The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-74061105, 2024-03-03 22:14:07

MINIT MESYUARAT GURU BIL 4

MINIT MESYUARAT GURU BIL 4

___________________________________________________________________________ MINIT MESYUARAT GURU KALI 4 2023/2024 TARIKH : 05 Februari 2024 HARI : Isnin MASA : 12.45 tengah hari TEMPAT : Bilik Gerakan SKBL PENGERUSI : En Zamani bin Abu Seman KEHADIRAN : 1. En Zamani bin Abu Seman 2. Pn Anisah binti Ibrahim 3. Pn Zaharah binti Ahmad 4. Pn Siti Fatimah binti Hussin 5. Pn Afiza binti Zakaria 6. Pn Azila binti Abdullah 7. Pn Fadzilah binti Ahmad 8. Pn Faradila binti Abd. Hamid 9. Pn Faridah binti Radin Salim 10. Pn Hafizoh binti Hassan 11. Pn Hamidah binti Ghayzali 12. Pn Husna binti Abdul Rahman 13. En Jamal Abdul Nasir bin Saadan 14. En Mohammad Zaharudin bin Yaakob 15. En Muhamad Noor bin Abd Hamid 16. Pn Noor Hazwani binti Abdul Rashid 17. Pn Noor Zaini binti Mohd Yusoff 18. Pn Noraini binti Omar 19. Pn Nor Azida binti Azizan


20. Pn Siti Fauziah binti Kasa 21. Pn Siti Muspirah bin Mansur 22. Pn Nur Liyana binti Abd Wahab @ Abd Rahman 23. Pn Syamilah binti Sueib 24. En Mohd Fauzi bin Mohd Zain TIDAK HADIR : 1. Cik Siti Nur Amirah Sahira binti Azemi AGENDA 1 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan berterima kasih kepada semua guru yang hadir dan memberikan kerjasama untuk mesyuarat kali pertama bagi sesi akademik 2023/2024. 1.2 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan Puan Anisah Binti Ibrahim sebagai Penolong Kanan Pentadbiran dan Puan Zaharah sebagai Penolong Kanan HEM. 1.3 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru atas program yang telah dijalankan bermula dari 2.1.2024 sehingga tamat sekolah. Makluman : Semua guru AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Tiada AGENDA 3 : PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Tiada AGENDA 4 : LIBAT URUS SEKOLAH 4.1 Puan Anisah mengucapkan salam dan berterima kasih kepada semua. 4.2 Puan Anisah menyampaikan pesanan dari Pengarah mengenai tempoh masa mesyuarat hendaklah dipendekkan kepada 1 jam 30 minit sahaja. 4.3 Puan Anisah juga ingin mendapatkan maklumat mengenai program dan perkaraperkara yang penting mengenai Sekolah Kebangsaan Buluh Lima.


4.4 4.5 Puan Anisah meminta guru panitia untuk menyerahkan senarai nama guru bagi setiap mata pelajaran untuk susunan jadual sekolah bagi sesi 2024/2025. Budaya tutup sekolah. 4.5.1 Puan Anisah telah menyerahkan borang budaya tutup sekolah kepada semua guru. 4.5.2 Borang budaya tutup sekolah mestilah diisi dan diserahkan pada hari terakhir persekolahan. 4.5.3 Puan Anisah memaklumkan mengenai pemulangan buku kepada murid dan Penyerahan buku teks bagi sesi 2024/2025. 4.5.4 Puan Anisah juga meminta senarai nama murid bagi setiap kelas bagi Memudahkan urusan Puan Zaharah sebagai Penolong Kanan HEM. 4.5.5 Puan Anisah juga menjelaskan pada minggu pertama cuti persekolahan, guru- guru tidak akan diganggu mengenai hal-hal sekolah melainkan urusan itu perlu diselesaikan segera. Beliau juga menyatakan mesyuarat dan berkemungkinan gotong-royong madani akan dilakukan pada minggu terakhir cuti sekolah. Makluman : Semua guru AGENDA 5 : PERANCANGAN AKTIVITI 5.1 Unit Kurikulum 5.1.1 Puan Anisah mengingatkan guru-guru mengenai dokumentasi mestilah dibuat bagi setiap program yang dijalankan. 5.2 Zakat 5.2.1 Puan Zaharah menyatakan Puan Azila telah menyelesaikan dan telah menyediakan laporan mengenai agihan zakat. 5.2.2 Beliau meminta senarai nama murid-murid yang menerima bantuan zakat.


5.3 Bantuan Awal Persekolah (BAP) 5.3.1 Puan Zaharah akan dilaksanakan pada 7.2.2024 iaitu hari rabu. 5.3.2 Beliau meminta guru kelas memaklumkan kepada waris mengenai hari kejadian. 5.4 Unit Pengawas 5.4.1 Puan Zaharah telah merujuk Puan Noraini mengenai maklumat bagi unit pengawas. 5.4.2 Puan Zaharah juga telah berjumpa dengan pengawas yang bermasalah dan memberi peluang kepada murid tersebut untuk berubah dan buat lebih baik pada masa hadapan. Beliau juga meminta guru untuk pantau murid tersebut. 5.4.3 Puan Zaharah juga menegaskan bahawa setiap pengawas yang bermasalah, mestilah diiringi dengan laporan tunjuk bukti dan bagi mengelakkan sebarang aduan daripada ibu bapa sekiranya murid tersebut digugurkan jawatan. 5.5 Unit RMT/Program Susu Sekolah 5.5.1 Puan Zaharah menegaskan bahawa unit RMT mestilah diberi perhatian yang lebih kerana ia melibatkan duit sekolah. 5.5.2 Beliau menyatakan pesanan makanan RMT mestilah dibuat sehari sebelum kejadian. 5.5.3 Puan Zaharah memaklumkan beliau akan mencipta ‘group whatsapp’ bagi murid RMT dan waris- waris akan memaklumkan jika anak mereka tidak dapat hadir ke sekolah supaya guru RMT dapat membuat pesanan pada pihak kantin sehari sebelum kejadian. 5.5.4 Puan Zaharah juga meminta guru RMT dan guru bertugas untuk pantau dan mengira bilangan murid yang hadir dan makanan yang sediakan sesuai dengan pesanan yang dibuat. 5.5.5 Bagi program susu sekolah, murid-murid yang tidak menerima RMT, tidak boleh menerima susu.Puan Zaharah meminta Cik Atiqah bagi menghabiskan agihan susu kepada murid sekolah sesi sekolah tamat. Agihan susu juga hendaklah dibuat 15-30 minit sebelum murid-murid pulang dan dilarang agih semasa waktu rehat bagi mengelakkan murid muntah dan sebagainya.


5.6 Program Guru Penyayang 5.6.1 Puan Zaharah akan menyediakan jadual guru bertugas bagi program guru penyayang. 5.6.2 Puan Zaharah meminta bagi pengawas yang bertugas untuk menulis nama murid yang hadir lambat ke sekolah. 5.7 Pendaftaran Tahun 1 / Pra sekolah 5.7.1 Puan Zaharah menyatakan pendaftaran tahun 1 akan dibuat bersama dengan pendaftaran pra sekolah. 5.7.2 Tarikh akan di beritahu semula. 5.8 Program Gotong Royong Madani 5.8.1 Puan Zaharah menyatakan Program Gotong Royong Madani bagi Fasa 1 akan dilaksanakan pada 29/2/2024. Program ini melibatkan murid untuk mengemas kelas bagi penyedian untuk mula sekolah sesi baharu. 5.9 Pembelian Buku 5.9.1 Encik Zamani memaklumkan pembelian buku akan bermula pada 25.2.2024. 5.9.2 Beliau akan memaklumkan semula jika ada perubahan tarikh. Makluman : Semua guru AGENDA 6 : KEWANGAN 6.1 Baki kewangan bagi setiap Panitia yang terkini sehingga 21/12024 adalah seperti berikut: ➢ Sains - RM313 ➢ Matematik - RM44


➢ Bahasa Inggeris - RM141 ➢ Bahasa Melayu - RM215 ➢ Pendidikan Islam - RM1329 ➢ PSV - RM147 ➢ Muzik - RM2322 ➢ Seni - RM 497 ➢ RBT - RM2202 ➢ PJPK - RM1589 ➢ Bahasa Arab - RM1006 ➢ Sejarah - RM960 6.2 Puan Anisah meminta guru menyemak semula mengenai pembayaran dan pembelian bagi setiap panitia dan mencadangkan mereka menggunakan baki wang panitia untuk pembelian BBM. Makluman : Semua guru AGENDA 7 : HAL-HAL LAIN 7.1 Buku Teks – Puan Azida mengucapkan terima kasih kepada guru kelas atas bantuan bagi proses pemulangan dan penerimaan buku teks. Beliau meminta guru kelas untuk memastikan murid menyerahkan borang penerimaan buku teks sebagai bukti murid terima buku teks. Beliau juga menyatakan sekiranya guru-guru tidak lagi menggunakan buku teks, guru-guru boleh pulangkan semula kepada beliau. 7.2 PIBG – Puan Azida meminta guru kelas untuk memulangkan buku resit PIBG kepada beliau sebelum cuti sekolah. 7.3 Aktiviti Senamrobik – Puan Syamilah menyatakan mengenai program senamrobik teori dan praktikal. Tahap 1 akan diadakan sebelum rehat dan Tahap 2 selepas rehat. Puan Syamilah meminta kerjasama guru-guru untuk ikut serta dalam aktiviti tersebut. Beliau juga ingin memilih pelapis diantara murid untuk menjadi instruktur senamrobik. Makluman : Semua guru


AGENDA 8 : UCAPAN PENANGGUHAN Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang Disediakan oleh, ………………………………………………… (NUR ATIQAH BINTI ABD RAZAK ) Setiausaha Mesyuarat Guru SK Buluh Lima Disemak oleh, …………………………………………………….. (ANISAH BINTI IBRAHIM) Penolong Kanan Pentadbiran SK Buluh Lima


Click to View FlipBook Version