The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ASIAH FADHILAH BINTI HASNAN -, 2018-12-25 12:13:06

minit mesyarat guru kali ke 7 2018

minit mesyarat guru kali ke 7 2018

MINIT MESYUARAT GURU SEKOLAH KALI (7) 2018
SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG

Hari : Rabu

Tarikh : 21.11.2018

Masa : 12.00 tengah hari - 2.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran : En. Rosli bin Abdul Razak -( Guru Besar )
-( GPK Pentadbiran )
En. Mohammad Zakri bin Haron -(GPK HEM )
-( GPK KO )
En. Kamaruddin bin Ali -(GPK PPKIBP )

En. Mohd Ridzuan bin Hamzah

Cik Norwati binti Omar

Semua Guru dan AJK Sekolah

Tidak Hadir :

:-

1.0 Ucapan Guru Besar
1.1 Ucapan terima kasih di atas kehadiran semua ahli Jawatankuasa Mesyuarat Guru kali
ke-7 2018.
1.2 Memaklumkan Mesyuarat Guru Dan Staff kali pertama bagi tahun 2019 akan
bermula pada 26.12.2018.
1.3 Beliau mengesahkan minit mesyuarat yang lepas.
1.4 Memaklumkan sesi persekolahan sesi 2019 akan bermula pada 01 Januari 2019 iaitu
pada hari Selasa dan ia merupakan hari pertama perlaksanaan PdPc bagi tahun 2019.
1.5 30.12.2018 merupakan hari pembelian buku dan tidak langsung merupakan
pendaftaran bagi Tahun 1 hingga Tahun 6. Guru kelas dikehendaki hadir ke sekolah
bagi melancarkan proses pembelian buku dan pembahagian buku teks.
1.6 Pengumuman keputusan UPSR akan berlangsung pada 29.11.2018 di sekolah
masing-masing. Guru yang terlibat perlu menghadirkan diri.
1.7 Memaklumkan mengenai kehadiran guru ke sekolah iaitu paling lewat pada jam
07.30 pagi kerana pada jam 07.45 pagi sesi bacaan Al-quran bermula. Guru-guru
perlu perbaiki masa hadir ke sekolah dan memastikan butiran kursus ditulis pada
punch card jika terlibat dengan sebarang kursus pada hari tersebut.

1.8 Ucapan tahniah dan syabas kepada semua ketua unit kerana berjaya melengkapkan
data-data. Beliau turut menegaskan mengenai data PAJSK yang perlu di isi dengan
berhati-hati dan memerlukan penelitian bagi mengelakkan ralat dalam pengisian data.

1.9 Memaklumkan guru-guru Pendidikan Jasmani perlu memakai baju PJ ketika
mengajar subjek PJ.

1.10 Memaklumkan PBPPP 100% berjaya dihantar kepada pihak PPD.
1.11 Pengisian kursus 7 hari oleh para guru adalah lengkap dan SK Ladang merupakan

peratusan tertinggi di daerah Kuala Terengganu.
1.12 Memaklumkan penggunaan e-rph adalah 100% bagi semua guru di semua sekolah di

negeri Terengganu bermula jan 2019.
1.13 Memaklumkan bahawa tahun 2019 KPI pentadbir adalah untuk memperkasakan

pengawas sekolah. Bilik JQaf akan dijadikan bilik pengawas dan guru-guru yang
berada dibilik Jqaf akan berpindah sepenuhnya ke bilik guru.
1.14 Memaklumkan mengenai myportfolio terbahagi kepada 4 komponen iaitu pentadbir,
AKP, Guru Akademik dan Guru Media. Guru-guru wajib mengisi dan menghantar
maklumat asas pegawai yang lengkap pada 30.11.2018 bagi pengisian kali pertama
untuk diserahkan kepada KPM. Guru-guru perlu menyiapkan dokumen myportfolio
(printed) semasa cuti dan akan diletakkan dalam fail putih.

Tindakan: Makluman

2.0 Ucapan GPK 1
2.1 Memaklumkan guru-guru perlu menepati masa untuk hadir bertugas mengikut
takwim yang telah diedarkan.
2.2 Jadual kelas akan diedarkan pada 26.12.2018.
2.3 Semua guru dikehendaki menghantar buku rekod mengajar pada hari khamis
22.11.2018.
2.4 Fail-fail yang telag diambil dari bilik PK 1 hendaklah dipulangkan dengan segera
2.5 Memaklumkan sumbangan PIBG yang tertunggak ialah sebanyak RM 1650. Mana-
mana guru yang belum menyerahkan duit tersebut perlulah serahkan kepada PK 1.
Mana-mana murid yang belum menjelaskan duit sumbangan akan disekat dari
menerima Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).
2.6 Memaklumkan guru-guru Tahun 6 hendaklah menyiapkan penilaian bilik darjah ,
Ujian Psikometrik, PAJSK sebelum 29.11.2018.
2.7 Memaklumkan jadual tugasan telah diedarkan di dalam docs, jika tiada sebarang
pertukaran guru-guru boleh bersedia bagi tugasan masing-masing pada tahun 2019.
2.8 E-rph akan dibentangkan oleh ustazah Asiah pada tarikh-tarikh tertentu mengikut
kelapangan guru.
2.9 Guru kelas perlu memaklumkan jika ada kekurangan buku teks oleh murid.
Tindakan :Makluman

3.0 Ucapan GPK HEM

3.1 Memaklumkan penambahan agenda pada takwim bertarikh 30.12.2018 iaitu
pengedaran buku teks tahun 1,2,3 dan guru kelas perlu hadir pada hari tersebut.

3.2 Ucapan tahniah dan syabas kepada semua AJK HEM atas kerjsama sepanjang tahun.
3.3 Memaklumkan perubahan AJK iaitu Cg Afendi digantikan dengan Cikgu Arnyza di

bahagian pengawas.

3.4 Jadual kedatangan murid perlu ditutup bagi bulan 11 manakala bagi Bulan 12 perlu
mengisi nama sahaja bagi memudahkan urusan pertukaran murid dan akan diedarkan
kepada guru kelas 2019. Guru kelas perlu melengkapkan semua maklumat sebelum di
audit.

3.5 Memaklumkan cadangan guru data iaitu guru-guru kelas perlu mengemaskini data
bilangan murid bagi setiap kelas dari semasa ke semasa di papan kenyataan di dalam
bilik PK HEM .

3.6 Memaklumkan tender baru kantin akan bermula pada 01.12.2018.
Tindakan :Makluman

4.0 Ucapan GPK KO
4.1 Ucapan terima kasih kepada semua guru atas kerja di bidang kokurikulum sepanjnang
tahun 2018.
4.2 Memaklumkan takwim aktiviti kokurikulum sudah siap dan akan diedarkan kepada
semua guru.
4.3 Memaklumkan mesyuarat kokurikulum kali 1 2019 akan diadakan pada 27 Disember
2018 dan bagi jawatankuasa induk kokurikulum dikekalkan.
4.4 Memaklumkan penyelaras ko-akademik yang baru iaitu Pn Rahmah.
Tindakan :Makluman

5.0 Hal-hal Lain
5.1 Cg Ida Sofina mencadangkan penggunaan sepenuhnya Buku Rekod Penjawat Awam
pada tahun 2019. Guru-guru boleh mengisi butiran kursus dan taklimat yang dihadiri
dan membantu pengisian LADAP.
5.2 Ustazah Asiah memaklumkan mengenai cara pengisian myportfolio melalui 2 cara
iaitu melalui telefon pintar atau komputer riba.
5.3 Cg Afendi memohon kelengkapan sukan iaitu baju jersi yang mencukupi bagi
permainan pada tahun depan. Guru Besar memaklumkan akan menyediakan baju
tersebut mencukupi mengikut permainan, akan tetapi perlu diuruskan dengan sebaik
mungkin oleh pengurus pasukan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………….. ………………………………
(FARAH SUWAHIDA BT. ZAINAL ABIDIN) (ROSLI BIN ABDUL RAZAK)
Setiausaha Mesyuarat Guru Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Ladang Sekolah Kebangsaan Ladang




Click to View FlipBook Version