INDAHNYA MENUTUP
AURAT
IRSYAD AL WAFI BIN MOHD RASIDIN
4 AMANAH
MAKSUD AURAT
Dari segi bahasa, aurat membawa maksud
kecacatan atau keaiban pada sesuatu. Ia
juga bermaksud apa jua yang ditutupi oleh
manusia kerana rasa malu. Manakala
secara istilahnya, aurat bermaksud setiap
anggota yang wajib ditutup dan haram
untuk dilihat
DALIL WAJIBNYA MENUTUP AURAT
Kewajipan menutup aurat telah disebut oleh Allah Ta’ala
di dalam al-Quran di beberapa tempat. Antaranya, Allah
Ta’ala berfirman :
َوقُ ْل ِل ْل ُم ْؤ ِمنَا ِت يَ ْغ ُض ْض َن ِم ْن أَ ْب َصا ِر ِه َّن َويَ ْحفَ ْظ َن فُ ُرو َج ُه َّن َوََل يُ ْب ِدي َن ِزينَتَ ُه َّن
ِإََّل َما َظ َه َر ِم ْن َها َو ْليَ ْض ِر ْب َن بِ ُخ ُم ِر ِه َّن َعلَى ُجيُوبِ ِه َّن
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman :
Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan
memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka
menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa)
nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup
kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)
SYARAT PAKAIAN WANITA MUSLIMAH
Menutup aurat bukanlah juga semata-mata tidak
menampakkan anggota badan kecuali muka dan
tapak tangan, tetapi syariat Islam telah menetapkan
beberapa syarat pada pakaian wanita Muslimah.
Setiap syarat ini perlu dipatuhi supaya ianya
memenuhi maksud menutup aurat itu sendiri. Jika
salah satu syarat ini tidak dilaksanakan oleh
seseorang wanita itu, maka ia tidak dikira sebagai
menutup aurat.
PERTAMA
Hendaklah pakaian itu melitupi seluruh badan
kecuali muka dan tapak tangan
KEDUA
Hendaklah pakaian itu tebal dan tidak
nipis. Nabi SAW berkata : ‘Dua golongan dari ahli
neraka yang tidak pernah aku lihat : satu kaum yang
mempunyai cemeti seperti ekor lembu, mereka
memukul manusia dengannya, dan wanita yang
berpakaian tetapi bertelanjang, mereka jauh dari
ketaatan kepada Allah serta mengajar yang lain
tentang perbuatan mereka (tidak menutup aurat),
kepala mereka seperti bonggol unta, mereka ini tidak
masuk syurga dan tidak mencium bau syurga
sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak ini
dan ini’.
KETIGA
Hendaklah pakaian itu longgar dan tidak ketat. Dalam
sebuah hadis dari Ibn Usamah bin Zaid dari bapanya, beliau
berkata : ‘Rasulullah SAW memakaikan aku qubtiyyah (sejenis
pakaian dari Mesir yang nipis berwarna putih) yang tebal,
yang dihadiahkan oleh Dihyah al-Kalbi. Lalu aku
memakaikannya pada isteriku. Rasulullah SAW berkata
kepadaku : ‘Mengapa kamu tidak memakai qubtiyyah?’ Aku
berkata : ‘Wahai Rasulullah, aku telah memakaikannya pada
isteriku’. Baginda SAW berkata : ‘Pergilah kepadanya dan
suruhlah dia memakai ghilalah di bawahnya, sesungguhnya
aku takut ia akan menampakkan susuk tubuhnya’.
KEEMPAT
Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian lelaki. Ibn
‘Abbas RA berkata : ‘Rasulullah SAW melaknat lelaki yang
menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki’.
Apabila dalam suatu hadis menyebut perkataan ‘laknat’, ini
membawa maksud bahawa perbuatan itu merupakan suatu
dosa yang besar. Terdapat banyak lagi hadis yang melarang
lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Ibn
Hajar rahimahullah menjelaskan bahawa perkara yang
dilarang serupa antara lelaki dan wanita ialah pakaian,
perhiasan, cara bercakap dan cara berjalan
KELEBIHAN MENJAGA AURAT
1. Dapat menghindarkan diri daripada fitnah,tuduhan
dan pandangan negatif.
Orang-orang yang gemar membuka auratnya secara
terangan dapat menimbulkan persfektif negatif
daripada masyarakat.Misalnya,masyarakat menuduh
sebagai pelacur,wanita murahan dan sebagainya.
KELEBIHAN MENJAGA AURAT
2. Dapat mencegah daripada munculnya hawa nafsu
Secara umumnya,lelaki normal akan terangsang
apabila melihat wanita yang berpakaian ketat dan
menjolok mata.Oleh sebab itu,islam mewajibkan
menutup aurat bagi lelaki dan wanita serta
meletakkan garis panduan menurut syarak.
.
KELEBIHAN MENJAGA AURAT
3. Menutup aib dan rahsia yang ada pada diri kita
Jika ada cacat pada tubuh mahupun kulit kita boleh
menutupinya dengan menggunakan pakaian yang
tertutup sehungga tidak ada seorang pun yang tahu
kecacatan yang terjadi pada diri kita.
KELEBIHAN MENJAGA AURAT
4. Menghindarkan diri dari dosa akibat membuka
aurat
Salah satu sebab yang menyebabkan ramai wanita
Islam masuk neraka adalah kerana mereka tidak
menutup aurat di hadapan bukan mahramnya.
KELEBIHAN MENJAGA AURAT
5. Dapat mengelakkan berlaku gejala sosial di
kalangan masyarakat.
Kes buang anak dan anak luar nikah ialah kesan dari
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan