The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SEMASE TS25 KOHORT 6, 2021-11-18 08:57:57

TUGASAN (MODUL 3)

TUGASAN (MODUL 3)

NAMA PENUH (AHLI) :

1. Tn Hj Amir Hussin Bin Ali @ Mat Ali
( Pengetua)

2. Tn Hj Anuar Bin Mohd Amin (PKP)
3. Tn Hj Rosman Bin Daud ( PK HEM)
4. Pn Normah Binti Ali ( PK Kokurikulum)
5. Semua Ketua Bidang

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH AGAMA SETIU
KOD SEKOLAH : TFT 6001
NAMA RAKAN ELIT :

1. Dr Azizah Binti Hussin
(Pensyarah IPG Kampus Sultan Mizan)

2. En Jawahil Bin Abdullah (SIPartners PPD
SETIU)

1

TUGASAN TS25: MODUL 3 : MENERAJU PEMBELAJARAN

TUGASAN 1: MENJALANKAN ANALISIS KEPERLUAN TENTANG AMALAN PAK21
Dalam menyelesaikan tugasan ini, kami telah membuat soal selidik secara online

mengunakan google form di pautan
https://docs.google.com/forms/d/1bpOidoQI0Xqqk6gh8G_IwASZzHoILaBapOIl9p19S4I/
edit?ts=61894075 berkaitan dengan PAK 21. Antara soalan yang diajukan kepada guru-
guru adalah seperti berikut;

1) Adakah anda faham tentang PAK 21?
2) Pernahkah anda mengikuti kursus @ bengkel PAK 21?
3) Terdapat berapa elemen yang diterapkan dalam PAK 21?
4) Apakah tujuan kegunaan parking lot?
5) Adakah PAK 21 hanya untuk murid kelas pandai?
6) Adakah penulisan ERPH berubah dengan adanya PAK21?
7) Jika YA, nyatakan perubahan tersebut.
8) Bilakah objektif dan kriteria kejayaan perlu ditulis dan diberitahu kepada para

murid?
9) Nyatakan satu contoh aktiviti PAK 21.
10)Saya pernah mengaplikasikan amalan PAK 21 dalam PdPCSeramai 60 orang

guru telah terlibat dalam soal selidik ini berikut ialah dapatan soal selidik yang telah
dijalankan:

2

Bagi soalan ini, 98.3% orang guru memahami maksud PAK 21. Dalam 1.7% guru
belum memahami konsep PAK 21.

PAK 21 yang merupakan perancangan KPM sejak tahun 2014 untuk dilaksanakan
oleh semua sekolah di negara ini. PAK 21 mampu memenuhi keperluan Pendidikan pada
masa ini yang memfokuskan pembelajaran berpusatkan murid. Oleh itu, bagi menjadikan
PAK 21 bukan sesuatu perkara yang luar biasa bagi guru-guru di sekolah ini, kami akan
berterusan mendedahkan guru-guru tentang informasi PAK 21.

3

Hampir semua guru telah didedahkan dengan PAK 21. Sementara itu, 10% guru yang
tidak pernah mengikuti bengkel atau program PAK 21 ialah guru baharu (Guru dari
JHEAT) dan juga guru ‘My Step’ (Guru Ganti). Bagi guru-guru lama, kebanyakan telah
didedahkan dengan PAK 21 pada tahun 2019. Kursus dan bengkel PAK 21 telah
dilaksanakan dengan menjemput penceramah dari luar dan juga dalam kalangan guru
SEMASE selaku fasilitator dalam bengkel PAK 21.

Bagi soalan ini, dapatan menunjukkan 42 orang guru atau 72% guru menjawab soalan
dengan tepat iaitu dalam PAK 21 mempunyai 5 elemen ( 4K1N). Manakala, 18 atau 30%
orang guru menjawab soalan tidak tepat.

Apakah 4K 1N? 4K ialah kemahiran yang perlu diterapkan kepada murid selaras
dengan cabaran kehidupan abad ke-21. 4K 1N ialah Komunikatif, Kolaboratif, Berfikiran
Kriitis, Kreatif dan Nilai. Rujuk nota ini untuk maklumat lanjut.
https://www.pendidik2u.my/pembelajaran-abad-ke-21-pak21/

4

4) Apakah tujuan kegunaan parking lot?
Dapatan kajian ini, menunjukkan guru-guru boleh menjawab soalan ini dengan baik.
Hampir semua guru mengaplikasikan parking lot dalam PdPC. Guru dapat membuat
refleksi dengan baik tentang PdPC dengan penggunaan parking lot.
Tujuan asal parking lot adalah untuk murid bertanya soalan yang tidak sempat ditanya
pada waktu cikgu mengajar. Hal ini demikian kerana, kemungkinan murid tidak sempat
bertanya disebabkan kekangan masa atau murid malu untuk bertanya secara lisan.
Namun begitu, guru-guru boleh meluaskan penggunaan parking lot asalkan dapat
membantu mencapai kemenjadian murid.
Jadi, guru-guru boleh menggalakkan murid-murid menggunakan parking lot untuk
bertanya soalan, memberi idea, berkongsi masalah atau apa jua ekspresi murid. Parking
lot ni juga salah satu cara untuk memotivasikan murid-murid agar mereka berasa lebih
berani untuk bertanya, tidak memendam perasaan, tiada rasa rendah diri dan rasa ada
hak untuk memberi maklum balas tentang cara guru-guru mengajar.

Dapatan hasil kajian menunjukkan 100% guru tidak bersetuju dengan soalan ini.
Sebenarnya, PAK 21 bukan semata-mata untuk murid yang berada dalam kelas yang
pandai sahaja. Bagi kelas lemah, PAK 21 turut boleh dilaksanakan. Dalam hal ini, guru
perlu bijak memilih aktiviti dan bahan yang sesuai dengan tahap penguasaan murid.

5

7) Jika YA, nyatakan perubahan tersebut.
Bagi soalan 6 dan soalan 7 ada perkaitan. Sebanyak 56.7% guru

menyatakan dalam PAK 21 penulisan ERPH tidak berubah. Manakala, 43.3% pula
guru menyatakan ada perubahan dalam penulisan ERPH. Alasan yang diberikan
oleh guru dalam soalan 7 menunjukkan jawapan yang kurang tepat, namun masih
ada jawapan guru yang menepati atau hampir menjawab soalan.

Sebenarnya, dalam PAK 21 penulisan ERPH tidak berubah dan yang perlu
ditambah hanya kriteria kejayaan. Manakala, bahagian aktiviti ditulis dengan jelas
menunjukkan ada PAK 21.

8) Bilakah objektif dan kriteria kejayaan perlu ditulis dan diberitahu kepada para
murid?
Bagi soalan ini, dapatan soal selidik yang telah dilakukan, menunjukkan

pengetahuan guru-guru tentang bilakah penulisan yang tepat bagi penulisan objektif
dan kriteria kejayaan ialah kurang baik. Hasil semakan jawapan guru secara bertulis
menunjukkan hanya 11 orang guru atau 18.3% orang guru menjawab dengan tepat
bagi soalan ini. Manakala 50 orang guru atau 81.6 % guru tidak dapat menyatakan
jawapan dengan tepat

6

Penulisan objektif dan kriteria kejayaan perlu ditulis dan diberitahu kepada murid
selepas guru-guru melaksanakan set induksi. Hal ini demikian kerana selepas set
induksi, barulah guru akan mengaitkan apa yang dilakukan dalam set induksi dengan
isi pelajaran. Pada waktu itulah objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan akan
ditulis dan diberitahu kepada murid atau ditampal pada sudut OPEM.

Bagi soalan ini, semua guru dapat memberikan contoh aktiviti PAK 21 dengan
tepat. Hal ini menunjukkan guru-guru mengaplikasikan aktiviti PAK 21 dengan baik
dalam PdPC mereka.

Dalam PAK 21, sebanyak 47 aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru. Semua
aktiviti boleh disesuaikan dengan tahap murid dan juga kemudahan ABM yang ada di
sekolah. Semua aktiviti ini, menjurus kepada PdPC yang berpusatkan murid.

7

Secara rumusannya 98.3% orang guru di SEMASE pernah mengajar dan
mengamalkan amalan PAK 21 ketika mengajar. Hanya 1.7% atau seorang guru
sahaja yang memberikan respon tidak pernah mengaplikasikan PAK 21 dalam PdPC.
Namun, setelah soal selidik secara lisan dijalankan, hasil dapatannya, guru ini pernah
menjalankan aktiviti berkumpulan di dalam kelas. Justeru, dapat disimpulkan dalam
hal ini 100% guru di SEMASE mengaplikasikan amalan PAK 21 dalam PdPc
walaupun hanya murid dipecahkan dalam kumpulan atau gerak kerja dalam bentuk
kumpulan.

Konklusinya, bagi memberi pemahaman dan ilmu yang lebih mendalam lagi
tentang PAK 21, Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) akan dirancang dan
dilaksanakan agar semua guru dapat melaksanakan amalan PAK 21 dengan baik dan
berkesan dalam PdPC. Seterusnya, semua guru dapat menjadi amalan PAK 21
sebagai amalan mereka dalam PdPC Pihak sekolah berharap agar semua guru tidak
sekadar melepaskan batok ditangga dalam mengaplikasikan PAK 21 dalam PdPC.
Hal ini selaras dengan matlamat TS25 yang memfokuskan kemenjadian murid.

8

TUGASAN 2: MENJALANKAN SESI CPD PAK 21
2.1 Pelaksanaan sebelum PKP

Sebelum ini, semua guru-guru SEMASE telah didedahkan dengan bengkel PAK
21. Bengkel ini diadakan pada 25 Februari 2019. Walaupun, pada tahun 2021, SEMASE
dipilih sebagai sekolah di bawah Program Tranfomasi Sekolah (TS25), Modul 3 yang ada
berkaitan dengan PAK 21 bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi guru-guru di SEMASE.

9

2.2 Penyebaran tentang Modul 3 dan juga maklumat PAK 21
Perkongsian tentang amalan PAK 21 disebarkan melalui kumpulan ‘Whatsapp”

dan juga menggunakan medium ‘Telegram’.

10

2.3 Penulisan ERPH ( Fokus pada penulisan objektif dan kriteria Kejayaan)
Hasil daripada soal selidik yang dijalankan, menunjukkan penguasaan guru

tentang penulisan objektif dan kriteria kejayaan pada tahap memuaskan. Dalam hal ini,
guru kurang menguasai bilakah penulisan objektif dan kriteria kejayaan sepatutnya ditulis
dan diberitahu kepada murid sewaktu menjalankan PdPC. Selain itu, penerangan yang
lebih mendalam tentang cara penulisan kriteria kejayaan yang merupakan penambahan
dalam penulisan ERPH PAK 21 juga dilaksanakan.

11

2.4 Pemantapan Penulisan Refleksi PdPC.
Seterusnya, bagi memantapkan lagi penguasaan guru-guru dalam PdPC ,

penulisan refleksi dilaksanakan. Hal ini adalah untuk memastikan guru-guru dapat
menulis refleksi dengan baik kerana, di sebalik penulisan refleksi tersebut semua Guru
SEMASE diminta untuk menganalisis hasil pembelajaran ( Objektif dan kriteria kejayaan)
setiap kali PdPC adakah tercapai atau tidak. Jika objektif atau kriteria tidak tercapai, guru
perlu menganalisis kesilapan atau ketidaksempurnaan dalam PdPC. Hal ini selaras
dengan hasrat pihak pengurusan yang menginginkan pada tahun 2022, semua guru
SEMASE akan membuat kajian tindakan. Justeru,bagi merealisakikan hasrat ini pihak
LADAP telah menjalankan satu kursus ’12 Langkah Mudah Menghasilkan Kajian
Tindakan’. Pegawai SIC+ PPD Setiu, iaitu Puan Nor Aziman Binti Dollah selaku
penceramah dalam bengkel ini.

12

TUGASAN 3: PENULISAN E-RPH
1) Panitia Matematik – E-RPH Tingkatan 5 (PdPR)

PN. SHARIFAH SMA SETIU 22100 SETIU, TERENGGANU MINGGU PEND.
NOOR AISHAH BT. SIVIK: KASIH
SYED MAHMOOD SAYANG

Convert Ejawi TARIKH 5/27/2021 HARI KHAMIS MINGGU M18 DISAHKAN PKP
Melayu OLEH
5 TAQWA MASA 10:10 PAGI KEHADIRAN : 7 / 7 MATEMATIK
KELAS 1 SUBJEK *5
HINGGA 10:35 PAGI TINGKATAN

NOMBOR DAN OPERASI

TEMA/BIDANG TAJUK 1 TAJUK 2 TAJUK 3

4.0 MATEMATIK PENGGUNA:
PERCUKAIAN

STANDARD 4.1 Percukaian
KANDUNGAN

STANDARD 4.1.3 Mengkaji, mentafsir dan
PEMBELAJARAN membuat pengiraan yang
melibatkan pelbagai cukai.
KRITERIA KEJAYAAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-
murid dapat: 2 org murid dapat menyatakan maksud
cukai pintu.
OBJEKTIF Mengira cukai pintu dengan tepat
2 org murid dapat menjelaskan secara
PEMBELAJARAN lisan bagaiman mengira cukai pintu.

AKTIVITI Guru menulis dan menyatakan objektif pembelajaran pada hari ini.
Murid diminta menjawab 5 soalan pop quiz sebelum memulakan PdPR.
Guru memberi penerangan dan tunjuk cara melalui voice chat telegram.
Kemudian, pelajar diminta menjawab 1 soalan quiz untuk menguji kefahaman murid.
Pelajar menyalin contoh 8 dan jawab latihan kendiri 4.1c(No. 7)

2 orang pelajar diminta membuat rumusan secara lisan berkenaan pembelajaran pada hari ini.

Guru membuat penilaian berdasarkan quiz dan latihan yang diberi.
EMK: TMK (ICT)

NILAI-NILAI MURNI BBM/ABM/BBB KBAT TEKNIK PAK21

Menghargai Masa, Kalkulator, alat Membanding dan Traffic Light Tools
tulis, buku teks. membeza

Penilaian dan pentaksiran untuk standard pembelajaran di atas telah dilakukan kepada semua

PENILAIAN/ murid dengan memberikan:

PENTAKSIRAN

Bertulis Latihan bertulis Lisan Soal jawab Pemerhatian Tugasan
murid

REFLEKSI & IMPAK 7 daripada 7 Mengira cukai pintu.

PEMULIHAN 13
PENGAYAAN

Penggunaan aktiviti Traffic
Light dalam PdPC

14

2) Panitia Bahasa Inggeris – E-RPH TINGKATAN 3 (PdPR)

MUNA AMIRAH

BINTI SMA SETIU 22100 SETIU, TERENGGANU

SALLEHAN

29- DAY SELASA WEEK M21 CERTIFIED BY TIADA
DATE 06-

2021

KELAS/ 3 TIME 09:10 SUBJECT ENGLISH
CLASS : 1 PAGI FORM 3

TAMAYYUZ TO 10:35
PAGI

THEME SCIENCE AND TECHNOLOGY
CONTENT
STANDARD A PLACE TO CALL HOME

MAIN SKILL COMPLEMENTARY
SKILL

3.0 Reading 2.0 Speaking

3.1 Understand a variety 2.1 Communicate

of texts by using a range information, ideas,
of appropriate reading opinions and feelings
strategies to construct intelligibly on familiar

meaning topics

LEARNING 3.1.2 Understand 2.1.4 Explain own
STANDARD specific details and point of view
information in longer
texts on an increased
range of familiar topics

LEARNING By the end of the lesson, pupils will be SUCCESS CRITERIA
OBJECTIVE able to::
Students can differentiate at least 3
a) differentiate the types of houses houses
Students can decide one type of
b) write a short answer on the ideal house for themselves
home

ACTIVITY a) As a starter, students are given a word search on the different types of
houses. After they have completed the word search, they list down the
MAIN houses that are stated in the word search. Then teacher guides the students
ACTIVITIES
b) Teacher introduces the types of houses. To test their understanding,
students do the quizizz: https://quizizz.com/join?gc=14584582

15

CLOSING c) Based on the activities that they have learnt, students join the discussion
ACTIVITIES on the padlet 'What is your ideal home?' Other students can give comments
and like their friend's post

EMK: MORAL VALUES MATERIALS/ THINKING TECHNICAL PAK21
REFERENCES SKILLS
ASSESSMENT /
ASSESSMENT textbook/ Compares
REFLECTION cherish love, Quizizz and differs/
& IMPAK responsibility /Padlet Make a Hot Seat

decision

Formative assessment of the above learning standards has been done on all
pupils by providing:

Written Written Verbal Observation
training

27 from 27 a) differentiate the types of houses

27 from 27 b) write a short answer on the ideal home

RECOVERY
ENRICHMENT

16

17

3) Panitia Bahasa Melayu- E-RPH Tingkatan 4 (PdPR)

NORAZIAN BT SMA SETIU 22100 SETIU, TERENGGANU 0
NIK MAT

Convert Ejawi TARIKH 14-10-2021 HARI FALSE MINGGU M34 DISAHKAN OLEH TIADA
Melayu

KELAS/ MASA 08:40 SUBJEK BAHASA
CLASS : 1 HINGGA PAGI MELAYU
4 SIDDIQ 09:40 KEHADIRAN : 20/ 29
PAGI
TINGKATAN 4

TEMA 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

TEMA/BIDANG

TAJUK :

gg.gg/rujuksks KEMAHIRAN 1: KEMAHIRAN 2: KEMAHIRAN 3:

psivik Kemahiran Mendengar Dan Bertutur Aspek Seni Bahasa

STANDARD

KANDUNGAN 1.5 Bersoal jawab tentang sesuatu 4.3 Menghasilkan karya kreatif dalam

STANDARD 1.5.2 Mendengar dan menilai 4.3.1 Menghasilkan skrip drama

PEMBELAJAR keseluruhan soalan serta secara berpandu dengan

AN memberikan respons yang betul menggunakan gaya bahasa yang

NILAI TERAS

TAJUK SIVIK

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid KRITERIA KEJAYAAN
PEMBELAJAR dapat:
semua pelajar da[at mengenal pasti jawapan
AN menyatakan 3 pendapat dengan bernas
setiap kumpulan dapat mencipta karya seni
i) mengenal pasti jawapan yang tepat berdasarkan audio

ii) memberikan sekurang-kurangnya 3 pendapat yang

iii) mencipta karya seni ( komik, sajak, pantun, drama,

AKTIVITI i) Murid akan diperdengarkan dengan audio dan diberikan lembaran kerja yang mengandungi beberapa soalan

AKTIVITI ii) Perbincangan jawapan (secara rawak pemilihan pelajar oleh guru)
UTAMA

AKTIVITI iii) Pelajar akan diagihkan dalam kump dan diminta menyelesaikan tugasan mencipta karya seni dan muat

PENUTUP tutun hasil kump dalam padlet

EMK: Patriotisme

NILAI-NILAI MURNI BBM/ABM/BBB KBAT TEKNIK PAK21

PENILAIAN/ menghargai menyayangi, Google Classroom Mencipta
PENTAKSIRA
Penilaian dan pentaksiran untuk standard pembelajaran di atas telah dilakukan kepada semua murid dengan

N Bertulis Latihan bertulis Lisan Soal jawab Pemerhatian

8 daripada 29 i) mengenal pasti jawapan yang tepat berdasarkan audio dan juga

REFLEKSI & 8 29 ii) memberikan sekurang-kurangnya 3 pendapat yang bernas bagi

IMPAK 19 daripada 29 iii) mencipta karya seni ( komik, sajak, pantun, drama, lukisan dll) yang

daripada 0

PEMULIHAN 21 daripada 29 diminta menghantar tugasan dalam padlet atau send melalui telegram

PENGAYAAN 5 daripada 29 diminta mencipta pantun

18

Gerak Kerja
Berkumpulan.

Medium
menggunakan

padlet

19

GAMBAR KELAS PAK 21
1) Kelas Tingkatan 5

Susunan murid
dalam bentuk
berkumpulan dan

juga kelas
tingkatan 5 telah
dilengkapi almari

buku untuk
kegunaan dan

kemudahan
mereka.

20


Click to View FlipBook Version