Herrow 10 20 76 4 "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam Buletin CeDS 2022 yang sedang dilaksanakan ini. Sekalung ucapan tahniah dan syabas diucapkan buat sidang editor atas kejayaan menghasilkan Buletin CeDS 2022 ini sebagai sebuah bukti yang menunjukkan kegemilangan Pusat Pengajian Diploma. Sebagai sebuah pusat tanggungjawab yang khusus mengendali dan melaksanakan program Diploma di UTHM, CeDS mempunyai visi dan misi yang jelas dalam membangun dan memperkasakan semua program Diploma yang ditawarkan Ceds. Justeru itu, saya sentiasa menyokong dan menyambut baik sebarang aktiviti dan inisiatif bagi memartabatkan dan meningkatkan keupayaan pelajar ke satu tahap yang lebih baik. Akhir kata, semoga Buletin CeDS 2022 ini dapat dijadikan sumber dan rujukan oleh sesiapa sahaja di Universiti dalam usaha melahirkan graduan yang seimbang dari segi akademik mahupun kemahiran insaniah, seterusnya dapat menaikkan lagi nama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ke peringkat yang membanggakan. Saya yakin dan percaya bahawa seluruh warga CeDS akan terus berusaha dan mencipta kejayaan pada masa akan datang. Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ts. Inv. Dr. MOHD SHAHIR BIN YAHYA Dekan Pusat Pengajian Diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia KATA ALUAN DEKAN 5 "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Setinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya sebuah e-buletin berkenaan prestasi dan aktiviti fakulti CeDS dapat disiapkan dengan jayanya. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk merakamkan sebuah kata-kata aluan dalam buletin ini. Selain itu, saya ingin mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan e-buletin ini. Harapan saya agar e-buletin ini dapat dijadikan sumber rujukan dan penunjuk bukti yang menunjukkan bahawa Fakulti Pusat Pengajian Diploma adalah sebuah fakulti yang terbaik dalam pembentukkan dan penghasilan pelajar yang berkebolehan. Akhir sekali, semoga usaha ini dapat diteruskan dalam tahun-tahun akan datang supaya ia dapat membantu untuk memperlihatkan prestasi fakulti. Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. PUAN ZIANA BINTI CHE ROS Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Pusat Pengajian Diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm KATA ALUAN TIMBALAN DEKAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI 6
KATA ALUAN TIMBALAN DEKAN AKADEMIK 7 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selaku Timbalan Dekan Akademik, saya amat bersyukur kerana satu e-buletin telah berjaya disiapkan. Dikesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada sidang editor yang telah bertungkus-lumus menyiapkan dan melengkapkan e-buletin ini. Selain itu, saya melihat e-buletin ini sangat revelan dalam jangka masa kini memandangkan kaedah buletin secara ''hardcopy'' tidak lagi mendapat sambutan yang memberansangkan. Dengan penghasilan e-buletin ini, saya berharap agar ia dapat membantu dan menambahkan lagi buah fikiran untuk menyediakan pembelajaran terbaik kepada pelajar sekaligus melahirkan pelajar yang berkualiti. Semoga e-buletin ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Sekian terima kasih. Dr. MUHAMMAD FAIZAL BIN ISMAIL Timbalan Dekan (Akademik) Pusat Pengajian Diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
KATA ALUAN PENASIHAT 8 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurniaNya, BULETIN CeDS 2022 dapat diterbitkan. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK e-buletin CeDS 2022 kerana telah bertungkus lumus dalam menyiapkan e-buletin ini di mana ia merupakan salah satu bentuk dokumentasi dan pelaporan hasil pencapaian aktiviti hal ehwal pelajar, kluster akademik, penyelidikan dan penerbitan di CeDS di sepanjang tahun 2022. Sesungguhnya, penerbitan e-buletin ini mencerminkan kesungguhan pihak CeDS dalam menggembleng tenaga untuk menjayakan budaya kerja sepasukan. Usaha murni ini merupakan satu saluran kepada para staf akademik CeDS khasnya dan pengurusan staf dalam menghasilkan penulisan ilmiah dan kajian mereka. Peluang seperti ini bukan sahaja dapat memperkembangkan profesionalisme, malah menghasilkan pensyarah yang mampu memberi sumbangan dalam bidang penulisan ilmiah. Melalui e-Buletin ini, para staf CeDS akan dapat menyumbang berita, buah fikiran, hasil kajian, analisis dan rumusan untuk dikongsi bersama seluruh warga CeDS. Sumbangan daripada pelbagai pihak akan dapat menyuburkan lagi budaya penulisan dan mengukur keupayaan hasil kerja. Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha menerbitkan e-Buletin CeDS 2022. Semoga usaha murni ini akan berterusan sehingga menjadi budaya dalam kalangan warga staf CeDS. Ts. Dr. HAZLINI BINTI DZINUN Timbalan Dekan (Pembangunan, Penyelidikan dan Penerbitan) Pusat Pengajian Diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
KATA ALUAN EDITOR 9 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah dengan rahmat Allah, e-buletin CeDS 2022 berjaya diterbitkan oleh pihak sidang ridaksi khusus untuk warga staf CeDS. Lipatan sejarah mengungkap warna-warni kejayaan pastinya telah mengundang pelbagai cabaran dan dugaan namun berbekalkan semangat kekitaan dan rasa tanggungjawab, kami tidak menghiraukan apa jua cabaran yang menghalang sehinggalah e-buletin ini berjaya dihasilkan. Benar kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Satu analogi yang jarang diaplikasikan. Berbekalkan semangat inilah ahli-ahli sidang ridaksi dan juga staf yang terlibat berusaha untuk merakamkan kenangan manis dan pahit pelajarpelajar CeDS dan aktiviti staf sehingga e-buletin ini berjaya diterbitkan dan sampai ke tangan pembaca semua. Akhir kalam, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya ada kekhilafan yang dilakukan sepanjang proses pembikinan e-buletin CeDS ini. Harapan saya agar tahuntahun seterusnya seluruh warga CeDS akan dapat memberi lebih komitmen bagi memantapkan lagi e-buletin ini. Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah dan kekuranganya dari pihak kami sendiri. Sekian. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ts. Inv. MAHMOD ABD HAKIM BIN MOHAMAD Ketua Editor "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
1 0 " D e n g a n Hik m a h Kit a M e n e r o k a " c e d s.u t h m.e d u.m y / c e d s u t h m
KLUSTER PENYELIDIKAN PENERBITAN & PERUNDINGAN CEDS 2022
KLINIK PENERBITAN BERSIRI MEMBUKA RUANG PARA PENULIS CeDS BERKONGSI HASIL PENYELIDIKAN Bermula daripada bulan Jun hingga Oktober 2022, maka selesaikan sudah 5 siri klinik penerbitan yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Penerbitan, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM) secara fizikal yang melibatkan sebanyak 23 kertas kerja penyelidikan. Kesemua kertas kerja tersebut telah dinilai dan diberikan komen secara fizikal oleh mantan Timbalan Naib Canselor, Prof Dr Ismail bin Abdul Rahman yang telah diadakan pada hari khamis sama ada secara bulanan atau mingguan. Klinik Penerbitan 2022 adalah lanjutan daripada program pertama Klinik Penerbitan 2021 secara bersiri yang mana melibatkan pemantauan serta tunjuk ajar teknik penulisan kertas kerja penyelidikan untuk diterbitkan sama ada dalam scopus jurnal atau prosiding scopus. Program ini bertujuan untuk menggalakkan serta membudayakan penulisan dan penghasilan kerja kerja penyelidikan di kalangan staf akademik dalam usaha meningkatkan kpi fakulti. Laporan perincian aktiviti program klinik penerbitan mengikut siri boleh dirujuk di link Google yang telah disediakan : https://drive.google.com/drive/folders/1cSxMy_PS2E yBfx4pXy7CrgumJMOXQrWz?usp=share_link Diharapkan program klinik penerbitan ini akan terus mendapat sokongan dan penyertaan daripada warga staf akademik CeDS pada tahun 2023. 12 "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
BENGKEL PERKONGSIAN MYSITE 2022 13 TARIKH: 17 MAY 2022 MASA: 10.00 AM TEMPAT: ZOOM MEET PENCERAMAH: DR. AKMAL NIZAM BIN MOHAMMED PENSYARAH KANAN / JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN TIMBALAN PENGARAH PEJABAT PENERBIT Anjuran: Jawatankuasa Penerbitan "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
YOUTH 2022 MEMPAMERKAN IDEA INOVASI PENYELIDIK 14 PAGOH: Pada 29 Oktober 2022, telah berlangsungnya acara pengumuman pemenang bagi pertandingan Youth Invention and Innovation Fest (YOUTH) 2022 anjuran Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM) secara dalam talian. YOUTH 2022 adalah sebuah program pertandingan inovasi dan reka cipta, bertujuan untuk menggalakkan serta membudayakan norma daya cipta serta inovasi dalam kalangan belia. Pertandingan inovasi dan reka cipta ini, terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah bagi kategori Junior Innovator, pelajar institusi pengajian tinggi (awam dan swasta) bagi setiap peringkat pengajian bagi kategori Senior Innovator, dan kategori Terbuka bagi golongan profesional dan industri. Ini dibuktikan dengan sebanyak 11 penyertaan daripada kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Seramai 39 pemenang pingat emas, 40 pingat perak dan 10 pingat gangsa daripada semua kategori penyertaan telah dipilih hasil dari penilaian daripada juri-juri program. https://ceds.uthm.edu.my/berita/365-youth-2022- landasan-berkongsi-hasil-reka-cipta-produksimulasi-dan-idea-terbaharu "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
15 SESI PERKONGSIAN PERMOHONAN GERAN PUBLIC PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN) Program Sesi Perkongsian Permohonan Geran PPRN anjuran Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi, Pusat Pengajian Diploma (PPD) telah berjaya diadakan pada 19 Mei 2022. Penceramah jemputan Ts. Abdullah bin Wagiman telah berkongsi pengalaman beliau dengan para peserta dalam memohon geran PPRN. Antara isi kandungan sesi perkongsian ini termasuklah penerangan ringkas berkenaan geran PPRN serta objektifnya. Skop PPRN juga diterangkan termasuklah pengkelasan organisasi beserta peruntukan yang disediakan. Proses permohonan geran juga dijelaskan dalam bentuk carta alir bagi memudahkan peserta memahaminya dengan lebih mudah. Selain itu, penceramah juga ada berkongsi proses penilaian yang dibuat oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Apa yang menarik, penceramah tidak lokek berkongsi projek yang dipohon bagi tahun 2022. Seramai dua puluh orang peserta telah mengikuti sesi perkongsian ini dan diharapkan program seumpama ini dapat menyemarakkan aktiviti penyelidikan di PPD. "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
16 SESI PERKONGSIAN PERMOHONAN FUNDAMENTAL RESEARCH GRANT SCHEME (FRGS) Program Sesi Perkongsian Permohonan Geran FRGS telah berlangsung dengan jayanya pada 10 November 2022 menerusi aplikasi Zoom. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada staf akademik di Pusat Pengajian Diploma (PPD) untuk bergiat aktif dalam bidang penyelidikan sebagai satu langkah meningkatkan kerjaya staf. Sesi perkongsian ini diadakan dalam dua sesi. Sesi pertama melibatkan penceramah yang mempunyai pengalaman luas dalam permohonan geran FRGS iaitu, Prof. Madya Ts Dr Nur Hanis Hayati binti Hairom dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK). Penceramah telah membuat perkongsian berkenaan garis panduan yang perlu diikuti oleh pemohon bagi memenangi hati penilai geran. Bukan itu sahaja, bahkan penceramah telah menunjukkan contoh-contoh geran yang telah berjaya untuk dijadikan panduan kepada staf akademik semasa membuat permohonan kelak. Sesi kedua pula mempamerkan pensyarah kanan Pusat Pengajian Diploma sendiri iaitu Dr Noorul Hudai binti Abdullah yang telah berjaya memperolehi geran FRGS pada kali pertama permohonan. Sesi kedua ini lebih banyak dikongsikan masalah-masalah yang dihadapi oleh penceramah semasa menguruskan geran bagi memastikan KPI tercapai. Perkongsian yang berlangsung secara dua hala ini dilihat dapat memberi pendedahan awal kepada peserta untuk menyediakan kertas cadangan geran FRGS pada tahun hadapan. “Doubt is the incentive to truth and inquiry leads the way”. "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
17 SESI PERKONGSIAN HOW TO APPROACH INDUSTRY? Program Sesi Perkongsian ‘How to Approach Industry?’’ telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Ogos 2022 menerusi aplikasi Zoom. Program ini bertujuan memberi pendedahan peringkat pemula kepada staf akademik di CeDS yang ingin memulakan kerjasama dengan pihak industri. Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Profesor Madya Sr Ts. Dr Mohammad Ashraf bin Abdul Rahman daripada FTK. Beliau juga merupakan Pengarah di Pusat Konservasi Arkeologi Survei dan Tatacara Pemulihan Warisan (KASTURI) yang telah ditubuhkan hasil kerjasama pihak UTHM dengan Perbadanan Muzium Negeri Melaka. Beliau memulakan perkongsian dengan memberikan kepentingan mempunyai hubungan dengan pihak industri dan diakhiri dengan perkongsian pengalaman beliau menubuhkan KASTURI. Beliau juga turut menyatakan kesediaan menerima kunjungan staf CeDS ke bangunan KASTURI yang terletak di Bandar Hilir, Melaka, serta mengalukan sebarang cadangan aktiviti bersama. Rentetan itu, satu lawatan melibatkan Felo Perhubungan Industri dan staf UTHM termasuklah wakil CeDS iaitu Ts. Mohd Erwan Sanik dan Ts. Ahmad Hakimi Mat Nor telah diadakan pada 6 Oktober 2022. "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
18 CANVA PEMANGKIN PENINGKATAN KUALITI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), pada 22 Ogsos 2022 telah mengadakan satu kursus pembangunan staf di mana kursus tersebut bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, imaginasi dan kualiti bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersifat kreatif dan interaktif. Pembangunan staf di dalam sesebuah institusi pendidikan adalah satu elemen yang penting agar para pendidik sentiasa mengikut perkembangan ilmu terkini dan sentiasa bersifat relevan agar ilmu dan cara penyampaian yang disampaikan kepada para pelajar mengikut cara yang terkini. Seramai 30 orang para pensyarah yang telah menerima manfaat di dalam program ini bagi tujuan memperkasakan bahan pengajaran mereka ke satu peringkat yang lebih baik. Kursus CANVA: Creating Creative and Interactive Teaching Materials yang dianjurkan oleh jawatankuasa pembangunan staf di bawah portfolio Timbalan Dekan Pembangunan, Penyelidikan dan Penerbitan adalah salah satu usaha dan inisiatif untuk menjadikan para pensyarah Pusat Pengajian Diploma (CeDS) mempunyai sifat berkebolehan di dalam berfikir secara kritis dan imaginatif dan mahir dalam penghasilan bahan pengajaran yang lebih kreatif dan interaktif bagi dapat menarik minat para pelajar supaya terus fokus di dalam menimba imlu pengetahuan. "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
19 PROGRAM PEMBANGUNAN STAF (SELAIN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN) Satu program pembangunan staf yang berobjektifkan perkongsian melibatkan penyelidikan, penyeliaan, penulisan dan penerbitan, pengkomersialan, perundingan serta perkhidmatan kepada masyarakat telah dilaksanakan oleh Jawatankusa Pembangunan Staf dan KTP. Slot pertama telah disampaikan oleh Yang berbahagia Ts Dr Hazlini Binti Dzinun selaku Timbalan Dekan Pembangunan, Penyelidikan dan Penerbitan, Pusat Pengajian Diploma. Program ini turut melaksanakan sesi perkongsian pengurusan kewangan kepada staf akademik dan staf pentadbiran CeDS yang telah disampaikan oleh Cik Norfaezah Binti Sai selaku Penolong Pendaftar Kanan di CeDS. Turut hadir dan merasmikan program adalah Yang Berusaha Dekan CeDS, Ts. Dr. Mohd Shahir Bin Yahya. Secara keseluruhan, program ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang peserta terdiri dari staf akademik dan staf sokongan telah mendapat manfaat dari program yang telah dilaksanakan. "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
2 0 " D e n g a n Hik m a h Kit a M e n e r o k a " c e d s.u t h m.e d u.m y / c e d s u t h m
KLUSTER HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI CEDS 2022
PENGENALAN 22 "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
PENGENALAN 23 "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
PENGENALAN 24 "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
PENGENALAN 25 "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
PENGENALAN 26 "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
PENGENALAN 27 "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
PENGENALAN 28 "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
PENGENALAN 29 "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
30 PROGRAM BUAL BICARA CALON MPP FAKULTI PPD 8 JANUARI 2022: Persatuan Pelajar Diploma telah menganjurkan sesi “ Talk & Knowledge Sharing “ bersama calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar (PPD) bagi menerangkan manifesto mereka kepada seluruh pelajar Diploma UTHM di Pagoh. Pelaksanakan program ini berjaya dijalankan dengan penglibatan seramai12 Ahli Jawatankuasa bermula dari 9.00 malam sehingga 11.30 malam secara atas talian menerusi saluran ‘Live Youtube’, dengan tontonan lebih dari 860 orang. Program Bicara Calon MPP Fakulti PPD amat membantu mahasiswa dan mahasiswi yang ingin memilih bakal pemimpin pelajar yang sesuai dan layak di kalangan pelajar program Diploma. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada calon MPP untuk membentangkan manifesto mereka dengan lebih terperinci supaya pelajar lain dapat melihat tanggungjawab yang perlu digalas sekiranya mereka terpilih. "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
31 IOT BASIC WORKSHOP Program ini telah dilaksanakan pada 25 Mac 2022 secara atas talian dan disertai oleh seramai 110 pelajar dari Jabatan Teknologi Maklumat. Program ini menyasarkan kepada pelajar-pelajar program Diploma Teknologi Maklumat (DAT) bagi memenuhi kriteria dan keperluan projek akhir program DAT. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Kumpulan Maker Kluang yang mana ia bertujuan memberikan pendedahan mengenai pencarian maklumat dan asas tentang Internet Of Thing ( IOT). PROGRAM BIAH RAMADHAN 2022 Program Biah Ramadhan yang dijalankan pada 12 April 2022 sehingga 23 April 2022 telah melibatkan penyertaan secara terbuka dikalangan pelajar. Program ini telah menyajikan pelbagai aktiviti antaranya adalah pertandinganhafazan, pertandingan poster digital , pertandingan azan , pertandingankuiz Ramadan, pertandingan tulisan khat dan pertandingantadarus al quran. Program ini berjalan selama 2 minggu dengan pelbagai acara bagi mengimarahkan mussollah Kolej Kediaman Kampus Pagoh UTHM. Program ini juga telah dirasmikan oleh Yg. Brs Ts. Dr. Shahir Bin Yahya, Dekan Pusat Pengajian Diploma. Disamping itu juga, penyerahansumbangan Tabung Mangsa Banjir Fasa 01 kepada wakil-wakil pelajar yang terkesan banjir juga telah diselitkan bersama. "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
32 PROGRAM SKUAD: RAMADAN-THRU Program anjuran Exco Kebajikan Mahasiswa, PersatuanPelajar Diplomayang telahberlangsung dari jam 5.30 petang sehingga 6.30 petang, 20 Ramadhan 1443 Hijrah dan bertempat di Dewan Serbaguna A9 Kolej Kediaman Kampus Pagoh. Sasaran utama program iniadalah kepada pelajaryangberstatusB40. Program agihan Iftar ini telah dibiayai sepenuhnya bukan sahaja dari hasil kutipan dana “ Tabung Infaq Ramadan-Syawal ” yang telah dihebahkansepanjang bulan Ramadhan tersebut, malahan juga hasildaripada tajaan ParlimenPagoh & DUN Muar. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan telah melibatkan seramai 150 penerimadikalangan pelajar Diploma. PROGRAM KASIH SELAMANYA PPD PRIHATIN SIRI I Majlis serahan sumbangan kepada pelajar Muhammad Arsyad Bin. Abu Hassan , pelajar tahun 2 Diploma kejuruteraan Elektrik yang terlibat dalam tragedi kebakaran rumahnya di Kedah. Sumbangan diterima dari pihak Yayasan UTHM, PHEP dan juga dari Pusat Pengajian Diploma. Majlis serahan telah disempurnakan olehYbhg. Timbalan Naib Canselor HEPA UTHM dan juga dari wakil pihak Yayasan UTHM. "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
33 PROGRAM KASIH SELAMANYA PPD PRIHATIN SIRI II Majlis serahan sumbangan khairat kematian telah disampaikan oleh Penasihat Persatuan Pelajar Diploma, Puan Mariam binti Abdul Hamid kepada keluarga Allahyarham Indra Putra Faizal bin Azmi dalam satu sesi ziarah keluarga Allahyarham di Temerloh, Pahang. Sumbangan ini didedikasikan kepada Arwah sebagai tanda penghormatan terakhir daripada Persatuan Pelajar Diploma. Semoga sumbangan yang sedikit itu mampu menguatkan semangat keluarga untuk terus cekal dan tabah pada hari-hari mendatang. Program ini telah dijalankan di Sanggar Srikandi Resort, Mersing Johor. Ianya bertujuan untuk membentuk dan meningkat kemahiran sasiah kepada seramai 46 Ahli Jawatankuasa khususnya dari segi kemahiran kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dikalangan ahli jawatankuasa Persatuan Pelajar Diploma bagi sesi 2021/2022 Selain itu, program ini jugamensasarkanagar dapat: Melahirkan pemimpin Persatuan Pelajar Diploma UTHM yang berwibawa dan telus dalam menjalankan tugasnya. Mengasah kemahiran interpersonal dan communication skill serta mempraktikkan nilai kepimpinan di samping dapat menimba pengalaman baharu bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan. PPD CAMP UNDER CONSTRUCTION "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
34 Program STEM : (Siri 1) telah dilaksanakan dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Gambut, Batu Pahat. Program ini melibatkan 6 orang Pensyarah CeDS UTHM dan 6 orang pelajar yang bertindak sebagai Penceramah dan juga Fasilitator. Program ini juga telah mendapat kerjasama dari 6 orang Guru dan 50 orang murid dari tahun 1 hingga tahun 6 di sekolah tersebut. Program ini bermula dari jam 10 pagi dan tamat pada pukul 1 petang. Antara objektif program yang disasarkan adalah untuk memberikan pendedahan kepada murid tentang teknologi robotik, dan seterusnya menyiapkan satu projek pengaturcaraan ringkas secara praktikal. Program perpindahan ilmu ini telah berjaya menarik minat pelajar. PPD CAMP UNDER CONSTRUCTION "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
35 PROGRAM BUAL BICARA CALON MPP FAKULTI PPD Satu sesi perkongsian ilmu bersama industri Simtec Plating (M) Sdn Bhd telah dianjurkan oleh Jabatan Sains dan Matematik (JSM) dan disertai oleh oleh seramai 92 orang pelajar daripada program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK) dan Diploma Sains Gunaan (DAU) dibawah seliaan pensyarah JSM.Program perkongsian dari industri ini telah disampaikan oleh Puan Jannatun Adni :Jurutera rawatan air sisa di syarikat Samtec Plating (M) Sdn Bhd. Program ini berkisar tentang rawatan air sisa buangan dan diberi tajuk Wastewater Management and Career Opportunities in Environmental Field. Antara pengisian yang telah dikongsikan adalah berkaitan dengan pendedahan kepada pelajar terhadap sistem rawatan air sisa logam berat di syarikat beliau bekerja dan beberapa penekanan terhadap undang-undang yang berkaitan dengan sisa air buangan dan kumbahan disamping pendedahan mengenai bidang-bidang industri rawatan air sisa. "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
36 PROGRAM NATURE HERO 2.0 2022 (GO GREEN, GLOBAL CLEAN) MAGIC IN PRESENTATION: DAUNTLESS LEVIOSA Program “ Nature Hero 2.0- Go Green, Global Clean “ adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran pelajar dengan mendedahkan isu-isu alam sekitar supaya pelajar lebih cakna terhadap kesejahteraan alam sekitar. Di samping itu, ianya dapat menjalinkan hubungan baik bersama Pihak Solids Waste Management (SWM). Program ini dijalankan pada 19 Mei 2022 di Kampus dan Kolej Kediaman Kampus Pagoh, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan telah melibatkan Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awan dan 60 orang pelajar di Jabatan tersebut. Program “ MAGIC IN PRESENTATION: DAUNTLESS LEVIOSA “ merupakan sebuah program yang bakal mengubah gaya perbentangan mahasiswa/i ke arah lebih profesional. Program telah dijalankan secara atas talian dan telah melibatkan seramai 60 orang peserta Mendedahkan rahsia disebalik pembentangan yang luar biasa dengan mengetengahkan teknik dan cara yang berkesan kepada mahasiswa disamping perkongsian daripada panel jemputan yang bertauliah. Mengimplementasikan dan menyediakan satu platform kepada mahasiswa untuk meningkatkan kemahiran interpersonal dan softskill yang menepati trend serta permintaan industri IR 4.0 masa kini. "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
37 MARKETING YOURSELF: RESUME BUILDING WORKSHOP Program “ Marketing Yourself : Resume Building Workshop “ merupakan sebuah program yang dijalankan secara atas talian dan telah berlangsung pada 21 Mei 2022 dengan jayanya. Antara pengisian program yang telah dijalankan ialah: Format Resume Profesional, Applicant Tracking System (ATS) dan SWOT analysis coaching. Program telah melibatkan seramai 133 orang peserta dikalangan pelajar UTHM LAWATAN SAMBIL BELAJAR TEKNOLOGI RAWATAN AIR SISA 2022: INDAH WATER KONSORTIUM (M) SDN BHD Program ini telah disertai oleh seramai 23 orang pelajar Seksyen 1 program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia. Program yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada kaedah asas dan sistem rawatan air sisa kumbahan yang dilaksanakan oleh pihak industri yang diwakili oleh pengurus dari Konsortium Indah Water (M) SdnBhd, iaitu Puan Noor Hidayah binti Sabdin. Pengisian yang padat dengan ilmu pengetahuan berkaitan setiap unit proses dan teknologi moden dalam rawatan air sisa kumbahan di industri dapatdi pelajari dan dipraktikkan kelak oleh peserta apabila melangkah ke alam pekerjaan. "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
38 PROGRAM NATURE HERO 1.0 2022 (NATURE IS OUR RESPONSIBILITY) Program ini telah dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesedaran pelajar terhadap isu-isu alam sekitar supaya pelajar lebih cakna terhadap kesejahteraan alam sekitar. Di samping itu juga, ianya telah memberikan ruang dan peluang kepada semua peserta untuk menjalinkan hubungan baik dengan Pihak Pengurusan Kolej Kediaman serta Pensyarah kursus kejuruteraan alam sekitar melalui kerjasama yang telah dilakukan. Melalui program ini juga, mahasiswa dan mahasiswi dapat memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang boleh digunakan untuk memelihara alam sekitar kelak. Program ini telah dijalankan pada 27 Mei 2022 di Kolej Kediaman Pagoh, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Program ini telah dijayakan dengan anggaran kehadiran peserta seramai 52 orang. NATURE HERO 4.0 2022: CARE, CURE, CREATE Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran pelajar dengan mendedahkan isuisu alam sekitar kepada pelajar supaya pelajar lebih cakna terhadap kesejahteraan alam sekitar. Di samping itu, dapat menjalinkan hubungan baik antara mahasiswa dan mahasiswi bersama Pihak Komuniti Taman Harmoni Vista Pagoh. Program ini dijalankan pada 28 Mei 2022 dan dijayakan oleh pelajar dan pensyarah seramai lebih kurang 52 orang "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
39 PROGRAM BUAL BICARA CALON MPP KARNIVAL KEUSAHAWANAN CEDS 2022 Seramaihampir 300 orang pelajartelah terlibat dalam program ini yang bertujuan memperkasakan pengetahuan pelajar diploma khususnya di dalam bidang keusahawanan agar kemahiran yang mereka miliki dalam bidang masing-masing dapat digabungkan dengan ilmu keusahawanan bagi melahirkan modal insan yang holistik dan berinovasiselaras dengan objektif dinyatakan berikut: Memberi pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar dalam bidang keusahawanan bagi mengalakkan mereka untuk menceburi bidang keusahawanan. Memberi pendedahan, kemahiran aspek kerjaya keusahawanan kepada pelajar supaya mereka lebih berdaya saing seterusnya melahirkan mahasiswa yang berkemahiran serta berinovasi dalam sumbangan idea kreatif melalui penghasilan idea perniagaan yang realistik. Membolehkan pelajar berkongsi idea dan mengenalpasti peluang-peluang berkaitan keusahawanan serta peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi yang terlibat seperti Agensi Lembaga KemajuanPertanian Muda (MADA) melalui permasalahan dan strategi perniagaan. Memperkukuhkan hubungan dua hala di antara universiti, pelajar, masyarakat dan industri agar dapat menjadi pemangkin ke arah perwujudan masyarakat yang membudayakan keusahawanan. "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
40 SIRI PROGRAM PEMINDAHAN ILMU S.T.E.M. JOM BELAJAR CODING ROBOTIK SIRI 2 Program Siri Program Pemindahan Ilmu S.T.E.M.: Jom Belajar Coding Robotik (Siri 2) telah berjalan dengan jayanya bertempat di Sekolah Kebangsaan Gambut, Batu Pahat. Program ini dijalankan oleh pensyarah UTHM sebagai penceramah dan dibantu oleh 4 orang pelajar dari Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Program ini bermula daripada jam 10 pagi dan tamat pada pukul 1 petang, melibatkan lebih kurang 50 murid dari tahun 4 hinggatahun 6. Objektif program siri 2 ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada murid tentang asas pengaturcaraan robotik. LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA PUTRA WORLD TRADE CENTRE (PWTC), KUALA LUMPUR Pendedahan kepada para mahasiswa/i terhadap pelbagai jenis bahanbacaan dan hasilkarya yang diterbitkan oleh karyawanantarabangsa. Peluang mengimplimentasikan budaya membaca & cintakan pembacaan kepada seluruh mahasiswa/i UTHM bagi melahirkan tokoh mahasiswa yang bijak juga berpengetahuan luas. Memberi peluang kepada para mahasiswa/i untuk memperoleh bahan bacaan pada harga yang murah dan berpatutan bagi tujuan menjana perkembangan Ilmu pengetahuan "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
41 NATURE HERO 3.0 2022: GREENING OUR CAMPUS Program ini bertujuan untuk memahami dan menerapkan semanga tcintakan alam sekitar dan kesedaran dalam menjaga alam sekitar amat penting dalam kalangan mahasiswa dan mahasisiwi UTHM dan komuniti setempat amnya. Program yang bertemakan alam sekitar ini telah melibatkan seramai 63 orang Pelajar UTHM itutelah menggariskan beberapa objektifpentingseperti : mempraktikkan pengetahuan tentang kepentingan menjaga alam sekitar dalam kalangan pelajar dan komuniti. Menjalin jaringan social yang positf dikalangan komuniti, pelajar dan Pensyarah yang terlibat. Menjalankan gotong royong, melakukan aktiviti “composting” dan mengutip bahan-bahan untuk dikitar semula adalah merupakan pengisian yang telah dirancang sepanjang program berlangsung. PROGRAM KEPIMPINAN ALTRUISTIK ( PKA) Program Anjuran Kolej Kediaman Luar Kampus bersama institute Pembangunan & kecemerlangan kepimpinan (I- LEAD) dengan kerjasama agensi pertahanan negara (NADMA) , yang memberi pendedahan terhadap cara cara menghadapi bencana negara dan juga sesi kaunseling bila berhadapan dengan trauma ketika bencana Program telah di adakan di DSI UTHM Parit Raja dan telah disertai oleh seramai 48 orang pelajar PPD "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
42 KHIDMAT MASYARAKAT TAUTAN ‘SINAR’ JKE SIRI 04 (KTP & SULAM) Jabatan Kejuruteraan Elektrik, CeDS telah menganjurkan program khidmat masyarakat kerja pendawaian di SAMURA Muar bagi meringankan beban kewangan pihak sekolah. Program ini turut melaksanakan elemen ’Knowledge Transfer Program (KTP)’ yang melibatkan beberapa orang pelajar dan staf SAMURA. Seterusnya melaksanakan juga ‘Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM)’ 20 Staf Jabatan Kejuruteraan Elektrik : 12 Pelajar Elektrik (DAE) : 5 Pelajar SAMURA : 1 Staf SAMURA merupakan antara yang terlibat di dalam program tersebut. Program ini telah dijalankan di Surau Al Faizin beralamat Sek. Men. Sains Muar (SAMURA), Tanjung Agas, Tangkak Johor 84900 Muar, Johor. PAMERAN STEM KARNIVAL SEMARAK UNITI MERAKYATKAN PERPADUAN MUAR 2022 Karnival / Pameran STEM ini bertujuan menjadi tapak integrasi untuk mengeratkan jalinan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan menyemarakkan aspirasi perpaduan Keluarga Malaysia melalui ciri keterangkuman, kebersamaan serta kesyukuran. Ia dapat memberi ruang kepada IPTA setempat dalam mengimarahkan ilmu kepada komunitidan seterusnya IPTA dapat mengetengahkan hasil R&D dan inovasiyang sesuai dengan keperluan semasa. Secara tidak langsung, ekosistem kerjasama antara agensi dan masyarakat akan wujud dan menghasilkan generasi yang berilmu. "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
43 SKUAD PPD CARE : JAUH DI MATA DEKAT DI HATI Program ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar diploma untuk berbakti memberikan khidmat amal kepada komuniti setempat. Terutamanya di Pertubuhan anaka nakyatim islam Muar johor. Membangkitkan kesedaran nilai kekeluargaan dalam diri mahasiswa dengan berkongsi rezeki serta kasih saying kepada golongan yang kurang bernasib baik. Membudayakan serta menekankan nilai-nilai murni seperti prihatin,pengorbanan dan simpati kepada golongan yang memerlukan agar mahasiswamahasiswa memupuk sikap lebih bertanggungjawab kepada komuniti setempat. Program ini telah melibatkan seramai, 26 pelajar persatuan pelajar diploma, 48 orang anak anak yatim persatuan dan 5 orang tenaga pengajar di pertubuhan. PERASMIAN PENUTUPAN JOM MASUK IPT TAHUN 2022 Seramai 48 orang pelajar PPD telah menghadiri majlis tersebut . Majlis Perasmian Penutupan Jom Masuk IPT 2022 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Husaini bin Omar, KetuaPengarah Pendidikan Tinggiselaku wakil rasmi Menteri Pengajian Tinggi "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
44 KARNIVAL INOVASI CEDS 2022 JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Pembentangan projek pelajar yang terpilih (TOP 10) Pembentangan secara video diadakan oleh pelajar/kumpulan yang terpilih daripada Jabatan Teknologi Maklumat . Antara kumpulan dan panel penilai yang dijemput dariUniversiti Utara Malaysia, UNIMAP, KDU Penang, Shibaura Institute of Technology, Jepun. Sesi pembentangan dan penilaian berjalan secara serentak menerusi dua platform (Zoom dan Google Meet) Keterangan dan manfaat program: Pelajar mempelajari kemahiran insaniah dalam bentuk pembentangan yang berfokus dan secara profesional mengikut kesesuaian kelompok hadirin. Di samping itu, pelajar dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan pertuturan dalam Bahasa Inggeris. Pelajar juga berpeluang untuk meningkatkan kemahiran persembahan dalam menyampaikan maklumat yang rumit dengan cara yang jelas dan menarik untuk memastikan penonton berminat Pengumuman Pemenang Selepas selesai penjurian, sesi pengiraan markah dan pengumuman pemenang dijalankan dan 3 daripada 10 projek yang dibentangkan dinobatkan sebagai projek terbaik Jabatan Teknologi Maklumat "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
45 PROGRAM LAWATAN INDUSTRI PELAJAR DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK KE PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (PNMB) Program ini telah melibatkan 9 orang pelajar dari kursus Mikro Pengawal kejuruteraan elektrik.Antara objektif lawatan adalah: Mengetahui proses transformasi dan integrasi untuk menghasilkan produk akhir. Melihat motor yang berfungsi di kilang sebagai contoh mesin penggerudian atau mesin pemotong dan yang berkaitan. Memberi pendedahan yang meluas mengenai industri dan perisian baru yang boleh digunakan kepada peserta pada masa akan datang. Mengetahuigerakkerjamesinbersepadu dan robot yang terdapat di industri yang dilawatiyang terdapat di industri yang dilawati. LAWATAN INDUSTRI BERSAMA FIBERTEX PERSONAL CARE SDN. BHD. (INDUSTRIAL AUTOMATION ) Lawatan industri ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Elektik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia khususnya dalam memenuhi kehendak silibus bagi subjek AutomasiIndustri (DAE31203). Lawatan industri ini turut dijayakan atas kerjasama SYARIKAT FIBERTEX PERSONAL CARE SDN. BHD. yang dijalankan di kawasan kilang pemprosesan bahan asasnya yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Pelbagai maklumat diperoleh terutamanya mengenai aplikasi robotik dan sistem kalawan automatik berteknologi canggih. "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
46 KARNIVAL INOVASI CEDS 2022 :D’CIVILFEST 2022 (JABATAN KEJURUTERAAN AWAM) Karnival ini telah melibatkan seramai 210 pelajar Diploma Kejuruteraan Awam dan telah melahirkan antara 20 projek yang terbaik bagi tapisan pertama dan seterusnya 5 projek yang terbaik bagi fasa penilaian oleh 10 panel dari industri dan 20 staf akademik di Jabatan Kejuruteraan Awam. Nama Panel Industri Br. Ts. MohdDhiyaHafreez bin Kamil Dr. Mohamad Niizar bin Abdulrahman Dr. Mohamad Syamir bin Senin Puan Farah Hanim binti Azman En. Mohd Hafiz bin Ahmad Azizi Ts. Dr. ManivelAsiah Ir. Sri Maryazie binti Mohamad Nor En. MohdTarmizi bin Che Othman En. Ahmad Zaki bin Mohd Hassan Ir. Ts. Mohd Zaidi Mohamad Saad Karnival ini antara lainnya dapat membuka ruang dan peluang kepada pelajar dari sudut: Pengetahuan mengenai projek yang boleh dibangunkan di industri. Pendedahan kepada kaedah penganjuran, penilaian dan pemantauan pertandingan karnival inovasi ke peringkat yang lebih tinggi. Pendedahan kepada teknik penilaian inovasi yang dihasilkan dengan bercirikan industri "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
47 KARNIVAL INOVASI CEDS 2022 : KEJURUTERAAN ELEKTRIK Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Pusat Pengajian Diploma telah menganjurkan program 26 Julai 2022 bertempat di Makmal Projek, Blok B, UTHM Cawangan Pagoh. Objektif karnival ini diadakan adalah untuk Memupuk budaya Inovasi kepada pelajar disamping mempamerkan hasil kerja pelajar tahun akhir kepada umum. Sebanyak 67 produk Inovasi telahdipamerkan dan telah melibatkan 200 orang pelajar tahun 2 program Diploma Kejuruteraan Elektrik,20 pensyarah kejuruteraan electric dan 3 Panel dari Industri. Majlis penutupan Karnival Inovasi CeDS : Kejuruteraan Elektrik telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan (Pembangunan, Penyelidikan dan Penerbitan) Ts. Dr. Hazlini binti Dzinun. MINI KARNIVAL STEM SMK FELCRA BUKIT KEPONG MUAR Dalam siri memperkasakan aktiviti STEM di CeDS bagi tahun 2022, SMK Felcra Bukit Kepong, Muar telah menjemput TEAM STEM CeDS bagi mengadakan promosi Program Akademik CeDS, pameran Robotik, Taklimat dan Pameran Program Animasi dari program DAG dan demonstrasi penggunaan dan pengawalan Drone oleh Jabatan Kejuruteraan Awam CeDS. Selain itu, promosi tentang pendidikan TVET dan UTHM juga akandijalankan oleh team Promosi CeDS "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
48 JOM BELAJAR ROBOTIK SIRI 03- SKK GAMBUT, BAGAN Dalam program pemerkasaan STEM siri ke 03 ini di SKK Gambut Bagan, pelajar telah diajar dan berjaya menghasilkan robot kawalan radio. Hasil kerja pelajar dinilai melalui pertandingan roboti yang dihasilkan: Objektif utama aktiviti siri STEM MAKEROBOT ini adalah seperti berikut: Menggalakkan minat guru untuk mendalami kemahiran dalam pengaturcaraan dan inovasi Menarik lebih ramai murid menyertai pertandingan inovasi terutamanya MAKEROBOT 2022 Challenge. Mempromosikan UTHM kepada komuniti terutamanya dari sudut kepakaran teknikal. PROGRAM TEKNOUSAHAWAN : UNIVERSITY TO COMMUNITY (UTC) Program Universiti untuk Komuniti (UTC) yang berlangsung di UPSI bertujuan untuk menghubungkan mahasiswa dengan komuniti melalui keusahawanan. Program ini juga memartabatkan Keusahawanan Sosial di IPT sebagai platform untuk merapatkan jurang sosial dan ekonomi di antara universiti dan komuniti. Program tersebut telah menganjurkan pertandingan teknousahawan dan Team Projek PLEASE berjaya mewakili UTHM serta memenangi kategori Anugerah Khas Projek Harapan Keusahawanan Sosial. Mentor : Dr Raudah Mohd Adnan. Peserta : Ketua Projek PLEASE: Pn. Rizqi Quroti A'yun binti Ahmad Mukimin dan En. Mohammad Zamir bin Rashid "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
49 KARNIVAL PERTANDINGAN INOVASI ( i-MECa22 ) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal CeDS telah menganjurkan Karnival inovasi i- MECa 22 di mana ianya telah melibatkan pembentangan projek pelajar yang terpilih sebanyak 10 kumpulan pelajar telah dibahagikan kepada dua sesi mengikut penilai projek masing-masing yang telah ditentukan. Sesi pembentangan dan penilaian berjalan secara serentak menerusi dua platform Google Meet. Antara matlamat program yang disasarkan adalah: Kemahiran berkomunikasi bersama panel industri dan universiti telah dapat ditingkatkan samada secara bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris. Komunikasi seperti ini amat penting untuk dipraktikkan semasa mereka bekerja di industri kelak. Pengumuman Pemenang Selepas selesai penjurian, sesi pengiraan markah dan pengumuman pemenang dijalankan. Impak Program: Pelajar dapat melihat sendiri sejauhmana keberkesanan alat yang dihasilkan untuk memenuhi kemahuan industri pada masa kini "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm
50 PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM DIPLOMA AMBILAN SESI 2022- 2023 SEMESTER KHAS Pada Tarikh 31 Julai 2022, UTHM Kampus Cawangan Pagoh telahmenerima seramai 785 orang pelajar Diploma Semester Khas ambilan sesi 2022-2023. Pendaftaran telahdilakukan di Dewan Serbaguna A9 ,Kolej Kediaman Kampus Pagoh MINGGU HALUAN SISWA PROGRAM DIPLOMA AMBILAN SESI 2022-2023 SEMESTER KHAS Minggu Haluan Siswa telah berlangsung selama 5 hari bagimeraikan kemasukkan pelajar Diploma Ambilan Semester Khas sesi 2022-2023. Sepanjang tempohtersebut , pelajar telah menjalani pelbagai aktiviti dan pengisian bagimembantu merekabersuai kenaldengan corak dan gaya kehidupan di university khususnya. Program telah melibatkan pensyarah di CeDS dan juga ketua pusat tanggungjawab di UTHM amnya. "Dengan Hikmah Kita Meneroka" ceds.uthm.edu.my/ cedsuthm