SINTAKSIS
Jumaat | Julai 22
Proses Penerbitan Ayat
Oleh Kumpulan 3
KONSEP AYAT TERBITAN
❖ Ayat yang dibina tidak terbatas jumlahnya (infinity)
❖ Terbahagi kepada dua goongan; ayat dasar dan ayat terbitan
❖ Ayat dasar : mempunyai satu subjek dan satu predikat. Binaannya
dibahagi kepada 4 pola
❖ Ayat terbitan : dihasilkan/diterbitkan daripada ayat dasar
mengikut proses tertentu.
PROSES Proses
PENERBITAN AYAT
Penerbitan Ayat
Proses Proses Proses
pengguguran penyusunan peluasan DALAM PROSES PENERBITAN AYAT, BERLAKU
semula PERUBAHAN YANG SISTEMATIK PADA AYAT YANG
TERLIBAT. MAKA ITU, AYAT TERBITAN TIDAK DAPAT
DIPADANKAN DENGAN MANA-MANA POLA AYAT DASAR.
PROSES PENERBITAN AYAT DALAM BAHASA MELAYU
TERBAHAGI KEPADA TIGA JENIS, SEPERTI YANG
DITUNJUKKAN DALAM RAJAH DI SEBELAH.
Jumaat | Julai 22
PROSES Proses Pengguguran
PENGGUGURAN
Pengguguran ialah proses menerbitkan ayat dengan cara
Pengguguran frasa Pengguguran frasa
melakukan penghilangan terhadap sesuatu unsur dalam
nama subjek predikat ayat yang terlibat.
Proses pengguguran dapat dibahagikan kepada empat jenis
iaitu:
Pengguguran frasa Pengguguran kata
nama yang nama yang
mendahului frasa menjadi inti frasa
relatif nama subjek
Jumaat | Julai 22
Pengguguran Frasa Nama Subjek
➢ Mengikut proses ini, frasa nama yang menjadi subjek ayat yang digugurkan
➢ Contoh:
a) Keluar dari sini
b) Jangan duduk di situ
c) Jawab soalan saya
Dalam ayat (a), (b) dan (c), subjek yang terdiri daripada KGND2 dalam ayat perintah (awak & kamu) digugurkan
d) Ali bijak + Ali baik hati > Ali bijak dan baik hati
e) Amir berjaya cemerlang + Amir sabar + Amir gigih berusaha
> Amir berjaya cemerlang kerana sabar dan gigih berusaha
f) Ibu suka memasak + Ibu tidak suka menjahit > Ibu suka memasak tetapi tidak suka menjahit
Dalam ayat (d), (e) dan (f) subjek yang sama dalam ayat kedua atau selepasnya yang mengalami pemajmukan
digugurkan
Jumaat | Julai 22
Pengguguran Predikat
i. PENGGUGURAN SELURUH PREDIKAT
➢ Contoh:
a) Salleh pekerja kilang papan. + Abu pekerja kilang papan = Salleh dan Abu pekerja kilang papan
b) Cikgu Siti sedang mengajar. + Cikgu Rahayu sedang mengajar. = Cikgu Siti dan Cikgu rahayu sedang mengajar
c) Ibu ke Johor Bahru. + Ayah ke Johor Bahru. = Ibu dan Ayah ke Johor Bahru
Seluruh predikat dalam ayat kedua yang digabungkan dengan ayat induk, digugurkan
ii. PENGGUGURAN BAHAGIAN-BAHAGIAN PREDIKAT
➢ Contoh:
a) Kami ditipu oleh orang itu. > Kami ditipu {Pengguguran (oleh + FN) dalam ayat}
b) Baju itu masih cantik. + Baju itu masih boleh dipakai.
> Baju itu masih cantik dan boleh dipakai. {Pengguguran kata bantu yang sama}
c) Penghulu menemui kami. + Penghulu membantu kami.
> Penghulu menemui dan membantu kami. {Pengguguran frasa nama objek}
d) Persembahannya amat mempersonakan kami. > Persembahannya amat mempersonakan.
{Pengguguran FN objek bagi KKT yang mendukung maksud adjektif emotif}
Jumaat | Julai 22
Pengguguran Frasa Nama yang mendahului
Frasa Relatif
➢ Dalam pengguguran jenis ini, kata/frasa nama yang mendahului frasa relatif digugurkan.
➢ Contoh:
a) Pelajar yang sakit itu dibawa ke hospital.
{Yang sakit itu dibawa ke hospital}
b) Budak lelaki yang berbaju putih itu adik saya.
{Yang berbaju putih itu adik saya}
Jumaat | Julai 22
Pengguguran Kata Nama yang Menjadi Inti
Frasa Nama subjek
➢ Dalam proses pengguguran jenis ini, kata nama yang menjadi inti frasa nama subjek
digugurkan.
➢ Contoh:
a) Amalan berbohong boleh merosakkan diri sendiri.
{Berbohong boleh merosakkan diri sendiri}
b) Aktiviti berkebun dapat menyihatkan badan
{Berkebun dapat menyihatkan badan}
Dalam ayat di atas, kata kerja berfungsi sebagai subjek.
Jumaat | Julai 22
PROSES PENYUSUNAN Proses Penyusunan
SEMULA
Semula
Penyusunan Penyusunan Penyusunan
semula semula semula Penyusunan semula ialah proses menerbitkan ayat
frasa nama frasa nama melalui ayat dengan cara mengubah susunan atau kedudukan kata,
subjek objek songsang bentuk atau binaan kata dalam sesuatu ayat mengikut
peraturan tertentu. Dalam hal ini, makna ayat tidak
berubah, tetapi penekaan terhadap sesuatu unsur ayat
berubah.
Terdapat tiga jenis penyusunan semula ayat dalam Bahasa
Melayu, iaitu:
Jumaat | Julai 22
Penyusunan Semula Frasa Nama Subjek
➢ Proses ini berlaku melalui transformasi pasif.
➢ Contoh:
a) Ali menendang bola itu.
Bola itu ditendang oleh Ali.
b) Anjing menggigit orang tua itu.
Orang tua itu digigit oleh anjing.
c) Saya menendang bola itu sekuat-kuat hati.
Bola itu saya tending sekuat-kuat hati.
Jumaat | Julai 22
Penyusunan Semula Frasa Nama Objek
➢ Proses ini terjadi pada ayat-ayat yang mengandungi dua jenis objek, iaitu objek tepat dan objek sipi
➢ Contoh:
a) Alis menghadiahi Syafiqah sebuah buku.
{Alis menghadiahkan sebuah buku kepada Syafiqah.}
b) Abang memberi ibu wang.
{Abang memberikan wang kepada ibu.}
c) Allah mengurniakan kita rahmat.
{Allah mengurniakan rahmat kepada kita.}
Jumaat | Julai 22
Penyusunan Semula Melalui Ayat Songsang
➢ Ayat yang mengandungi keterangan tempat, masa, syarat, musabab dan seumpanya boleh disongsangkan
apabila keterangan itu hendak difokuskan.
➢ Contoh:
a) Orang tua itu pergi ke sungai.
Ke sungai orang tua itu pergi.
b) Salim tidak datang ke sekolah kerana dia sakit.
Kerana dia sakit, Salim tidak dapat datang ke sekolah.
Jumaat | Julai 22
JENIS-JENIS PELUASAN Proses Peluasan
Peluasan frasa Peluasan frasa Proses peluasan merupakan satu cara untuk meluaskan
nama subjek nama predikat
ayat, iaitu dengan memberikan maklumat tambahan
kepada bahagian-bahagian ayat, sama ada bahagian subjek
atau predikat.
Ayat yang terhasil daripada peluasan itu ialah ayat majmuk.
Peluasan dengan Peluasan melalui
kata hubung komplementasi
Peluasan frasa nama subjek
1. Berlaku malalui proses relativisasi
• Relativisasi- proses pemancangan ayat ke dala satu ayat lain sebagai frasa relatif
kepada subjek ayat yangbmenerima pancangan
• Frasa relatif berbentuk dengan menggunakan pekataan kata ‘yang’.
Contoh ayat :
1. Perempuan itu memakai cermin mata.
2. Perempuan itu merupakan adik saya.
(FN)
3. Perempuan yang memakai cermin mata itu merupakan adik saya.
1) Pengurus itu menjaga kebajikan pekerjanya.
2) Pengurus itu baik hati.
(FN)
3) Pengurus yang baik hati itu menjaga kebajikan pekerjanya.
Jumaat | Julai 22
2. Peluasan frasa predikat
• Frasa nama yang mengalami relativisasi berfungsi sebagai subjek dalam ayat yang akan
dipancangkan.
1. Abang membeli kereta baru itu.
2. Kereta baru itu canggih.
(Subjek) (Frasa Predikat)
3. Abang membeli kereta baru yang canggih itu.
1. Pihak polis sedang memburu pemburu itu.
2. Pembunuh itu kejam.
(Frasa Nama) (Frasa Predikat)
2. Pihak polis sedang memburu pembunuh yang kejam itu.
Jumaat | Julai 22
3. Peluasan dengan kata hubung
• Berlaku katika proses penggabunga ayat yang melibatkan dua konstituen yang sama dengan
menggunakan kata hubung seperti dan, tetapi, kerana, jika, walaupun dan sebagainya.
1. Abang tidak bermain bola.
2. Abang sakit perut
3. Abang tidak bermain bola kerana sakit perut.
1. Aras air di empangan itu masih rendah.
2. Hujan turun dengan lebatnya.
3. Aras air di empangan itu masih rendah walaupun hujan turun dengan lebatnya.
Jumaat | Julai 22
4. Peluasan melalui proses komplementasi
• Proses komplementasi - proses yang mengubah sesuatu ayat menjadi satu frasa nama, dan
memancangkannya pada suatu ayat yang lain sehingga menghasilkan peluasan kepada ayat
tersebut.
• Menggunakan ‘bahawa’ dan ‘untuk’
Contohnya:
1. Dr. Jaafar menegaskan sesuatu.
2. Kesihatan bapanya akan pulih.
3. Dr. Jaafar menegaskan bahawa kesihatan bapanya akan pulih.
Kesihatan bapanya akan pulih berupah fungsinya menjadi frasa nama dan dipancangkan kepada
binaan Dr. Jaafar menegaskan sesuatu. Perkataan bahawa dimaksudkan sebagai tanda berlakunya
proses komplementasi.
1. Dia memberitahu sesuatu.
2. Dia akan ke luar negara.
3. Dia memeberitahu bahawa dia akan ke luar negara
Jumaat | Julai 22
Proses transformasi relativisasi hanya dapat berlaku dalam keadaan-
keadaan yang berikut:
• Ayat terbitan bersifat peluasan berlaku sebagai hasil daripada pelaksanaan transformasi
komplementasi terhadap frasa kerja.
a) Kedua-dua subjek frasa nama itu serupa atau beridentiti sama.
b) Frasa nama dalam ayat dipancangkan hendaklah berfungsi sebagai subjek.
Contoh,
1. Kami pergi.
2. Kami menonton wayang.
3. Kami pergi menonton wayang.
1. Kereta itu kereta Puan Linda.
2. Kereta itu berwarna biru.
3. Kereta yang berwarna biru kereta Puan Lina.