The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iseeyoucriz, 2019-05-28 19:48:00

KERTAS CADANGAN TABUNG TERBUKA

KERTAS CADANGAN TABUNG TERBUKA

KUMPULAN TT TEAM

KERTAS CADANGAN

PROGRAM
PENINGKATAN SAHSIAH PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

TAJUK
“ TABUNG TERBUKA”

TEMPAT
SEMUA KAFETERIA KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

TARIKH
BERMULA AMBILAN 2014/15

ANJURAN
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

(KUMPULAN TT TEAM)

MOHD WAHIDI BIN ROSNI
SYAHMUN BIN YAHAYA

MOHD RIZAM BIN AHMAD
UMARZAKIR BIN KHAIRUDDIN
MUHAMMMAD NIZAM BIN HILMI
MOHD KHELLIMI BIN ABDULLAH
MOHD SYAFIQ BIN ZULKIFLI(PELAJAR)
NURUL SHAMIRA BINTI SYARIF (PELAJAR)

1

KUMPULAN TT TEAM

1. PENGENALAN

1.1 Konsep Akhlak
Walaupun manusia boleh dipisahkan daripada bidang ilmu atau pemikiran,

bahkan juga boleh dipisahkan daripada agama dan kepercayaan, tetapi tidak boleh
dipisahkan dengan akhlak atau moral. Ini kerana setiap perbuatan, amalan atau tindakan
yang diambil tidak terlepas atau terkeluar daripada lingkungan hukuman sama ada
terhadap dirinya atau orang lain ataupun benda lain iaitu adakah baik atau tidak segala
tindakan tersebut. Jika baik jawapannya perkara itu akan dilakukan tetapi jika jahat
perkara itu akan ditinggalkan. Itulah akhlak yang baik. Tetapi jika sebaliknya yang
dilakukan itulah akhlak yang buruk.

Dari sini ternyata kedudukan akhlak dalam kehidupan manusia sehingga di
kalangan orang yang tidak bermoral mereka merasakan perlu adanya suatu akhlak yang
diakui bersama oleh mereka supaya dapat mengatur kehidupan yang lebih baik menurut
pandangan mereka.

Islam merangkumi aqidah, dan syariat itu mengandungi roh akhlak. Akhlak
adalah roh kepada risalah Islam sementara syariat adalah lembaga jelmaan daripada roh
tersebut. Ini bererti Islam tanpa akhlak seperti rangka yang tidak mempunyai isi, atau
jasad yang tidak bernyawa. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :​"Islam itu akhlak
yang baik"​. Begitu juga sabda Baginda yang bermaksud : "​ Tidak ada sesuatu yang lebih
berat timbangannya selain daripada akhlak yang mulia."

1.2 Pengertian Akhlak
Akhlak dari segi b​ ahasa : berasal daripada perkataan '​ khulq' yang bererti

perilaku, perangai atau tabiat.​ Maksud ni terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan
akhlak Rasulullah saw yang bermaksud :"​ Akhlaknya (Rasulullah) adalah al-Quran.​ "
Akhlak Rasulullah yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan,
keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah saw yang semuanya merupakan
pelaksanaan ajaran al-Quran.

Akhlak dari segi istilah : Menurut Imam al-Ghazali, "Akhlak ialah suatu sifat
yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah
tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu."

Menurut Ibnu Maskawih, ​"Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong
untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu."

Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, "Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan
ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan."

2

KUMPULAN TT TEAM

Daripada definisi tersebut dapat kita fahami bahawa akhlak merupakan suatu
perlakuan yang tetap sifatnya di dalam jiwa seseorang yang tidak memerlukan daya
pemikiran di dalam melakukan sesuatu tindakan.
2. TUJUAN:
Cadangan ini bertujuan :-
2.1 Menyediakan salah satu kaedah penyelesaian masaalah kewangan pelajar.
2.2 Membina akhlak semua warga Kolej Matrikulasi Selangor.
2.3 Memberi contoh yang baik supaya kaedah ini dapat diteruskan di masa hadapan.
2.4 Membina warga Kolej Matrikulasi Selangor yang berakhlak tinggi disamping

membentuk negara malaysia yang lebih sejahtera.

3. OBJEKTIF
3.1 Menyediakan ruang untuk bersedekah bagi mereka yang diuji dengan nikmat

syukur.
3.2 Menyediakan ruang untuk mereka yang memerlukan bagi mereka yang diuji

dengan
nikmat kesabaran.

4. MATLAMAT
4.1 Membantu pelajar yang mempunyai masalah kewangan untuk tujuan makan.
4.2 Membina sahsiah pelajar.

3

KUMPULAN TT TEAM

5. PERANCANGAN PROGRAM Tarikh

5.1 Senarai tentatif aktiviti

Bil Aktiviti

1. Kertas Cadangan dan Surat Kebenaran Perlaksanaan
Tindakan :

MOHD RIZAM BIN AHMAD

2. Penyediaan peralatan
Tindakan :

SYAHMUN BIN YAHAYA

3. Taklimat bersama kafeteria
Tindakan :

SYAHMUN BIN YAHAYA

4. Perlaksanaan dan promosi
Tindakan :
UMARZAKIR BIN KHAIRUDDIN​/M​ UHAMMMAD NIZAM BIN HILMI

5. Taklimat kepada warga kolej
Tindakan :
MOHD WAHIDI BIN ROSNI​/​SYAHMUN BIN YAHAYA

6. Taklimat bersama pelajar(MPPB) SLOT PENGARAH
Tindakan :

SYAHMUN BIN YAHAYA

7. Pemantauan nilai penggunaan

Tindakan :

orian =​UMARZAKIR BIN KHAIRUDDIN

manly = ​MUHAMMMAD NIZAM BIN HILMI

cafe tengah = M​ OHD RIZAM BIN AHMAD

4

KUMPULAN TT TEAM

borang pemantauan = M​ OHD WAHIDI BIN ROSNI
8. Analisis

Tindakan :
​MOHD RIZAM BIN AHMAD
6. KUMPULAN SASAR
6.1 Semua warga Kolej Matrikulasi Selangor
7. PENGISIAN PROGRAM
7.1 Warga kolej yang mempunyai lebihan wang baki setelah membayar di kaunter
boleh

menderma ke dalam tabung yang disediakan.
7.2 Pelajar yang memerlukan akan membuat pertanyaan sebelum pembelian dengan

pengusaha kafeteria. Kafeteria kan menghadkan nilai yang boleh digunakan jika
ada

pada kadar RM2.50 - RM3.50 shj.
7.3 Pihak kafeteria akan merekod nilai pembelian pada mereka yang memerlukan tadi
.
7.4 Pegawai yang bertugas akan membuat pemantauan dan merekod nilai yang telah

digunapakai dalam tempoh sekali seminggu.(borang pemantauan).
7.5 Jika mempunyai lebihan wang, pegawai yang bertugas akan menyimpan untuk
kegunaan

berdasarkan niat penderma
(MENDERMA MAKAN UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN ).
7.6 Pemantauan syariah di bawah pemerhatian Ustaz Mohd Khellimi Bin Abdullah

8. TEMA

5

KUMPULAN TT TEAM

“ KMS MINDA KELAS PERTAMA”
9. TEMPOH PROGRAM / MASA / TEMPAT

9.1 Berterusan

10. RUJUKAN BAHAN KAJIAN

10.1 Kafe di UK. Charity Coffee Scheme
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2301855/Charity-coffee-scheme-launche
s-UK-lets-drinkers-donate-lattes-need.html

10.2 Suspended coffee in Naples
https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=3&ca
d=rja&uact=8&ved=0CD0QFjAC&url=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%
2FSuspendedCoffeess&ei=y7JEU8fGE4SMiQf6jIDQAg&usg=AFQjCNGVuIqg
9r09efKj-7ggUyieoMuHAQ&sig2=cVH6jG4_K5G8oBkgmzQ_pw&bvm=bv.645
07335,d.aGc

10.3 Curi duit tabung masjid RM2 dijel dua tahun, denda RM5,000

KOTA BHARU(08/10/2013 2:47pm) - Gara-gara mencuri duit tabung masjid

RM2, seorang penganggur dihukum penjara sehingga dua tahun dan denda

RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh,

Mohd. Hadi Hamzah, 36, selepas penganggur itu mengaku bersalah.Mohd. Hadi

didakwa mencuri dua keping wang kertas RM1 di Masjid Muhammadi Jalan

Sultanah Zainab, di sini pada pukul 9 malam, 24 September lalu.Nik Habri

menyifatkan perbuatan tertuduh yang tergamak mencuri duit tabung masjid itu

sebagai `berhati kering' kerana sanggup melakukan dosa di tempat suci dan

melibatkan wang derma masjid. - KOSMO!

Artikel Penuh :

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1008&pub=Kosmo&

sec=Terkini&pg=bt_08.htm#ixzz2yLy4bFYO

10.4 Pemuda curi duit tabung masjid dipukul sampai mati
Seorang pemuda dipukul sampai mati oleh penduduk setempat jam 4.30 pagi
Selasa lalu selepas ‘kantoi’ cuba mencuri wang dari tabung masjid menggunakan
dawai di Pandan Indah.Shahreza Fauzi, 20, meninggal dunia di Hospital Ampang
dipercayai kerana kecederaan parah di kepala, badan, tangan dan kaki akibat
dipukul menggunakan objek tumpul.Pemeriksaan polis di tempat kejadian
menemui sebatang kayu yang mungkin digunakan untuk memukul mangsa.Mayat
Shahreza kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah
siasat.The Star melaporkan, seorang rakan arwah sejak kecil yang cuma mahu

6

KUMPULAN TT TEAM

dikenali sebagai Nazrin berkata, Shahreza tinggal bersama bapa tiri di Bukit
Indah, Ampang selepas ibunya meninggal dunia lima bulan lalu. Bapa
kandungnya pula sudah lama tiada.Sebelum kematian, Shahreza menunjukkan
perangai pelik termasuk memuat naik status berkaitan kematian di Facebook dan
Whatsapp. Susulan kematian Shahreza, empat lelaki ditahan bagi membantu
siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber: The Star
Artikel Penuh :
http://mynewshub.my/2013/12/05/pemuda-curi-tabung-masjid-dipukul-sampai-m
ati/#.U0S0cVcXLSQ
12. PENUTUP
Diharap dengan adanya Tabung Terbuka ini, pelajar akan dapat membentuk sahsiah
mereka agar menjadi masyarakat yang mempunyai pemikiran kelas pertama dengan
mengutamakan komuniti lebih daripada diri mereka sendiri dengan lebih bersedekah.
Pada masa yang sama juga, pelajar mempunyai tabungan kecemasan sekiranya mereka
benar-benar memerlukan bantuan kewangan pada masa tersebut.

7

KUMPULAN TT TEAM

Disediakan oleh :
_______________________
MOHD RIZAM BIN AHMAD
Setiausaha Kumpulan TT Team,
Kolej Matrikulasi Selangor.

Disemak oleh :
_______________________
SYAHMUN BIN YAHAYA
Ketua Kumpulan TT Team,
Kolej Matrikulasi Selangor.

Diluluskan oleh :
_______________________
HJ. MUSTAFAR BIN MUSA
Pengarah,
Kolej Matrikulasi Selangor.

8

KUMPULAN TT TEAM

9


Click to View FlipBook Version