1 ___________________________________________________________________________ MINIT MESYUARAT GURU BILANGAN 2 2024/2025 TARIKH : 27 Mac 2024 HARI : Rabu MASA : 1.00 Petang TEMPAT : Bilik Gerakan SKBL PENGERUSI : Puan Siti Zubaidah binti Mohd Roseli KEHADIRAN : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 Puan Siti Zubaidah binti Mohd Roseli Puan Anisah binti Ibrahim Puan Zaharah binti Ahmad Puan Rosshirleyzawati binti Mohd Tauzan Puan Siti Fatimah binti Hussin Puan Azila binti Abdullah Puan Hafizoh binti Hassan Puan Hamidah binti Ghazali Puan Husna binti Abdul Rahman Encik Jamal Abdul Nasir bin Saadan Encik Mohammad Zaharudin bin Yaakob Encik Mohamad Noor bin Abdul Hamid Puan Noor Hazwani binti Abdul Rashid Puan Noor Zaini binti Mohd Yusoff Puan Noraini binti Omar Puan Nor Azida binti Azizan Puan Siti Fauziah binti Kasa Puan Siti Muspirah binti Mansor Puan Nur Liyana binti Abd Wahab @ Abd Rahman Puan Syamilah binti Sueib Encik Mohd Fauzi bin Mohd Zain Cik Siti Nur Amirah Sahira binti Azemi Cik Nur Atiqah binti Abd Razak Puan Fadzilah binti Ahmad
2 TIDAK HADIR : 1. Puan Anisah binti Ibrahim - Bersebab 2. Puan Afiza binti Zakaria - Bersebab 3. Encik Mohamad Nizam bin Azizan - Bersebab AGENDA 1 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan berterima kasih kepada semua guru yang hadir dan memberikan kerjasama untuk mesyuarat kali pertama bagi sesi akademik 2024/2025. Beliau memperkenalkan diri sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Buluh Lima yang terkini. Beliau mengharapkan agar semua guru dapat memberi kerjasama sebagai pentadbir yang baharu. 1.2 Sesi perkenalan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Zaharah binti Ahmad, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Puan Rosshirleyzawati binti Mohd Thauzan dan dengan semua guru yang hadir. Makluman : Semua guru AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1 Cik Siti Nur Amirah binti Azemi wakil setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu. 2.2 Encik Zaharuddin bin Yaakob mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Puan Siti Muspirah binti Mansor Makluman : Semua guru AGENDA 3 : PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1 3.2 Encik Jamal Abdul Nasir bin Saadan menyatakan bahawa program Ihya’ Ramadhan berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang sehingga akhir Ramadhan tahun ini. Beliau juga menerangkan serba ringkas mengenai program Iftar yang akan dijalankan pada 31 Mac 2024. Puan Nor Azida binti Azizan meminta maklum balas mengenai RPH dan cover yang akan dibekalkan oleh pihak pentadbir. Beliau juga meminta agar pihak pentadbir menyediakan senarai semak mengenai perkara yang perlu ada dalam RPH. Puan Zaharah Binti Ahmad memaklumkan kepada semua guru supaya menggunakan fail yang lama jika masih boleh diguanakan. Beliau juga menyatakan bahawa cover RPH akan disediakan oleh Puan Anisah binti Ibrahim selepas beliau pulang dari Mekah nanti. Serahan RPH kepada pihak pentadbir mengikut masa yang ditetapkan dalam mesyuarat sebelum ini.
3 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 Puan Zaharah binti Ahmad maklumkan bahawa buku pengurusan telah difotostat dan akan ditempatkan di pejabat, bilik guru dan pra-sekolah. Puan Husna binti Abdul Rahman memaklumkan bahawa beliau masih belum menerima lagi surat bercetak dari luar mengenai taklimat, mesyuarat ataupun bengkel dan sehingga kini beliau hanya menerima surat melalui emel sahaja. Puan Siti Zubaidah binti Mohd Roseli memaklumkan bahawa semua murid dibenarkan memakai baju sukan termasuk guru dan staf kerana pihak KPM memberi kelonggaran untuk berpakaian sukan dalam keadaan cuaca yang panas. Puan Faradila binti Abdul Hamid memaklumkan bahawa beliau telah selesai mengambil ukuran saiz baju sukan dan semua baju tersebut akan diedarkan selepas hari raya Aidilfitri kepada murid. Puan Syamilah binti Suieb meminta makluman mengenai kerusi dan meja murid dan didapati masih lagi ada meja yang tidak ada laci. Puan guru besar maklumkan beliau akan ambil tindakan dan dalam perhatian beliau. Meja murid telah dicat untuk tahap 1 dan 2. Beliau maklumkan jika sekolah tidak jalankan proses pelupusan, pihak atasan tidak akan menghantar kerusi meja yang baharu ke sekolah atas alasan kerusi dan meja tersebut masih ada di sekolah dan boleh digunapakai. Beliau maklumkan bahawa beliau cuba mohon semasa budaya buka sekolah yang lalu. Ustaz Jamal Abdul Nasir bin Saadan maklumkan bahwa kipas angin di kelas 6 Lestari bermasalah. Puan guru besar maklumkan bahawa beliau akan sediakan borang senarai semak kerosakan peralatan dalam kelas dan bilik khas sebelum tindakan susulan diambil. Puan guru besar meminta agar Puan Hamidah binti Ghazali menghubungi Encik Shamsul bin Hashim, waris murid 3 Bestari untuk baik pulih dan penyelenggaraan elektrik kerana masalah berpunca daripada tangki air yang bocor. Makluman : Semua guru AGENDA 4 : MANDAT KPM 4.1 4.2 Puan guru besar memaklumkan bahawa semua guru perlu maklum kepada beliau jika guru ingin ambil cuti dan selepas mendapat kebenaran beliau, guru boleh mengisi maklumat Cuti Rehat Khas (CRK) dalam Hrmis. Beliau sebagai ketua jabatan bertanggubjawab jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Puan guru besar juga mengingatkan semua guru bahawa beliau tidak benarkan guru mengambil cuti yang berpanjangan atau berkembar kerana telah ditetapkan dalam pekeliling. Contoh cuti berkembar pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Walaubagaimnapun, sebagai ketua jabatan, beliau boleh memberi kebenaran atas dasar budi bicara kepada guru yang berbuat sedemikian.
4 4.3 Puan guru besar berharap semua guru memaklumkan lebih awal kepada beliau jika guru ingin memohon CRK. beliau akan maklum dengan guru penolong kanan untuk sediakan jadual relief. Semua guru diberi kelayakan untuk bercuti mengikut perkapita iaitu 3 hari untuk 2 bulan. Maknanya, semua guru layak mendapat sehari setengah sahaja untuk sebulan. Peruntukan CRK bagi guru yang baru dilantik pula berlainan jumlah CRK iaitu 10 hari untuk guru baru dilantik dan 15 hari untuk guru yang lama berkhidmat. 4.4 Makluman untuk guru yang menerima rawatan, jika dapat ‘time slip’ selepas pukul 12.00 tengah hari, guru boleh mengambil cuti sakit. Makluman untuk semua guru yang menggunakan ‘time slip’, guru hanya dibenarkan sebelum pukul 11.00 pagi dan pastikan guru hadir bertugas di sekolah sekurang-kurangnya 4 jam baru dikira sehari bertugas. 4.5 ‘Punch card’ bermula 7.35 pagi hingga 1.45 petang. Peraturan untuk ‘punch in’ dan ‘punch out’ telah ditetapkan. Kakitangan awam perlu menggunakan kad warna kuning sahaja. Kad tersebut dibahagikan kepada empat bahagian. Jika guru ‘punch out’ sebelum berakhir waktu persekolahan, guru diminta mencatat pada ruang catatan tujuan guru keluar dari kawasan sekolah. Ini bertujuan memaklumkan keberadaan guru dan alasan keluar awal dari kawasan sekolah. Guru boleh rujuk cara penggunaan penggunaan ‘punch card’ semasa masuk dan keluar. 4.6 Puan guru besar memaklumkan bahawa semua guru berhak untuk membuat semakan buku rekod perkhidmatan masing-masing di PPD. Guru boleh menyemak dan memastikan semua maklumat betul terutama tarikh penting dan maklumat gaji. Guru boleh memohon surat kebenaran daripada ketua jabatan untuk membuat semakan rekod perkhidmatan di PPD dan semakan boleh dibuat 2 kali setahun. 4.7 Puan guru besar menjelaskan bahawa sekolah kita tidak melantik amil di peringkat sekolah kerana banyak prosedur dan risiko perlu ditanggung oleh pihak sekolah. 4.8 4.9 Puan guru besar mengingatkan bahawa segala sumbangan yang melibatkan duit atau barangan perlu melalui PIBG, menggunakan ‘letter head’ PIBG, perlu pengetahuan PIBG dan perlu ditandatangani oleh YDP PIBG. Puan Azila binti Abdullah memaklumkan bahawa sebelum ini segala surat menyurat sumbangan menggunakan ‘letter head’ sekolah dan ditandatangani oleh YDP PIBG. Jadi beliau mengharapkan agar pihak pentadbir mengambil perhatian tentang masalah ini. 4.10 4.11 4.12 4.13 Pihak sekolah akan memperuntukan sebanyak RM50 untuk keceriaan setiap kelas. Manakala meja murid pula, pihak sekolah akan cat. Peruntukan tersebut boleh digunakan untuk hiasan dan keperluan kelas. Bilik khas juga akan disediakan peruntukan mengikut keperluan. Encik Mohammad Zaharuddin bin Yaakob maklumkan bahawa lampu di makmal malap dan perlukan diganti setiap set yang rosak. Puan Hafizoh binti Hassan maklumkan bahawa bilik seni tiada dan barang-barang seni perlu ditempatkan di suatu tempat yang sesuai. Puan guru besar mencadangkan bilik muzik akan berkongsi dengan bilik seni. Makluman untuk penyelaras bilik peralatan sukan, peruntukan kewangan Panitia PJK boleh digunakan untuk membeli barang keperluan bilik tersebut dan gunakan nota minta untuk membuat pesanan barang keperluan seperti peralatan sukan. Encik Mohammad Zaharuddin bin
5 4.14 4.15 Yaakob menyatakan bahawa rak besi diperlukan di bilik tersebut untuk simpan peralatan sukan menggantikan rak kayu yang telah rosak. Puan guru besar mengingatkan semua guru agar serahkan resit pembelian barang kepada beliau sebagai bukti dan dokumetasi beliau dalam pengurusan penggunaan duit peruntukan keceriaan kelas dan bilik khas. Puan guru besar maklumkan jika ada program di sekolah, sila ambil gambar dan hantar dalam telegram sekolah bertujuan memudahkan semua guru untuk sediakan laporan. 4.16 4.17 Guru-guru diminta untuk isi maklumat dalam SSDM seperti salah laku, ganggual seksual, buli dan sebagainya. Guru diminta isi maklumat SSDM walaupun sekecil masalah disiplin untuk atasi masalah yang lebih berat berlaku. Amalan yang baik juga perlu diisi dalam SSDM. Puan guru besar meminta agar guru disiplin keluarkan senarai salah laku dalam kalangan murid untuk dimaklumkan kepada waris seperti ponteng, buli dan sebagainya. Seterusnya, pihak sekolah akan maklum kepada waris senarai kesalahan dan tindakan yang akan diambil ke atas anak jagaan mereka jika melanggar disiplin. Tindakan ini juga sebagai pelindung kepada tindakan guru dalam menangani masalah disiplin murid. Makluman : Semua guru Tindakan : Guru disipilin AGENDA 5 : PENGURUSAN KURIKULUM 5.1 Puan guru besar maklumkan dan benarkan semua guru menghantar RPH mingguan pada minggu ini dan RPH yang lengkap selepas hari raya setelah semua fail RPH yang baharu diberikan kepada guru. Beliau juga akan tetapkan tarikh yang sesuai dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. 5.2 Beliau juga mengharapkan semua guru supaya menghabiskan sukatan pelajaran masing-masing kerana DSKP dan RPT adalah hak murid. RPT ikut yang sedia ada dan dirancang untuk diselesaikan. 5.3 Operasi pen merah iaitu tanda buku latihan murid dengan teliti dan beliau tidak benarkan guru menanda latihan murid secara keseluruhan. Guru perlu pastikan murid buat pembetulan setiap kesalahan yang dilakukan. 5.4 RPH perlu ada elemen wajib iaitu objektif, aktiviti dan refleksi. SKBL di bawah TS25 perlu ada satu kriteria kejayaan dan elemen lain akan dibuat mengikut panitia mata pelajaran masingmasing. Ketika mesyuarat panitia, bincangkan ketetapan elemen yang perlu ada dalam RPH dan minitkan sebagai panduan. Ini juga akan memudahkan pelbagai pihak jika pemantauan dijalankan. Makluman : Semua guru Tindakan : Ketua Panitia
6 AGENDA 6 : PENGURUSAN HEM 6.1 6.2 Jumlah murid RMT seramai 110 orang. Sebelum ini ada keciciran murid dan ralat namun semua masalah telah diatasi. Ucapan terima kasih kepada Puan Fadzilah binti Ahmad kerana banyak membantu dalam menangani pengurusan RMT. Senarai murid RMT yang terkini akan disediakan selepas hari raya nanti. Murid RMT terkini akan dimaklumkan agar datang awal pada waktu pagi dan selepas hari raya nanti program RMT akan dijalankan seperti biasa. Puan Zaharah binti Ahmad menyatakan beliau akan wujudkan ‘group whatsapp’ RMT. 6.3 6.4 KWAMP – Semua guru kelas perlu pastikan waris kemaskini maklumat dalam APDM dengan betul. Bahagian tanggungan perlu masukkan sekali ibu bapa dan anak-anak. Jika waris tinggal dengan ibu bapa mereka perlu masukkan di bawah tanggungan iaitu isi rumah. Waris perlu letakan gaji kasar dan bukan mengisi gaji bersih dalam ruangan yang disediakan. Puan Syamilah binti Suieb meminta agar guru penolong kanan HEM keluarkan satu nota untuk makluman waris cara mengisi dan tetapkan jumlah pendapatan yang perlu diisi dalam APDM. Puan Siti Fauziah binti Kasa minta penjelasan mengenai tanggungan yang perlu diisi dalam APDM kerana dalam sistem perlu isi keluarga asas dan Puan Zaharah binti Ahmad memaklumkan bahawa guru kelas perlu prihatin dengan isi rumah yang perlu diisi. 6.5 Semua guru diingatkan supaya mengambil gambar ketika gotong royong Madani bagi memudahkan laporan program dilakukan. 6.6 Kahadiran murid perlulah diisi dalam maklumat yang disediakan dan guru waktu ketiga untuk mengisi maklumat tersebut jika didapati murid datang lewat. Semua guru dibenarkan ‘copy and paste’ jika PK HEM terlupa kemaskini maklumat kehadiran harian tersebut pada hari berikutnya. 6.7 Murid yang sering ponteng bernama Muhammad Ammar Asyraf dari kelas 3 Lestari telah berpindah ke sekolah lain. 6.8 6.9 Murid yang datang awal pagi perlu letakkan beg di kelas masing-masing, terus ke dewan dan tidak dibenarkan berada di dalam kelas. Begitu juga semasa waktu rehat, murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas. Pengawas sekolah yang bertanggungjawab perlu memastikan murid tiada dalam kelas waktu awal pagi dan waktu rehat. Pelantikan watikah pengawas sekolah, pengawas perpustakaan dan pembimbing rakan sebaya akan dilaksanakan pada Ahad minggu depan. Semua pengawas yang terlibat diingatkan agar bertugas dengan baik kerana telah diberi tanggungjawab untuk laksanakan tugas masing-masing. Makluman : Semua guru Tindakan : Guru dispilin
7 AGENDA 7 : PENGURUSAN KOKURIKULUM 7.1 7.2 7.3 7.4 7.5 7.6 7.7 7.8 Puan Rosshirleyzawati binti Mohd Thauzan memaklumkan bahawa banyak program dijalankan sepanjang Ramadhan. Ustaz Jamal Abdul Nasir bin Saadan memaklumkan bahawa program yang akan datang adalah Iftar Ramadhan bersama semua warga SKBL dan murid asnaf seramai 74 orang akan dilaksanakan pada hari Ahad iaitu 31 Mac 2024 bermula 6.00 petang. Beliau memaklumkan bahawa tentatif program dan senarai jawatankuasa akan diedarkan dan pelbagai program diselitkan dalam program tersebut iaitu ucapan puan guru besar, penyerahan bakul rahmah, tahlil, iftar, Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Tarawih. Program dijangka akan berakhir ada 10.00 malam. Puan Azila binti Abdullah maklumkan bahawa makanan dan minuman telah ditempah oleh jawatankuasa terlibat dengan pengusaha kantin. Majlis Khatam Al-Quran akan dijalankan pada 4 April 2024 bermula seawal 8.00 pagi, disusuli dengan pemberian duit raya kepada semua murid, penyampaian hadiah program sepanjang Ramadhan dan sebagainya. Majlis dijangka akan berakhir pada 12.45 tengah hari. Puan Azila binti Abdullah memaklumkan bahawa duit zakat untuk majlis Iftar Ramadhan dan jamuan asnaf berjumlah RM4070.00 (makan dan bakul rezeki). Peruntukan adalah daripada wakalah agihan zakat sekolah .Beliau memaklumkan bahawa peruntukan duit zakat terdiri daripada fakir dan miskin. Panitia Pendidikan Islam yang uruskan majlis Iftar Ramadhan 2024. Encik Mohd Noor bin Abdul Hamid memaklumkan gambaran awal persiapan sambutan hari raya peringkat sekolah yang dijangka akan dijalankan pada 18 April 2024 iaitu pada hari Khamis. Puan guru besar maklumkan bahawa PA sistem dalam proses dapatkan yang baharu. Puan Norazida binti Azizan memaklumkan bahawa semua urusan resit pembayaran yuran PIBG sesi 2024 akan diserahkan kepada semua murid selepas Mesyuarat Agung PIBG 2024. Makluman : Semua guru AGENDA 8 : HAL-HAL LAIN 8.1 Puan guru besar minta semua guru agar tidak menimbulkan sebarang isu dan semua guru menjalankan tugas masing-masing. Beliau juga mengharapkan semua guru bekerja secara aman dan mudahkan urusan semua pihak. Tatacara bercakap juga memainkan peranan penting agar apa yang akan disampaikan mudah difahami semua pihak. Akhir sekali, beliau mengharapkan agar kita semua jalankan tugas yang dipertanggungjawab demi kebaikan sekolah. Makluman : Semua guru
8 AGENDA 9 : UCAPAN PENANGGUHAN Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang Disediakan oleh, …………………………… (AFIZA BINTI ZAKARIA) Setiausaha Mesyuarat Guru Sek. Keb. Buluh Lima Disahkan oleh, ………………………………..….…………. (SITI ZUBAIDAH BINTI MOHD ROSELI) Guru Besar Sek. Keb. Buluh Lima