PPeennghasilan ghasilan PPrroodduukk NAMA : AHMAD MURSYIDDEN BIN MOHD YUSOF KUMP.AKADEMIK : BAHASA MELAYU 1 ANGKA GILIRAN : 2022272310002 NO KAD PENGENALAN: 041019-08-0719 NAMA PENSYARAH: ENCIK UMAR BIN AHMAD TARIKH SERAHAN: 20 MAC 2023 BMMB1134 KETERAMPILAN BERBAHASA
FOKUS UTAMA : 1) APAKAH ITU KETERAMPILAN BERBAHASA? 2) HALANGAN DAN ISU DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA 3) GLOBALISASI : TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN االلسسالالمم ععللييككمم دداانن سسالالممتت ددااتتڠڠ
MUQADIMAH Umum mengetahui bahawa komunikasi amat penting dalam kehidupan seharian manusia kerana ia digunakan untuk menyampaikan maklumat, berhubung dan sebagainya. Pentingnya komunikasi ini kerana ia melibatkan proses pertukaran maklumat, pendapat, dan perasaan daripada seseorang kepada orang lain. Namun begitu, komunikasi memerlukan kemahiran bahasa untuk menyampaikan sesuatu dengan berkesan. Keterampilan berbahasa ialah kebolehan untuk mengatakan atau menyampaikan sesuatu kepada orang lain, dan keterampilan berbahasa terdiri daripada tiga aspek iaitu bertutur, membaca, dan menulis. Secara amnya, keterampilan bahasa ini sangat diperlukan dalam masyarakat kerana bahasa digunakan secara meluas dalam masyarakat dan kemahiran bahasa perlu diterapkan kepada orang ramai demi proses komunikasi yang berjaya antara mereka semua. Sehubungan dengan itu, keterampilan bahasa ini juga penting sebagai model untuk meningkatkan kemahiran intelek, peribadi dan sosial seseorang, seterusnya memudahkan kehidupan seharian serta dapat memangkin perkembangan sosial.
AAppaakkaahh iittuu kkeetteerraammppiillaann bbeerrbbaahhaassaa?? 012-3456789 IPG Kampus Pulau Pinang Definisi Keterampilan Berbahasa Fungsi Keterampilan Berbahasa Prinsip Keterampilan Berbahasa Kepentingan Keterapilan Berbahasa
Kamus Dewan (2018) mentakrifkan keterampilan bermaksud kecekapan, kemampuan yang tinggi. Definisi bahasa pula ialah mempunyai bahasa, memakai menggunakan bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa. Definisi yang sinonim menurut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2015) ialah cekap, cetakan, cegak, cergas, pantas, tangkas, campin. Kesimpulannya, keterampilan berbahasa bermaksud kecekapan dan kebolehan yang tinggi ketika berbahasa melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis bagi menyampaikan sesuatu mesej sama ada secara lisan mahupun bertulis dalam urusan pekerjaan atau seharian seseorang. DDeefinisi Keterampilan Berbahasa finisi Keterampilan Berbahasa
Membantu dalam memperoleh maklumat - dengan memahami dan mengingat supaya mesej yang diperoleh memenuhi hasrat penyampai. Membantu dalam menguasai maklumat - dengan mengaplikasi, menganalisis, menilai, mentaksir dan merefleksi. Membantu dalam mengadaptasi maklumat tersebut dalam konteks situasi baharu yang sebenarnya. Membantu dalam menghasilkan maklumat bagi membina kecekapan berbahasa yang tinggi dengan menghasilkan idea baharu ke arah penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian atau pekerjaan. FFuungsi Keterampilan Berbahasa ngsi Keterampilan Berbahasa
Bertujuan dan ada matlamat. Belajar daripada kesilapan. Mempunyai tatacara yang betul dan sistematik. Penguasaan aspek tatabahasa yang tinggi. PPrrinsip Keterampilan Berbahasa insip Keterampilan Berbahasa
BIDANG PENTADBIRAN Pentadbir memerlukan kecekapan berbahasa yang tinggi dalam organiasi bagi memastikan organisasi mencapai visi dan misi. Tanpa keterampilan berbahasa yang tinggi akan menimbulkan konfliks dalam organisasi kerana sistem penyampaian kurang berkesan sama ada dalam kalangan pentadbir bawahan mahupun pentadbir atasan. Bidang pentadbiran meliputi aspek dalam kerajaan mahupun dalam swasta, sama ada dalam unit kecil mahu yang berskala besar. Kepentingan Keterampilan Berbaha Ke sa pentingan Keterampilan Berbahasa BIDANG PEKERJAAN Dalam bidang pekerjaan keterampilan berbahasa amat diperlukan tidak kira apa sahaja kerjaya seseorang. Setiap pekerja akan berinteraksi setiap hari dan pada setiap masa dengan sesiapa sahaja yang mereka hadapi lebih-lebih lagi mereka yang berkaitan dengan pekerjaan mereka ketika berurusan dengan mereka. Tanpa kecekapan bahasa yang tinggi, seseorang itu akan diklasifikasikan sebagai pekerja yang kurang kompeten dan efisien dalam melaksanakan tugas. BIDANG SOSIAL Bidang sosial ialah berkaitan dengan aktiviti sosial yang kita lalui dalam kehidupan seharian selain aktiviti yang berkaitan dengan pentadbiran dan pekerjaan. Kecekapan berbahasa dalam melaksanakan aktiviti sosial cukup penting sebagai warga negara yang hidup dengan harmoni dan sejahtera. Tanpa ada kecekapan berbahasa dalam melayari kehidupan seharian, seseorang itu akan menghadapi masalah dalam masyarakat. Masalah yang berlaku berpunca daripada salah faham yang menyebabkan berlaku masalah dan konflik hanya kerana kurang beketerampilan dalam berbahasa.
HHaallaannggaann & Isu Keterampilan Berbahasa
HHaallaanngan Dialek gan Dialek disebabkan oleh faktor geografi dipanggil loghat atau dialek. Perbezaan atau kelainan tersebut dapat dilihat berdasarkan kawasan permastautinan kumpulan penutur yang berbeza-beza. Faktor tidak semua orang memahami dialek yang digunakan. risiko berlaku salah faham sangat tinggi. boleh menimbulkan rasa tidak selesa kepada mereka yang tidak faham dialek tersebut. menyebabkan suasana canggung ketika berbual. BAGAIMANA IA MAMPU MENGHALANG KETERAMPILAN BERBAHASA ?
HHaallangan Persekitaran angan Persekitaran mengelakkan lokasi yang tidak selesa dan kondusif seperti terlalu bising, panas dan sempit sebagai tempat untuk berucap. melakukan persediaan dan perancangan terlebih dahulu dengan mengambil kira faktor lokasi, masa dan cuaca supaya pengumuman yang disampaikan dapat diterima dengan jayanya Solusi situasi yang bising dan tidak selesa akan menggangu fokus pendengar untuk menerima maklumat. persekitaran yang kurang selesa akan menyebabkan emosi si penyampai dan pendengar akan terganggu. BAGAIMANA IA MAMPU MENGHALANG KETERAMPILAN BERBAHASA ?
HHaalangan Fizikal langan Fizikal mengelakkan lokasi yang tidak selesa dan kondusif seperti terlalu bising, panas dan sempit sebagai tempat untuk berucap. melakukan persediaan dan perancangan terlebih dahulu dengan mengambil kira faktor lokasi, masa dan cuaca supaya pengumuman yang disampaikan dapat diterima dengan jayanya Kurang Upaya Media massa sentiasa menyiarkan iklan mengenai lambang-lambang bahasa isyarat agar masyarakat dapat memahaminya dengan pantas dan efektif. BAHASA ISYARAT KEKURANGAN KEMUDAHAN Pihak sekolah boleh melaksanakan kutipan dana bagi melengkapkan kekurangan yang dapat merencatkan proses PdP di sekolah
PPeennggunaan Slanga ggunaan Slanga Slanga merupakan bahasa yang tidak formal dan dituturkan dalam sesuatu kelompok masyarakat. Namun begitu, penggunaan slanga ini boleh merebak keluar daripada kelompok asalnya sehingga mudah difahami oleh kelompok yang lain. Apakah itu slanga? Mencemar dan merosakkan bahasa ibunda Maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan Keindahan bahasa tidak dapat diwariskan kepada generasi mendatang Mewujudkan kosa kata baharu KESAN PUNCA-PUNCA Pengaruh rakan sebaya Pengaruh media massa/media sosial Menyanjungi budaya luar Kurang pendedahan tatabahasa Kurang penekanan dalam pendidikan di sekolah.
KKeessantunan Berbahasa antunan Berbahasa Kesantunan dapat dedifinisikan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Kesantunan berbahasa berlaku dalam perbualan yang digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha untuk mengekalkan keharmonian dalam komunikasi. Memberikan didikan agama. Memberikan didikan moral. Pendidikan sivik dan kewarganegaraan. Memberikan teguran. Ibu bapa dan guru bertutur menggunakan bahasa yang sopan. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan anak-anak. Ibu bapa memastikan anak-anak berkawan dengan rakan yang menjaga tutur kata. Menerapkan penggunaan kata panggilan yang betul kepada anak sejak mereka kecil. CARA-CARA MENERAPKAN KESANTUNAN DALAM BERBAHASA
GGLLOOBALISASI BALISASI Teknologi Dalam Pendidikan Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya. Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi. Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami.
TTeerriimmaa Kasih
Ab. Rahman Ab. Rashid, Y. K. (1997). PENGAJIAN MELAYU 1. Longman Malaysia Sdn. Bhd. Khairuddin Mohamad & Zaridah Ramli. (2015). Literasi Bahasa Melayu (Edisi Kedua). Oxford Fajar Sdn. Bhd. Siti Sulistyani Pamujii. (2021). Keterampilan Berbahasa. Guepedia Group Sdn. Bhd. Fariza Md. Sham, Rohana Tan, Mohd Najib Adun, Azmah Ishak, Hamidah Erman, Rohazaini Hasan, Siti Noraida Sood & Harun Bintang. (2018). Penggunaan Bahasa Melayu dalam Pengurusan dan Pentadbiran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dimuat turun datipada http://journalarticle.ukm.my/13588/1/21010-69272-1-PB.pdf Ina Magdalena, Nurul Ulfi & Sapitri Awaliah. (2021). Analisis Pentingnya Keterampilan Berbahasa Pada Siswa Kelas IV di Sdn Gondrong 2. Dimuat turun daripada file:///C:/Users/user/Downloads/1336-Article%20Text-3100-1-10-20210719.pdf Nurul Istiqoh. (2020). Peningkatan Kemampuan Menulis Pantun Dengan Model THINK PAIR SHARE Di Kelas VII-A MTs Pesantren Pembangunan Majenang Kabuten Cilacap Tahun Pembelajaran 2018/2019. Dimuat turun daripada file:///C:/Users/user/Downloads/2246-22100-1-PB.pdf Rujukan