The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asrah170381, 2023-04-30 04:59:03

TENTATIF PERKAHWINAN

JUMAAT 05052023

ATURCARA MAJLIS PERKAHWINAN Nurfarina & Razie WALIMATUL URUS Jumaat 05.05.2023 14 Syawal 1444 H 7: 00 mlm Ketibaan tetamu jemputan Ketibaan rombongan pengantin lelaki Jamuan 7:30 mlm Pengantin berarak masuk (majlis persandingan) Bacaan doa Ucapan Tuan Rumah Persembahan- dendangan lagu (selamat pengantin baru) Persembahan – tarian tradisional (wakil pengantin perempuan) Persembahan – tarian tradisional (wakil pengantin lelaki) Persembahan – ibubapa pengantin. Persembahan – tarian igal-igal pengantin. Persembahan wakil para tetamu 9:30 mlm Pengantin bersalaman dengan tetamu Sesi photografi… 10: 30 mlm Majlis bersurai


Teks Emcee Kahwin - Teks Pengacara Majlis Perkahwinan SKRIP EMCEE MAJLIS PERKAHWINAN <PANTUN KETIBAAN> Sirih junjung berhias indah Sekacip pinang pembuka kata Bunga manggar kilau bercahaya Datang berkunjung ke majlis meriah Sejarah terukir nilai permata Lembaran sejarah kini bermula Hadirin sekalian, bersama-sama kita memberi tumpuan di pintu gerbang masuk utama perkarangan yang serba indah ini ketibaan pasangan pengantin untuk bersemayam disinggahsana <SELAWAT TASLIM SEMASA DI PINTU GERBANG> Berjalan menuju ke pelamin yang tersergam indah di hadapan, pasangan pengantin yang cantik lagi menawan, yang segak juga rupawan, pasangan Raja Sehari; NAMA PENGANTIN LELAKI bersama pilihan hatinya NAMA PENGANTIN PEREMPUAN


<PENGANTIN BERJALAN KE PELAMIN DIIRINGI LAGU PILIHAN> <PENGANTIN DUDUK DI PELAMIN> Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamu `Alaikum W.B.T. doa nabi musa Pijat meniti di sarang kerengga Anak murai saja berlari Hajat hati sekalian keluarga Hendak merai raja sehari Yang dihormati barisan vip, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekalian, bagi pihak keluarga TUAN ........ dan Puan ........... (NAMA TUAN RUMAH / IBU AYAH PENGANTIN), saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan pada malam ini, teruatama keluarga rombongan yang diketuai oleh Encik ........ dan Puan ........ (KETUA ROMBONGAN / IBU AYAH PENGANTIN) Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian amatlah bermakna dan dapat menyerikan lagi majlis kita pada malam ini. Burung Nuri hinggap di balai


Balai seri buatan Pak Tua Tempat berehat rakan dan taulan Duduk tersenyum kedua mempelai Menadah tangan memanjatkan doa Moga jodoh sentiasa berkekalan Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh NAMA PEMBACA DOA. <BACAAN DOA> Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi. Seterusnya, bagi menyempurnakan majlis kita pada malam ini, Dijemput, en, efendy bin basaru sebagai wakil Tuan Rumah untuk memberikan ucapan alu-alu an. Dipersilakan. Ucapan. Pck entong Hadirin sekalian, pasangan pengantin baru yang diraikan pada malam ini NAMA PENGANTIN telahpun mengikat tali pertunangan pada ...... (TARIKH PERTUNANGAN). Dan seterusnya pasangan ini disatukan dalam ikatan pernikahan yang dituntut oleh agama pada ...... (TARIKH PERNIKAHAN). Hari ini (TARIKH MAJLIS BERLANGSUNG), bertempat di (TEMPAT MAJLIS BERLANGSUNG) ini, akan menjadi saksi detik-detik bersejarah


pasangan mempelai ini, kerana mereka akan diraikan oleh sekalian keluarga dan sahabat handai. Semoga ianya akan menjadi ingatan dan kenangan yang terindah untuk dibawa hingga ke anak cucu hendaknya. Berdua bersama mencari renda Dapatlah satu di Inderagiri Doa restu daripada ahli keluarga Agar masjid dibina kekal berdiri Baiklah, kita teruskan majlis dengan acara persembahan nanyian lagu selamat pengantin baru yang akan didendangkan oleh ............ Menyanyi. Seterusnya, persembahan tarian tradisional, tarian igal-igal. Dengan itu, saya menjemput: – tarian tradisional (wakil pengantin perempuan) – tarian tradisional (wakil pengantin lelaki) – ibubapa pengantin. Anak teruna mengail patin Mengail patin di tepi titi Senyum terukir pasangan pengantin Tanda gembira penuh di hati


Demikianlah tadi, persembahan yang menarik daripada kedua belah pihak, bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan dua sejoli yang segak dan cantik di singgahsana. Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada malam ini iaitu persembahan igal-igal dari pasangan pengantin yang diraihkan. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin NAMA PENGANTIN untuk memeriahkan majlis persandingan mereka, pada malam ini dengan persembahan igal-igal pengantin baru. -Bersalin pakaianhadirin/hadirat yang dirahmati sekalian, selamat datang kami ucapkan kepada yang baru sahaja sampai, jemput duduk, jemput makan. janganlah malu janganlah segan untuk sama–sama menikmati juadah enak yang disediakan. Dan tidak lupa juga, penghargaan kami kepada tuan puan, yang hadir dan masih bertahan untuk memeriahkan kelansungan majlis kita pada malam ini. Sementara kita menunggu keberangkatan tiba pengantin yang diraihkan semula di singgahsana. Marilah kita meneruskan majlis kita, dengan persembahan daripada wakil-wakil setiap kampung. inyaAllah. <JAMUAN MAKAN> Pengantin turun Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama. Tiup serunai di atas kota Uda memupuk bunga melati


Mula kenal kemudian bercinta Cinta tersemai di dalam hati Inilah yang dikatakan umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai ke destinasinya Baiklah, dijemput pasangan mempelai kita yang diraikan pada malam ini untuk bersalaman dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Tanda terima kasih atas kesudian menghadiri majlis kita yang tidak seberapa ini. Terima kasih meluangkan masa, terima kasih berkorban wang datang kemajlis persandingan ke2 mempelai pada malam ini. <PENGANTIN BERAMAH MESRA DENGAN TETAMU> Majlis diteruskan lagi dengan acara selanjutnya iaitu sesi fotografi pasangan mempelai di atas pelamin. Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan keluarga rombongan terlebih dahulu untuk bergambar bersama pengantin di atas pelamin. <SESI BERGAMBAR KELUARGA ROMBONGAN> Seterusnya dijemput pula keluarga tuan rumah untuk bersama-sama pengantin di atas pelamin untuk acara bergambar kenang-kenangan.


<SESI BERGAMBAR TUAN RUMAH> Majlis diteruskan dengan sesi bergambar bersama saudara-mara dan sahabat-handai yang turut hadir ke majlis ini. Dipersilakan. <SESI BERGAMBAR BERSAMA PARA TETAMU> <BACA TEKS DI BAWAH JIKA TIADA YANG NAK BERGAMBAR DI PELAMIN> Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari NAMA PENGANTIN dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan majlis kita pada malam yang penuh keberkatan ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Yang baik datangnya dari Allah. Yang buruk adalah dari kelemahan saya sendiri. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.


Click to View FlipBook Version