The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

D20191088776 SITI HAFIZAH BT ABD RAHMAN -FINAL ASSESSMENT KAL.pptx (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SHAR official, 2022-02-09 21:53:04

D20191088776 SITI HAFIZAH BT ABD RAHMAN -FINAL ASSESSMENT KAL.pptx (1)

D20191088776 SITI HAFIZAH BT ABD RAHMAN -FINAL ASSESSMENT KAL.pptx (1)

SI RUSA DAN
LEBAH MADU

SITI HAFIZAH BT ABD RAHMAN
D20191088776

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGENALAN 1
CERITA SI RUSA DAN LEBAH MADU 2-11
MORAL DARIPADA BUKU CERITA SI RUSA DAN 12
LEBAH MADU
SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 13
(KBAT)
AKTIVITI KRAF KOLAJ LEBAH 14
RUJUKAN 15

PENDAHULUAN 1

Berterima kasih dapat didefinisikan sebagai mengucap syukur. Kebisaannya berterima
kasih ini digunakan apabila mendapat pertolongan daripada orang lain. Hal ini kerana
berterima kasih menunjukkan perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan
dan penghargaan. Buku cerita yang bertajuk Si Rusa dan Lebah Madu ini mempunyai
nilai moral yang terselit iaitu berterima kasih. Sinopsis bagi cerita ini ialah seekor rusa
ini suka keluar berjalan-jalan dan bermain di hutan. Semasa dia keluar dia terserempak
dengan seekor musuhnya iaitu beruang. Apabila beruang ternampak rusa, dia terus
tersenyum sinis dan mengejar seekor rusa. Rusa melarikan diri dan menyorok di
belakang pokok. Dengan muka terkejut, rusa ingin melarikan diri dari lebah tersebut.
Lebah menghalangnya dan menolong rusa untuk memberi pengajaran kepada beruang
dengan menyerang beruang tersebut. Setelah beruang melarikan diri, rusa
mengucapkan terima kasih kepada lebah kerana telah menyelamatkannya dalam bahaya.

2

Di sebuah hutan, hidup seekor rusa
yang selalu menjadi mangsa bagi
haiwan lain. Pada waktu siang hari, si
Rusa kepuasan dan mengambil
keputusan untuk keluar berjalan-jalan
dan bermain di hutan.

3

Setelah penat berjalan-jalan, si Rusa
ingin pulang ke rumahnya. Dia
ternampak seekor beruang yang
sedang berjalan-jalan di hutan itu. Si
Rusa berkata: “ Beruang ini mesti
sedang mencari mangsanya untuk
dijadikan makanan seperti aku”.

4

Si Rusa tidak mengambil keputusan
untuk terus melarikan diri kerana dia
kepenatan berjalan-jalan di hutan.
Apabila beruang ternampak seekor
rusa, dia terus menghampiri si Rusa dan
berkata: “Bagus kau ada di sini, aku
seharian kelaparan mencari makanan”.
Beruang terus tersenyum sinis kepada
si Rusa

5

Setelah mendengar kata-kata dari
sang beruang itu, si Rusa terus
melarikan diri daripada terus dimakan
oleh sang beruang. Sang beruang
ketawa dengan kuatnya dan terus
mengejar si rusa untuk dijadikan
makanannya.

6

Si Rusa kepenatan dan terus menyorokkan
dirinya di sebalik semak samun. Semasa
menyorok dia didatangi oleh seekor lebah
madu dan terus berkata: “ Jangan kau
apa-apakan aku lebah, aku tidak
mengganggumu dan aku hanya menyorok
daripada sang Beruang yang ingin
memakanku”. Lebah tersenyum apabila
mendengar si Rusa berkata begitu. Lebah
menanyakan kepada si Rusa: “ Dimana sang
Beruang itu? Aku dan kawan-kawanku akan
menolong dengan mengajar sang Beruang
tersebut”.

7

Selepas menyatakan hajatnya yang
ingin menolong si Rusa, Lebah terus
pulang ke sarangnya. Lebah ingin
mengajak kawan-kawannya untuk
menyerang sang Beruang yang ingin
menjadikan si Rusa makanannya:
“Kawan-kawan, kita perlu menolong si
Rusa daripada dimakan oleh sang
Beruang. Kita serang sang beruang
dengan mengumpannya dengan madu”.

8

Sekumpulan lebah pergi kepada beruang
tersebut dengan membawa madu. Sang
beruang tersenyum apabila melihat
madu yang dibawa oleh lebah tersebut.
Lebah berkata: “ Engkau lapar ke sang
Beruang? Jika engkau lapar ambillah
madu ini.” Lebah tersebut ingin
menyerah madu itu kepada sang
beruang manakala kawan-kawannya
sudah bersedia untuk menyerang sang
Beruang tersebut.

9

Si Rusa menyorok di belakang semak
samun dan sang beruang ternampak
kepala si Rusa. Sang Beruang terus
berkata kepada lebah: “Aku tidak mahu
madu yang ditawarkan oleh kamu. Aku
mempunyai makanan yang lebih lazat
dan mengenyangkan perutku”. Sang
Beruang terus mendekati si Rusa untuk
dijadikan makanan. Sekumpulan lebah
telah bersedia untuk menyerang sang
Beruang tersebut.

10

Sekumpulan lebah tersebut telah
bersepat dan tanpa ampun mereka
terus menyengat bahagian badan sang
Beruang dengan menggunakan
sengatnya yang tajam. Setelah
mendapat serangan mengejut daripada
sekumpulan lebah, sang beruang
mengambil keputusan untuk melarikan
diri dan melupakan hajatnya yang ingin
memakan si Rusa.

11

Setelah memastikan sang Beruang telah
menghilangkan diri, si Rusa keluar daripada
semak samun tersebut. Si Rusa pergi
mendapatkan sekumpulan lebah dan berkata:
“Terima kasih lebah dan kawan-kawan
kerana sudi menolongku dariapada menjadi
mangsa makanan kepada sang Beruang”.
Sekumpulan lebah tersenyum kerana dapat
menolong si Rusa dengan menggunakan kuasa
sengat yang terdapat dalam diri mereka.
Sejak itu, si Rusa dan Lebah Madu menjadi
kawan rapat di hutan itu.

12

MORAL DARIPADA CERITA
SI RUSA DAN LEBAH
MADU

Ucaplah terima kasih kepada orang yang menolong kita
dalam kesusahan. Hal ini kerana dengan ucapan terima kasih
itu menyebabkan mereka rasa dihargai dengan pertolongan

yang mereka berikan kepada kita.

13

SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR
ARAS TINGGI (KBAT)

SOALAN:
1. Bagaimana lebah madu menolong si Rusa? (Mengaplikasi)
2. Mengapa si Rusa melarikan diri daripada sang Beruang? (Menganalisis)
3. Apakah yang akan terjadi kepada si Rusa jika sekumpulan lebah madu tidak menolongnya?

(Menilai)

JAWAPAN:
1. Sekumpulan lebah madu menyerang sang Beruang dengan menyengat menggunakan sengatnya.
2. Si Rusa ingin menyelamatkan dirinya daripada terus dijadikan mangsa makanan sang Beruang.
3. Si Rusa akan menjadi makanan sang Beruang.

AKTIVITI KRAF KOLAJ LEBAH 14

Sediakan kertas lukisan gambar lebah. Sediakan dua helai kertas berwarna Koyakkan kertas warna tersebut menjadi
kuning dan satu helai kertas warna oren. saiz yang kecil.

Letakkan gam pada gambar lebah yang Selesai menampal di bahagian kosong kertas
ingin menampal kertas warna yang kecil. lukisan lebah dan terjadi kraf kolaj lebah.

15

RUJUKAN

Dewan Bahasa Melayu. (2017). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Diperolehi daripada https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=berterima%20kasih.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.


Click to View FlipBook Version