PENGARUH TAMADUN CINA DAN INDIA DI MALAYSIA ETIKA DAN PERADABAN PENSYARAH: PUAN MARHAYU BINTI ABDUL JAMAI
UWAIS ALQARNI BIN MOHD ALA-UDDIN MUHAMMAD FAHMI ARIF BIN KAHARUDDIN WAN MUHAMMAD ADAM IRFAN BIN WAN AFANDI AMIRU HISYAM BIN CHE RAWI 02DSB23F1062 02DSB23F1004 02DSB23F1025 02DSB23F1074
TOPIK PENGENALAN TAMADUN CINA DAN INDIA PENGARUH TAMADUN INDIA PENGARUH TAMADUN CINA
Malaysia dan China mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad. Hubungan Cina dan Melayu telah wujud sejak zaman Dinasti Han dan hubungan paling gemilang ialah antara Kesultanan Melayu Melaka dan Dinasti Ming abad ke-15. Laksamana Cheng Ho memainkan peranan penting dalam dasar China pada Dinasti Ming dalam membentuk persahabatan, kedamaian dan perdagangan melalui misi diplomatiknya pada abad ke-15 termasuk bersama Kesultanan Melayu Melaka yang memberi kesan signifikan terutama kepada perdagangan, kebudayaan, penyebaran islam dan hubungan antarabangsa sehingga ke hari ini . PENGENALAN TAMADUN CINA DAN INDIA Peradaban india bermula pada sekitar 6000 tahun dahulu di Lembah Sungai Indus dan merupakan peradaban yang masih kekal sehingga ke hari ini.
PENGARUH TAMADUN INDIA Penduduk di tamadun Malaysia mempunyai jumlah penganut agama Buddha dan Hindu yang agak ramai Penganut agama ini masih mengamalkan upacara keagamaan dan mempercayai karma 1. 2. Mengamalkan upacara keagamaan yang tersendiri saban tahun seperti Wesak dan Deepavali. Contohnya, Batu Cave adalah merupakan lokasi wajib bagi penganut agama Hindu apabila tibanya hari Deepavali. 3. 4. AGAMA Berpengaruh dari segi amalan perkahwinan, kesenian, 5. makanan, konsep devaraja dan sebagainya.
PENGARUH TAMADUN INDIA Sehingga kini masih diamalkan adat melenggang 1. perut dalam masyarakat Melayu 2. ADAT ISTIADAT Adat berinai juga merupakan adat tamadun Hindu yang dikuti oleh masyarakat Melayu. Majlis berinai dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3 peringkat berinai iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar Adat membelah mulut bayi merupakan upacara mencecah garam ke mulut bayi yang baru lahir dan bagi upacara ini bersamaan dengan adat Hindu yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi. Tapi bagi Islam, adat ini diganti dengan mencecapkan air zam-zam atau kurma ke dalam bibir bayi tersebut dengan pembacaan surah dan doa 3.
PENGARUH TAMADUN INDIA Upacara perkahwinan dan persandingan di dalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu merupakan salah satu contoh adat Hindu yang masih diamalkan di Malaysia 1. 2. BUDAYA DAN KESENIAN Tamadun India juga telah mempengaruhi tamadun Melayu di Malaysia dari segi makanan. Antara contoh makanan tradisional tamadun India ialah roti canai paratha dan puri. Makanan ini merupakan makanan kegemaran kaum india. Namun kini, makanan ini semakin digemari oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan agama Pakaian tradisional tamadun India telah banyak mempengaruhi dan meninggalkan kesan kepada rakyat Malaysia kerana sari dan kurta sekarang dipakai tapa mengira bangsa. 3.
PENGARUH TAMADUN INDIA Jumlah bahasa Tamil dalam bahasa Melayu agak sedikit. Sebahagiannya pula merupakan pinjaman atas pinjaman iaitu bahasa Tamil yang dipinjam daripada bahasa asing kemudian dipinjam pula oleh bahasa Melayu. Contoh bahasa Tamil yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu ialah ceti, kedai, canai, nilam, jodoh, ketumbar, kapal, dan kari(Noor Sinah,2013). 1. 2. ILMU PENGETAHUAN Kesusasteraan India yang menjadi asas kepada penggunaan dan perkembangan ilmu di Malaysia, aktiviti penterjemahan juga giat berke mbaang sejajar untuk melahirkan sebuah tamadun yang mantap. Perkembangan ilmu sains dan teknoogi di india memberikan pengaruh besar dalam penguasaan ilmu dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya.
PENGARUH TAMADUN CINA 1 Kebanyakan kata pinjaman daripada bahasa Cina yang terdapat dalam bahasa Melayu mengekalkan bunyi dan makna asal dalam bahasa cina walaupun sesetengahnya mengalami perubahan makna. Kata pinjaman dalam bahasa Melayu kebanyakannya diserap daripada bahasa Hokien Selatan iaitu Fujian Selatan. Orang Hokien ialah bangsa Cina awal yang datang ke Tanah Melayu. Kosa kata bahasa Cina banyak diserap ke dalam bahasa Melayu menerusi perhubungan mereka dengan masyarakat tempatan. Perkataan pinjaman daripada bahasa Cina meliputi perkataanyang berkaitan dengan makanan, adat-istiadat, sistem panggilan, peralatan, permainan dan kebudayaan KESAN KEPADA BAHASA
PENGARUH TAMADUN CINA Pemberian sampul yang berisi wang kepada kanak-kanak atau orang muda pada hari raya merupakan pengaruh yang kian sebati dalam masyarakat Melayu, malah pemberian ini turut dinamakan angpau bagi kebanyakan mereka. Amalan ini diterima kerana tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Pemberian angpau ketika Hari Raya Aidilfitri merupakan budaya yang asalnya dipinjam dari budaya masyarakat Cina.Dalam budaya masyarakat Cina, pemberian angpau adalah dari golongan yang sudahberkahwin kepada mereka yang masih bujang, tetapi dalam masyarakat melayu pemberian angpau pula adalah dari orang dewasa tanpa mengira yang sudah berkahwin ataupun yang masih bujang kepada kanak-kanak kecil dan remaja yang masih bersekolah dan juga dari seorang anak kepada kedua ibu bapa mereka.Malahan ada juga yang memberi angpau kepada nenek serta datuk 2 KESAN KEPADA ADAT PERAYAAN
PENGARUH TAMADUN CINA 3 KESAN KEPADA KEGIATAN EKONOMI KEDATANGAN ORANG CINA MENGUBAH DASAR EKONOMI TANAH MELAYU YANG HANYA BERTUMPUKAN PERTANIAN DAN EKONOMI SARA DIRI.ORANG CINA TELAH MENANAM SIFAT KEUSAHAWANAN KE DALAM DIRI PENDUDUK TANAH MELAYU
PENGARUH TAMADUN CINA 4 KESAN KEPADA MAKANAN Dari segi masakan, makanan cina turut meresap dalam budaya masyarakat Melayu.Jenis-jenis masakan yang mengandungi kicap soya, sos tiram, dan bebola ikan, ayam atau daging merupakan pengaruh daripada budaya Cina yang kini menjadi sebahagian daripada makanan popular masyarakat Melayu.
KESIMPULAN BANYAK KEBAIKAN YANG DAPAT DIPEROLEH DARIPADA PENGARUH TAMADUN INDIA DAN CINA DI MALAYSIA SEPERTI KEGIATAN EKONOMI.DARIPADA ITU JUGA MEMBUATKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA YANG MEMPUNYAI KEISTIMEWAAN KERANA MEMPUNYAI PELBAGAI JENIS KAUM DAN BUDAYA DALAM SATU NEGARA .
SUMBER RUJUKAN https://www.scribd.com/document/256848667/Pengaruh-Cina-DalamKebudayaan-Melayu https://youtu.be/2PoudJYREtY?si=xDTbhqw6RSzwJrnQ https://images.app.goo.gl/Z1Ur9aeg1Z2nfUUn7 https://youtu.be/sKcLKorkyvw?si=KrS3qu2TVsw8RNM3 https://ms.bakeitwithlove.com/soy-sauce-substitute/