TERHAD
Markas Tentera Darat
Bahagian Pasukan Simpanan
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
Tel: 03-26921333 Samb 5377
Mac 21
MK TD/G8/3/(KOORD)/52
Lihat Agihan
NOTA PENGESAHAN SIDANG VIDEO CONFERENCE KETUA PENGARAH
BAHAGIAN PASUKAN SIMPANAN BERSAMA TIMBALAN KOMANDER
REJIMEN SIRI 500 ASKAR WATANIAH YANG DIADAKAN DI BILIK
MESYUARAT BAHAGIAN PASUKAN SIMPANAN PADA 26 FEBRUARI 2021
JAM 0900
1. Pendahuluan. Sidang Video Conference dipengerusikan oleh Ketua Pengarah BPS.
Tujuan sidang diadakan bagi membincang isu semasa berkaitan Rej Siri 500 Askar Wataniah.
Senarai kehadiran seperti di Kembaran A.
TINDAKAN
PERKARA 1. PERKARA DARIPADA PENGERUSI
2. Sistem Penyampaian Maklumat. Pengerusi menekankan bahawa
segala kejadian yang melibatkan anggota sukarela hendaklah dimaklumkan
kepada BPS. Penyampaiaan maklumat mestilah mengikut saluran
pemerintahan. Maklumat yang disampaikan mestilah cepat, tepat dan
maklumat terperinci mestilah dimaklumkan secepat mungkin. Semua
3. Pembatalan Tauliah dan Pemakaian Pangkat Kehormat. Pengerusi
berkehendakkan setiap pasukan untuk mengemaskini penyata Pegawai Tauliah
Kehormat di pasukan masing-masing. Urusan berkaitan hendaklah
dilaksanakan secepat mungkin. Maklumat terkini hendaklah disampaikan ke
BPS. Semua
4. Aktiviti Latihan. Pengerusi berkehendakkan latihan-latihan di
pasukan diteruskan dalam suasana dan pergerakan yang terhad dalam situasi
COVID-19. Semua
5. COVID-19. Pengerusi menekankan supaya aktiviti-aktiviti dan
latihan-latihan di pasukan sentiasa mematuhi SOP memandangkan implikasi
adalah berat sekiranya berlaku penularan COVID-19. Pengerusi
berkehendakkan semua ketua pasukan untuk memaklumkan kepada anggota
pasukan untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengawal penularan
COVID-19. Pengerusi juga berkehendakkan setiap pasukan untuk merekodkan
1
TERHAD
TERHAD
setiap aktiviti dimana sekiranya perkara tidak diingini berlaku, pasukan
mempunyai rekod berkaitan. Semua
6. Skop Kerja Senggaraan Surau. Pengerusi berkehendakkan agar skop
kerja senggaraan surau dimajukan kepada BPS. Pengerusi memaklumkan
bahawa peruntukan akan diperoleh melalui KAGAT. Semua
PERKARA 2. PERKARA DARIPADA PENGARAH BPS
7. Tonggak Perintah Ulung PTD. Pengarah BPS mengingatkan bahawa
setiap bulan BPS perlu membentangkan Pencapaian Pelan Tindakan Perintah
Ulung Panglima Tentera Darat iaitu ia melibatkan pengambilan anggota,
latihan dan juga operasi. Pengarah berkehendakkan Sel Rancang dan Sel Latih
BPS untuk memajukan format laporan kepada Rejimen. Semua Rejimen
dikehendaki menghantar laporan tersebut mengikut format ke BPS pada 5 Semua
haribulan setiap bulan untuk dirumuskan dan dijadikan peratus iaitu KPI BPS BPS – Rancang
yang perlu dibentangkan pada setiap bulan. /Latih
8. Penetapan KPI Baharu. Pengarah memaklumkan penetapan KPI
baharu adalah berdasarkan pemerhatian 5 tahun ke belakang. Penetapan KPI
yang baharu adalah seperti berikut:
a. Latihan Tempatan - Dinaikkan daripada 30% ke 35%.
b. Latihan Berterusan - Dinaikkan daripada 15% ke 20%.
c. Latihan Kem Tahunan - Diturunkan daripada 30% ke 25%.
Pasukan dikendaki memenuhi KPI yang telah ditetapkan. Semua
9. Kursus-kursus di Pasukan. Pengarah BPS memaklumkan bahawa
BPS perlu memajukan permohonan kepada MK TD untuk melaksanakan
latihan semasa COVID-19. Ketetapan yang telah diluluskan adalah seperti
berikut:
a. Kursus APMS - Dilaksanakan sebanyak 2 siri setiap rejimen dengan
kuota maksimum sebanyak 60 penuntut dan minimum sebanyak 30
penutut.
b. Kursus KADAR - Dilaksanakan sebanyak sekali dengan kuota
maksimum 60 penuntut dan minimum 30 penuntut.
c. Kursus Fungsional - Ditangguhkan sehingga dimaklumkan. Semua
PERKARA 3. LAIN-LAIN HAL
10. Perbarisan Penghargaan Komander Rej 516 AW. TK Rej 516 AW
memaklumkan bahawa pada 1 Mac 21, pasukan akan melaksanakan
perbarisan penghargaan kepada Komander Rej 516 AW yang akan bersara.
Perbarisan akan dihadiri oleh Panglima 5 Div dan Panglima 13 Briged. Proses
pencalonan Komander yang baru akan dimajukan sebaik sahaja proses
tersebut selesai. TK 516 AW memaklumkan terdapat 3 orang calon Komander
yang baru dan calon tersebut akan dimajukan kepada Panglima 13 Briged dan
kepada Panglima 5 Div dan seterusnya akan dimajukan kepada BPS.
2
TERHAD
TERHAD
Pengerusi menekankan pematuhan SOP sepanjang majlis berlangsung. TK Rej 516 AW
11. KPI Pengambilan Anggota. TK Rej 515 AW momohon pengesahan
berkenaan KPI berdasarkan kepada anggota memperolehi nombor tentera atau
selepas kursus APMS. Pengerusi memberi maklum balas bahawa KPI
pengambilan sehingga anggota memperolehi nombor tentera sahaja. TK Rej 515 AW
12. Penugasan Op Penawar Rej 511 AW. TK Rej 511 AW
memaklumkan penugasan OP Penawar Rej 511 AW di Sibu akan berakhir
pada 28 Feb 21. Anggota akan kekal di Sibu sehingga 14 Mac 21. Kekuatan
anggota sukarela seramai 5 pegawai dan 80 LLP di Sibu dan kekuatan anggota
tetap seramai 1 pegawai dan 10 LLP. Pengerusi berkehendakkan supaya
pasukan sentiasa menasihati anggota dalam mamatuhi SOP bagi membendung
penularan COVID-19. TK Rej 511 AW
13. Pameran Kerjaya. TK Rej 511 AW memaklumkan bahawa Rej 511
AW akan terlibat dengan Pameran Kerjaya di Gedong yang akan dihadiri oleh
PTD dan Ketua Menteri pada 10 Mac 21. Pengerusi berkehendakkan supaya
pasukan membuat perancangan dengan teliti. TK Rej 511 AW
14. Penurunan Kekuatan Op Penawar Rej 509 AW. TK Rej 509 AW
memaklumkan bahawa Rej 509 AW akan mengalami penurunan penglibatan
anggota sepanjang operasi Op Penawar berikutan pembukaan sekolah pada 1
Mac 21. Walau bagaimanapun, pasukan akan menggiatkan pengambilan
melibatkan anggota yang tidak bekerja. Pengerusi berkehendakkan agar
pasukan terus mendapatkan anggota sehingga mencapai ke tahap 30%. TK Rej 509 AW
15. Majlis Kenaikan Pangkat Komander Rej 508 AW. Wakil TK Rej
508 AW memaklumkan bahawa majlis kenaikan pangkat Komander Rej 508
AW akan dilaksanakan pada 4 Mac 21. TK akan memaklumkan kepada AP
mengenai rancangan pemakaian pangkat tersebut. Pengerusi berkehendakkan
agar pasukan dapat merancang masa yang bertepatan supaya dapat memberi
masa kepada PTD dan AP dalam penerbangan ke Istana Seri Menanti sebelum
jam 1500. TK Rej 508 AW
16. Pemakaian Pangkat Komander Rej 507 AW. TK Rej 507 AW
memaklumkan bahawa perancangan majlis pemakaian pangkat Komander Rej
507 AW akan dilaksanakan oleh PTD semasa lawatan rasmi PTD ke 5 Div.
Majlis dirancangkan untuk dilaksanakan di Istana Negeri Sabah dalam bulan
Mac. TK Rej 507 AW
17. Penurunan Kekuatan Op Penawar Rej 507 AW. TK Rej 507 AW
memaklumkan bahawa penglibatan anggota Op Penawar akan berlaku
penurunan sepanjang operasi Op Penawar berikutan pembukaan sekolah pada
1 Mac 21. Pengerusi berkehendakkan agar pasukan terus mendapatkan
anggota sehingga mencapai ke tahap 30%. TK Rej 507 AW
18. Kursus APMS Siri 1/2021 Rej 506 AW. TK Rej 506 AW
memaklumkan bahawa Kursus APMS Siri 1/2021 akan dilaksanakan pada 1-
30 Mac 21 telah diluluskan oleh BPS dengan kekuatan 60 orang penuntut.
3
TERHAD
TERHAD
Pengerusi menekankan pematuhan SOP sepanjang waktu latihan dan
perlaksanaan acara-acara rasmi mahupun tidak rasmi. TK Rej 506 AW
19. Majlis Pemakaian Pangkat Menteri Besar Pahang dan Setiausaha
Kerajaan Negeri Pahang. TK Rej 505 AW memaklumkan bahawa Majlis
Pemakaian Pangkat Menteri Besar Pahang dan Setiausaha Kerajaan Negeri
Pahang akan dilaksanakan pada 4 Mac 21 jam 1130 dan disempurnakan oleh
Pemangku Sultan Pahang. Menteri Pertahanan dan PTD akan hadir ke majlis
pemakaian pangkat tersebut. Walau bagaimanapun, masih belum mendapat
ketetapan setakat ini dan semakan sedang dibuat bersama Sekretariat TD.
Persiapan akan dibuat oleh MK 4 Briged. Raptai akan dilaksanakan sebelum
tarikh tersebut. Pengerusi berkehendakkan supaya pasukan sentiasa mamatuhi
SOP bagi membendung penularan COVID-19. TK Rej 505 AW
20. Persiapan Latihan Kursus APMS dan Kursus KADAR Rej 505
AW. TK Rej 505 AW bertanyakan sama ada peralatan PPE masih lagi diguna
pakai semasa kursus yang telah dirancang pada bulan Jun. TK memohon
keperluan PPE lagi dan berharap pihak BPS akan membantu berkenaan
perkara ini. Pengerusi berkehendakkan pasukan untuk memohon keperluan
PPE (Face Mask dan Hand Sanitizer) untuk penganjuran kursus Askar
Wataniah di peringkat pasukan kepada Sel Latih, BPS. TK Rej 505 AW
21. Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Rej 504 AW. TK Rej
504 AW memaklumkan bahawa sidang ini dirancangkan pada September
2021 atau akan dianjakkan kepada Nov 2021 sekiranya masih dalam PKP.
Walau bagaimapun, Komander mencadangkan untuk sidang secara online
sekiranya tidak dapat dilaksanakkan pada kedua-dua tarikh ini. Maklumat
rasmi akan dikeluarkan oleh Rej 504 AW dalam masa terdekat. Pengerusi
memaklumkan bahawa tujuan sidang ini memerlukan perjumpaan Face-to-
Face. Walau bagaimanapun, Pengerusi mengambil maklum perkara ini untuk
dibincangkan pada masa akan datang. TK Rej 504 AW
22. Kursus APMS Rej 503 AW. TK Rej 503 AW memaklumkan bahawa
Rej 503 AW akan melaksanakan Kursus APMS dari 14 Mac 21 hingga 12
April 21. Pengerusi menekankan pematuhan SOP sepanjang waktu latihan dan
perlaksanaan acara-acara rasmi mahupun tidak rasmi. TK Rej 503 AW
23. Kursus KADAR Siri 1/2021 Rej 502 AW. Wakil TK Rej 502 AW
memaklumkan bahawa Kursus KADAR Siri 1/2021 akan dilaksanakan pada 8
Mac 21 hingga 6 Apr 21 dengan penglibatan 55 orang penuntut. Pengerusi
menekankan pematuhan SOP sepanjang waktu latihan dan perlaksanaan acara-
acara rasmi mahupun tidak rasmi. TK Rej 502 AW
24. Penurunan Penglibatan Op Penawar Rej 502 AW. Wakil TK Rej
502 AW memaklumkan bahawa penglibatan Op Penawar diteruskan dengan
penurunan penglibatan anggota berikutan pembukaan sekolah pada 1 Mac 21.
Pengerusi berkehendakkan supaya pematuhan SOP dilaksanakan bagi
mengelakkan penularan COVID-19. TK Rej 502 AW
4
TERHAD
TERHAD
25. Sijil Penghargaan. TK Rej 501 AW mengusulkan Sijil Penghargaan
kepada anggota sukarela yang bersara wajib di atas faktor umur atau yang
telah berkhidmat sehingga 25 tahun ke atas sehingga Tarikh Tamat
Perkhidmatan. Pengerusi berkehendakkan pasukan memajukan senarai nama
anggota yang akan bersara wajib ke BPS untuk pencetakan sijil. Semua
26. Penutup. Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli sidang
Video Conference atas komitmen serta pendapat yang disuarakan. Sidang Video Conference
ditangguhkan pada jam 1000.
“GAGAH SETIA”
NUR HIDAYAH BINTI MASPAN
Lt M
Setiausaha
Kembaran:
A. Senarai Nama Kehadiran Sidang Video Conference Ketua Pengarah Bahagian Pasukan
Simpanan Bersama TK Rej Siri 500 AW.
Agihan:
Luar:
Tindakan:
Rej 501 AW
(Untuk Perhatian: Timb Komd)
Rej 502 AW
(Untuk Perhatian: Timb Komd)
Rej 503 AW
(Untuk Perhatian: Timb Komd)
Rej 504 AW
(Untuk Perhatian: Timb Komd)
Rej 505 AW
(Untuk Perhatian: Timb Komd)
Rej 506 AW
(Untuk Perhatian: Timb Komd)
5
TERHAD
TERHAD
Rej 507 AW
(Untuk Perhatian: Timb Komd)
Rej 508 AW
(Untuk Perhatian: Timb Komd)
Rej 509 AW
(Untuk Perhatian: Timb Komd)
Rej 510 AW
(Untuk Perhatian: Timb Komd)
Rej 511 AW
(Untuk Perhatian: Timb Komd)
Rej 512 AW
(Untuk Perhatian: Timb Komd)
Rej 513 AW
(Untuk Perhatian: Timb Komd)
Rej 514 AW
(Untuk Perhatian: Timb Komd)
Rej 515 AW
(Untuk Perhatian: Timb Komd)
Rej 516 AW
(Untuk Perhatian: Timb Komd)
Maklumat:
1 Bgd
(Untuk Perhatian: Tadbir)
2 Bgd
(Untuk Perhatian: Tadbir)
3 Bgd
(Untuk Perhatian: Tadbir)
4 Bgd (Mek)
(Untuk Perhatian: Tadbir)
5 Bgd
(Untuk Perhatian: Tadbir)
6 Bgd
(Untuk Perhatian: Tadbir)
6
TERHAD
TERHAD
7 Bgd
(Untuk Perhatian: Tadbir)
8 Bgd
(Untuk Perhatian: Tadbir)
9 Bgd
(Untuk Perhatian: Tadbir)
10 Bgd
(Untuk Perhatian: Tadbir)
11 Bgd
(Untuk Perhatian: Tadbir)
12 Bgd
(Untuk Perhatian: Tadbir)
13 Bgd
(Untuk Perhatian: Tadbir)
Dalam:
Tindakan:
Senarai C
Maklumat:
AP PS
Ketua Pengarah
Pengarah R&P
7
TERHAD
TERHAD
KEMBARAN A KEPADA
MKTD/G8/3/KOORD.100-5/6
BERTARIKH MAC 21
SENARAI NAMA KEHADIRAN SIDANG VIDEO CONFERENCE KETUA PENGARAH
BAHAGIAN PASUKAN SIMPANAN BERSAMA TK REJ SIRI 500 AW
Bil Nama Jawatan Catatan
(a) (b) (c) (d)
Hadir
1. Brig Jen Mohamed Saari bin Omar Ketua Pengarah Pengerusi
2. Kol Hashim bin Osman Pengarah R&P
3. Lt Kol Farid Arifeen bin Muhamad Arip PS 1 Ran
4. Lt Kol Mior Rashidi bin Mohamad Idris PS 1 Lat
5. Lt Kol Mohd Najib bin Mohtar PS 1 Tad/Log
Hadir Atas Talian
1. Lt Kol Fauzi bin Adam TK Rej 501 AW
2. Mej Jamsari bin Mohd Janib KCT Rej 502 AW
3. Lt Kol Noorhezaam bin Che Murat TK Rej 503 AW
4. Lt Kol Mohamed Zaidi bin Ishak TK Rej 504 AW
5. Lt Kol Azman bin Alias TK Rej 505 AW
6. Lt Kol Abdul Malek bin Mohamad TK Rej 506 AW
7. Lt Kol Shahril bin Shaarani TK Rej 507 AW
8. Mej Dudy Norzamnas bin Abd Aziz KCL Rej 508 AW
9. Lt Kol Hizral Kamal bin Othman Kamal TK Rej 509 AW
10. Mej Kassim anak Brandi Pen Peg Mem, Bn 1,
Rej 510 AW
11. Lt Kol Mohd Nadzri bin Ismail TK Rej 511 AW
12. Lt Kol Shaharul bin Othman TK Rej 512 AW
13. Lt Kol Wan Muhammad Kamal bin Wan Yusoff TK Rej 513 AW
14. Lt Kol Jamaluddin bin Mahamood TK Rej 514 AW
15. Lt Kol Rithaudin bin Jamhuri TK Rej 515 AW
16. Lt Kol Mohd Zaidi bin Hj Omar TK Rej 516 AW
Turut Hadir
1. Lt Kol Medan bin Noor PS 2 Pengurusan
2. Lt Kol Hj Azmil Hakim bin Agus PS 2 Lat B
3. Mej Mohd Faizal bin Mustapha PS 2 Ran A
4. Mej Sanin bin Suparman PS 2 Ran B
5. Mej Mohd Amizon bin Che Omar PS 2 Lat A
6. Mej Khairi bin Amzah PS 2 Tad
7. Mej Khairulnazli bin Rodzi PS 2 LLP
8. Mej Junainah binti Muin PS 2 Bel
9. Lt M Nur Hidayah binti Maspan PS 3 ICT Setiausaha
A - 1
TERHAD
TERHAD
A - 2
TERHAD