1 ___________________________________________________________________________ MINIT MESYUARAT GURU BILANGAN 1 2024/2025 TARIKH : 05 Mac 2024 HARI : Selasa MASA : 8.30 Pagi TEMPAT : Bilik Gerakan SKBL PENGERUSI : Puan Anisah Binti Ibrahim KEHADIRAN : 1. En Zamani Bin Abu Seman 2. Pn Anisah Binti Ibrahim 3. Pn Zaharah Binti Ahmad 4. Pn Siti Fatimah Binti Hussin 5. Pn Afiza Binti Zakaria 6. Pn Azila Binti Abdullah 7. Pn Fadzilah Binti Ahmad 8. Pn Hafizoh Binti Hassan 9. Pn Hamidah Binti Ghazali 10. Pn Husna Binti Abdul Rahman 11. En Jamal Abdul Nasir Bin Saadan 12. En Mohammad Zaharudin Bin Yaakob 13. Pn Noor Hazwani Binti Abdul Rashid 14. Pn Noor Zaini Binti Mohd Yusoff 15. Pn Noraini Binti Omar 16. Pn Nor Azida Binti Azizan 17. Pn Siti Fauziah Binti Kasa 18. Pn Siti Muspirah Bin Mansur 19. Pn Nur Liyana Binti Abd Wahab @ Abd Rahman
2 20. Pn Syamilah Binti Sueib 21. En Mohd Fauzi Bin Mohd Zain 22. Cik Siti Nur Amirah Sahira Binti Azemi 23. Cik Nur Atiqah Binti Abd Razak TIDAK HADIR : 1. Pn Faradila Binti Abd. Hamid - Bersebab 2. En Muhamad Noor bin Abd Hamid - Bersebab 3. Encik Mohamad Nizam Bin Azizan - Bersebab AGENDA 1 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan berterima kasih kepada semua guru yang hadir dan memberikan kerjasama untuk mesyuarat kali pertama bagi sesi akademik 2024/2025 Makluman : Semua guru AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1 Puan Afiza Binti Zakaria sebagai setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu. 2.2 Puan Siti Fauziah Binti Kasa mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Puan Nor Azida Binti Azizan. Makluman : Semua guru AGENDA 3 : PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1 Puan Anisah Binti Ibrahim memaklumkan bahawa program budaya tutup sekolah yang dijalankan sebelum cuti sekolah yang lalu berjalan dengan lancar. Sekolah Kebangsaan Buluh Lima telah dikunjungi oleh pegawai PPD dan beerapa bilik telah dilawati semasa cuti sekolah sesi yang lepas. 3.2 Beliau juga memaklumkan bahawa pegawai PPD sudah dimaklumkan dengan kerosakan beberapa peralatan yang rosak dan laporan telah dibuat. 3.3 Kerusi dan meja perlulah lengkap dan pastikan semua murid dapat keperluan tersebut untuk sesi PdPc yang akan datang. 3.4 Semua dokumentasi yang telah dibuat pada sesi 2023/2024 perlu diserahkan kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Anisah Binti Ibrahim. 3.5 Semua urusan zakat telah selesai dilaksanakan dan Puan Azila Binti Abdullah memaklumkan bahawa seramai 3 orang murid yang tidak hadir ke sekolah tidak menerima bantuan dan pihak sekolah perlu serahkan kepada murid terlibat sebelum sesi persekolahan 2024/2025 bermula. Makluman : Semua guru
3 AGENDA 4 : PENGURUSAN PENTADBIRAN (BUDAYA BUKA SEKOLAH) 4.1 Puan Anisah memaklumkan bahawa semua kelas perlu kondusif dan semua murid perlulah dilengkapkan dengan kerusi dan meja yang sempurna agar proses PdPc berjalan lancar. 4.2 Keberadaan guru sepanjang awal persekolahan amat diharapkan agar semua berada dalam keadaan yang terkawal. Semua guru sedia maklum bahawa minggu pertama persekolahan semua guru diarahkan untuk tidak mengajar dan pengisian masa PdPc perlu diisi dengan pelbagai program yang sesuai. Untuk hari pertama pada minggu hadapan akan diadakan perhimpunan rasmi dan guru bertugas perlu bertindak untuk uruskan perhimpunan pertama sesi kali ini diadakan. Guru Bimbingan bersama dengan semua panitia matapelajaran diminta merancang program yang menyeronokkan dan menarik minat murid sepanjang minggu tersebut. 4.3 Puan Anisah mengharapkan agar semua program yang dirancang dan akan dilaksanakan mampu menarik minat murid untuk datang ke sekolah dan bersedia menerima pelajaran serta memulakan sesi PdPc dengan baik. Justreru itu, beliau sangat mengharapkan semua panitia dapat menggunakan masa dengan sebaik mungkin melaksanakan program dan menggunakan bahan yang sedia ada bagi melancarkan program yang dirancang. Makluman : Semua guru AGENDA 5 : PENGURUSAN KURIKULUM 5.1 Jadual Waktu Guru Puan Anisah Binti Ibrahim selaku Penolong Kanan Kurikulum memaklumkan bahawa sekolah masih lagi kekosongan seramai 3 orang iaitu satu kekosongan pentadbir dan dua kekosongan guru penolong. 5.2 DSKP, RPT dan RPH Beliau juga meminta semua guru menyediakan DSKP dan RPT mengiku mata pelajaran yang diajar. Fail yang lama boleh digunapakai Cuma perlu gantikan ‘cover’ muka hadapan dan pihak pentadbir akan edarkan dalam masa terdekat. Beliau juga mengharapkan agar semua guru menyediakan RPH pada hari pertama persekolahan dan mengikut kesesuaian program yang pihak sekolah bersama semua panitia rancang program sepanjang minggu awal persekolahan. RPH yang lengkap perlu diserahkan kepada pihak pentadbir dalam tempoh 3 minggu iaitu pada hari Khamis minggu ke 3. 5.3 Beliau sebagai pentadbir mengingatkan semua guru agar mematuhi Perintah Am. Beliau mengharapkan semoga semua guru dapat hayati prinsip perkhidmatan cemerlang dan letakkan kepentingan murid lebih daripada diri sendiri ketika bertugas. Semua guru adalah guru disiplin. Justeru itu, jika ada masalah yang timbul, beliau menharapkan agar masalah dapat diselesaikan dengan baik oleh guru yang bertanngungjawab bermula dengan guru kelas kemudian diambil alih oleh guru disiplin dan akhir sekali jika masalah tidak dapat dielakkan boleh rujuk terus kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. 5.4 Semua guru adalah guru kaunseling dan semua guru perlulah bertindak menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan guru kaunseling dilantik untuk lancarkan dan selesaikan masalah jika berlaku sesuatu masalah. 5.5 7.45 pagi bermula PdPc dan berakhir pada 1.45 petang. Jika ada masalah dan ada tugasan lain perlulah maklum kepada pihak pentadbir dan minta kebenaran pentadbir. Jika datang lewat ke sekolah, guru perlu minta bantuan rakan guru yang lain untuk maklum kepada pentadbir.
4 5.6 Guru perlu prihatin dengan masalah yang ditimbulkan oleh pihak waris kerana mereka boleh buat laporan mengenai guru melalui SiSPAA iaitu Sistem Pengurusan Aduan Awam yang merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan penyampaian dari masa ke semasa yang telah dimudahcara oleh teknologi terkini. Jika masalah berlaku, guru dinasihatkan supaya maklum segera kepada pentadbir berkaitan keberadaan guru sepanjang masa bertugas dan pemasalahan yang ditimbulkan oleh pihak waris. Makluman : Semua guru 5.7 Beliau mengingatkan kepada semua guru terutama guru bertugas mingguan agar ‘punch card’ ketika sampai di sekolah dan atas budi bicara pihak pentadbir, guru bertugas dibenarkan meminta bantuan guru lain berbuat demikian kerana kekangan masa untuk mengawal murid di pintu pagar laluan murid masuk ke sekolah, di dewan dan uruskan RMT di kantin. Makluman : Guru bertugas mingguan 5.8 Puan Syamilah Binti Suieb bertanya mengenai guru yang keluar pada waktu sekolah atas alasan peribadi dan juga membeli keperluan sekolah untuk persiapan sesuatu majlis dijalankan. Puan Anisah Binti Ibrahim memaklumkan bahawa pihak pentadbir akan berikan kebenaran jika alasan yang diberikan kukuh dan untuk kepentingan bersama. Namun, beliau menasihatkan agar semua guru keluar membeli barang keperluan diri ataupun keperluan sekolah selepas waktu persekolahan. Ini juga bagi mengelakkan berlakunya gangguan kepada MMI iaitu singkatan daripada tiga rangkai kata, iaitu Melindungi Masa Instruksional. Masa Intruksional ialah masa sebenar yang digunakan untuk pelaksanaan PdPc yang berkesan tanpa sebarang gangguan. Makluman : Semua guru 5.9 Puan Azila Binti Abdullah memaklumkan bahawa guru pendamping bagi mata pelajaran AlQuran dan Iqra’ terpaksa meninggalkan kelas dan selesaikan masalah lain ketika PdPc kerana pihak pentadbir memberi relief kepada guru-guru berkenaan. Beliau meminta agar pihak pentadbir tidak mengambil tindakan sedemikian. Puan Anisah Binti Ibrahim ambil maklum dengan pemasalahan tersebut dan beliau juga mengingatkan semua guru untuk saling mengingati sesama guru jika terdapat guru tiada dalam kelas melalui ‘Whatsapp group’ rasmi sekolah bertujuan elakkan masalah tidak diingini berlaku. 5.10 Puan Anisah Binti Ibrahim memaklumkan bahawa sepanjang tempoh perhimpunan rasmi pada hari Ahad, semua guru perlu berada di dewan. Pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis pula, panitia akan ambil alih untuk laksanakan program pada awal pagi dan guru terlibat perlu berada di dewan. 5.11 Etika berpakaian bagi semua guru ketika bertugas adalah berpakaian rasmi sama ada bertugas di sekolah ataupun di luar kawasan sekolah. Etika pakaian perlulah dititiberatkan dan guru tidak boleh memakai jubah dan kurta di sekolah. 5.12 Penggunaan harta benda sekolah perlulah direkodkan dalam buku penggunaan yang disediakan di bilik-bilik khas. 5.13 Puan Anisah Binti Ibrahim juga memaklumkan mengenai cuti yang melibat semua guru seperti cuti penggal, cuti rehat khas, cuti sakit, cuti ke luar negara, cuti tanpa rekod, cuti tanpa rekod kematian keluarga, cuti tanpa rekod isteri bersalin dan cuti tanpa gaji. Semua guru boleh rujuk Perintah Am mengenai cuti-cuti tersebut atau pun rujuk buku pengurusan sekolah pada muka surat 12 dan 13. Makluman: Semua guru 5.14 Encik Zamani Bin Abu Seman memaklumkan bahawa guru yang terlupa mengisi tarikh CRK, akan menimbulkan kesan kepada guru tersebut kerana melibatkan pihak atasan. Beliau juga mengingatkan agar mengelakkan ambil CRK berkembar dengan cuti hujung minggu kecuali atas
5 alasan yang kukuh dan jarak perjalanan yang jauh. Semua guru juga berhak dipanggil bertugas ketika cuti penggal atas alasan tugasan. 5.15 Encik Jamal Abdul Nasir Bin Saadan mengutarakan mengenai cuti tanpa rekod untuk menguruskan murid di luar kawasan sekolah. Namun, pihak pentadbir benarkan mohon cuti tersebut. Beliau mengharapkan agar pihak pentadbir dapat membenarkan guru-guru yang bertugas dibenarkan memohon cuti tanpa rekod. Puan Anisah Binti Ibrahim menjelaskan bahawa bagi mengatasi masalah ini, guru-guru yang telibat diminta catat nama pada ruang catatan di pejabat sekolah dan sertakan surat kebenaran bertugas di luar kawasan sekolah. Pihak pengurusan berkuasa untuk memberi kelulusan cuti berkaitan atas budi bicara dan atas kepentingan bersama. 5.16 Makluman untuk semua guru, waris perlu dapatkan kebenaran pihak pentadbir untuk urusan anak jagaan masing-masing. 5.17 Puan Anisah Binti Ibrahim mengingatkan semua guru agar tidak menggunakan duit peribadi untuk jalankan sesuatu program sekolah. Beliau mengharapkan agar semua guru membuat perancangan awal iaitu fasa awal dan fasa pertengan sebelum jalankan sesuatu program. Guruguru boleh menggunakan nota minta untuk membeli barang keperluan untuk sesuatu program dan serahkan kepada pihak pentadbir. 5.18 Barang yang ditempah perlu masuk stok dan jika barang hapus kira perlu dicatat dalam buku stok di pejabat dan semua guru perlulah uruskan perbelanjaan dengan berhemah. 5.19 Peringatan kepada semua ketua panitia, fail panitia perlulah dikemaskini dari masa ke semasa. Fail panitia perlu lengkap bermula tahun 2022 hingga 2024. AGENDA 6 : PENGURUSAN HEM 6.1 Puan Noor Zaini Binti Mohd Yusoff memaklumkan bahawa pendaftaran Tahun 1 dan Pra Sekolah akan dilaksanakan pada 6 Mac 2023 iaitu pada hari Selasa. Semua guru diminta untuk merujuk buku program yang telah diedarkan oleh penyelaras tahun 1. Puan Noor Zaini Binti Mohd Yusoff juga memaklunkan bahawa Program Transisi Tahun 1 akan dijalankan selama 4 minggu dan akan bermula minggu ke 2. Majlis penutup program tersebut akan dijalankan pada minggu terakhir dan akan diuruskan oleh guru kelas tahun 1. 6.2 Puan Anisah Binti Ibrahim mencadangkan agar penyelaras tahun 1 dapat memilih seorang tokoh untuk program Transisi Tahun 1 sesi ini dan penilaian berdasarkan penglibatan murid, hasil kerja dan ketokohan murid berdasarkan aktiviti yang disertai murid tersebut. Makluman: Penyelaras tahun 1 6.3 Puan Anisah mencadangkan kutipan duit dari waris Tahun 1 akan dijalankan bagi lancarkan program Transisi 1 sesi 2024/2025 ini seperti lawatan, hadiah dan program yang berkaitan. Guru tahun 1 akan uruskan kutipan duit PIBG semasa pendaftaran Tahun 1 pada 6 Mac 2024 nanti dan kutipan duit tersebut bukan secara paksaan. Guru Tahun 1, diingatkan agar menyerahkan duit kutipan tersebut kepada bendahari PIBG dalam tempoh 2 minggu bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini berlaku. Makluman : Guru kelas tahun 1 6.4 Jadual lengkap untuk program Transisi Tahun 1 sesi 2024/2025 akan diedarkan dari masa ke semasa kepada semua guru tahun 1 yang terlibat sepanjang tempoh sesi 3 minggu tersebut. 6.5 Puan Noor Zaini Binti Mohd Yusoff memaklumkan bahawa semasa sesi pendaftaran Tahun 1 dan Pra Sekolah, semua waris akan berada di dewan dan taklimat dari pihak pentadbir akan
6 diberikan manakala semua murid Tahun 1 dan Pra Sekolah akan berada di kelas masing untuk jalankan program pertama iaitu sesi suaikenal di antara guru dan rakan satu aliran. Semua murid akan berada di bawah kawalan dan bimbingan guru kelas dan pembantu masing-masing. Makluman : Guru kelas tahun 1 dan semua guru AGENDA 7 : PENGURUSAN KOKURIKULUM 7.1 Encik Zamani Bin Abu Seman memaklumkan bahawa semua murid perlulah berpakaian yang lengkap ketika datang ke sekolah. Beliau memaklumkan bahawa pada hari Ahad semua murid berbaju sekolah lengkap. Pada hari Isnin, murid dibenarkan berbaju sukan. Seterusnya pada hari Selasa, semua murid dibenarkan berpakaian baju sekolah lengkap. Bagi hari Rabu pula, murid tahap satu berbaju sukan dan murid tahap dua mamakai baju unit uniform masing-masing. Pada hari Khamis pula, semua murid dibenarkan berbaju sukan. 7.2 Beliau juga memaklumkan bahawa buku pengurusan masih perlu diedit kerana terdapat beberapa kesalahan dan juga perlu dikemaskini mengikut keperluan semasa. Makluman : Semua guru AGENDA 8 : HAL-HAL LAIN 8.1 Pihak pentadbir memaklumkan bahawa program perhimpuan pagi sepanjang sesi 2024/2025 seperti berikut : Bil Hari/Aktiviti Sasaran Tindakan 1 Ahad Perhimpunan Rasmi Semua murid Guru bertugas mingguan 2 Isnin Program Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Semua murid @Unit Panitia • Guru bertugas mingguan 3 Selasa Program Matematik, Sains dan Sejarah Semua murid @Unit Panitia Guru bertugas mingguan 4 Rabu Progran Bacaan Yassin Semua murid Panitia Agama Semua guru Guru bertugas mingguan 5 Khamis Program Bacaan Mathurat Pagi Semua murid Panitia Agama Semua guru Guru bertugas mingguan Makluman : Semua guru 8.2 Encik Mohd Fauzi Bin Mohd Zain bertanya mengenai baju sukan untuk sesi persekolahan ini dan makluman dari pihak pentadbir bahawa semua waris boleh buat tempahan awal baju-baju sukan tersebut melalui guru kelas mengikut saiz yang sesuai dan pembelian akan dibuat berdasarkan pesanan dan pembayaran dibuat oleh pihak waris kerana tiada kewangan yang banyak untuk menyediakan baju-baju tersebut. Waris boleh dapatkan tempahan dalam masa 2 minggu selepas bermula persekolahan atau selepas hari raya Aidilfitri nanti. Beliau mengingatkan guru tahun 1 agar memastikan semua murid tahun 1 membeli baju sukan sekolah. 8.3 Puan Hamidah Binti Ghazali ingin maklumat lebih jelas mengenai jadual peribadi beliau yang perlu mengajar tahun 1 hingga tahun 6 dan beliau meminta pandangan mengenai penyediaan RPT yang perlu dibuat untuk kelas yang dinyatakan.
7 Puan Anisah Binti Ibrahim menyatakan bahawa beliau dan juga AJK jadual waktu akan menyusun semula jadual tersebut mengikut kesesuaian. 8.4 Puan Husna Binti Abd Rahman minta jasa baik pihak pentadbir semoga nama Nur Amira Binti Anuar tidak dicalonkan sebagai pengawas peperiksaan SPM sesi akan datang. Ini kerana masalah timbul dalam pengurusan murid-murid pra sekolah sepanjang beliau menjalankan tugasan sebagai pengawas peperiksaan tersebut pada sesi yang lepas. 8.5 Puan Husna Binti Abdul Rahman juga meminta jasa baik pihak pentadbir agar memastikan semua guru dapat surat kebenaran dan makluman taklimat, mesyuarat atau bengkel dalam bentuk salinan lengkap serta diminitkan oleh pihak pengurusan kerana selama ini semua guru didapti hanya dapat dalam bentuk ‘soft copy’sahaja. 8.6 Puan Husna Binti Abdul Rahman juga memohon jasa baik pihak pengurusan agar memberi kebenaran kepada staf lain untuk membuka pintu pejabat pada awal pagi selain Cik Nur Amira Binti Anuar kerana beliau perlu uruskan murid-murid pra sekolah seawal pagi di kelas pra sekolah. 8.7 Puan Syamilah Binti Suieb memaklumkan bahawa pengawal keselamatan sekolah tidak mementingkan keselamatan. Beliau memaklumkan bahawa pagar utama sentiasa terbuka walaupun waktu persekolahan bermula. Selain itu, pengawal keselamatan memelihara binatang peliharaan yang memberi kesan buruk kepada kawasan sekolah dan kepada warga sekolah. Pihak pentadbir akan mengambil tindakan mengenai pagar utama dan akan memberi teguran mengenai binatang peliharaan yang berkeliaran di kawasan sekolah. 8.8 Encik Zamani Bin Abu Seman memaklumkan bahawa kita didedahkan dengan pelbagai data yang melibatkan diri secara online seperti idme. Jadi, beliau mengharapkan jasa baik dalam kalangan guru dapat membantu antara rakan sekerja supaya data-data itu diisi dengan lancar. 8.9 Encik Jamal memaklumkan bahawa program sepanjang bulan Ramadhan akan dijalankan seperti tahun sebelum dan tahap dua terlibat secara langsung iaitu murid akan membaca Al-Quran manakala untuk tahap 1 akan membaca Iqra’. Pelbagai program telah dirancang dan Panitia Agama Islam akan siapkan kertas kerja dan akan hantar ke pihak pentadbir untuk laksanakan program Ihya’ Ramadhan kali ini. Maklumat terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa. 8.10 Puan Anisah Binti Ibrahim memaklumkan sepanjang bulan Ramdhan, arahan boleh buka kantin dibenarkan namun pihak sekolah yang akan tentukan dan berkuasa menetapkan sama ada akan berbuat sedemikian. Namun, keputusan akan diambil bersama Puan Guru Besar nanti. Makluman terkini akan dimaklumkan kepada semua guru dan murid. AGENDA 9 : UCAPAN PENANGGUHAN Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.45 pagi. Disediakan oleh, …………………………… (AFIZA BINTI ZAKARIA) Setiausaha Mesyuarat Guru SK Buluh Lima Disahkan oleh, ………………………………. (ZAHARAH BINTI AHMAD) Guru Penolong Kanan HEM SK Buluh Lima