ADAB TERHADAP
ORANG TUA DAN
RAKAN
ISI KANDUNGAN
Konsep : adab ………………………………………………………….... 2
Konsep : orang tua dan rakan …………………………..... 3
Abad terhadap orang tua ……………………………………. 4
Potongan Ayat al-quran tentang orang tua ….. 5
Hikmah beradab terhadap orang tua …………….... 6
Adab terhadap rakan …………………………………………… 7
Hikmah beradab terhadap rakan ………………………. 8
Kesimpulan ………………………………………………………………… 9
1
KONSEP
ADAB : adab adalah sebuah akhlak mulia dalam
bentuk tingkah laku, tabiat atau aturan yang didasarkan pada
norma maupun agama. Adab berasal dari bahasa arab yang
artinya pendidikan atau mendidik. Sedangkan menurut
bahasa Yunani, adab artinya kebiasaan atau etika. Pada
intinya, adab adalah sebuah perilaku yang menunjukkan
kehalusan dan kebaikan budi pekerti; kesopanan; akhlak
untuk mendidik diri sendiri agar menjadi orang yang paham
aturan dan bertanggungjawab.
2
KONSEP
ORANG TUA : Orang tua adalah orang yang lebih tua umurnya
daripada kita, dan lebih berpengetahuan, lebih bertakwa dan
beragama, lebih berkedudukan dan lebih mulia, sekiranya mereka
ikhlas beragama dengan syariat Allah SWT.
RAKAN : rakan adalah sahabat, handai, taulan, teman. Rakan
juga dikenali sebagai kawan dalam sebuah perkongsian
(persatuan, persekutuan, jabatan) atau sesuatu kegiatan dan
pekerjaan.
3
4
Tidak ada seorang muda yang memuliakan seorang yang berumur lebih tua daripadanya,
melainkan akan Allah takdirkan yang dia akan dihormati oleh orang lain ketika tuanya.
(Riwayat at-Tirmizi) Golongan ibu bapa juga termasuk dalam kalangan orang yang lebih tua
usianya daripada kita. Maka, wajiblah kita menghormatinya sesuai dengan perintah Allah
seperti dalam firman-Nya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah
melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang daripada keduanya atau keduaduanya sekali, sampai kepada umur tua
dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang
perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking atau
menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan
5santun). (Surah al-Isra , 17: 23).
HIKMAH BERADAB TERHADAP ORANG TUA
(a) Apabila kita menjaga dan mengamalkan adab dengan
orang tua seperti yang dituntut oleh Islam, maka kita akan
disayangi oleh keluarga, dihormati oleh masyarakat dan
orang yang berada di sekeliling kita;
(b) Hidup akan lebih bahagia, tidak disisihkan oleh
masyarakat kerana kita mengamalkan adab yang terpuji ini;
(c) Mengeratkan hubungan silaturahim antara golongan
muda dan golongan tua, sekali gus pengamalan adab yang
mulia ini meningkatkan rasa penghormatan kepada golongan
yang lebih tua;
6
7
HIKMAH BERADAB TERHADAP RAKAN
Mendapat pahala dan ganjaran kebajikan daripada
Allah SWT kerana menjaga dan menghormati serta
memenuhi hak yang selayaknya untuk rakan
Menjadi contoh dan teladan yang baik khasnya
dalam mencontohi adab yang terpuji ini supaya rakan
tidak rasa disisihkan atau dipinggirkan.
8
KESIMPULAN
Walaupun kita melihat desakan revolusi industri 4.0 adalah satu tuntutan
semasa, namun pembentukan akhlak anak-anak merupakan tuntutan agama
yang utama terhadap kedua ibu bapa atau penjaga selaku guru pertama anak-
anak. Walaupun hari ini ibu bapa dibelenggu kesibukan urusan dunia, anak-anak
tetap perlu diberi perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya. Dalam
membentuk akhlak anak-anak dalam era Revolusi Industri 4.0 yang serba
mencabar ini, selain kawalan dan pendidikan, agama merupakan elemen penting
untuk melahirkan warga yang berguna kepada negara. Penguatkuasaan undang-
undang perlu diperketatkan bagi menghukum mereka yang terlibat dalam
jenayah siber supaya keadaan ini dapat dibendung. Selain itu, kita perlu
mencipta peluang kerana media elektronik masa kini berpotensi menjadi alat atau
menjana sebagai sumber pendapatan
9