The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SKANDAL BOLA SEPAK MALAYSIA 1994 (INTEGRITI DAN ANTI RASUAH)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zarifah Nazirah, 2023-05-23 08:25:14

SKANDAL BOLA SEPAK MALAYSIA 1994 (INTEGRITI DAN ANTI RASUAH)

SKANDAL BOLA SEPAK MALAYSIA 1994 (INTEGRITI DAN ANTI RASUAH)

TUGASAN MPU34102 INTEGRITI DAN ANTI RASUAH SEMESTER FEBRUARI 2023 TAJUK : INSIDEN RASUAH BOLA SEPAK TEMPATAN TAHUN 1994 DISEDIAKAN OLEH : AIDA BINTI NASIR - BETA 54215223076 NURUL NASUHA BINTI SHAHARUDDIN - BETA 54215223077 NUR SARAH SYAZWANA BINTI ABDUL RAZAK - BBT 54221223065 NURUL FAHANA BINTI ZAMRI - BEME 54220223046 NUR SYAIKHAH ARWA BINTI FARID FAISAL - BBT 54221223001 ZARIFAH NAZIRAH BINTI AZHAR - BBT 54221223038 NUR JANNAH BINTI JASNI - BBT 54221223020 NURUL FASIHAH BINTI AHMAD NAZRI - BEME 54220223035


AHLI KUMPULAN NAMA : NURUL NASUHA BINTI SHAHARUDDIN ID PELAJAR : 54215223077 KURSUS : BACHELOR OF ENGINEERING TECHNOLOGY (HONS) IN APPLIED ELECTRONICS NAMA : AIDA BINTI NASIR ID PELAJAR : 54215223076 KURSUS : BACHELOR OF ENGINEERING TECHNOLOGY (HONS) IN APPLIED ELECTRONICS NAMA : NUR SARAH SYAZWANA BINTI ABDUL RAZAK ID PELAJAR : 54221223066 KURSUS : BACHELOR OF BUSINESS TECHNOLOGY (HONOURS) IN AUTOMOTIVE MANAGEMENT


NAMA : NUR SYAIKHAH ARWA BINTI FARID FAISAL ID PELAJAR : 544221223001 KURSUS : BACHELOR OF BUSINESS TECHNOLOGY (HONOURS) IN AUTOMOTIVE MANAGEMENT NAMA : NURUL FAHANA BINTI ZAMRI ID PELAJAR :54220223046 KURSUS : BACHELOR OF MECHANICAL ENGINEERING (HONS) NAMA : ZARIFAH NAZIRAH BINTI AZHAR ID PELAJAR : 54221223038 KURSUS : BACHELOR OF BUSINESS TECHNOLOGY (HONOURS) IN AUTOMOTIVE MANAGEMENT


NAMA : NUR JANNAH BINTI JASNI ID PELAJAR : 54221223020 KURSUS : BACHELOR OF BUSINESS TECHNOLOGY (HONOURS) IN AUTOMOTIVE MANAGEMENT NAMA : NURUL FASIHAH BINTI AHMAD NAZRI ID PELAJAR : 54220223035 KURSUS : BACHELOR OF MECHANICAL ENGINEERING (HONS)


ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN 6 - 7 MAKSUD RASUAH LATAR BELAKANG PIHAK YANG TERLIBAT FAKTA DAN HURAIAN KES KOMEN DAN ULASAN KES KESIMPULAN BIBLIOGRAFI 8 9


PENDAHULUAN Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan rakyatnya. Sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak wujudnya peradaaban manusia. Perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama, malah semakin menjadi perkara biasa bak kata pepatah alah bisa tegal biasa. Apa-apa pun amalan biasa terutama amalan yang buruk, seharusnya tidak menjadi amalan yang berterusan sehingga sukar dibendung dan dicegah. Rasuah jika diterima sebagai amalan biasa, akan membawa kehancuran kepada seluruh masyarakat, bangsa dan negara seperti yangb berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia. Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dalam fenomena ini. Walaupun gejala ini belum begitu berleluasa, kesadaran seluruh masyarakat amat diperlukan, terutama dalam suasana pertumbuhan ekonomi yang kian pesat. Rasuah jika tidak dapat dikawal dan dicegah habis-habisan dari awal lagi akan memberi kesan buruk terhadap system pentadbiran negara. Penyakit ini juga akan turut menggugat kestabilan sosial negara. Gejala ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai terutama pelaburan asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara ini. Rasuah juga tidak boleh dimulakan kerana ia akan berlarutan dengan ketagihan. Ia juga boleh menjangkiti orang lain pula. Rasuah menyebabkan seseorang itu sanggup menjual maruah dan harga diri.


Sesungguhnya masyarakat yang kehilangan nilai amanah akan ditimpa krisis kepercayaan. Oleh itu, semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang boleh menyebabkab perbuatan rasuah serta mengelakkan diri daripada berbelanja secara berlebihan. Banyak pihak telah mengambil serius dalam mencegah gejala rasuah ini, rakyat juga berharap tiada siapa yang akan terkecuali daripada Tindakan undang-undang. Pangkat dan politik bukan tiket untuk melindungi sesiapa daripada penghakiman dan hukuman. Udangundang yang ketat dan hukuman yang setimpal boleh menjamin generasi yang baik perilakunya.


MAKSUD RASUAH Meminta atau Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009] Menawar atau Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009] Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009] Menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23 Akta SPRM 2009] Apa itu rasuah? Rasuah merujuk kepada amalan memberi atau menerima wang, hadiah atau manfaat lain yang tidak sah atau tidak sepatutnya sebagai suapan untuk mendapatkan keuntungan, kelebihan, manfaat atau perlindungan dari pihak yang lebih berkuasa atau individu lain yang mempunyai pengaruh yang hebat. Rasuah juga boleh merujuk kepada penyalahgunaan kuasa. Rasuah adalah amalan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang individu kerana hal ini dapat merosakkan integriti dan kepercayaan terhadap organisasi dan individu yang terlibat. Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694) :


LATAR BELAKANG PIHAK YANG TERLIBAT Skandal rasuah bola sepak Malaysia 1994 ialah skandal sukan di Malaysia yang mana arena bola sepak tanah air telah dikejutkan dengan kes rasuah pada 1994. Ramai peminat bola sepak menyalahkan skandal tersebut sebagai pemangkin kepada kejatuhan bola sepak Malaysia. Pada masa itu, terdapat lebih daripada 100 pemain dan jurulatih yang disyaki mengatur keputusan perlawanan dalam kejohanan bola sepak tempatan Piala Malaysia dan Liga Perdana telah ditahan oleh pihak berkuasa dan disoal siasat. Akibatnya, 58 daripada mereka telah digantung selama setahun sehingga 4 tahun oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Sejumlah 21 pemain dan jurulatih telah dipecat sementara pemain lain telah digugurkan seumur hidup dan tidak dibenarkan bertanding dalam sebarang pertandingan bola sepak oleh FAM. Antara nama bintang yang terpalit dengan rasuah terbesar ni adalah Malek Rahman, salah seorang pemain yang membarisi skuad kebangsaan semasa menumpaskan Korea Selatan di Pestabola Merdeka 1993. Pada tahun 2016, 22 tahun selepas skandal itu, 84 pemain yang digantung telah diberi pengampunan oleh FAM Hukuman yang dikenakan tu pun dianggap munasabah dan ia kira nak bagi pengajaran kepada semua pemain lain supaya tak buat kesalahan yang sama. Walau bagaimanapun, semua pemain yang digantung telah dibebaskan dari segala kesalahan mereka pada tahun 2016 oleh Football Association Malaysia (FAM).


FAKTA DAN HURAIAN KES Kejadian dan Tangkapan: Pada tahun 1994, lebih daripada 100 pemain dan jurulatih yang didakwa terlibat dalam mengatur keputusan perlawanan dalam kejohanan bola sepak Piala Malaysia dan Liga Perdana telah ditahan oleh pihak berkuasa dan disiasat. Skandal ini mengejutkan arena bola sepak Malaysia dan mencetuskan kontroversi di kalangan peminat sukan. Penggantungan dan Pemecatan: Berdasarkan hasil siasatan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terbabit. Sebanyak 58 pemain dan jurulatih digantung selama tempoh satu hingga empat tahun. Selain itu, 21 pemain dan jurulatih dipecat daripada pertandingan dan beberapa pemain lain dilarang bermain seumur hidup serta dilarang daripada terlibat dalam sebarang pertandingan bola sepak oleh FAM. Skandal rasuah bola sepak Malaysia pada tahun 1994 merupakan salah satu episod yang menggoncang arena bola sepak negara tersebut. Skandal ini melibatkan lebih daripada 100 pemain dan jurulatih yang didakwa terlibat dalam pengaturan keputusan perlawanan dalam kejohanan Piala Malaysia dan Liga Perdana. Pada masa itu, pihak berkuasa menahan individu-individu yang disyaki terlibat dalam rasuah dan menjalankan penyiasatan lanjut. Sebanyak 58 daripada mereka digantung selama tempoh setahun hingga empat tahun oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai hukuman. Selain itu, 21 pemain dan jurulatih dipecat manakala beberapa pemain lain dilarang bermain seumur hidup dan dihalang daripada terlibat dalam pertandingan bola sepak oleh FAM. Skandal rasuah bola sepak Malaysia pada tahun 1994 merupakan satu skandal besar yang melibatkan rasuah dalam sukan bola sepak negara. Berikut adalah fakta-fakta dan huraian terperinci mengenai kes tersebut:


Arial Dampak terhadap Bola Sepak Malaysia: Skandal ini mendapat kecaman dan dipandang sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada kemerosotan bola sepak Malaysia. Ia merosakkan imej dan reputasi sukan ini serta mengurangkan kepercayaan peminat bola sepak terhadap integriti permainan. Skandal ini mempunyai kesan jangka panjang terhadap bola sepak Malaysia dan menyebabkan penurunan minat dan prestasi dalam sukan tersebut. Pengampunan pada tahun 2016: Pada tahun 2016, selepas berlalunya 22 tahun sejak berlakunya skandal, FAM mengumumkan pengampunan kepada 84 pemain yang sebelumnya digantung. Pengampunan ini diberikan sebagai usaha untuk memberi peluang kedua kepada mereka dan memulihkan hubungan dengan pemainpemain tersebut.


Skandal ini menjadi titik tolak bagi kejatuhan bola sepak Malaysia di mata ramai peminat sukan. Ia merosakkan imej dan reputasi sukan tersebut serta meruntuhkan kepercayaan terhadap integriti perlawanan. Banyak peminat bola sepak menyalahkan skandal ini sebagai faktor yang menyebabkan kemerosotan bola sepak Malaysia. Pada tahun 2016, selepas berlalunya 22 tahun sejak skandal itu berlaku, FAM memberikan pengampunan kepada 84 pemain yang sebelumnya telah digantung. Langkah ini diambil untuk memberi peluang kedua kepada mereka dan sebagai usaha dalam pemulihan bola sepak Malaysia. Skandal rasuah bola sepak Malaysia 1994 menunjukkan kesungguhan pihak berkuasa dalam membanteras rasuah dan mengekalkan integriti permainan. Walaupun fakta dan butiran lanjut mengenai skandal ini mungkin masih boleh didapati daripada sumber-sumber laporan dan dokumentasi yang lebih terperinci, ia memberikan gambaran umum tentang kes ini dan kesan jangka panjangnya terhadap bola sepak Malaysia.


KOMEN DAN ULASAN KES Pihak Kementerian Belia dan sukan (KBS) mestilah menguatkuasakan lagi undang – undang pencegahan rasuah dari semasa ke semasa terutamanya dalam urusan kewangan agar atlet-atlet mendapat hak dan juga hasil yang sepatutnya diberikan oleh pengurus mereka. Dalam hal ini, peluang pembangunan sukan akan jatuh jika wang yang sepatutnya disalurkan kepada atlet tetapi sudah lesap diambil oleh orang lain terutamanya oleh pengurus perlembagaan persatuan sukan dan sebagainya. Pihak polis dan juga badan-badan yang terlibat seharusnya meningkatkan lagi hukuman dan juga tindakan yang sewajarnya agar ia dapat memberi pengajaran dan rasa takut kepada persatuanpersatuan sukan yang lain terutamanya dalam bidang bola sepak. Hal ini dapt membantu mengurangkan kes-kes rasuah dalam bidang suka di negara kita. Amalan rasuah jika tidak dibendung boleh mengakibatkan banyak masalah sosial seterusnya boleh mengancam kesejahteraan negara. Ahli persatuan juga seharusnya memainkan peranan yang penting dengan melaporkan kepada pihak atasan jika mengesyaki berlakunya rasuah dalam bola sepak agar tindakan undang-undang dapat diambil. Hal ini untuk mengelakkan mereka supaya tidak menjadi ‘mangsa keadaan’ penaja yang mendesak mereka supaya ikut turut terlibat dengan skandal itu. Selain itu, menyelidik pihak pengadil sebelum perlawanan juga adalah sangat penting dalam bola sepak supaya tidak berlakunya pihak pengadil yang berat sebelah. Pihak pengadil yang diimport dari luar negara seharusnya dipilih dan diambil oleh pengurus yang paling tertinggi dalam bidang bola sepak supaya tidak berlakunya rasuah. Jika ianya dipilih oleh persatuan persatuan sukan yang terlibat dalam bola sepak mereka berkemungkinan besar akan membayar pengadil tersebut untuk memberikan mereka menang dalam perlawanan. Akhir sekali, Kes rasuah pada 1994 bertindak sebagai seruan untuk komuniti bola sepak, menekankan keperluan untuk sentiasa berwaspada dan langkah proaktif untuk menjaga integriti sukan itu. Ia menggalakkan usaha berterusan untuk memerangi rasuah dan mengekalkan persaingan yang adil.


KESIMPULAN Bola sepak adalah salah satu sukan paling popular di dunia, dengan berbilion-bilion peminat yang mengikuti permainan dengan tekun. Di banyak negara, bola sepak juga merupakan kuasa ekonomi, menjana pendapatan berbilion dolar untuk pasukan, penaja dan pengeluar peralatan sukan. Malangnya, dalam beberapa kes, kuasa ekonomi yang besar ini telah membawa kepada rasuah dan tingkah laku tidak beretika dalam industri bola sepak. Walau bagaimanapun, dengan wang yang besar datang godaan besar, dan malangnya, rasuah telah lama menjadi isu penting dalam bola sepak. Masalah rasuah bola sepak negara telah berleluasa selama bertahun-tahun, dengan beberapa kes berprofil tinggi terbongkar sejak kebelakangan ini. Untuk menyebut beberapa perkara, skandal rasuah yang menggegarkan FIFA, badan induk bola sepak dunia, pada 2015 merupakan detik terobosan dalam sejarah bola sepak, yang mendedahkan amalan rasuah yang telah berlaku dalam permainan. Skandal itu membawa kepada penahanan beberapa eksekutif FIFA berprofil tinggi dan mendedahkan tahap rasuah dalam organisasi. Rasuah bola sepak negara, atau sebarang bentuk rasuah dalam mana-mana industri, adalah masalah yang membelenggu masyarakat. Akibat rasuah boleh menjadi sangat teruk, bermula daripada kerugian ekonomi hingga kepercayaan masyarakat dipecahkan.Pendedahan rasuah sebegini boleh memberi kesan mendalam kepada persepsi masyarakat terhadap sukan khususnya bola sepak. Kes-kes ini telah menekankan keperluan untuk peraturan yang lebih ketat dan mekanisme penguatkuasaan yang lebih telus untuk mencegah tingkah laku tidak beretika dalam bola sepak.


BIBLIOGRAFI Azizul Fahmi (26 Disember 2008). "Pembunuh bola sepak negara". Harian Metro. http://kejor-yobkejor.blogspot.com/2008/12/pembunuh-bola-sepak-negarahmetro.html N. Faizal Ghazali (10 Mei 2016). "Rasuah bola sepak: 23 tahun seksa memanjang". Utusan Malaysia. https://www.malaysiakini.com/sukan/340922 Irma Musliana (16 April 2016). "APA JADI PADA 1994 YANG MERANAPKAN BOLASEPAK KITA? DAN 8 LAGI FAKTA SEJARAH BOLASEPAK MALAYSIA".https://web.archive.org/web/20200620163955/ht tps://soscili.my/sejarah-bolasepak-malaysia/ Kamal Nizam (21 Jun 2021). “Insiden rasuah bola sepak tempatan tahun 1994, di mana silapnya?” https://soscili.my/insiden-rasuah-bola-sepak-tempatantahun-1994-di-mana-silapnya/ Fandi (3 Ogos 2021). “ Skandal Bola sepak Malaysia 1994” https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Skandal_bola_sepak_Malay sia_1994


Click to View FlipBook Version