The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NUR ZAHIDAH AQILAH BINTI ZAMZURI AKMAR
PAKK B

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PAKB0623 Nur Zahidah Aqilah Binti Zamzuri Akmar, 2023-03-19 09:26:05

PAKK1094 TUGASAN 1

NUR ZAHIDAH AQILAH BINTI ZAMZURI AKMAR
PAKK B

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 01000 KANGAR PERLIS PAKK 1094 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Nama : NUR ZAHIDAH AQILAH BINTI ZAMZURI AKMAR No. K/P : 030128-02-0754 Angka Giliran : 2022232310168 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK B Nama Pensyarah : ENCIK ABDUL GHANI BIN ABDUL HAMID Tarikh Hantar : 16 MAC 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : ____________________ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


2 PENGHARGAAN Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah subjek Pengenalan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK 1094),Encik Abdul Ghani bin Abdul Hamid di atas tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menyelesaikan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap perkara. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembuatan kerja kursus ini.Terima kasih. ……………………………. NUR ZAHIDAH AQILAH BINTI ZAMZURI AKMAR P22232766


3 ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN .............................................................................................................. 2 ISI KANDUNGAN .............................................................................................................. 3 1.0 PENGENALAN ............................................................................................................... 4 2.0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DI ANTARA KURIKULUM PERMATA DAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)...................................... 4 2.1 PERSAMAAN KURIKULUM PERMATA DAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)............................................................................ 4 2.1.1 MEMPUNYAI MATLAMAT YANG SAMA UNTUK MENCAPAI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN........................................................................................ 4 2.2 PERBEZAAN DI ANTARA KURIKULUM PERMATA DAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)............................................................................ 5 2.2.1 OBJEKTIF KURIKULUM ....................................................................................... 5 2.2.2 ISI KANDUNGAN KURIKULUM ............................................................................ 6 3.0 RUMUSAN...................................................................................................................... 7 RUJUKAN............................................................................................................................. 8


4 1.0 PENGENALAN Kurikulum merupakan satu cara untuk membantu para pendidik berfikir tentang kanak-kanak dan mengurus pengalaman kanak-kanak dengan melaksanakan program yang bersesuaian dengan tahap mereka.Kurikulum juga merupakan senarai topik silibus pembelajaran yang akan dilaksanakan dan pelan untuk pengalaman pembelajaran yang melibatkan kanak-kanak di mana di dalamnya perlu mempunyai pernyataan falsafah,matlamat,objektif,kandungan,aktiviti pembelajaran serta pentaksiran. Kurikulum untuk kanak-kanak pada usia tersebut hendaklah mengambarkan perkaitan di antara bidang perkembangan kanak-kanak, menggunakan strategi yang merangkumi pengalaman pembelajaran yang bermakna pada kanak-kanak dan menggunakan pusat pembelajaran dan aktiviti kanak-kanak yang disedia.Bagi pendidikan awal kanak-kanak,pendidikan telah dibahagikan kepada dua bahagian,iaitu peringkat taska,yang bermula dari umur kosong hingga empat tahun dan juga tadika yang berumur lima hingga enam tahun.Kurikulum PERMATA telah digunakan di taska manakala bagi tadika,Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah digunakan.Kurikulum ini telah digubal di atas prinsip dan amalan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak serta teori pembelajaran kanakkanak. 2.0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DI ANTARA KURIKULUM PERMATA DAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) 2.1 PERSAMAAN KURIKULUM PERMATA DAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) 2.1.1 MEMPUNYAI MATLAMAT YANG SAMA UNTUK MENCAPAI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Kurikulum yang telah diwujudkan seperti kurikulum PERMATA serta kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) mempunyai satu matlamat yang sama iaitu untuk mencapai tahap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menjadi rujukan guru-guru untuk merealisasikan misi Kementerian Pendidikan Kebangsaan (KPM) terhadap negara yang sedang giat membangun.Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan,pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi,dan jasmani berdasarkan


5 kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Dengan menggabungkan semua item tersebut,perkara ini mampu untuk menghasilkan modal insan yang telah diimpikan oleh Malaysia. Falsafah Kurikulum PERMATA Negara telah digubal berasaskan Pendidikan Kebangsaan dan berteraskan kepada prinsip Rukun Negara.Setiap anak yang dilahirkan di bumi Malaysia ialah merupakan PERMATA untuk negara dan jika diasuh, diajar dan diasah dengan betul akan bersinar menerangi kegemilangan negara pada masa akan datang. Maka, lahirlah falsafah PERMATA iaitu Setiap Anak PERMATA Negara, Setiap Anak Begitu Berharga dan Setiap Anak Modal Insan Negara, yang kemudiannya diterjemahkan kepada sebuah kurikulum khusus untuk anak-anak di bawah umur empat tahun.Bagi tadika pula, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan bertujuan memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya. 2.2 PERBEZAAN DI ANTARA KURIKULUM PERMATA DAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) 2.2.1 OBJEKTIF KURIKULUM Objektif kurikulum PERMATA Negara adalah untuk menyediakan garisan panduan kepada pendidik melaksanakan aktiviti pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak bagi mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Manakala Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid yang berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif JERIS iaitu dari segi jasmani, emosi, intelek, rohani serta sosial. Walaupun jika dari aspek objektif kedua-dua kurikulum ini menekankan objektif nilai-nilai murni dari segi JERIS,namun perkara ini berbeza mengikut perkembangan umur. Antara contoh objektif yang boleh diketengahkan dari segi kurikulum PERMATA ialah dari segi intelek,di mana untuk menguasai kemahiran awal berbahasa dan berkomunikasi manakala objektif untuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah untuk kanak-kanak menguasai kemahiran 4M, iaitu Membaca, Menulis, Menakul serta Mengira.Selain daripada itu,Kurikulum PERMATA juga menekankan ke arah untuk membina kemahiran untuk bersosial,interpersonal dan intrapersonal yang baik untuk membolehkan kanak-kanak untuk bergaul dalam kalangan masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya.Bagi KSPK pula,kurikulum ini lebih menumpukan ke arah untuk mengamalkan nilai-nilai murni dalam


6 masyarakat Malaysia.Hal ini menunjukkan perbezaan di antara kurikulum PERMATA dan juga KSPK memandangkan KSPK menekankan untuk mempelajari dan mempraktikkan nilai murni dalam kehidupan seharian manakala Kurikulum PERMATA pula membantu kanak-kanak untuk berinteraksi dan membina hubungan yang baik dalam masyarakat majmuk.Kurikulum PERMATA membantu kanak-kanak di bawah asuhannya untuk melahirkan insan atau individu yang mampu bekerjasama di antara satu sama lain tanpa memikirkan perkauman.Di samping itu,kurikulum PERMATA juga akan membantu kanak-kanak untuk membina hubungan yang positif bersama ibu bapa,komuniti dan pihak-pihak berkenaan yang boleh membantu menyumbang kepada pendidikan kesejahteraan kanak-kanak,manakala KSPK yang diguna pakai di tadika pula lebih menumpukan kepada penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.Kurikulum PERMATA memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak untuk berinteraksi bersama pihak luar,bukannya sahaja ibu bapa yang sentiasa bersama kanakkanak,namun bersama dengan masyarakat tempatan yang boleh memberi banyak sumbangan kepada perkembangan kanak-kanak.Namun bagi KSPK,kurikulum ini membantu kanak-kanak untuk berkomunikasi secara berkesan dalam kehidupan seharian untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling dan memahami apa yang disampaikan oleh kanakkanak.Oleh itu,perbezaan dari segi objektif kurikulum di antara kurikulum PERMATA serta Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) jelas ditunjukkan dan terdapat perbezaan di antara kedua-dua kurikulum tersebut. 2.2.2 ISI KANDUNGAN KURIKULUM Kurikulum PERMATA mempunyai modul khas yang telah ditetapkan dan digunakan dalam melaksanakan aktiviti harian.Kurikulum PERMATA yang digunakan di taska ketika ini mempunyai enam bidang pembelajaran laitu perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian, perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal,perkembangan awal matematik dan pemikiran logik perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran,perkembangan fizikal,dan perkembangan kreativiti dan estetika.Kesemua bidang yang dinyatakan akan diterapkan dalam pendidikan kanak-kanak ketika mereka berada di taska. Antara contohnya ialah bidang perkembangan sahsiah,sosioemosi dan kerohanian dapat mendidik kanak-kanak untuk mengawal emosi mereka dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri. Oleh itu, kanak-kanak akan mempunyai perasaan untuk membantu rakannya yang dalam kesusahan.Melihat dari perspektif emosi pula, kanak-kanak sudah bijak untuk menunjukkan sesuatu perasaan mereka,misalnya mereka berasa gembira apabila mereka mendapat hadiah daripada ibu bapa mereka. Pada masa yang sama, kurikulum di taska mengajar mereka untuk menjaga kesihatan mental dengan memastikan emosi mereka sentiasa berada dalam keadaan yang stabil.Berbanding dengan isi kandungan


7 kurikulum PERMATA,di sini terdapatnya enam tunjang utama di dalam isi kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di Prasekolah, iaitu tunjang komunikasi, tunjang kerohanian, sikap dan nilai, tunjang keterampilan diri,tunjang perkembangan fizikal dan estetika, tunjang sains dan teknologi, dan akhir sekali, tunjang kemanusiaan.Oleh hal yang demikian,semua tunjang ini merupakan domain utama yang akan menyokong antara satu sama lain dan digabungkan dengan pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini adalah untuk membangunkan modal insan iaitu kanak-kanak untuk menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta inovatif. Oleh itu, kanak-kanak yang berada dalam lingkungan empat hingga enam tahun telah dididik dengan kemahiran yang sepatutnya. 3.0 RUMUSAN Sudah terang lagi bersuluh bahawa kurikulum yang ditubuhkan seperti kurikulum PERMATA dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dalam bidang pendidikan banyak memberi kebaikan kepada kanak-kanak mengikut perkembangan yang bersesuaian yang telah digubal.Kurikulum yang terdapat di taska ataupun prasekolah telah digunakan dalam pendidikan untuk dijadikan sebagai persediaan awal kepada kanak-kanak sebelum melangkah kaki ke darjah satu ataupun pendidikan secara formal di sekolah rendah.Selain itu,dengan adanya kedua-dua kurikulum ini,kanak-kanak daoat menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran di mana terdapatnya ramai orang sebelum mereka menjalani kehidupan di peringkat pendidikan yang seterusnya.Kanak-kanak akan dapat mempelajari cara untuk berkomunikasi sesame mereka dan dapat melatih diri mereka untuk menjadi seorang insan yang berani apabila berhadapan dengan orang ramai.Oleh itu,kedua-dua kurikulum ini,iaitu kurikulum PERMATA dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) memberikan kesan yang positif kepada kanak-kanak untuk belajar di peringkat yang bersesuaian dengan umur mereka.


8 RUJUKAN Gthavan, K. (n.d.). (PDF) KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK | Ksnithiya Gthavan. Academia.edu. https://www.academia.edu/30699296/KURIKULUM_STANDARD_PRASEKOLAH_KEBANG SAAN_KSPK Hak 802 Kurikulum Untuk Bayi dan Kanak-Kanak. (2016, Disember 28). PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK. https://pakkkolejvokasionalkeningausabah.blogspot.com/ Kamazakira Kamarudin. (2022). TINJAUAN KOMPETENSI GURU TADIKA SWASTA TERHADAP KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK 2017) DI DAERAH KUANTAN. Jurnal Ilmi, 12, 84-97. http://www.kuim.edu.my/journal/index.php/JILMI/article/viewFile/1223/987 Pengenalan Kepada KSPK | PDF. (2015, September 7). Scribd. https://www.scribd.com/doc/279051764/Pengenalan-kepada-KSPK Perbezaaan Objektif Antara Program Permata Negara Dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Kspk. (2016, November 10). Scribd. https://www.scribd.com/presentation/330584895/Perbezaaan-Objektif-Antara-ProgramPermata-Negara-Dengan-Kurikulum-Standard-Prasekolah-Kebangsaan-Kspk Rosquilha Aty. (2016, Februari 10). Teori yang Melandasi Kurikulum PERMATA Negara by Rosquilha Aty on Prezi Next. Prezi. https://prezi.com/6qpa_31uj_gn/teori-yang-melandasikurikulum-permata-negara/


Click to View FlipBook Version