The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adeqcute2001, 2023-02-15 19:46:32

Buletin Januari 2023

Buletin Januari 2023

1 PROGRAM KUNJUNG BANTU PPD MIRI HALAMAN 4 MAJLIS MAKAN MALAM SULAMAN KASIH JUNJUNGAN BUDI HALAMAN 4 PELANCARAN SPK, EKSA DAN OSH KV MIRI HALAMAN 6 & 7 Salam Sejahtera dan Salam TVET buat seluruh warga Kolej Vokasional Miri Pertama sekali syabas dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Pelaporan, Dokumentasi dan Buletin 2023 kerana telah berjaya membuktikan kemampuan untuk menerbitkan sebuah naskah buletin pertama bagi tahun 2023. Kepada seluruh warga KV Miri, diucapkan Selamat Tahun Baru dan selamat menempuhi pengajian sesi persekolahan kedua tahun 2023 dan semoga tahun ini membawa lebih banyak kecemerlangan dan kejayaan sama ada dalam bidang akademik, sahsiah, kokurikulum, inovasi, kemahiran dan keusahawanan. Kita telah menetapkan banyak KPI yang perlu dicapai bagi tahun ini dan diharapkan semua warga bekerjasama sebagai sebuah pasukan yang sentiasa mengutamakan pencapaian dan kejayaan bukan sahaja di peringkat zon dan kebangsaan tetapi juga sehingga ke peringkat antarabangsa. Fokus kita pada tahun ini lebih menyeluruh bagi memastikan usaha-usaha untuk membina masa hadapan anak-anak didik terjamin dan boleh dicapai. Akhir sekali, saya mengharapkan semoga KV Miri mampu mencapai kejayan yang cemerlang dan menempa nama dan sejarah bagi memastikan aspirasi pendidikan TVET terlaksana. - John anak Atong LATIHAN AMALI PROGRAM MPI KE KV BINTULU HALAMAN 5 KATA ALUAN KETUA EDITOR BULETIN KV MIRI 2023 Salam bahagia dan salam perpaduan, Syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya, terhasil juga naskah pertama Buletin KV Miri 2023 hasil usaha dan tenaga daripada barisan pasukan Buletin KV Miri 2023 yang terdiri daripada 8 orang pensyarah yang proaktif. Terima kasih kepada pihak pentadbiran yang memberikan kepercayaan dan amanah kepada saya untuk menggalas tanggungjawab ini buat kali kedua bagi tahun 2023 ini. Syabas serta terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada seluruh ahli jawatankuasa dan guru-guru yang memberikan kerjasama yang jitu melalui pelaporan yang dihantar tepat pada masanya. Semoga pasukan ini terus memberikan kerjasama yang cemerlang dan padu demi keberhasilan yang membanggakan. Apa yang diharapkan, dengan garapan dan cetusan idea daripada AJK kami melalui buletin ini dapatlah membantu semua warga KV Miri untuk menyimpan sedikit memori dan kenangan terindah sepanjang berada di KV Miri pada tahun 2023 untuk dilekatkan dalam ruangan gubuk ingatan masing-masing. - Ts. Azri bin Said AKTIVITI KHIDMAT KOMUNITI LEMBAGA PENGAWAS HALAMAN 7 AMANAT PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL MIRI WEBINAR PERKONGSIAN ONJOB TRAINING PROGRAM TEKNOLOGI MAKLUMAT HALAMAN 8 Edisi Pertama Januari


2 BARISAN PENTADBIR KOLEJ VOKASIONAL MIRI 2023 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI PERTAMA (JANUARI 2023)


3 LAWATAN TIMBALAN PENGARAH BPLTV Satu lawatan khas daripada Timbalan Pengarah Bahagian BPLTV ke Kolej Vokasional Miri pada 26 Januari 2023. Lawatan yang diketuai oleh Encik Zulkernai bin Fauzi Timbalan Pengarah Kanan Kurikulum & Program TVET Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, bersamasama Encik Muhammad Zaiful bin Zainal Abidin, pegawai di Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM dan Ts. Mohd Hanafiah bin Mohd Hanif bertujuan untuk melihat prasarana dan proses pembangunan di Kolej Vokasional Miri. Sepanjang lawatan, kesemua delegasi telah dibawa untuk melawat ke semua bengkel vokasional dan dijamu di dalam sebuah jamuan tengah hari sebelum lawatan tamat pada jam 3.30 petang. PENGHARGAAN BUAT MANTAN TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI PERTAMA (JANUARI 2023)


4 MAJLIS MAKAN MALAM SULAMAN KASIH JUNJUNGAN BUDI Majlis makan malam bersempena meraikan perpisahan dan penghargaan kepada mantan Timbalan Pengarah Akademik, En. Sahibi bin Salleh yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah dan akan bertugas di KV Bintulu. Majlis ini turut meraikan persaraan Puan Asiah, AKP yang akan menamatkan perkhidmatan pada 9 Februari serta meraikan dan mengalu-alukan kedatangan Tuan Pengarah KV Miri yang baharu iaitu Encik John Anak Atong. Majlis ini telah dijalankan pada 14 Januari 2023 bertempat di Restoran PROGRAM KUNJUNG BANTU PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MIRI P rogram Kunjung Bantu Pejabat Pendidikan Daerah Miri (PPD Miri) merupakan salah satu inisiatif daripada PPD Miri untuk memberikan semangat, motivasi dan juga bantuan kepada Kolej Vokasional untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan dapat mencapai KPI yang cemerlang. Selain itu, program ini juga adalah untuk mewujudkan jalinan silaturahim yang utuh dan kukuh antara PPD Miri dan Kolej Vokasional Miri. Program ini dihadiri oleh 5 orang Pegawai PPD Miri yang diketuai oleh Puan Mariam binti Hj.Monek Pegawai Pendidikan Daerah Miri dan semua pelajar KV Miri. Program ini berjalan dengan lancar dan pelajar lebih bersemangat untuk berjaya. K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI PERTAMA (JANUARI 2023)


5 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI PERTAMA (JANUARI 2023) LATIHAN AMALI MPI2032 (ASAS EDM DIE SINKING) DAN PEMESINAN CNC-LARIK (MPI2023) DI KOLEJ VOKASIONAL BINTULU Latihan Amali MPI2032 (Asas EDM Die Sinking) dan Pemesinan CNC-Larik (MPI2023) di Kolej Vokasional Bintulu telah diadakan pada 16 Januari 2023 sehingga 19 Januari 2023. Seramai 2 orang pensyarah Program Teknologi Pemesinan Industri iaitu Encik Mohd Hanafi Bin Nohani dan Ts. Karmila Binti Yahdi telah mengetuai rombongan 26 orang pelajar 1 SVM MPI ke Kolej Vokasional Bintulu. Perjalanan telah dimulakan seawal 10:00 pagi dari Kolej Vokasional Miri pada 15 Januari 2023 dengan menggunakan bas yang telah disewa daripada Syarikat Pengangkutan Multiple Plus Enterprise. Penginapan para pensyarah dan pelajar adalah berada di UPM Bintulu untuk tempoh 5 malam. Para pelajar telah memulakan sesi amali pada jam 7:30 pagi dengan sesi pengenalan kepada mesin CNC EDM Die Sinking dan CNCLathe. Pensyarah dari KV Bintulu telah bertindak sebagai Instructor iaitu Encik Pui Jak Joon. Banyak ilmu yang telah dikongsi dan dicurahkan sepanjang aktiviti amali berlangsung. Para pelajar juga menjalankan latihan hands on untuk keduadua mesin. Latihan amali ini adalah sebagai memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak JPK sebagai memenuhi NOSS tahap 2, SKM serta memenuhi Course Outline (CO) MPI2023 & MPI2032. Latihan amali tamat pada 19 Januari 2023. Para pelajar dan pensyarah berangkat pulang ke KV Miri pada jam 12:00 tengah hari. Latihan amali ini telah banyak memberi manfaat dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar.


6 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI PERTAMA (JANUARI 2023) PELANCARAN SPK KV MIRI TAHUN 2023 Sebuah majlis pelancaran ringkas Sistem Pengurusan Kualiti KV Miri Tahun 2023 telah dijalankan pada 18 Januari 2023 bertempat di Dewan Permata KV Miri. Ucapan dimulakan dengan salam SPK. Kepentingan SPK telah diterangkan dengan padat dan ringkas kepada pelajar dan pensyarah. Penubuhan SPK KV Miri adalah sejajar dengan kehendak BPLTV dalam mematuhi proses akreditasi program melalui pengiktirafan MQA dan MBOT . Pelancaran SPK KV Miri juga dijalankan sebagai tanda komitmen pihak pengurusan KVKPM untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti Kolej Vokasional. Semasa pelancaran dijalankan, penyelaras memaklumkan bahawa link baharu SPK KV Miri adalah sama seperti tahun yang sudah. Maklum balas mengenai pelancaran ini telah diedarkan di pautan https://bit.ly/ MAKLUMBALAS_PELANCARANSPKOSHEKSA2023 PELANCARAN EKSA KV MIRI TAHUN 2023 Majlis pelancaran EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) telah berlangsung di Dewan Permata KV Miri pada 18 Januari 2023. Majlis Pelancaran EKSA dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Penyelaras EKSA KV Miri, Puan Flora Balang. Beliau memberi peringatan semula tentang kepentingan amalan EKSA di persekitaran kolej kepada semua pensyarah dan pelajar. Simbolik pelancaran dijalankan dengan majlis menandatangani kain rentang. Majlis ini juga menunjukkan komitmen semua warga KV Miri dalam pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dalam persekitaran kolej bagi mewujudkan suasana yang kondusif dan ceria. Antara objektif program ini adalah untuk menyampaikan maklumat dan pendedahan mengenai pelaksanaan EKSA di KV Miri kepada semua pensyarah dan pelajar dan menjalankan simbolik pelancaran EKSA bagi memenuhi keperluan audit EKSA dan pensijilan MAMPU.


7 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI PERTAMA (JANUARI 2023) PELANCARAN OSH (OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH) KV MIRI 2023 Pelancaran OSH atau Occupational Safety and Health turut telah dijalankan pada 18 Januari 2023 bertempat di Dewan Permata KV Miri. Ucapan dimulakan dengan salam OSH. Kepentingan OSH telah diterangkan dengan padat dan ringkas kepada pelajar dan pensyarah. Pelancaran OSH KV Miri adalah sebagai tanda pematuhan KV Miri terhadap Akta KKP serta sejajar dengan kehendak BPLTV dalam mematuhi proses akreditasi program melalui pengiktirafan MQA dan MBOT. Pelancaran OSH KV Miri juga dijalankan sebagai tanda komitmen pihak pengurusan KVKPM untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti Kolej Vokasional. Semasa pelancaran dijalankan, penyelaras memaklumkan bahawa MOTTO OSH yang baharu ialah “ARRIVE SAFE, WORK SAFE AND GO HOME SAFE” . Maklumbalas mengenai pelancaran ini telah diedarkan di pautan https://bit.ly/ AKTIVITI LEMBAGA PENGAWAS KOLEJ VOKASIONAL MIRI BERSAMA PENYELARAS UNIT SPK KV MIRI: MENYEDIAKAN PENCUCI TANGAN KEPADA WARGA KOLEJ VOKASIONAL JANUARI 2023 Sebuah aktiviti anjuran lembaga pengawas yang berkolaborasi bersama Penyelaras Unit SPK KV Miri telah dijalankan pada 4, 5,17 dan 18 Januari 2023 bertempat di Makmal Sains. Program ini dibuat untuk mencapai objektif penubuhan badan pengawas iaitu mengadakan aktiviti yang memberi impak positif kepada pelajar. Pelajar didedahkan pembuatan sabun cecair untuk diagihkan sebagai kegunaan warga KV Miri sambil membantu mencegah penyakit yang berjangkit. Selain itu objektif utama program ini dijalankan adalah sebagai salah satu aktiviti khidmat komuniti Lembaga Pengawas kepada warga kolej Vokasional Miri. Aktiviti yang seumpama ini perlu diteruskan pada masa akan datang bagi menggalakkan para pelajar menabur khidmat bakti dan memberi sumbangan berbentuk tenaga agar ia dapat dimanfaatkan kepada seluruh masyarakat.


8 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI PERTAMA (JANUARI 2023) WEBINAR PERKONGSIAN ON-JOB TRAINING BERSAMA ALUMNI PROGRAM TEKNOLOGI MAKLUMAT Sebuah perkongsian mengenai On-Job Training anjuran Alumni Program Teknologi Maklumat telah dijalankan secara atas talian pada 28 Januari 2023 melalui platform google meet. Antara objektif utama penganjuran webinar ini adalah untuk memberi pendedahan awal mengenai On-Job Training serta kepentingannya sebagai persediaan untuk melalui alam kerjaya. Selain itu webinar ini turut mendedahkan dan mengenal pasti skop dan bidang tugas semasa menjalani On-Job Training khasnya bagi bidang Teknologi Maklumat. Ini adalah bagi memastikan setiap pelajar Tahun Akhir Diploma memilih tempat atau organisasi latihan yang bersesuaian dan bertepatan dengan bidang yang dipelajari di Kolej Vokasional Miri. Webinar ini dirasmikan oleh Ketua Jabatan Teknologi Maklumat KV Miri merangkap Penasihat Alumni Program Teknologi Maklumat iaitu Ts. Azri bin Said. Dua orang panel dari alumni iaitu Ghafar Wong Onn Siong dari kohort 2018 dan Azani bin Dorahman dari kohort 2016 dijemput bagi berkongsi mengenai pengalaman serta tips-tips penting semasa menjalani OJT kepada pelajar semester akhir di KV Miri. Turut hadir memberikan sokongan bagi program ini adalah Timbalan Pengarah Akademik Cik Kurniawati binti Ilias. Aktiviti perkhidmatan mencuci kereta ini dijalankan bagi mempromosikan “School Enterprise” Program Teknologi Automotif Kolej Vokasional Miri. Selain itu, aktiviti ini dijalankan oleh pelajar SVM Sem 4 sebagai salah satu aktiviti praktikal dalam modul MTA4012- Penyeliaan Bengkel. Tidak ketinggalan, pelajar Diploma Sem 2 juga turut serta menjalankan aktiviti ini sebagai pendedahan aktiviti keusahawanan yang sejajar dengan sasaran Kolej Vokasional melahirkan graduan yang menceburi bidang Tekno-Usahawan. Di samping itu, aktiviti ini dijalankan sebagai pendapatan tambahan bagi kegunaan pelajar dan keperluan bengkel. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah cucian berbuih (snow wash), mengilat tayar (tyre waxing) dan pembersihan dalaman kereta (car interior cleaning). “AUTOMOTIVE CAR WASH” PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMOTIF KV MIRI (SCHOOL ENTERPRISE)


9


10 K O L E J V O K A S I O N A L M I R I EDISI PERTAMA (JANUARI 2023) 1. Pelancaran EKSA 2. Pelancaran SPK 3. Pelancaran OSH 4. Lawatan Timbalan Pengarah BPLTV 5. Program Kunjung Bantu PPD Miri 6. Latihan Amali Program MPI di KV Bintulu 7. Program SE Bengkel Automotif 8. Aktiviti Lembaga Pengawas : Menyediakan Pencuci Tangan Untuk Warga KV Miri 9. Majlis Makan Malam Sulaman Kasih Junjungan Budi 10. Webinar Sembang Santai OJT Program Teknologi Maklumat PUAN MUNA WARAH BINTI HJ. NUKMAN PENYELARAS, SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) KOLEJ VOKASIONAL MIRI


Click to View FlipBook Version