The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini bertajuk 'Tentang Wau' yang mengandungi pengisian berkenaan Wau. Terdapat juga interaktif, Augmented Reality untuk memberi pengalaman baru kepada pelajar.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mdalilah07, 2022-01-11 09:11:28

Tentang Wau

Buku ini bertajuk 'Tentang Wau' yang mengandungi pengisian berkenaan Wau. Terdapat juga interaktif, Augmented Reality untuk memberi pengalaman baru kepada pelajar.

Keywords: Wau,Wau Bulan,Augmented Reality

AR

Tentang

Wau

ADAT KITA, KITA PELIHARA

MALISA DALILAH MOHD BUHARI

Panduan buku
Tentang Wau

1 1. Muat turun aplikasi Artivive
Capaian internet diperlukan
untuk memuat turun
aplikasi

2. Cari karya / gambar yang 2
ditandakan dengan ikon
Artivive

3 3. Lihat karya / gambar
melalui telefon pintar
anda

4. Soalan maklum balas perlu dijawab setelah 4
anda meneroka and mengalamipembelajaran
menggunakan Augmented Reality

1

Isi kandungan

Asal Usul Wau
Adiguru Wau
Jenis-jenis Wau
Motif Wau
Bahagian Wau
Pengukuhan

2

Asal Usul Wau

33

Sejarah wau

Menurut suatu catatan, Wau dipercayai dicipta oleh seorang yang
bernama Sang Jaya dan juga mempunyai gelaran sebagai Dewa
Muda atau Sang Kelana Seri Panji. Dimana ia telah dihasilkan pada
tahun 711 sehingga 839 masihi.

Norma dalam adat istiadat dimana wau asalnya ditampilkan
sebagai lambang kebesaran sesuatu negara.

Layanglah Wau
pada rakyat dan jiran,

hatta negara kita
kan berdiri teguh!

44

Ada pun Wau berasal dari negeri garuda atau gajah putih, kan tetapi ia juga
dikenali di tanah Kelantan. Tidak kurang digunakan sebagai panduan untuk
menentukan sesuatu arah, kini diperlihat Wau sering dilayangkan di tanah luas
merayap di urat awan bersama undangan angin.

Segera persiapkan
deghaa,

angin sudah mau tiba.

Menjunjung titah, Degha itu Bendera lah
tuanku! baikk apa pak? Belalang, sudah mari

tolong bapak
pasang ekor Wau ini

Wau juga dikatakan sebagai lambang kemenangan sesebuah
negara ke atas negara lawan. Selepas berjaya dalam serangan,
pesta menyambut kemenangan diadakan dengan menaikan
Wau.

Lama kelamaan Wau dijadikan permainan mengisi masa lapang yang
popular dipadang. Sehingga kini pelbagai Wau dihasilkan, setelah
selesai menuai padi, ia dijadikan pertandingan.

5

Adiguru Wau

Tokoh Wau tradisional Shafie bin Jusoh.
Berasal dari Kelantan dan lahir pada tahun
1947. Belilau meminati bidang kraf
wau sejak kecil dan mendapat sokongan
keluarganya. Keunikan hasil pembuatannya
ialah badan wau berbentuk bulat dan
seimbang.
Beliau dilantik menjadi duta Syarikat
Penerbangan Malaysia (MAS) dan sering
dijemput membuat demonstrasi di luar
negara.

Karyawan Muda

Amirul Aizat bin Sulaiman 6
Tutor dan Pembuat Wau

Karya Wau

Wau Kucing Wau Bulan Sobek

“Lenggokan pada corak Wau ibarat tarian tradisi, daun-daun pada corak tidak 7
boleh berlawan sesama sendiri kerana ingin melambangkan kedamaian pada
sesebuah masyarakat”, jelas En. Amirul Aizat, 29, apabila ditanya apakah maksud
corak pada Wau Bulan. Anak kelahiran Marang, Terengganu ini merupakan salah
seorang pembuat Wau Sobek di Terengganu dan ilmu ini dicari olehnya kerana

minat yang mendalam. Menurut beliau, motif wau kebiasaanya lebih kepada
lukisan motif tumbuhan flora yang menjalar seperti kangkong, pokok ketam guri,

pokok peria dan sebagainya. Manakala, corak haiwan tidak boleh dilukis pada
corak wau kerana faktor agama Islam yang melarang. Menurutnya, pada zaman
dahulu, Wau merupakan suatu hiburan masyarakat setelah musim menuai padi.

Harapan En.Amirul pada generasi baru ini ialah permainan Wau perlu diajar di
sekolah untuk memastikan setiap murid tahu akan Wau merupakan tradisi
masyarakat Melayu kepada generasi muda supaya tidak lapuk dek zaman.

Jenis - jenis Wau

Fakta menarik 8

Wau Puyuh merupakan wau tradisi baharu
untuk negeri Kelantan selepas Wau Bulan
dijadikan wau kebangsaan Malaysia

Fakta menarik

Wau Kucing digunakan
sebagai logo Malaysia
Airlines (MAS)

9

Motif Wau
seni ragam hias wau

Wau Bulan ini disobek menggunakan
motif Pokok Bunga Raya yang

menjalar. Motif ini sangat terkenal dan
kerap digunakan oleh penyobek Wau.

Motif tumbuhan tersebut mempunyai
pelingkaran juga pengulangan yang
menghasilkan irama dan pergerakan.
Wau ini disobek menggunakan motif

Bunga Kenerak

Tumbuhan atau flora memainkan
peranan penting dalam penghasilan
sesebuah Wau. Wau bulan ini disobek
menggunakan motif Bunga Seri Pagi.

10

Bahagian Wau Wau Kucing ini disobek
untuk menghasilkan corak
Pokok Kangkong

Pasu di bahagian
ekor wau.

Motif tumbuhan yang disobek si atas Wau boleh di lihat bermula
dari bahagian ekor wau. Tedapat sebuah pasu, di situ bermulanya
pokok-pokok dan daun menjalar seterusnya memenuhi ruang
permukaan Wau.

11

Latihan Pengukuhan

Sila jawab semua soalan.

1. Siapakah tokoh terkenal dalam 6. Motif pada Wau dilukis dengan
pembuatan wau di negeri Kelantan? berlingkar dan _____?

A. Awang Damit C. Rohani Piah A. berpusing C. mengembang
B. Shafie Jusoh D. Hasni Ali

B. tidak berlawan D. menegak

2. Wau jenis apakah yang digunakan pada
logo Malaysia Airlines (MAS)?

A. Wau Jala Budi C. Wau Merak
B. Wau Bulan D. Wau Kucing

3. Apakah nama bahagian bawah Wau? 7. Motif apakah yang digunakan pada
sayap wau diatas?
A. Busur C. Ekor
A. Pokok kangkong
B. Rambu D. Sayap B. Bunga seri pagi
C. Bunga kenerak
4. Mengikut sejarah, Wau dikatakan D. Bunga matahari

dihasilkan pada tahun? Selesai meneroka buku ini?
Apakah perasaan anda setelah
A. 711 masihi C. Abad ke 19 belajar menggunakan Augmented
Reality?
B. 2000 masihi D. 500 masihi Sila scan QR code dibawah untuk
menjawab soalan maklum balas

5. Apakah fungsi motif ini pada Wau?

A. sebagai permulaan corak
B. lebih cantik
C. sebagai tarikan
D. pusat sebuah wau

12

MALISA DALILAH MOHD BUHARI


Click to View FlipBook Version