The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norazwanismansor1979, 2021-06-02 23:04:54

ORIENTASI TINGKATAN 1

KENALI SEKOLAHKU

KENALI

SEKOLAHKU





CIKGU HAJAH ZAKIAH ZAIRANI BINTI
MAT ZIN





CIKGU RINO ASMIRUL BIN ISMAIL

GURU BIMBINGAN
DAN KAUNSELING
SEPENUH MASA







SENARAI GURU
TINGKATAN 1

TAHUN 2021

TINGKATAN 1 IBNU SINA

CIKGU MOHAMAD HANAFI BIN
AWANG

TINGKATAN 1 IBNU KHALDUN

CIKGU ZAWIAH BINTI MD NOOR

TINGKATAN 1 IBNU RUSYD

CIKGU NIK NOOR AZLINNA BINTI
NOOR BASIR

TINGKATAN 1 IBNU BAITAR

CIKGU ARMA BINTI ABDULLAH

TINGKATAN 1 IBNU NAFIS

CIKGU WAN AZMAN BIN WAN ALI

TINGKATAN 1 IBNU QAYYUM

CIKGU SHAMSUL ZUHAIRI BIN SAID

BIDANG PERKHIDMATAN
BIMBINGAN & KAUNSELING

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

1. PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH DIRI
2. PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID
3. PENGURUSAN KERJAYA MURID

4. PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL MURID

UJIAN PSIKOMETRIK
(PPSi)

SEMUA MURID TINGKATAN SATU
DIWAJIBKAN MENJAWAB 2 JENIS UJIAN

INI…

1. INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK)
2. INVENTORI TRET PERSONALITI (ITP)

BILANGAN KELAS
MENGIKUT TINGKATAN

TITNINGGKKATAANT1A= 6NKE1LAGS

TINGKATAN 2 = 6 KELAS

EN. MTINOGKHATDANH3 =A6NKEILFASBIN
TINAGBKATHANA4 L= 6IMKELAS

TINGKATAN 5 = 6 KELAS

JUMLAH KESELURUHAN = 30 KELAS



LAGU NEGARAKU

NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJU
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKTHA
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKTHA

LAGU SELAMAT SULTAN

LANJUTKAN USIA AL-SULTAN KAMI
SULTAN KELANTAN RAJA IKRAMI
AMAN SENTOSA TUHAN SIRAMI
KEKAL MEMERINTAH KAMI
KASIH DAN TAAT SETIA DISEMBAHKAN
KERIANGAN DIUCAPKAN
SEGALA KEBESARAN ALLAH CUCURKAN
BERTAMBAH KEMULIAAN

LAGU SEKOLAH

GAGAH BERDIRI DISANJUNG DIHORMATI
BANGKIT SEMANGAT UNTUK TERUS BERBAKTI
PUTRA DAN PUTRI WARGA YANG BERDIKARI
MENJUNJUNG NAMA SEKOLAH YANG BESTARI

MELAHIRKAN PELAJAR BERILMU UNTUK BERBAKTI BERAMAL
MULIALAH BANGSA BERIMAN DAN BERTAKWA
KE ARAH KECEMERLANGAN MAHIR DI SEGALA BIDANG
BERBANGGALAH SEBUAH NAMA ANAKMU PASTI KE PUNCAK DUNIA

KESEIMBANGAN PENDIDIKAN RESEPI KEJAYAAN
AKADEMIK KOKURIKULUM YANG BERSEPADU BENTUK SAHSIAH UNGGUL

KE ARAH KECEMERLANGAN MAHIR DI SEGALA BIDANG
BERBANGGALAH SEBUAH NAMA ANAKMU PASTI KE PUNCAK DUNIA
SMK PINTU GENG TERUS MARA



VISI

MISI







Unit Kurikulum adalah teras utama kepada setiap guru dan murid di sekolah ini. Semua murid
mesti peka kepada semua maklumat yang disampaikan berkaitan kurikulum.

1. Pakej Mata Pelajaran
• Semua murid tingkatan satu wajib mempelajari 10 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, Reka Bentuk & Teknologi,
Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan.
• Satu waktu pembelajaran bersamaan 30 minit.

2. Peperiksaan & Penilaian
• Peperiksaan & penilaian akan dijalankan mengikut jadual yang dikeluarkan oleh unit

peperiksaan dan MPSM.
• Murid-murid yang mendapat “F” dalam mana-mana mata pelajaran dikira sebagai tidak

mencapai tahap kelulusan.
• Penentuan gred adalah berdasarkan julat markah berikut:

Julat Markah Gred
85 – 100 A
70 - 79 B
60 - 69 C
50 - 59 D
40 - 49 E
00 - 39 F
TH
Tidak Hadir

3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) juga akan menjadi salah satu instrumen untuk menilai
pencapaian murid selain dari peperiksaan. Penilaian dibuat berdasarkan Tahap
Penguasaan (TP1 sehingga TP6). Penghargaan akan diberikan kepada murid yang
cemerlang dalam peperiksaan sama ada dalam bentuk sijil atau hadiah.

4. Lokasi-lokasi Pelaksanaan Pdpc ( selain dari kelas)
* Makmal Sains
* Pusat Sumber Sekolah (Bilik Tayang, Bilik NILAM dan Bilik Intervensi)
* Bengkel RBT
* Makmal Komputer
* Bilik SAL (Self Acsess Learning)
* Bilik Pendidikan Islam
* Bilik Pendidikan Seni Visual

Murid-murid mesti mematuhi peraturan-peraturan yang terdapat di premis-premis tersebut.

5. Maklumat Am pelaksanaan PdPC
* Waktu Persekolahan : 7.40 pagi – 1.10 tengah hari
* Waktu Rehat: 9.40 pagi – 10.10 pagi
* Pembelian di kantin dan koperasi sekolah hanya boleh dilakukan pada waktu pagi
(sebelum PdPc bermula), waktu rehat dan waktu balik (setelah tamat sesi
persekolahan).
* Bacaan Surah Yasin beramai-ramai akan dilakukan pada setiap pagi khamis (waktu
pertama).

UNIT PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

Pengenalan

1. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sebelum ini dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah. PBD
mengekalkan semua konsep Pentaksiran Sekolah dan melibatkan penentuan tahap
penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. Tahap penguasaan ini dinyatakan dalam
DSKP. Selain daripada Standard Prestasi, Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran juga dirujuk dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

2. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan,
kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif;
sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.

3. PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011. Pada
tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bertujuan
menambah baik pembelajaran murid melalui pentaksiran formatif iaitu Pentaksiran
Untuk Pembelajaran dan juga Pentaksiran Sebagai Pembelajaran.

4. Namun begitu PBD juga boleh berlaku untuk melihat pencapaian atau penguasaan murid
selepas sesuatu tempoh yang bersesuaian, melalui pentaksiran sumatif. Pentaksiran ini
dilihat sebagai Pentaksiran Tentang Pembelajaran.

Objektif PBD

PBD dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping
memberi maklum balas tentang pengajaran guru.

Melalui PBD, guru dapat:
 mengesan pengetahuan sedia ada murid
 mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
 mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
 mengetahui keberkesanan PdPc
 merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdPc
 menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.

Melalui PBD, murid dapat:

 mengesan perkembangan diri
 mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
 meningkatkan pencapaian pembelajaran

Ciri-Ciri Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Terdapat 9 ciri utama yang dapat membantu guru dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
PBD yang dilaksanakan oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah
pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan
dapat diatasi dengan segera. PBD dilaksanakan seperti rajah di bawah.





1.UNIT DISIPLIN
2.UNIT SPBT
3.UNIT DAKWAH DAN BINA INSAN
4.UNIT BIASISWA
5.UNIT KESIHATAN
6.UNIT SSDM

UNIT DISIPLIN

Peraturan dan Undang-undang Sekolah • Murid Perempuan
a) Baju kurung putih dan kain susun berwarna biru turquqise.
1. Masa dan Kehadiran ke Sekolah b) Mini telekung warna putih yang menutupi paras dada, tidak
• Jam 7.30 pagi semua murid mesti berada dalam kawasan
terlalu singkat. Tidak dibenarkan memakai pin atau butang
sekolah kerana 7.40 pagi PDP akan bermula. pada telekung.
• Pelajar akan pulang apabila selesai sesi persekolahan pada
6. Lencana Sekolah – Rujuk buku peraturan sekolah.
jam 1.40 tengah hari atau 1.10 tengah hari bergantung
pada hari-hari tertentu. 7. Tag Nama- Setiap murid perlu memakai tanda nama di
bahagian kiri dada dan di atas lencana. Nama timangan dan
2. Sewaktu Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung murid singkatan tidak dibenarkan.
tidak dibenarkan keluar kelas atau merayau- rayau ke
kawasan yang dilarang iaitu Musala dan tempat Parkir 8. Tali Leher – Hanya tali leher sekolah dibenarkan.
motor.
9. Kasut dan stoking – Kasut kanvas berwarna hitam dan bertali
3. Waktu perhimpunan adalah setiap hari Ahad setiap minggu dan stoking hitam mesti melebihi paras buku lali sebanyak 2
bermula jam 7.20 pagi. inci.

4. Waktu rehat bagi murid menengah rendah ialah pada 10. Kekemasan diri:-
pukul 9.40 hingga 10.10 pagi manakala menengah atas a) Rambut bagi pelajar lelaki
pada pukul 10.10 hingga 10.40 pagi. # Mesti bersih dan kemas dan tidak dibenarkan
mewarnakan rambut
5. Pakaian Seragam Sekolah :- # Panjang rambut tidak boleh melebihi paras yang
• Murid Lelaki dibenarkan oleh kementerian Pendidikan Malaysia
a) Baju berwarna putih berlengan pendek atau panjang
b) Seluar panjang berwarna hijau kehitaman (dark olive, b) Rambut bagi murid perempuan
Seluar Jeans tidak dibenarkan. # Murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut dan
c) Tali pinggang - Murid hanya dibenarkan memakai tali mencukur atau mencabut bulu kening
pinggang kanvas yang berwarna hijau kehitaman
tanpa corak.



• Kehadiran ke sekolah – mesti hadir ke sekolah setiap
hari. Sekiranya tidak hadir ke sekolah mesti ada sijil
sakit (MC) sekiranya sakit dan surat ibu bapa atau
penjaga untuk masalah / kesulitan lain.

• Hendaklah tiba di kawasan sekolah tidak lewat dari jam
7.30 pagi untuk setiap hari. Waktu persekolahan
berakhir pada jam 1.10 petang.

• Memakai pakaian seragam sekolah seperti yang telah
ditetapkan.

• Semua murid tidak dibenarkan memakai sebarang
jenis barang kemas dan “make–up” semasa datang ke
sekolah.

SMK PINTU GENG







UNIT SPBT

1. Semua buku teks merupakan Hak Kerajaan Malaysia dan tertakluk kepada Skim Pinjaman
Buku Teks sekolah.

2. Murid perlu berjanji akan menjaga buku teks dengan baik dan mematuhi
peraturan–peraturan SPBT:-

* Membalut buku teks dengan plastik lutsinar
* Membawa buku teks ke sekolah
* Tidak meninggalkan buku teks di kelas atau di merata-rata tempat
* Tidak meminjamkan buku teks kepada orang lain
* Tidak menconteng, merosakkan atau menghilangkan buku teks mengambil

dan memulangkan buku teks pada waktunya

3. Sekiranya melanggar peraturan tersebut, maka pihak pengurusan SPBT sekolah
berhak mengambil tindakan atau meminta murid menggantikan buku yang rosak / hilang
tersebut termasuk mengambil semula semua buku teks yang ada pada murid.

4. Kegagalan murid mematuhi peraturan SPBT turut membolehkan pihak sekolah pihak
sekolah mengambil apa-apa tindakan disiplin terhadap murid.

UNIT DAKWAH DAN BINA INSAN

Unit Dakwah dan Bina Insan berperanan untuk menyusun atur program-program yang boleh
membangunkan rohani dan sahsiah murid-murid SMKPG.

Antara program dan aktiviti yang dirancang bagi murid tingkatan satu tahun 2021 ialah
program solat zohor berjemaah pada setiap minggu. Aktiviti ini bertujuan melatih murid
menunaikan solat fardhu secara berjemaah

Unit Dakwah juga mengadakan solat hajat perdana sekurang kurangnya sebulan sekali yang
melibatkan semua murid. Program solat hajat bermatlamat mendidik murid untuk
mendekatkan diri dan memohon pertolongan Allah SWT dalam semua keadaan.

Unit Dakwah juga melaksanakan program bacaan yasin pada setiap hari Khamis yang
melibatkan semua murid termasuklah murid tingkatan satu. Program ini diharap dapat melatih
murid menjadikan tilawah al Quran sebagai satu rutin hidup yang mesti diamalkan sepanjang
hayat.

Selain daripada itu Unit Dakwah juga menganjurkan sambutan hari-hari kebesaran Islam
seperti Maulidur Rasul, Israk Mikraj, sambutan hari raya dan lain-lain. Sambutan ini bertujuan
untuk menanam rasa cinta kepada nabi Muhammad SAW dan menghayati perjuangan baginda
dalam menegakkan Islam.

Dengan adanya program-program tersebut diharap dapat melahirkan murid yang berilmu,
beriman dan beramal soleh….In Syaa Allah.

UNIT BIASISWA

KWAPM

1. Sediakan salinan I/C murid, I/C ibu bapa murid, keputusan UPSR atau yang setara,
sijil-sijil kokurikulum.

2. Apabila diperlukan, sijil atau salinan tersebut wajib disahkan.
3. Borang permohonan KWAPM akan diedarkan apabila pihak sekolah mendapat arahan.
4. Murid yang layak memohon adalah yang pendapatan berada di bawah “Pendapatan

Garis Kemiskinan” atau miskin tegar.

BKP2 (Biasiswa Kecil Persekutuan 2)

1. Sediakan salinan I/C murid, I/C ibu bapa murid, keputusan UPSR atau yang setara,
sijil-sijil kokurikulum.

2. Apabila diperlukan, sijil atau salinan tersebut wajib disahkan.
3. Borang permohonan BKP2 akan diedarkan apabila mendapat arahan.


Click to View FlipBook Version