The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chloesim2005, 2021-04-24 05:48:03

Klasifikasi Akaun Dan Persamaan Akaun

Klasifikasi Akaun Dan Persamaan Akaun

Nama : Chloe Sim Jia Nee
Kelas : 4Orange

Mata Pelajaran : Prinsip Perakaunan
Sekolah : SMJK YOK BIN

Guru Subjek : Pn. Bong Hai Qin

- Akaun merupakan ringkasan urus niaga yang berlaku dalam suatu tempoh
masa . Dalam suatu akaun , kita akan merekodkan tarikh berlaku urus niaga ,
butiran dan amaun .

- Penyata Pendapatan adalah penyata yang menunjukkan prestasi kewangan
sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh perakaunan .

Akaun Perdagangan
- Jualan Bersih
- Kos jualan
Akaun Untung Rugi
- Hasil
- Belanja

Jualan Bersih
- Hasil operasi perniagaan yang terdiri daripada jualan dan pulangan jualan .
Kos Jualan
- Kos dan belanja untuk membeli barang niaga , termasuk inventori , belian ,
pulangan belian dan angkutan masuk .
Hasil
- Pendapatan yang dijana dalam perniagaan . Sebagai contoh , komisen diterima
dan faedah diterima .
Belanja

- Perbelanjaan yang dibayar dalam perniagaan . Sebagai contoh , kadar bayaran ,
gaji dan sewa .

Komponen Penyata Kedudukan Kewangan
- Aset Bukan Semasa
- Aset Semasa
- Liabiliti Semasa
- Liabiliti Bukan Semasa
- Ekuiti Pemilik

Aset Bukan Semasa
- Aset perniagaan yang mempunyai tempoh hayat penggunaan melebihi

setahun kewangan dan tahap kecairannya rendah . Sebagai contoh , kenderaan
, premis , kelengkapan , alatan pejabat …
Aset Semasa
- Aset perniagaan yang bersifat tidak tahan lama dan mempunyai tempoh
penggunaan kurang daripada setahun . Aset semasa juga mempunyai tahap
kecairan yang tinggi . Sebagai contoh , inventori , tunai di tangan dan deposit
semasa .

Liabiliti Semasa

- Hutang perniagaan jangka pendek yang dapat dijelaskan dalam tempoh
setahun kewangan . Sebagai contoh , Akaun Belum Bayar dan overdraf bank .

Liabiliti Bukan Semasa

- Hutang perniagaan jangka panjang yang memerlukan tempoh melebihi satu
tahun kewangan untuk menjelaskannya . Sebagai contoh , pinjaman bank dan
gadai janji .

Ekuiti Pemilik

- Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan . Keuntungan akan menambahkan
Ekuiti Pemilik manakala kerugian akan mengurangkan Ekuiti Pemilik .

Ekuiti Pemilik

= Modal + Untung Bersih – Rugi Bersih – Ambilan

Contoh Akaun Perdagangan :

Contoh Akaun Perdagangan Dan Untung Rugi :

Contoh Penyata Kedudkan Kewangan :

2.3 Persamaan Perakaunan
- Persamaan perakaunan yang asas menyatakan hubungan antara aset , liabiliti

dan ekuiti pemilik
Aset = Liabiliti + Ekuiti pemilik
Persamaan Perakaunan dengan hasil dan belanja
- Ekuiti pemilik terdiri daripada modal dan untung bersih . Maka persamaannya

ialah
Aset = Liabiliti + Modal + Untung bersih / - Rugi bersih
Untung bersih merupakan lebihan hasil daripada belanja manakala rugi bersih
merupakan lebihan belanja daripada hasil . Maka persamaannya ialah
Aset = Liabiliti + Modal + Hasil – Belanja

Contoh Persamaan Perakaunan :


Click to View FlipBook Version