KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
PENGUNDI BERUMUR 18 TAHUN
NAMA: MUHAMMAD AZIB BIN AZRI
NOMBOR MATRIK: 066964
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN
(PENGURUSAN RISIKO DAN TAKAFUL)
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGUNDI BERUMUR 18 TAHUN
PENGENALAN
Berdasarkan kajian yang bertajuk kebaikan dan keburukan pengundi berumur 18 tahun ini
bertujuan untuk mengenal pasti pandangan masyarakat terhadap pengundi yang berumur 18
tahun ini. Seperti diberitahu, masyarakat banyak memberi pandangan terhadapat pengundi 18
sama ada masih terlalu awal atau sudah layak untuk mengundi. Hak untuk mengundi dalam
pilihan raya merupakan perkara utama yang perlu diberi perhatian, jadi kajian ini dapat
menyelesaikan beberapa kemusykilan yang dihadapi oleh masyarakat.
OBJEKTIF
Memberikan kesedaran dan pendedahan kepada rakyat Malaysia khususnya para belia tentang
tanggungjawab mereka mengenai proses pilihan raya di Malaysia yang telah berubah dari undi
bermula 21 tahun kepada mengundi bermula 18 tahun.
Mengupas kebaikan dan keburukan pengundi berumur 18 tahun berdasarkan pendapat orang
awam khususnya dari golongan belia tentang status penurunan umur mengundi.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Kaedah yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang diperlukan untuk kajian ini adalah
mengunakan platform google form. Platform google form ini sangat membantu dan memudahkan
kerja-kerja pengumpulan maklumat yang diperlukan untuk kajian ini. Platform ini dihasilkan dan
diberikan kepada kawan-kawan, masyarakat yang tidak mengira siapa selagi berwarganegara
Malaysia. Sebanyak 14 soalan yang diajukan kepada responden dan 92 soalan yang telah
dijawab oleh responden. Maklumat ini dipertimbangkan dan ditinjau dan rata-rata kebanyakan
responden tidak bersetuju dengan keputusan penurunan umur pengundi daripada 21 tahun
kepada 18 tahun yang diperkenalkan pada tahun 2019. Hal ini dikatakan sedemikian kerana lebih
banyak pendapat mengenai keburukan berbanding kebaikan yang dinyatakan oleh responden
mengenai isu ini. Kesan dari jawapan responden ini membuatkan tajuk yang dipilih sesuai dan
dapat memberi lebih manfaat kepada masyarakat. Pandangan masyarakat terhadapat pengundi
18 tidak mendapat sambutan yang baik kerana masyarakat berpadangan remaja yang berumur
18 masih tidak mampu untuk memilih pemimpin mahupun untuk menjadi seorang pemimpin.
Pemimpin yang baik perlulah mempunyai perwatakan yang matang dan mempunyai
pengetahuan yang tinggi. Remaja yang baru saja melangkah masuk ke umur 18 tahun masih
belum mempunyai pemikiran dan ilmu yang secukupnya untuk membimbing rakyat.
Disamping itu, temu bual yang diajukan untuk mengukuhkan lagi kajian dan penyelidikan untuk
kajian ini. Berdasarkan kajian, terdapat 7 soalan yang diajukan kepada panel. Panel tersebut
merupakan Dr. Razi Yaakob iaitu salah seorang pensyarah Falsafah dan Isu Semasa (FIS) di
UniSZA. Dari temu bual ini, Dr Razi menjelaskan bahawa pengundi yang berumur 18 tidak sesuai
untuk mengundi ataupun untuk menjadi pemimpin. Dr Razi juga mejelaskan bahawa kebanyakan
remaja tidak bersedia menghadapi situasi politik yang sedang berlaku di negara ini. Malah
kebanyakan masih lagi meneruskan pembelajaran untuk menguasai ilmu pengetahun.
Berdasarkan temu bual, Dr Razi menyatakan seseorang yang berminat dengan politik saja akan
mencari informasi berkaitan dengan politik, kebanyakan remaja tidak tahu dan tidak kenal
berkenaan politik walaupun mempunyai kemudahan seperti internet untuk mengetahui mengenai
politik. Seterusnya kelemahan dan kekurangan kajian sepanjang menjalankan penyelidikan.
Kelemahan yang utama ialah semuanya berlaku di alam maya saja, tiada sebarang sentuhan
fizikal yang dilakukan sepanjang penyelidikan kerana norma bahru yang diterapkan oleh kerajaan
untuk menghindari dari wabak virus covid-19. Kelemahan ini membuatkan kerja-kerja menjadi
tambah berat kerana kurang berinterkasi antara satu sama lain.
KESIMPULAN
Secara ringkasnya, pengundi 18 ni perlu dibicarakan semula oleh pihak kerajaan kerana
kebanyakan masyarakat tidak bersetuju atas pengundi yang berumur 18 tahun ini. Ini dapat
dijelaskan bahawa banyak keburukan dari kebaikan berdasarkan kajian dan penyelidikan yang
telah dilakukan. Banyak kajian dan laporan yang dibuat melihatkan belia tidak terlibat secara aktif
secara konvensional, dan perbandingan yang dibuat terhadap pengundi yang lebih tua juga
memperlihatkan belia tidak setara dalam aktiviti bukan konvensional.
RUJUKAN
Besar, J. A. (2020). Persepsi Terhadap Penurunan Had Umur Mengundi Daripada 21 Tahun
Kepada 18 Tahun: Kajian Kes di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil. Jurnal Wacana
Sarjana, 4(3), 1-20.
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/312
Nizah, M. A. M., & Sharif, S. M. (2020). Undi 18: Belia dan Politik Konvensional: Undi 18: Youth
and Conventional Politics. Sains Insani, 5(1), 180-186.
https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/181
NAMA: NUR ZUELAIKHA NAZIERA BINTI MOHAMAD ASHRI
NOMBOR MATRIK: 065786
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN
(PENGURUSAN RISIKO DAN TAKAFUL)
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGUNDI BERUMUR 18 TAHUN
PENGENALAN
Kajian kerja lapangan yang dijalankan ini memfokuskan kepada topik kebaikan dan
keburukan undi18. Undi18 merupakan pengundi yang berumur 18 tahun yang layak
mengundi pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan datang. Undi18 ini
melibatkan tiga perkara iaitu umur layak mengundi diturunkan dari 21 tahun ke 18
tahun, umur layak menjadi calon diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun dan
pendaftaran warganegara yang layak sebagai pemilih secara automatik. Pengundi 18
tahun seharusnya sudah mempunyai pemikiran yang matang untuk membuat pilihan
kerana pada umur sebegitu sudah dibolehkan memohon pinjaman kewangan,
menandatangani sebarang kontrak dan memohon lesen perniagaan.
OBJEKTIF
Memberikan kesedaran dan pendedahan kepada rakyat Malaysia khususnya para belia
tentang tanggungjawab merekamengenai proses pilihan raya di Malaysia yang telah berubah
daripada undi berumur 21 tahun kepada 18 tahun.
Mengupas kebaikan dan keburukan penggundi berumur 18 tahun berdasarkan pendapat
orang awam khususnya dari golongan belia tentang status penurunan umur mengundi.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul data bagi kajian lapangan ini ialah
menerusi kaedah soal selidik dan temu bual. Proses soal selidik dilakukan menerusi
edaran pautan ‘Google Form’ di aplikasi ‘WhatsApp’ dan telah memperoleh seramai
92 orang responden. Sebanyak 14 soalan yang merangkumi empat bahagian telah
disediakan kepada responden mengenai pengundi 18 tahun dan kebanyakan
responden terdiri daripada lingkungan umur 18 sehingga 20 tahun. Bagi proses temu
bual pula dilakukan di platform ‘Webex’ pada hari Khamis selama 30 minit. Panel yang
ditemu bual ialah seorang pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin. Sebanyak
tujuh soalan telah diajukan kepada panel tersebut berkaitan pengundi 18 tahun.
Tajuk kebaikan dan keburukan pengundi 18 tahun dipilih kerana isu ini masih
diperkatakan dari September 2019 sehingga kini. Isu ini juga berkait rapat dengan
para pelajar yang sedang mengkaji kerana lingkungan umur antara 18 hingga 20
tahun dan juga belum pernah merasai proses mengundi. Tajuk tinjauan ini sangat
relevan kerana boleh mengetahui pandangan dan kefahaman masyarakat berkaitan
Undi18. Berkaitan pandangan masyarakat mengenai kajian ini, lebih ramai yang
sudah mengetahui akan penurunan umur pengundi kepada 18 tahun iaitu seramai
93.5% (86 orang). Selain itu, lebih banyak keburukan berbanding kebaikan yang
dinyatakan mengenai topik kajian ini. Seramai 69 responden menyatakan keburukan
penurunan umur pengundi dan antara keburukan yang dinyatakan ialah pengndi 18
tahun tidak cukup matang dalam membuat keputusan dan keputusan hanya
berdasarkan pandangan dan bukannya daripada penilaian. Selain itu, undian
dilakukan disebabkan pengaruh media sosial. Sepanjang menjalankan penyelidikan
ini, didapati terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan. Antaranya ialah jumlah
responden tidak mencecah 100 orang. Selain itu, sukar untuk mencari panel bagi
mengupas isu ini dengan lebih mendalam. Hal ini dikatakan sedemikian kerana topik
berkaitan politik ini sensitif bagi sesetengah individu. Oleh itu, pemilihan panel amatlah
penting dan perlu berhati-hati dalam mengajukan soalan semasa menjalankan kajian
ini. Namun demikian, terdapat juga kebaikan menjalankan kajian ini. Antaranya ialah
dapat mengetahui pandangan masyarakat mengenai penurunan umur pengundi serta
cara menemu bual secara formal. Selain itu dapat menambah pengetahuan mengenai
politik hasil daripada maklum balas responden dan panel.
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang dijalankan, cadangan yang dapat diutarakan adalah supaya
pentadbir institusi pendidikan menekankan tentang sejarah penubuhan negara dan
bagaimana kestabilan politik membantu membangunkan ekonomi negara di dalam
silibus pembelajaran yang sedia ada. Hal ini membolehkan mereka berfikir dan
membuat keputusan dengan lebih matang berdasarkan kefahaman sendiri.
Memandangkan Undi18 ini melibatkan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi,
maka program seperti dialog dan penambahbaikan silibus sedia ada perlulah
diperbanyakkan untuk meningkatkan kesedaran mereka. Harapannya adalah untuk
melihat negara mempunyai sistem pentadbiran yang lebih teratur dan sistematik pada
masa akan datang dengan pimpinan para pemuda masa ini.
RUJUKAN
Dr Nisar Mohamad Ahmad. (2021). Undi 18 tingkat penglibatan
Undi 18 dan pendidikan politik - IRDP Malaysia
Besar, J. A., & Basori, N. E. M. (2020). POLITIK BELIA DAN PILIHAN RAYA UMUM
KE-14 DI MALAYSIA. e-Bangi, 17(7).
Besar, J. A. (2020). Persepsi Terhadap Penurunan Had Umur Mengundi Daripada 21
Tahun Kepada 18 Tahun: Kajian Kes di Dewan Undangan Negeri (DUN)
Dengkil. Jurnal Wacana Sarjana, 4(3), 1-20.
NAMA: NUR ELLYA SUHADA BINTI ZAMRI
NOMBOR MATRIK: 067034
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN
(PENGURUSAN RISIKO DAN TAKAFUL)
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGUNDI BERUMUR 18 TAHUN
PENGENALAN
Kajian kerja lapangan yang dijalankan bertajuk Kebaikan dan Keburukan Pengumdi berumur 18
Tahun. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melaksanakan Undi18 pindaan Perkara 119(1)
Perlembagaan Persekutuan untuk mengurangkan umur minimum mengundi di Malaysia daripada
21 kepada 18 tahun, pada September 2019.
OBJEKTIF
Memberikan kesedaran dan pendedahan kepada rakyat Malaysia khususnya para belia tentang
tanggungjawab mereka mengenai proses pilihan raya di Malaysia yang telah berubah dari undi
bermula 21 tahun kepada mengundi bermula 18 tahun.
Mengupas kebaikan dan keburukan pengundi berumur 18 tahun berdasarkan pendapat orang
awam khususnya dari golongan belia tentang status penurunan umur mengundi.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Analisis kajian ini didapati daripada 92 orang responden yang berumur daripada 18 tahun dan ke
atas. 81.5% responden kajian adalah belia umur 18 hingga 22 tahun. 18.5% adalah daripada 23
tahun dan keatas. Kajian ini mengfokuskan para belia yang menjadi topik utama kajian ini. Status
responden semasa menjawab soal selidik kajian ini adalah responden yang kebanyakannya
adalah pelajar iaitu seramai 77.2% (71 orang) dan selebihnya adalah responden yang berkerja
samada swasta, kerajaan, bekerja sendiri, dan tidak bekerja.
Seramai 60.9% (56 orang) responden menyatakan mereka telah mendaftar sebagai pengundi
manakala 39.1% (36 orang) responden belum lagi mendaftar sebagai pengundi. Kajian
mendapati bahawa seramai 42% memilih setuju untuk umur layak mengundi diturunkan kepada
18 tahun manakala responden yang tidak bersetuju akan perkara ini seramai 30% dan 28%
responden tidak pasti.
Daripada hasil kajian 69 reponden menyatakan bahawa Undi18 banyak keburukannya. Antara
kenapa Undi18 mempunyai banyak keburukan adalah pengundi berumur 18 tahun masih tidak
arif tentang isu politik semasa dan senang dimanipulasi undi oleh badan atau pertumbuhan
politik. Belia 18 tahun juga mudah terhasut dengan manifesto politik & kata kata ahli politik
tanpa menyelidik pemimpin yang benar - benar layak untuk memimpin kerajaan di Malaysia.
Kajian ini juga mempunyai responden yang menyatakan bahawa ada kebaikan umur mengundi
diturunkan pada umur 18 tahun, antaranya para belia dapat mengikut dan mengubah system
politik di Malaysia kerana adanya pemikiran baharu yang lebih rasional dan menuju ke masa
hadapan. Golongan belia juga dapat memberi sudut pandangan yang berbeza daripada
mereka yang telah ada lama dalam bidang politik.
Perbincangan hasil kajian ini bersama Dr. Razi bin Yaakob, Pensyarah Kanan Universiti Sultan
Zainal Abidin (UniSZA), beliau mengatakan menurunkan umur layak mengundi bermakna
kerajaan mewujudkan lebih banyal kebebasan, tetapi mungkin jumlah keluar mengundi akan lebih
rendah. ”Ada yang berpendapat, adalah penting untuk mendedahkan golongan muda dalam
bidang politik. Ada jua pendapat mengatakan umur 18 tahun adalah terlalu awal untuk
mendedahkan mereka kepada isu politik, mereka seharusnya melanjutkan pengajian ke
peringkat lebih tinggi,” katanya ketika ditemu bual.
Beliau berkata, ”Penglibatan lebih ramai orang termasuk golongan muda akan melahirkan sudut
pandangan yang lebih segar mengenai senario politik dalam negara.“ Keburukan Undi18 ialah ia
akan memberi ‘harapan palsu’ kepada golongan muda, tentang undi dan mereka mungkin
mendapat maklumat yang salah mengenai situasi sosial, politik dan ekonomi negara. “Mereka
akan mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dan jika mereka salah membuat keputusan, ia boleh
memberi kesan buruk kepada negara,” ujarnya.
KESIMPULAN
Kajian ini dapat dikonklusikan, pihak kerajaan perlu lebih mendedahkan para belia tentang
tanggungjawab mereka mengenai proses pilihan raya di Malaysia yang telah berubah dari undi
bermula 21 tahun kepada mengundi bermula 18 tahun. Kerajaan dan para belia
bertanggungjawab untuk menjalan tanggungjawab masing-masing
Harapan daripada kajian ini supaya para beli dibenarkan untuk melibatkan diri dalam bidang
politik dan supaya pendapatan atau suara para belia dapat didengarkan bagi membantu
pembangunan negara daripada segi politik, ekonomi dan sosial.
RUJUKAN
Nizah, M. A. M., & Sharif, S. M. (2020). Undi 18: Belia dan Politik Konvensional: Undi 18: Youth
and Conventional Politics. Sains Insani, 5(1), 180-186.
Besar, J. A. (2020). Persepsi Terhadap Penurunan Had Umur Mengundi Daripada 21 Tahun
Kepada 18 Tahun: Kajian Kes di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil. Jurnal Wacana
Sarjana, 4(3), 1-20.
https://undi18.wordpress.com/
https://www.spr.gov.my/sites/default/files/FAQ%20RUU%20PERLEMBAGAAN%20%28PINDAA
N%29%202019_%20AUTO%2018.pdf
NAMA: JAH LIYANA BINTI ZABIDI
NOMBOR MATRIK: 067578
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN
(PENGURUSAN RISIKO DAN TAKAFUL)
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGUNDI BERUMUR 18 TAHUN
PENGENALAN
Topik kami memfokuskan kepada pengundi yang berumur 18 tahun. Usaha ke arah
pendemokrasian dan pilihanraya yang matang, adil serta saksama merupakan perkara
yang perlu diberikan tumpuan bagi memacu kemajuan pembangunan sosial dan politik sesuai
dengan perubahan zaman masa kini. Ia boleh dibuktikan dengan merujuk kepada pelbagai
kajian lepas yang telah dilakukan berkaitan pilihanraya sebagai kemuncak pendemokrasian
di Malaysia (Morgenbesser & Pepinsky, 2019). Namun, dengan kemajuan teknologi serta
perubahan demografi yang ketara, perubahan berkaitan proses pendemokrasian yang
melibatkan akitiviti konvensional menjadi lebih mencabar, terutama yang melibatkan
partisipasi orang muda. 16 Julai 2019 menjadi detik bersejarah dalam proses pendemokrasian
warga Malaysia dengan Parlimen melalui Rang Undang-Undang (RUU) Undi 18 telah
meluluskan cadangan agar warga yang berumur 18 tahun dan ke atas dibolehkan
mengundi dan menjadi calon dalam pilihan raya. Ia juga merakamkan detik bersejarah apabila
cadangan tersebut diluluskan sebulat suara, tanpa ada yang berkecuali. Ia kemudian
diluluskan oleh Dewan Negara pada 25 Julai 2019. Tetapi masalah utama yang wujud ialah,
kebanyakan kajian mendapati partisipasi orang muda dan belia dalam politik konvensional
berkurangan sejak sedekad lalu.
OBJEKTIF
Memberikan kesedaran dan pendedahan kepada rakyat Malaysia khususnya para belia
tentang tanggungjawab mereka mengenai proses pilihan raya di Malaysia yang telah berubah
dari undi bermula 21 tahun kepada mengundi bermula 18 tahun.
Mengupas kebaikan dan keburukan pengundi berumur 18 tahun berdasarkan pendapat orang
awam khususnya dari golongan belia tentang status penurunan umur mengundi.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Proses pengutipan data dilakukan melalui teknik temu bual dan pengedaran link google form
kepada pelajar universiti untuk bertanyakan pendapat mereka. Google form yang dibina
mempunyai empat bahagian iaitu A , B , C dan D. Bahagian A terdiri daripada kutipan data
berkaitan pengenalan diri responden. Bahagian ini mengandungi 4 aspek iaitu umur, jantina,
bangsa dan pekerjaan. Dari amatan yang dibuat, majoriti responden adalah berumur 18 – 22
tahun dan kebanyakannya adalah wanita. Bahagian B pula terdiri daripada soalan soalan
berkaitan pengundi 18 tahun untuk mengetahui tahap kefahaman responden berkaitan topik
ini. Terdapat empat soalan kesemuanya dan tiga daripadanya responden hanya perlu
menjawab ya atau tidak berdasarkan soalan yang diberi. Masih terdapat responden yang tidak
mengetahui akan penurunan umur layak mengundi kepada 18 tahun tetapi jumlahnya tidak
sebegitu besar berbanding yang sudah mengetahui. Seramai 6 orang yang tidak mengetahui
akan hal ini dan seramai 86 orang yang sudah maklum akan hal ini. Manakala, untuk bahagian
C kami mempersoalkan kepada responden mengenai kelayakan dan rasional umur pengundi
diturunkan dari 21 tahun kepada 18 tahun. Kesemua lima soalan hanya perlu diberi penilaian
dari 1-5 iaitu dari sangat tidak bersetuju kepada setuju. Bahagian D pula, kami menyoal
pendapat responden mengenai kebaikan atau keburukan penurunan umur pengundi di
negara ini. Responden hanya perlu menjawab salah satu daripada soalan. Selapas tinjauan
dilakukan, didapati pendapat mengenai keburukan lebih tinggi berbanding kebaikan iaitu
sebanyak 69 respon dan 56 respon. Selapas amatan ini selesai, didapati pendapat mengenai
keburukan lebih tinggi berbanding kebaikan iaitu sebanyak 69 respon dan 56 respon.Tajuk ini
dipilih kerana ingin mengetahui tentang pendapat orang awam mengenai proses penurunan
umur pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun dan juga mendedahkan kepada orang ramai
kebaikan dan keburukan pengundi 18 tahun. Selain daripada kutipan data melalui google form
tersebut, pihak kami juga telah menemu bual seorang pensyarah di UniSZA yang arif tentang
topik ini.
KESIMPULAN
Undi 18 telah membawa Malaysia ke satu lagi lonjakan demokrasi. Penurunan had umur
sebagai pengundi dan juga calon ini mesti diisi dengan sumber demokrasi dan melalui proses
pendemokrasian yang terancang, baik dan bermanfaat. Walaupun diluluskan sebulat suara
tanpa bantahan di Parlimen, secara tersiratnya, terlalu banyak perkara yang perlu diberi
perhatian. Antara perkara tersebut ialah sosialisasi dan keterlibatan belia dalam aktiviti politik
konvensional. Banyak kajian dan laporan yang dibuat melihatkan belia tidak terlibat secara
aktif secara konvensional, dan perbandingan yang dibuat terhadap pengundi yang lebih tua
juga memperlihatkan belia tidak setara dalam aktiviti bukan konvensional. Masalah ini perlu
diperhalusi dengan 309 Seminar Tamadun, Etnik dan Turath Islami (i-STET) 2019 perlunya
kajian terhadap ilmu, minat, sikap, sumber informasi dan kesedaran belia terhadap politik
konvensional secara khusus dan demokrasi secara amnya. Adanya maklumat yang
empirikal terhadap indikator-indikator ini, dapat membantu pihak berkepentingan merangka
program dan pengisian terhadap Undi 18.
RUJUKAN
Sinar, H. (2012). Daftar undi pada usia 20 tahun langkah baik.
Nizah, M. A. M., & Sharif, S. M. (2020). Undi 18: Belia dan Politik Konvensional: Undi 18:
Youth and Conventional Politics. Sains Insani, 5(1), 180-186.
Noor, N. M. (2021). ANALISIS CABARAN TADBIR URUS PILIHAN RAYA. Jurnal Sains
Sosial: Malaysian Journal of Social Sciences, 6(1), 32-47.
NAMA: NURUL ASYIQIN BINRI SAUFI
NOMBOR MATRIK: 066190
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN
(PENGURUSAN RISIKO DAN TAKAFUL)
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGUNDI BERUMUR 18 TAHUN
PENGENALAN
Projek E-sulam telah dijalankan yang berfokuskan kepada penurunan had umur mengundi
kepada 18 tahun dengan pemilihan tajuk Kebaikan dan Keburukan Penggundi Berumur 18
Tahun. Pengundi merupakan salah satu komponen yang penting dalam pilihan raya. Hal ini
kerana, penggundi yang memahami tingkah laku dan corak menggundi yang betul mampu
membantu pihak-pihak yang bertanding memenangi sesebuah pilihan raya. Penglibatan
remaja yang berumur 18 tahun dalam proses penggundian merupakan usaha ke arah
pendemokrasian dan pilihan raya yang lebih matang adil serta saksama bagi memacu
kemajuan sosial dan politik. Dengan itu, projek yang dijalankan ini bertujuan untuk
memperoleh pendapat orang ramai berkenaan penurunan had umur mengundi kepada 18
tahun.
OBJEKTIF
Memberikan kesedaran dan pendedahan kepada rakyat Malaysia khususnya para belia
tentang tanggungjawab merekamengenai proses pilihan raya di Malaysia yang telah berubah
daripada undi berumur 21 tahun kepada 18 tahun.
Mengupas kebaikan dan keburukan penggundi berumur 18 tahun berdasarkan pendapat
orang awam khususnya dari golongan belia tentang status penurunan umur mengundi.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Berdasarkan kajian yang dijalankan, dua kaedah untuk memperoleh data telah digunakan,
iaitu melalui pautan google form dan melalui temu bual bersama seorang pensyarah. Pautan
google form yang diedarkan kepada orang ramai telah mendapat responden seramai 92 orang
dan kebanyakkan responden masih lagi belum bersetuju dengan penurunan had umur
mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Hal ini kerana ramai dalam kalangan
responden membuat respon mengenai keburukan berbanding kebaikan penggundi berumur
18 tahun.
Kaedah temu bual Bersama Dr. Razi Yaakob yang merupakan seorang pensyarah telah
dijalankan setelah meperoleh data melalui pautan google form untuk mendapat pandangan
beliau dalam isu ini. Beliau telah meberikan sedikit penerangan mengenai kebaikan dan
keburukan penggundi 18 tahun. Beliau berpendapat bahawa penurunan had umur mengundi
kepada 18 tahun akan memberi harapan palsu kepada mereka.
Walaupun penurunan had umur mengundi ini banyak keburukannya namun terdapat juga
kebaikan yang dapat diambil. Penyertaan remaja bermula dari umur 18 tahun dalam pilihan
raya dikatakan mampu melahirkan pilihan raya yang adil dan saksama serta dapat melahirkan
golongan remaja yang mampu berfikir dengan matang dalam menyelesaiakan sesuatu
masalah.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, penurunan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun perlu
dipertimbangkan dengan sepenuhnya sebelum dilaksanakan. Hal ini kerana, remaja berumur
18 tahun perlu diberikan pendedahan yang lebih mendalam tentang politik negara. Oleh itu,
penglibatan pihak sekolah dan ibubapa amat digalakkan dalam memberi pendedahan politik
kepada remaja setelah mereka berumur 18 tahun.
RUJUKAN
Besar, J. A., Ali, M., Lyndon, N., & Zulkipli, A. A. (2016). PENDEKATAN TEORI KELAKUAN
PENGUNDI DAN PILIHAN POLITIK DI KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)
JELAWAT, BACHOK, KELANTAN (Theoretical Approach Of Behavior Voter And Political
Choice In The State Assembly Of Jelawat, Bachok, Kelantan). e-Bangi, 13(2).
Nizah, M. A. M., & Sharif, S. M. (2020). Undi 18: Belia dan Politik Konvensional: Undi 18:
Youth and Conventional Politics. Sains Insani, 5(1), 180-186.
Besar, J. A. (2020). Persepsi Terhadap Penurunan Had Umur Mengundi Daripada 21 Tahun
Kepada 18 Tahun: Kajian Kes di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil. Jurnal Wacana
Sarjana, 4(3), 1-20.
Sinar, H. (2012). Daftar undi pada usia 20 tahun langkah baik.
NAMA: NURIN SYAFIQAH BINTI ZAINIZAM
NOMBOR MATRIK: 066849
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN
(PENGURUSAN RISIKO DAN TAKAFUL)
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGUNDI BERUMUR 18 TAHUN
PENGENALAN
Topik kami memfokuskan kepada kebaikan dan keburukan untuk pengundi yang berumur 18
tahun. Pandangan dari segi pengundi ialah pengundi mempunyai kriteria calon yang mereka
akan pilih di samping ideologi politik yang dianuti oleh calon. Generasi muda merupakan
golongan yang mempunyai ciri-ciri tingkah laku dan budaya politik yang bersikap kritis dan
ingin tahu dengan lebih lanjut terhadap sesuatu isu dan mementingkan ketelusan dan integriti.
Oleh itu adalah menjadi tujuan kajian ini untuk menganalisis pandangan terhadap penurunan
had umur 18 tahun di kawasan DUN Dengkil.
OBJEKTIF
Memberikan kesedaran dan pendedahan kepada rakyat Malaysia khususnya para belia
tentang tanggungjawab mereka mengenai proses pilihan raya di Malaysia yang telah berubah
dari undi bermula 21 tahun kepada mengundi bermula 18 tahun.
Mengupas kebaikan dan keburukan pengundi berumur 18 tahun berdasarkan pendapat orang
awam khususnya dari golongan belia tentang status penurunan umur mengundi.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Berdasarkan tinjauan untuk mengetahui tajuk yang telah dilakukan untuk mengetahui respon
daripada responden tentang tajuk projek ini. Tinjauan ini dilakukan di platform ‘google form’
selama tiga hari dan memperolehi 92 responden secara keseluruhan. Tinjauan ini
mengandungi empat bahagian iaitu butiran diri, kefahaman diri mengenai umur layak
mengundi, tahap kesetujuan mengenai umur pengundi diturunkan dan pendapat mengenai
kebaikan dan keburukan pengundi 18 tahun.Tinjauan ini mempunyai 11 soalan secara
keseluruhan. Responden menjawab soalan dengan baik sekali.
Tajuk ini dipilih kerana ingin mengetahui tentang pendapat orang awam mengenai proses
penurunan umur pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun dan juga mengupas kebaikan dan
keburukan pengundi 18 tahun. Tajuk ini dijalankan supaya orang awam dapat mengetahui
tentang kebaikan dan keburukan penurunan pengundi ke 18 tahun. Antara pandangan
masyarakat ialah mengatakan tidak rasional dengan penurunan 18 tahun.
Tinjauan yang dijalankan melalui ‘google form’ selama tiga hari selesai dengan baik. Selepas
tinjauan kajian kerja lapangan ini selesai, dapati ramai responden tidak bersetuju dengan
keputusan penurunan umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun yang diperkenalkan
mulai tahun 2019. Hal ini dikatakan sedemikian kerana lebih banyak pendapat mengenai
keburukan berbanding kebaikan yang dinyatakan oleh responden mengenai isu ini.
Terdapat juga beberapa masalah yang dihadapi semasa melakukan tugasan. Antara
masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan mengenai tajuk dan juga cara untuk
melakukan projek tersebut kerana kurang berpengetahuan tentang tajuk projek tersebut
amatlah sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan tidak mematahkan semangat untuk
mencari maklumat tentang tajuk projek melalui internet. Terdapat banyak kebaikan dalam
melakukan projek e-sulam ni seperti dapat mengetahui bahawa terdapat ramai orang awam
yang masih belum mengetahui tentang pengundian 18 tahun.
Selain itu, kajian ini juga telah menemu bual bersama seorang pensyarah Falsafah dan Isu
Semasa di Unisza sebagai panel untuk mengupas dengan lebih lanjut mengenai tajuk
tersebut dengan lebih terperinci. Terdapat beberapa soalan yang telah ditanyakan kepada
panel tersebut. Pensyarah Kanan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu berkata, beliau
berkata, penglibatan lebih ramai orang termasuk golongan muda akan melahirkan sudut
pandangan yang lebih segar mengenai senario politik dalam negara.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, isu ini perlu diperkenalkan lagi kepada orang ramai tentang kebaikan dan
juga keburukan tentang isu penurunan pengundi 18 tahun dengan lebih terperinci. Pihak-
pihak yang berkaitan juga boleh mengambil tindakan terhadap isu tersebut supaya tidak
berlaku lagi kekeliruan masyarakat awam.
RUJUKAN
Khairunisa’a Mohamad Noor, Junaidi Awang Besar. (2020). Persepsi Terhadap Penurunan
Had Umur Mengundi Daripada 21 Tahun Kepada 18 Tahun: Kajian Kes di Dewan Undangan
Negeri (DUN) Dengkil JURNAL WACANA SARJANA. 4(3), 1-20. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/312
Mohd Azmir Mohd Nizah1& Sabri Mohamad Sharif. (2020). Undi 18: Belia dan Politik
Konvensional. Jurnal Sains Insani. Universiti Sains Malaysia.
https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/181
Nur Ellyanis Mohd Basori & Junaidi Awang Besar. (2020). POLITIK BELIA DAN PILIHAN
RAYA UMUM KE-14 DI MALAYSIA. Journal Of Social Sciences and Humanities. Vol 17. No.7
49-65. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/view/41589/10813
NAMA : NURZULAIKHA BINTI MOHD RAMLI
NOMBOR MATRIK : 066408
PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN
(PENGURUSAN RISIKO DAN TAKAFUL)
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGUNDI BERUMUR 18 TAHUN
PENGENALAN
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, mengundi bermaksud menentukan dengan
membuang undi atau suara yang memutuskan sesuatu dengan mengira undi. Mengundi ialah
perkara penting di Malaysia kerana keputusan pemilihan pemimpin ditentukan dengan undian
rakyat. Maka, pengundi seharusnya seorang yang bertanggungjawab dan boleh berfikir
secara rasional dan matang. Pilihan raya adalah elemen penting dalam sistem demokrasi bagi
sesebuah negara yang merdeka. Generasi muda merupakan golongan yang mempunyai ciri-
ciri tingkah laku dan budaya politik yang bersikap kritis dan ingin tahu dengan lebih lanjut
terhadap sesuatu isu dan mementingkan ketelusan dan integriti. Justeru, pengundi 18 tahun
boleh dipertimbangkan untuk mengundi bagaimanapun akan ada keburukan dan
kebaikannya.
OBJEKTIF
Memberikan kesedaran dan pendedahan kepada rakyat Malaysia khususnya para belia
tentang tanggungjawab mereka mengenai proses pilihan raya di Malaysia yang telah berubah
dari undi bermula 21 tahun kepada mengundi bermula 18 tahun.
Mengupas kebaikan dan keburukan pengundi berumur 18 tahun berdasarkan pendapat orang
awam khususnya dari golongan belia tentang status penurunan umur mengundi.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Antara kaedah yang digunakan untuk mengumpul data bagi kajian lapangan yang dijalankan
ialah tinjauan dalam talian dan temu bual menggunakan platform ’Google Form’ dan ‘Webex’.
Sebanyak 14 soalan telah ditanya di tinjauan dalam talian dan telah memperolehi 92
responden secara keseluruhannya. Kajian lapangan yang dijalankan iaitu kebaikan dan
keburukan pengundi berumur 18 tahun dipilih kerana isu ini merupakan suatu perkara yang
masih dipertikaikan oleh pelbagai pihak dan berkait rapat dengan diri para pelajar. Tajuk yang
dipilih bagi kajian lapangan yang dijalankan amatlah relevan kerana isu ini masih dipersoal
dan boleh membuka mata rakyat untuk lebih terbuka berkenaan pengundi berumur 18 tahun.
Pandangan masyarakat terhadap kajian lapangan yang dijalankan ialah lebih banyak
keburukan daripada kebaikan. Sepanjang menjalankan kajian lapangan ini, terdapat
beberapa kelemahan iaitu untuk respon masyarakat menjawab tinjauan dalam talian tidak
terlalu ramai.
KESIMPULAN
Saya bercadang untuk masyarakat terutamanya golongan remaja untuk menjawab soal
selidik berkaitan pengundi berumur 18 tahun kerana pandangan mereka amatlah penting.
Secara keseluruhannya, pengundi berumur 18 tahun boleh dijalankan di Malaysia seperti
United Kingdom, namun pendidikan politik dan tentang mengundi perlulah diajar atau diterap
sejak bermula zaman persekolahan agar remaja dapat berfikir dengan lebih matang dan dapat
membuat keputusan yang betul. Saya berharap pengundi berumur 18 tahun boleh dijalankan
di Malaysia kerana semua pihak terutamanya pihak berkuasa perlu mendengar dan
mengambil kira pandangan dan kemahuan belia kerana belia adalah pelapis negara.
RUJUKAN
Besar, J. A. (2020). Persepsi Terhadap Penurunan Had Umur Mengundi Daripada 21 Tahun
Kepada 18 Tahun: Kajian Kes di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil. Jurnal Wacana
Sarjana, 4(3), 1-20.
Besar, J. A., Ali, M., Lyndon, N., & Zulkipli, A. A. (2016). PENDEKATAN TEORI KELAKUAN
PENGUNDI DAN PILIHAN POLITIK DI KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)
JELAWAT, BACHOK, KELANTAN (Theoretical Approach Of Behavior Voter And Political
Choice In The State Assembly Of Jelawat, Bachok, Kelantan). e-Bangi, 13(2).
Besar, J. A., Basori, N. E. M., & Zainuddin, M. S. (2020). Pola sokongan belia Melayu dalam
PRU-14 di beberapa DUN terpilih dalam negeri Kedah (The pattern of Malay youth support in
the GE-14 at selected state legislative seats of Kedah). Geografia-Malaysian Journal of
Society and Space, 16(4).
NAMA: NURUL AZRINA BALQIS BINTI BINOR
NOMBOR MATRIK: 066106
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN
(PENGURUSAN RISIKO DAN TAKAFUL)
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGUNDI BERUMUR 18 TAHUN
PENGENALAN
Pada pengetahuan saya, E-sulam merupakan sebuah projek yang melibatkan interaksi antara
pelajar dengan pihak komuniti bagi menyelesaikan suatu masalah atau kesulitan yang berlaku
di suatu tempat. Topik yang kami fokuskan ialah “Kebaikan dan Keburukan Pengundi Berumur
18 Tahun”. Maksud undi ialah sesuatu untuk memilih atau menetukan sesuatu. Oleh itu, untuk
membuat sebarang undian, haruslah mempunyai pengundi. Syarat untuk menjadi seorang
pengundi mestilah dilengkapi oleh setiap individu di mana ia merangkumi aspek umur,
pemikiran yang seimbang serta sihat mental dan fizikal.
OBJEKTIF
Memberi kesedaran dan pendedahan kepada rakyat Malaysia khususnya para belia tentang
tanggungjawab mereka mengenai proses pilihan raya di Malaysia yang telah berubah dari
umur mengundi bermula 21 tahun kepada mengundi bermula 18 tahun.
Mengupas kebaikan dan keburukan pengundi 18 tahun berdasarkan pendapat orang awam
khususnya dari golongan belia tentang status penurunan umur undi.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Berdasarkan kajian pemerhatian melalui soal selidik melalui “Google Form” yang telah kami
sebarkan tempoh hari, kami telah berjaya mengumpulkan seramai 92 orang responden untuk
menjawab beberapa persoalan dari kami. Kami telah melakukan tinjauan kami dengan
menyediakan sebanyak 15 soalan dan mempunyai 4 bahagian iaitu bahagian A, B, C, dan D.
Bahagian A merupakan maklumat butiran diri yang akan diisi oleh responden, bahagian B
pula mengenai kefahaman diri mengenai umur layak mengundi, manakala bahagian C ialah
tahap persetujuan umur layak mengundi diturunkan dan akhir sekali bahagian D dimana
mempunyai reponden memberikan pendapat mengenai kebaikan dan keburukan penurunan
umur pengundi.
Setelah berjaya mengumpulkan sebanyak 92 responden, tinjauan ini berhasil menunjukkan
bahawa majoriti rakyat tidak bersetuju akan penurunan had umur pengundi dari 21 tahun ke
18 tahun. Jumlah mojoriti responden pula berada dalam lingkungan umur 18-22 tahun dan
kebanyakannya adalah dari golongan wanita. Tinjauan ini telah dilakukan dengan persoalan
secara berkala. Responden hanya perlu menjawab tentang maklumat yang mereka
mengetahui sahaja dan hanya perlu memberikan pendapat mereka dalam persoalan ini.
Kesemua soalan hanyalah berkaitan pandangan masyarakat terhadap penurunan had umur
untuk mengundi sahaja di mana responden hanya perlu memberikan penilaian 1-5 undian dari
sangat tidak bersetuju sehinggalah bersetuju akan persoalan yang telah disediakan. Setelah
mendapat pelbagai respon, kami telah berjaya mencatatkan bahawa majoritinya tidak
bersetuju akan penurunan had umur untuk mengundi demikian kerana atas faktor-faktor
tertentu untuk terutamanya dari segi kematangan dan peringkat pemikiran individu tersendiri.
Akhir sekali, kami juga telah menemu bual salah seorang pensyarah di Universiti Sultan Zainal
Abidin (UniSZA), Dr Razi bin Yaakob tentang tajuk yang telah disediakan. Mengikut
pandangan beliau, setiap perancangan mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri dan
beliau telah menyatakan bahawa pandangan dan idea dari golongan belia juga harus
diperdengarkan oleh kita sebagai idea tambahan. Tidak semestinya suara dan idea dari
golongan belia tidak setara dengan pemikiran golongan yang lebih berpengalaman. Ada
kalanya dari golongan belia sendiri telah mempunyai pengalaman dalam bidang politik dan
tidak salah kepada kita untuk memberikan mereka peluang. Namun, di setiap kebaikan yang
ditunjukkan, terdapat banyak lagi kekurangan dari pihak belia terutamanya dari segi tahap
pemikiran, pengalaman, ilmu dan sebagainya. Oleh itu, kita haruslah bersatu hati untuk
meneruskan yang baik untuk masa depan negara, dan memberikan tunjuk ajar yang
sepatutnya kepada golongan belia demi tunggak kejayaan masyarakat dan negara kita.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, setiap individu wajiblah cakna akan setiap cadangan yang
melibatkan masa depan negara. Hal ini demikian kerana setiap cadangan yang dikemukakan
akan mengubah masa depan masyarakat dan juga negara dengan memberikan sumbangan
yang berpatutan. Oleh itu, setiap masyarakat haruslah mendalami lagi tentang isu penurunan
had umur untuk mengundi ini dan pihak yang tertentu mestilah mengambil langkah yang
paling sesuai untuk memberikan yang terbaik buat semua dalam mengatasi masalah ini.
RUJUKAN
Sinar, H. (2012). Daftar undi pada usia 20 tahun langkah baik.
Mahmood, M. H. (2017). IMPAK PENYERTAAN PENGUNDI MUDA DALAM PRU 2013
TERHADAP POLITIK MALAYSIA (Impact of Young Voters Participation in the 2013 General
Election on Malaysian Politics). e-Bangi, 14(7).
https://www.utusanborneo.com.my/2018/11/02/ada-kebaikan-keburukan-turunkan-umur-
layak-mengundi-kepada-18-tahun
https://peraktoday.com.my/2019/07/wajarkah-umur-18-tahun-diberikan-hak-mengundi/
NAMA: NAJWATUL IZZAH BINTI HAZMAN
NOMBOR MATRIK: 065658
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN
(PENGURUSAN RISIKO DAN TAKAFUL)
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGUNDI BERUMUR 18 TAHUN
PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, undi bermaksud menentukan
atau memilih sesuatu dengan membuang undi manakala pengundi bermaksud orang yang
mengundi.
OBJEKTIF
Memberikan kesedaran dan pendedahan kepada rakyat Malaysia khususnya para belia
tentang tanggungjawab mereka mengenai proses pilihan raya di Malaysia yang telah berubah
dari umur mengundi bermula 21 tahun kepada mengundi bermula 18 tahun.
Mengupas kebaikan dan keburukan pengundi 18 tahun berdasarkan pendapat orang awam
khususnya dari golongan belia tentang status penurunan umur mengundi.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Berdasarkan pemerhatian melalui soal selidik yang telah dibuat melalui “Google Form” selama
tiga hari, seramai 92 responden telah menjawab tinjauan yang telah dijalakan. Antara respon
yang didapati pada Bahagian A (Butiran Diri) majoritinya adalah mereka yang berumur 18-22
tahun (81.5), perempuan (70.7%), bangsa Melayu (97.8%) dan masih belajar (77.2%). Pada
Bahagian B (Kefahaman Diri Mengenai Umur Layak Mengundi), majoriti responden telah
berdaftar untuk mengundi. Selain itu, para responden juga mengetahui dan cakna akan
penurunan had umur untuk mengundi. Pada Bahagian C (Tahap Kesetujuan Umur Pengundi
Diturunkan) majoriti responden memilih untuk bersikap ‘neutral’ dengan pemindaan had umur
pengundi berumur 18 tahun. Pada Bahagian D (Pendapat Mengenai Kebaikan dan Keburukan
Penurunan Umur Pengundi) dapat dilihat responden lebih banyak menyatakan keburukan
penurunan had umur daripada kebaikan hal tersebut. Secara keseluruhannya, para
responden telah menjawab dan memberi pandangan terhadap tinjauan yang dilakukan
dengan baik sekali.
Menurut pendapat Dr. Razi bin Yaakob, pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA),
penglibatan golongan muda dapat membantu dalam memberikan pandangan baharu
terhadap politik dan selari mengikut arus pemodenan. Walaupun begitu terdapat juga
kekurangan seperti pemuda pemudi tidak memahami selok belok politik sepenuhnya yang
boleh memberi kesan fatal kepada kerajaan pada masa akan datang.
KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian ini, pihak kerajaan perlu mendedahkan perihal
penurunan umur pengundi dengan lebih berkesan kepada rakyat Malaysia. Harapan daripada
hasil kajian ini adalah agar rakyat Malaysia celik mata akan penurunan umur pengundi serta
kebaikan dan keburukan daripada penurunan umur tersebut.
RUJUKAN
Dr Razi bin Yaakob. (2021) Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Khairunisa’a Mohamad Noor, Junaidi Awang Besar. (2020). Persepsi Terhadap Penurunan
Had Umur Mengundi Daripada 21 Tahun Kepada 18 Tahun: Kajian Kes di Dewan Undangan
Negeri (DUN) Dengkil JURNAL WACANA SARJANA. 4(3), 1-20. Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia.
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/312
Razali, M., Boyman, S., Hussin, N., & Wan Mohd Nor, W. A. (2016). Penglibatan Politik Belia:
Satu Analisis Penyertaan Konvensionaldi Malaysia. Perspektif: Jurnal Sains Sosial Dan
Kemanusiaan, 8(2), 70 - 78.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/1743
NAMA: NURFARHANA BINTI HAJA IQBAL
NOMBOR MATRIK: 066086
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN
(PENGURUSAN RISIKO DAN TAKAFUL)
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGUNDI BERUMUR 18 TAHUN
PENGENALAN
Penyertaan politik golongan muda merupakan fenomena menarik untuk dikaji kerana
pengaruhnya dalam membawa perubahan politik. Pilihan raya adalah elemen penting
dalam sistem demokrasi bagi sesebuah negara yang merdeka. Pilihan raya merupakan
satu proses yang membolehkan rakyat memilih pemimpin dan parti yang akan
membentuk kerajaan. Generasi muda atau belia merupakan golongan atau kelompok
yang terbesar dalam masyarakat kita hari ini yang mempunyai ciri-ciri tingkah laku dan
budaya yang tertentu. Kedudukan, peranan dan penglibatan mereka dalam banyak hal
bergantung kepada suasana, struktur serta sistem kehidupan masyarakat itu. Kepimpinan
negara pada masa hadapan adalah bergantung kepada golongan muda pada masa kini. Oleh
itu, adalah menjadi tujuan utama kajian ini untuk mengkaji kebaikan dan keburukan terhadap
pengundi 18 tahun.
OBJEKTIF
Memberikan kesedaran dan pendedahan kepada rakyat Malaysia khususnya para belia
tentang tanggungjawab mereka mengenai proses pilihan raya di Malaysia yang telah berubah
dari undi bermula 21 tahun kepada mengundi bermula 18 tahun.
Mengupas kebaikan dan keburukan pengundi berumur 18 tahun berdasarkan pendapat orang
awam khususnya dari golongan belia tentang status penurunan umur mengundi.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Kajian kerja lapangan yang dijalankan telah menggunakan dua kaedah dalam proses
pengumpulan data iaitu menerusi kaedah soal selidik dan temu bual. Kaedah soal selidik
dijalankan secara di atas talian dengan mengedar pautan 'google form' selama tiga hari dan
telah mendapati 92 responden secara keseluruhan. Seterusnya, kaedah kedua iaitu temu bual
dijalankan di platform “webex" terhadap Pensyarah Kanan Universiti Sultan Zainal Abidin
(UniSZA) untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam bagi objektif kajian yang ingin
dicapai dalam kajian ini. Selain itu, tinjauan di soal selidik ini mengandungi empat bahagian
iaitu bahagian A,B,C dan D yang terdiri daripada butiran diri, kefahaman diri mengenai umur
layak mengundi, tahap kesetujuan mengenai umur pengundi diturunkan dan pendapat
mengenai kebaikan dan keburukan pengundi 18 tahun. Didapati pendapat mengenai
keburukan lebih tinggi berbanding kebaikan iaitu sebanyak 69 respon dan 56 respon. Dengan
kaedah temu bual ini pula telah diajukan beberapa soalan berkaitan isu ini terhadap informan
tersebut. Jawapan yang diperoleh daripada informan menerusi temu bual ini menyatakan
bahawa menurunkan umur layak mengundi bermakna mewujudkan lebih banyak kebebasan,
tetapi mungkin menyebabkan jumlah keluar mengundi lebih rendah.
Ada yang berpendapat, adalah penting untuk mendedahkan golongan muda terlibat dalam
politik dan penglibatan lebih ramai orang termasuk golongan muda akan melahirkan sudut
pandangan yang lebih segar mengenai senario politik dalam negara. Keburukannya ialah
memberi ‘harapan palsu’ kepada golongan muda, mereka mungkin mendapat maklumat yang
salah mengenai situasi sosial, politik dan ekonomi negara dan membolehkan mereka akan
mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dan boleh menyebabkan memberi kesan buruk kepada
negara. Selepas tinjauan kajian kerja lapangan ini selesai, dapati ramai responden tidak
bersetuju dengan keputusan penurunan umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun
yang diperkenalkan mulai tahun 2019. Hal ini dikatakan sedemikian kerana lebih banyak
pendapat mengenai keburukan berbanding kebaikan yang dinyatakan oleh responden
mengenai isu ini. Oleh itu, dengan melakukan kajian terhadap tajuk ini masyarakat dapat
kesedaran lebih mendalam terhadap isu tersebut. Sepanjang menjalankan kajian kerja
lapangan e-sulam ini terdapat kelemahan dari segi kekangan masa untuk menyiapkan
tugasan ini manakala kebaikannya pula adalah banyak manfaat yang diperoleh seperti
pengalaman-pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah dapat diaplikasikan sebagai satu
anjakan yang positif dalam kehidupan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, masyarakat mempunyai pandangan yang sama rata terhadap kebaikan dan
keburukan pengundi 18 tahun. Golongan belia haruslah sedar tanpa ilmu yang tinggi mereka
tidak akan dapat ke mana atau membawa negara ke mercu kejayaan pada masa depan.
Selain itu, para belia juga perlulah menambahkan kemahiran mereka kerana kemahiran atau
kepakaran ini mesti dimiliki oleh golongan belia di segenap lapangan usaha dan kegiatan.
Tanpa kemahiran ini golongan belia tidak akan dapat menjalankan atau mengendalikan apa-
apa tugas yang memerlukan kecekapan, kepandaian dan kepakaran mereka. Dengan ini,
penyertaan politik dan sikap pengundian anak muda ini akan mengubah landskap politik
negara ke arah yang lebih demokratik. Di samping itu, penyertaan anak muda yang
mendukung amalan demokrasi dan memperjuangkan isu sejagat akan meningkatkan
persaingan dalam menjadi pengimbang kepada tindakan kerajaan.
RUJUKAN
Mahmood, M. H. (2017). IMPAK PENYERTAAN PENGUNDI MUDA DALAM PRU 2013
TERHADAP POLITIK MALAYSIA (Impact of Young Voters Participation in the 2013 General
Election on Malaysian Politics). e-Bangi, 14(7).
Nizah, M. A. M., & Sharif, S. M. (2020). Undi 18: Belia dan Politik Konvensional: Undi 18:
Youth and Conventional Politics. Sains Insani, 5(1), 180-186.
Sinar, H. (2012). Daftar undi pada usia 20 tahun langkah baik.