USUL @ CADANGAN
DARIPADA IBU BAPA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21
SK PADANG MENGKUANG
SAYA HARAP PIHAK SEKOLAH @ PIBG SEDIAKAN TEMPAT TEDUH ANAK2
MENUNGGU IBUBAPA AMBIL DEKAT TEPI PAGAR SEKOLAH. SY TGK ADE ANAK2
TERTIDOR SITU....JIKA ADE ATAP @
BUMBUNG DPT ANAK2 TEDUH DARI PNS DAN HUJAN
SITI NOR HASMAWATI BINTI YUSOFF
TAMAN SAFIAH MURNI
Mohon pihak PIBG usulkan laluan (gajah menyusul) sepanjang pagar
tepi jalan depan sekolah bahagian sekolah bagi kemudahan pelajar
dan ibubapa mengambil dan menghantar anak. Keselamatan anak
lebih terjamin daripada keadaan sekarang dimana pelajar
berselerakan menunggu ibubapa dimerata tempat.
ZUMAINI MOHAMAD
KG GONG KEKABU
Buka sekolah nanti harap sop diperketatkan
ZAINA BT MAT ALI
KG KUBANG PALAS
suatu ceramah motivasi khas untuk pelajar darjah enam
sebelum melangkah ke tingkatan satu
SITI FATIMAH ABDULLAH
KG GONG KEKABU 1
1. Penambahkan Kebaikan Sistem Pendidikan Secara Online
@google Meet
2. Memberi Pelajaran Yang Khas Untuk Anak2 Yang Tercicir
NORBI BINTI RAMLEE
BATU 10, PDG MENGKUANG
Untuk PDPR mohon amik serius utk gunakan Google Meet, VC &
sebagainya. Xcukup setakat bg link youtube. Murid2 nak dgr
penerangan dari cikgu. Untuk kehadiran, gunakan cara yg lebih
effective. Copy & paste sangat2 annoying. Nak kena scroll satu² utk
cari homework. Kelas 2IS bagus, x guna kaedah copy & paste.
WAN NOR IZLIANA BINTI WAN ABDUL RAZAK
KG BATU 9
Cadangan untuk pemilihan jawatankuasa melalui majoriti
undian ahli via online
ZAKARIA JUSOH
KG BUKIT GUNTONG B.RENDAH
Mencadangkan pihak sekolah membekalkan 'mask' pada semua murid
pada sesi persekolahan akan datang. Sebagai alternatif sekiranya
murid kerosakan, kehilangan 'mask' yang dibawa dari rumah.
MOHAMAD ZAMERIN BIN JAAFAR
KG GONG KEKABU 2
CADANGAN SUMBANGAN PIBG
1. Bayaran yuran PIBG harap satu keluarga rm20 je walau ada
Adik- beradik lebih dari sorang bersekolah di situ
ZAINA BT MAT ALI
KG KUBANG PALAS
2. Cadangan -sumbangan PIBG sebanyak RM10 seorang
PIBG