The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TING 4 JOHOR 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-10364612, 2021-06-03 05:05:42

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TING 4 JOHOR 2020

NOTA PENDIDIKAN MORAL KSSM TING 4 JOHOR 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

1 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

NOTA MORAL KSSM TING 4 JOHOR

Unit Bidang Tajuk Muka
surat

5.0 INSAN BERMORAL

1 5.1 Norma Masyarakat Pemangkin 2
Kesejahteraan
2 INSAN 4
3 BERMORAL 5.2 Peribadi Mulia Hiasan Diri 6
5.3 Prinsip Keadilan dan Keprihatinan dalam
4 8
Membuat Keputusan
6.0 JATI DIRI MORAL 5.4 Penggunaan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi Secara Berertika

5 6.1 Mantap Integriti Mantaplah Jati Diri 11
13
6 JATI DIRI 6.2 Keluarga Integriti Keluarga Disegani 15

7 MORAL 6.3 Berperikemanusiaan Membentuk

Masyarakat Sejahtera

7.0 MORAL DAN KENEGARAAN

8 7.1 Hak dan Tanggungjawab Warganegara 17
9 7.2 Perpaduan Masyarakat Asas Kemakmuran 19

MORAL DAN Negara 22
10 KENEGARAAN 7.3 Pengurusan Perbelanjaan Secara Beretika 24
11 7.4 Keunikan Rakyat Malaysia 26
12 7.5 Kedaulatan Negara Tanggungjawab

Bersama

2 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

Standard Kandungan : 5.1 @ Unit 1 : Norma masyarakat pemangkin kesejahteraan
Nilai : Hormat, Hemah tinggi, Toleransi, Kesederhanaan, Kebebasan

Adakah berswafoto diterima sebagai norma masyarakat pada masa kini????
1. Konsep norma masyarakat

✓ Perilaku atau pelakuan yang diterima sebagai amalan dalam sesuatu kelompok
,komuniti atau budaya.

2. Maksud norma masyarakat
✓ Peraturan sosial yang telah menjadi kebiasaan
✓ Amalan norma masyarakat yang wajar dilakukan dan patut dijauhi
✓ Amalan agama yang merupakan sebahagian norma masyarakat
✓ Tingkah laku yang dianggap wajar dan diterima
✓ akur dan dapat sesuaikan diri dengan peraturan yang telah ditetapkan

3. Contoh norma masyarakat
✓ ketuk pintu sebelum masuk
✓ beratur ketika membeli
✓ duduk ketika makan
✓ memakai pelitup mulut dan hidung
✓ bersin dengan menutup mulut dengan tisu

3 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

4. kepentingan amalan norma masyarakat
✓ Panduan kepada masyarakat
• Membantu dan mengawal anggota masyarakat untuk
• memahami dan mengamalkan tingkah laku yang diterima supaya
• mewujudkan suasana yang aman dan damai dalam negara

✓ Membentuk masyarakat yang teratur
• Dapat membuat keputusan dan tindakan yang sesuai cthnya
mengelakkan diri daripada terjebak dengan budaya barat, K-POP
• Mampu lahirkan masyarakat yang berdisiplin dalam mengekalkan tradisi
pelbagai kaum ,

✓ Membina masyarakat yang harmoni
• Dapat menghindari masyarakat daripada perselisihan faham dan
pergaduhan antara kaum dalam masyarakat
• Mengeratkan silaturahim antara kaum melalui aktiviti seperti gotong –
royong, rumah terbuka, sukaneka

✓ Sebagai ukuran bertingkah laku
• Amalan norma yang diakui dan diterima akan menjadi ukuran masyarakat
• Seperti pemakaian pelitup mulut dan hidung semasa pandemic Covid-
19 yang melanda dunia

5. Kesan pengabaian norma masyarakat:
✓ Bersikap individualistic
• Pentingkan diri
• Kurang libatkan dalam ativiti sosial
✓ Manusia kurang beradab
• Komunikasi dengan bahasa yang kasar dan kesat ✓ Hubungan
sosial terjejas
• Pergaulan akan terbatas
• Tidak menghormati orang yang lebih tua
✓ Jejaskan keharmonian masyarakat
• Berlaku pergaduhan antara kaum
• Contohnya: persendakan cara orang berpakaian, tidak menghormati
amalan ibadat kaum lain, tidak memahami isu-isuu sensitivity kaum lain
• Tidak wujud perpaduan dalam kalangan masyarakat

4 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

Standard Kandungan : 5.2 @ Unit 2 : Peribadi Mulia Hiasan Diri

Nilai : Kepercayaan Kepada Tuhan, Hemah Tinggi, Harga Diri, Kejujuran, Keberanian

1. Keperibadian ialah corak tingkah laku sosial seseorang individu yang meliputi
kekuatan, dorongan dan keinginan.

2. Keperibadian mulia bermaksud sifat baik dan terpuji yang dimiliki oleh individu.
3. Ciri individu berkeperibadian mulia

a. Ikhlas dan jujur

Memberi bantuan atau pertolongan tanpa mengharapkan balasan.
b. Sabar dan tenang

Mampu mengawal emosi dalam menghadapi kesukaran hidup.
c. Berpegang teguh kepada nilai moral

Boleh mengenal pasti tindakan yang perlu dan tidak perlu dilakukan.
d. Bersikap sederhana

Bersederhana dalam pemikiran, pertuturan dan perlakuan agar tidak
keterlaluan.

e. Melakukan sesuatu kebaikan tanpa mengharapkan balasan
Melakukan kebaikan adalah untuk manfaat dan kepentingan bersama.

f. Berusaha bersungguh-sungguh

Untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.

4. Cara mempratikkan keperibadian mulia

a. Diri
• Sedia memaafkan orang lain.
• Berani mengakui kesalahan.

b. Keluarga

• Bersederhana dalam menyambut hari keistimewaan ahli
Mendapatkan sokongan dan dorongan ibu bapa dalam
keluarga.


kehidupan

c. Masyarakat
• Menyertai program kemasyarakatan secara sukarela.

d. Negara

Melakukan sesuatu untuk mengharumkan nama negara.

e. Rakan sebaya

Memberi bantuan kepada rakan dengan ikhlas.

5 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

5. Kepentingan berkeperibadian mulia
a. Sentiasa melakukan perkara yang positif
b. Disukai oleh orang lain
c. Dapat menenangkan jiwa
d. Menjadi teladan kepada orang lain
e. Mencapai matlamat hidup
f. Dihormati dan dipandang mulia oleh orang lain
g. Menjamin kebahagian diri

6. Perbandingan tingkah laku berkeperibadian mulia dengan bukan berkeperibadian mulia

Berkeperibadian mulia Bukan berkeperibadian mulia

1. Sanggup menghadapi cabaran Mudah putus asa

2. Sentiasa bersyukur Bersangka buruk

3. Berjimat cermat semasa berbelanja Tamak dan boros

4. Bekerjasama dan saling tolong menolong Mementingkan diri sendiri

5. Bersikap amanah Tidak jujur

6. Bersederhana dalam pertuturan dan perlakuan Pemarah dan tidak sabar

7. Mengakui kesilapan diri Pendendam dan iri hati

6 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

Standard Kandungan : 5.3 @ Unit 3 : PRINSIP KEADILAN DAN KEPRIHATINAN
DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

Nilai : rasional, kasih sayang, baik hati, kejujuran dan keberanian

KONSEP
Prinsip keadilan

1. Sikap dan tingkah laku individu dalam hubungan antara
manusia untuk menegakkan kesaksamaan dengan
keseimbangan dalam pemikiran, pertuturan, perasaan dan
perlakuan.

2. Adil terhadap diri dan orang lain
3. Contoh prinsip keadilan:

i) Bersikap tidak berat sebelah
ii) Memberi layanan sama rata
iii) Menghormati hak manusia
iv) Bersikap rasional
v) Adil dalam mengagihkan sumbangan atau bantuan

Prinsip keprihatinan
1. perlakuan yang memberikan pertimbangan moral dalam melaksanakan kewajipan
terhadap orang lain
2. Mempertimbangkan kepentingan orang lain dalam situasi berprikemanusiaan.
3. Contoh prinsip keprihatinan:
i) Berperikemanusiaan
ii) Pemurah
iii) Kepedulian
iv) Menunjukkan perasaan kasih sayang
v) Menjaga kebajikan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri

KEPENTINGAN MEMBUAT KEPUTUSAN
Prinsip keadilan

i) Menjaga hak kemanusiaan ii) Membela nasib
golongan yang ditindas iii) Tidak menjejaskan
kepentingan orang lain iv) Mengelakkan
perselisihan faham

7 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

Prinsip keprihatinan
i) Semua lapisan masyarakat mendapat keprihatinan yang sewajarnya. ii)
Menjamin keamanan dan kehamonian iii) Mengelakkan diri daripada
menjadi mangsa sesuatu keadaan.

STRATEGI PENYELESAIAN KONFLIK
1. Mengenalpasti konflik yang timbul
2. Membuat pertimbangan moral
3. Justifikasi kewajaran dalam membuat keputusan
4. Membuat keputusan dalam pemilihan prinsip keadilan atau prinsip keprihatinan

KESIMPULAN
Anggota masyarakat akan berasa bangga dan bersyukur sekiranya prinsip keadilan dan
keprihatinan dilaksanakan dalam kehidupan. Kedua-dua prinsip ini meupakan prinsip yang
penting bagi melindungi dan menjaga kebajikan masyarakat.

8 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

BIDANG 5: INSAN BERMORAL
Standard Kandungan : 5.4 @ Unit 4: Penggunaan Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi Secara Beretika

Nilai : Rasional, Kebebasan , Harga diri, Kesederhanaan , Kerajinan

1. KONSEP:
➢ Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan sistem yang membolehkan

pengumpulan , pengurusan , manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat
dalam pelbagai bentuk.
➢ Teknologi maklumat dan komunikasi ini patut digunakan secara beretika.

2. ETIKA PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
• Tidak memuat naik sebarang bahan dalam pelbagai bentuk tanpa keizinan pemilik

yan g sah.
• Berkomunikasi secara berhemah dalam talian .
• Berintegriti dalam memberikan maklumat yang betul untuk sebarang penggunaan

dalam talian.
• Tidak mengeksploitasi maklumat dan data peribadi pihak lain.
• Tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu atau diragui kesahihannya yang boleh

menggugat ketenteraman awam.
• Tidak menceroboh dan menyebarkan virus yang boleh melumpuhkan sesuatu sistem

yang dimiliki oleh pihak lain.

3. CONTOH PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SECARA
BERETIKA

1. Tidak memalsukan maklumat diri dalam pendaftaran e-mel
2. Tidak memuat turun dan memuat naik bahan negatif
3. Mengiklankan barangan dan perkhidmatan yang tidak menyalahi undang-undang

dan norma masyarakat
4. Menggunakan akaun e-mel dengan bijak dan berhati-hati dengan merahsiakan

nama pengguna dan kata laluan daripada pengetahuan orang lain.

9 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

4. Kepentingan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara

Beretika

Bil Kepentingan Huraian

A Meningkatkan • Mengubah cara pengajaran dan pembelajaran menjadi
kualiti pendidikan
lebih berinovasi
B Mempelbagaikan • Menjimatkan masa dan wang
perkhidmatan • Mampu menarik minat murid
dalam talian
• Perkhidmatan yang lebih mesra pengguna
• Pengguna tidak perlu bersesak-sesak di kaunter
• Terdapat pelbagai pilihan transaksi dalam talian

C Meningkatkan • Memudahkan komunikasi secara maya dengan sesiapa
hubungan sosial sahaja di seluruh dunia

D Menjanakan • Mengeratkan hubungan
ekonomi • Mewujudkan jaringan berasakan bidang

E Perkongsian • Menyediakan peluang perniagaan dan perkhidmatan
maklumat • Barangan atau perkhidmatan boleh dipromosikan

F Menjimatkan kos dengan meluas
dan masa • Penjualan dan pembelian boleh dibuat secara dalam

talian
• Pelbagai maklumat dapat diperoleh dengan mudah
• Kerja penyelidikandan pembelajaran dapat dibuat

dengan lebih sistematik
• Maklumat terkini dalam pelbagai bidang dapat disebar

luas secara menyeluruh
• Pelbagai kos seprti kos panggilan telefon dan

pengangkutan dapat dijimatkan
• Perbincangan atau mesyuarat dapat diadakan secara

telesidang
• Penggunaan sumber tenaga manusia dapat

diminimumkan

10 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

5. KESAN PENGABAIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI SECARA BERETIKA

❖ Ketidaktepatan Maklumat
- Mengelirukan orang lain
- Menimbulkan fitnah
- Mengaibkan orang lain

❖ Isu Keselamatan
- Risiko data peribadi digodam
- Terdedah kepada buli siber
- Ancaman keselamatan diri , keluarga dan harta benda

❖ Serangan Pelbagai Virus
- Menjejaskan system computer
- Melumpuhkan operasi sesebuah organisasi
- Menggangu penggunaan harian dalam teknologi maklumat dan
telekomunikasi

❖ Terdedah kepada Bahan Negatif
- Mempengaruhi pemikiran murid
- Meningkatkan gejala sosial
- Mendorong perlakuan yang tidak diinginI

❖ Ketagihan Penggunaan
- Pembaziran masa
- Menggangu tugas harian
- Menjejaskan masa berkualiti bersama-sama dengan keluarga

6. KESIMPULAN
• Semua pihak perlu bertanggungjawab untuk menggunakan teknologi maklumat dan

komunikasi secara beretika.
• Penggunaan secara beretika akan memberikan kebaikan bukan sahaja kepada diri

sendiri , malah keluarga dan negara.

11 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

BIDANG 6 : JATI DIRI MORAL
Standard Kandungan : 6.1 @ Unit 5 : MANTAP INTEGRITI MANTAPLAH JATI DIRI

Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan, Kejujuran, Harga Diri, Kerajinan,
Bertanggungjawab

✓ Amalan integriti dalam kalngan semua lapisan masyarakat memerlukan pegangan hidup
yang berakauntabiliti, beribawa dan patuh pada undang-undang.

✓ “Integer” ialah perkataan Latin bagi integriti bermaksud menyeluruh, sempurna, tulen
dan tidak berubah

1. CIRI INTEGRITI INDIVIDU :
a. Sifat jati diri yang merangkumi kejujuran dan keikhlasan
b. Ketulusan dan keutuhan dalam setiap perlakuan dan pemikiran
c. Penghayatan dan pegangan teguh terhadap ciri dan nilai positif

2. CONTOH AMALAN INTEGRITI:
• Jujur dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan
• Setia pada keluarga, tidak melakukan penipuan dan giat melakukan kerja kebajikan
• Tidak memalsukan sesuatu dokumen untuk mendapat sesuatu kepentingan
• Mengaku kesilapan diri walaupun berasa bersalah daripada berbohong
• Jujur dan amanah dalam mencari nafkah hidup

3. KEPENTINGAN INTEGRITI INDIVIDU
• Melahirkan modal insan yang dapat berbakti kepada Negara
• Mendapatkan keyakinan dan kepercayaan orang lain
• Menjamin hasil kerja yang berkualiti
• Memelihara dan memperkasa imej diri serta keluarga
• Meningkatkan kualiti diri untuk mewujudkan pentadbiran yang cekap
• Melahirkan individu yang berpegang pada ketinggian prinsip moral dan etika
• Mengelakkan diri daripada penyalahgunaan kuasa
• Membentuk keperibadian individu dan jati diri bangsa

12 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

4. IMPLIKASI PERBUATAN INDIVIDU TIDAK BERINTEGRITI
❖ Diri
• Menjatuhkan maruah diri
• Menghilangkan kepercayaan dan keyakinan orang lain
• Menjejaskan masa hadapan
• Bersikap individualistik
❖ Keluarga
• Memalukan anggota keluarga
• Merenggangkan hubungan antara anggota keluarga
• Dipinggirkan oleh masyarakat
❖ Negara
• Menjejaskan keharmonian negara
• Mencemarkan nama negara
• Menjejaskan keyakinan pelabur asing

5. KESIMPULAN
Pemantapan integriti diri perlu sentiasa dipupuk bagi mencapai aspirasi negara , hidup
bersatu padu dan sejahtera. Hal ini akan melahirkan perasaan puas hati , gembira dan
bersyukur dalam diri setiap individu.

13 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

BIDANG 6 : JATI DIRI MORAL
Standard Kandungan : 6.2 @ Unit 6 : Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani
Nilai : Kasih sayang, Hormat, Toleransi, kerjasama, Harga diri

Sejauh manakah kejujuran anda terhadap anggota keluarga anda????

1. Maksud Intergriti keluargaa
- Pembinaan keluarga yang bahagia, utuh dan penyayang berlandaskan nilai murni

2. Ciri-ciri Integriti Keluarga
i. Saling menghormati
ii. Pegangan agama yang kuat
iii. Bertanggungjawab
iv. Amanah
v. Penyayang
vi. Hubungan erat

3. Contoh-contoh integriti keluarga
( a ) Menjadikan pegangan agama sebagai asas yang kukuh dalam pembinaan
keluarga

i. Ajaran agama dipupuk dalam setiap perlakuan ii.
Sentiasa jujur terhadap anggota keluarga
( b ) Menjaga Kerahsiaan keluarga
i. Tidak menceritakan masalah yang berlaku dalam keluarga kepada orang luar

kecuali kepada pihak tertentu
ii. Tidak membuka rahsia keluarga kecuali kepada pihak tertentu

14 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

( c ) melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai suami, isteri dan anak-anak
i. Ibu bapa memastikan setiap anggota keluarga melaksanakan kewajipan
masingmasing
ii. Menasihati anggota keluarga yang gagal menunaikan kewajipan

4. Implikasi perbuatan tidak berintegriti terhadap anggota keluarga
( a ) Kerosakan akhlak dalam kalangan anggota keluarga

i. Tidak menghormati anggota keluarga
ii. Menjatuhkan imej keluarga

( b ) Meruntuhkan institusi kekeluargaan
i. Penceraian ii. Perpecahan
dalam keluarga

( c ) Diskriminasi dalam keluarga
i. Perselisihan faham dalam keluarga ii.
Pilih kasih dalam keluarga

( d ) Penglibatan anggota keluarga dalam gejala social
i. Gejala lari dari rumah
ii. Penyalahgunaan dadah

( e ) Rumah tangga porak-peranda
i. Keluarga tidak harmoni
ii. Prestasi diri terjejas

5. Amalan integriti dalam keluarga
( a ) Saling menyayangi sesame anggota keluarga

i. Menghormati anggota keluarga yang lebih tua
ii. Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara anggota keluarga dengan

aman

( b ) Mendidik anggota keluarga dengan ajaran agama atau kepercayaan
i. Membimbing anggota keluarga tentang ajaran agama atau kepercayaan
ii. Melakukan amalan keagamaan atau kepercayaan bersama-sama dengan
anggota keluarga

15 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

( c ) menunjukkan perlakuan mulia supaya anggota dalam keluarga dapat
mencontohinya

i. Menjaga kerahsiaan dalam keluarga ii. Menangani urusan dan
permasalahan keluarga dengan jujur dan adil
( d ) memastikan penglibatan warga tua dalam setiap aktiviti keluarga
i. Menghormati dan mendengar nasihat warga tua ii.

Membawa warga tua bersama-sama semasa
melancong

BIDANG 6 : JATI DIRI MORAL
Standard Kandungan : 6.3 @ Unit 7 : Berperikemanusiaan untuk membentuk
masyarakat sejahtera

Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan, Baik hati, Hemah tinggi, Kasih Sayang,
Berterima Kasih

Bagaimanakah anda mengamalkan sikap berperikemanusiaan dalam membantu
golongan yang memerlukan?

1. Maksud Perikemanusiaan
- Sifat yang wajar bagi manusia seperti bertimbang rasa, tolong-menolong dan
mengasihani.

16 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

2. Perlakuan Berperikemanusiaan
i. Membantu orang yang memerlukan
ii. Menjaga dan memberikan perlindungan kepada haiwan
iii. Memberikan sumbangan kepada orang miskin
iv. Melayan pekerja dengan baik
v. Mengelakkan diri daripada melakukan penderaan
vi. Mempunyai sikap empati dan simpati dengan jiran
vii. Menyantuni OKU dengan ikhlas
viii. Memelihara dan memulihara alam sekitar

3. Kepentingan Berperikemanusiaan
(a) Mewujudkan masyarakat yang prihatin dan penyayang
i. Anggota komuniti akan saling berinteraksi dan mengambil berat antara satu
sama lain
ii. Flora dan fauna dihargai dan disayangi

(b) Persepakatan dalam masyarakat dapat dikukuhkan
i. Anggota masyarakat akan bersatu padu dan bermuafakat dalam semua aspek
kehidupan
ii. Sikap seperti tolong-menolong, bekerjasama dan baik hati akan wujud ketika
membantu orang yang dalam kesusahan

(c) Melahirkan masyarakat yang harmoni
i. Golongan yang menerima bantuan akan berasa disayangi dan diambil peduli
oleh orang sekeliling
ii. Tidak ada sikap iri hati dan bersangka buruk terhadap kejayaan orang lain

(d) Keselamatan masyarakat terjamin
i. Kes jenayah seperti kecurian, penipuan dan penderaan dapat dikurangkan.
ii. Tidak akan melibatkan diri dalam perkara yang menyalahi undang-undang.

17 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

4. Kesan pengabaian sikap berperikemanusiaan
i. Hilangnya maruah dan harga diri
ii. Kebajikan warga tua akan terabai
iii. Jurang komunikasi dan nilai kehidupan terjejas
iv. Mementingkan diri sendiri dan materialistik
v. Bebanan kos kepada kerajaan
vi. Mengancam keselamatan dan kesihatan golongan yang terabai
vii. Pegangan agama dan nilai moral dalam kehidupan menjadi goyah
viii. Tekanan jiwa dan emosi
ix. Menzalimi haiwan dan tumbuhan
x. Menjejaskan ekosistem

BIDANG 7 : MORAL DAN KENEGARAAN
Standard Kandungan : 7.1 @ Unit 8 : Hak dan Tanggungjawab Warganegara
Nilai : Bertanggungjawab, Patriotisme, Berterima kasih, Kebebasan, Berdikari

Adakah anda tahu hak dan tanggungjawab anda sebagai warganegara Malaysia?
1. Maksud hak dan tanggungjawab sebagai warganegara
✓ Hak ialah kuasa atas sesuatu atau kuasa melakukan sesuatu yang ditentukan

mengikut peraturan dan undang-undang negara.
✓ Tanggungjawab merupakan kesanggupan warganegara untuk melaksanakan tugas

serta kewajipan dalam menjaga kedaulatan negara.

18 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

2. Perlembagaan Persekutuan

BAHAGIAN HAK TANGGUNGJAWAB

PERKARA 5 (1) Tiada seorang pun boleh diambil Memelihara diri sendiri dan

Kebebasan nyawanya atau dilucutkan nyawa orang lain kecuali

Diri kebebasan dirinya kecuali mengikut mengikut undang-undang.

undang-undang.

PERKARA 6 (2) Segala bentuk kerja paksa adalah Tidak menindas golongan

Keabdian dan dilarang, tetapi Parlimen boleh pekerja dengan memberikan

kerja paksa melalui undang-undang membuat layanan adil kepada semua

dilarang peruntukan mengenai perkhidmatan pihak.

wajib bagi maksud-maksud negara.

PERKARA 13 (1) Tiada seorang pun boleh dilucutkan Bertanggungjawab untuk

Hak terhadap hartanya kecuali mengikut membuat pengisytiharan

Harta undangundang. harta dan membayar cukai.

PERKARA 8 (1) Semua orang adalah sama rata di sisi Tidak bersikap diskriminasi

Kesamarataan undang-undang dan berhak kepada mana-mana pihak

mendapat perlindungan yang sama atas alasan kaum, agama

rata di sisi undang-undang. atau jantina.

PERKARA 10 (1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan Mendapat kebenaran
Kebebasan (4) – daripada pihak berkuasa
bercakap, sebelum mengadakan
berhimpun (a) Tiap-tiap warganegara berhak perhimpunan.
dan kepada kebebasan bercakap dan
berpersatuan bersuara

3. Kepentingan Hak dan Tanggungjawab sebagai Warganegara

(a) Kepentingan hak sebagai warganegara Malaysia
✓ Mewujudkan kemakmuran dan keamanan negara
✓ Merapatkan jurang antara kaum
✓ Mengelakkan perselisihan faham antara kaum
✓ Meningkatkan taraf hidup rakyat
✓ Menjamin hak asasi rakyat
✓ Mengelakkan diskriminasi antara kaum

19 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

(b) Kepentingan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia
✓ Memelihara dan memulihara alam sekitar
✓ Memastikan dasar kerajaan dapat dijalankan dengan sempurna
✓ Membangunkan negara
✓ Membantu dalam pembangunan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik
✓ Kesetiaan kepada negara

4. Kesan pengabaian hak dan tanggungjawab sebagai warganegara

PIHAK HAK TANGGUNGJAWAB

Diri ✓ Dihina oleh masyarakat ✓ Kehilangan hak asasi ✓
✓ Tersisih daripada masyarakat Berlaku diskriminasi diri

Masyarakat ✓ Perselisihan faham antara kaum ✓ Menjejaskan taraf hidup rakyat
✓ Keselamatan terancam ✓ Hidup tidak aman dan harmoni

Negara ✓ Menjatuhkan imej negara ✓ Menggugat kestabilan negara

✓ Semangat patriotik akan terjejas ✓ Pentadbiran negara kucar-kacir

5. Kesimpulan

(a) Hak warganegara mempunyai batasan supaya individu tidak mengambil tindakan
yang menyalahi Perlembagaan Persekutuan. Batasan ini perlu dipatuhi oleh rakyat
Malaysia yang bertanggungjawab supaya kesejahteraan rakyat kekal terjamin.

(b) Rakyat Malaysia akan berasa gembira dan bersyukur kerana dapat hidup dalam
negara yang aman dan sejahtera.

20 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

BIDANG 7 : MORAL DAN KENEGARAAN
Standard Kandungan : 7.2 @ Unit 9 : Perpaduan Masyarakat Asas Kemakmuran
Negara
Nilai : Kasih sayang, Hormat, Toleransi, kerjasama, Baik hati

Perpaduan harus dibina, dipelihara dan diurus dengan baik supaya keharmonian dan
kestabilan negara dapat dikekalkan

1. Perpaduan ialah penyatuan masyarakat dalam membentuk satu identity nasional dan
nilai bersama.

2. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan bahasa perlu
mengekalkan perpaduan bagi menwujudkan sebuah negara yang makmur.

3. Contoh Amalan Perpaduan dalam masyarakat
i. Mengadakan aktiviti gotong-royong
Contoh: Gotong-royong membersihkan kawasan perumahan
ii. Mengadakan sambutan hari Kebangsaan
Contoh: Sambutan hari kebangsaan yang ke 62 diadakan di putrajaya.
iii. Mengadakan rumah terbuka bagi sesuatu perayaan
Contoh: Mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri/ Tahun Baru
Cina / Deepavali / Hari Natal

21 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

4. Peranan Agensi yang memupuk semangat perpaduan dalam masyarkat pelbagai
kaum

Mendidik masyarakat Menjalankan aktiviti bagi Menganjurkan pelbagai
supaya cinta akan meningkatkan dan program bagi
perpaduan dan
mengukuhkan semangat mengeratkan perpaduan
memelihara kejiranan,perpaduan, melalui aktiviti kesenian
perhubungan
kaum kearah pepaduan keselamatan dan kualiti hidup dan kebudayaan
dalam kalangan anggota
nasional masyarakat

5. Kepentingan Amalan Perpaduan dalam Masyarakat Majmuk
( a ) Meningkatkan dan mengukuhkan ekonomi negara
( b ) Menjamin kestabilan politik dan keselamatan negara
( c ) Masyarakat hidup dalam suasana harmoni
( d ) Mengelakkan perpecahan antara kaum

22 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

6. Cabaran dalam membentuk amalan perpaduan
( a ) Penyebaran maklumat palsu dan negatif kaum lain

- Penyebaran fitnah,provokasi dan hal menyentuh sensiviti kaum dan
keagamaan kian berleluasan di laman sisial

- Masyarakat harus sedar bahawa peranan media sosial adalah sebagai
platform untuk menjana perpaduan serta rasa cinta dan bangga dengan
budaya Malaysia.
( b ) Penguasaan Bahasa Kebangsaan yang lemah

- Kelemahan individu dalam menguasai bahasa kebangsaan disebabkan setiap kaum
mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri.

- Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan kaum di Malaysia.
- Penggunaan Bahasa Kebangsaan memainkan peranan penting bagi memupuk

integrasi dan persefahaman dalam kalangan masuyarakat
( c ) Kurang menerima, menghormati dan mengurus tentang berbilang kaum
- Prejudis terhadap kaum lain
- Kurangnya sikap toleransi dalam masyarakat yang berbilang kaum
( d ) Kurangnya pemahaman agama, kepercayaan dan budaya kaum lain
- Kurang menghormati agama, kepercayaan dan budaya kaum lain
- Melahirkan individu yang bersikap kurang sensitive terhadap agama,
kepercayaan dan budaya kaum lain

23 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

BIDANG 7 : MORAL DAN KENEGARAAN

Standard Kandungan : 7.3 @ Unit 10 Pengurusan Perbelanjaan secara beretika

Nilai : Kesederhanaan, Bertanggungjawab, Berdikari, Rasional dan Kejujuran

1. Pengurusan perbelanjaan secara beretika bermaksud cara wang dibelanjakan dan
diuruskan secara berhemah untuk memperoleh suatu barang dan
perkhidmatan.

2. Cara menguruskan perbelanjaan
(a) Menentukan kedudukan kewangan yang dimiliki
(b) Menentukan cara membeli barangan sama ada melalui wang tunai, kad debit
atau kad kredit
(c) Mengenal pasti dan membuat anggaran perbelanjaan
(d) Mendisiplinkab diri semasa berbelanja
(e) Tidak mudah dipengaruhi oleh jualan murah atau pembelian secara atas talian
(online)
(f) Mendokumentasikan perbelanjaan

3. Hak pengguna
(a) Hak untuk bersuara
(b) Hak untuk membuat pilihan
(c) Hak untuk mendapatkan ganti rugi
(d) Hak untuk mendapat maklumat
(e) Hak untuk mendapatkan keselamatan
(f) Hak untuk mendapatkan keperluan asas
(g) Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
(h) Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat

4. Kepentingan pengurusan perbelanjaan
(a) Menjamin masa depan yang cerah
(b) Mengelakkan pembaziran wang
(c) Sebagai sumber rujukan perbelanjaan pada masa yang akan datang
(d) Mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan
(e) Mengelakkan beban hutang

24 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

5. Kesan perbelanjaan yang tidak beretika
Diri:
- Menghadapi masalah kewangan
- Diisytiharkan muflis
- Beban hutang yang tidak sepatutnya
- Nama boleh disenaraihitamkan oelh bank
- Tekanan perasaan

Keluarga:
- Berlaku krisis kewangan dalam keluarga
- Menjejaskan hubungan kekeluargaan akibat masalah kewangan
- Terpaksa berkongsi menganggung beban hutang
- Menjejaskan perbelanjaan lain
- Meningkatkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya

Masyarakat:
- mewujudkan tabiat boros
- Peningkatan peminjam wang tidak berlesen
- Melahirkan persaingan yang tidak sihat dalam berbelanja
- Meningkatkan kuasa beli yang tidak sewajarnya
- Melahirkan tabiat masyarakat yang menbazir
- Peningkatan pemiutang yang tidak berlesen

Negara:
- Meningkatkan kadar inflasi
- Meningkatkan kadar barang import
- Meningkatkan kadar kebergantungan rakyat
- Meningkatkan kadar keberhutangan dalam kalangan rakyat
- Meningkatkan kos pelupusan barangan yang dibuang dan dibazirkan

25 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

7.0 MORAL DAN KENEGARAAN

Standard Kandungan : 7.4
@ Unit 11: KEUNIKAN RAKYAT MALAYSIA

Nilai : Patriotisme, Kerajinan, berdikari, keberanian, berterima kasih

1. Ciri-ciri keunikan rakyat Malaysia dari segi :
Kaum Melayu Bahasa: Bahasa Melayu

Makanan: nasi lemak, rendang, sate
Pakaian: Baju kurung, baju Melayu
Perayaan: Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha

Kaum India Bahasa: Tamil, Telugu, Malayalam
Makanan: Tose, idli
Pakaian: Sari, doti
Perayaan: Deepavali, Thaipusam

Kaum Iban Bahasa: Bahasa Iban
Makanan: Manuk pansuh, kasam ikan, salai
Pakaian: Sirat, kelambi, kain tenun, baju kurung
Perayaan: Gawai Dayak, Gawai Antu, Gawai Batu

Kaum Bahasa: Bahasa Punjabi
Punjabi Makanan: Capati, Dhal, Saag, Lassi
Pakaian: Serban, Kurta-pejama, dupatta, selwar-kammez
Perayaan: Hari Vesakhi

Kaum Bahasa: Kadazandusun
Kadazan Makanan: Tuhau, Hinava, bosou,
Pakaian: Himpogot, tangkong, siling, tapi’
Dusun
Perayaan: Pesta Kaamatan, Pesta Moginakan Nunuk Ragang

Kaum Cina Bahasa: Mandarin, Hakka, Kantonis, Hokkien, Hainan, Fuzhou,
Teochew
26 Makanan: Dim sum, kuih bulan, zongzi, tang yuan,
Pakaian: Ceongsam, samfu, qipao
Perayaan: Tahun Baharu Cina, Cap Goh Mei, Dong Zhi

Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

2. Kepentingan keunikan rakyat Malaysia:
a. Mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia
b. Mengukuhkan kestabilan politik dan ekonomi negara
c. Melahirkan generasi baharu yang mengekalkan kepelbagaian budaya
d. Mengekalkan keseimbangan antara kemajuan negara dengan warisan
kebudayaan
e. Menjadi kebanggaan negara

3. Cabaran keunikan rakyat Malaysia :

Cabaran Bahasa kepelbagaian bahasa yang tidak dapat difahami oleh segelintir

masyarakat

menjejaskan komunikasi antara kaum

Cabaran menghakis jati diri dan budaya sesuatu kaum mudah
Budaya Tular dipengaruhi dengan budaya negatif dari luar

Cabaran Sosial perasaan taksub terhadap kebudayaan sendiri
kecelaruan identiti bangsa

Polarisasi kaum mencetuskan konflik yang berpunca daripada sikap tidak
menghormati perbezaan adat dan kepercayaan kaum lain
mewujudkan sikap perkauman

-

Strategi mengekalkan keunikan rakyat Malaysia :
a) Diri: Menerima dan menghormati keunikan semua kaum
b) Ibu bapa: Membawa anak-anak untuk menyertai aktiviti kebudayaan pelbagai kaum
c) Kerajaan: Memperbanyakkan aktiviti kesenian dan kebudayaan peringkat sekolah

27 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

BIDANG 7 : MORAL DAN KENEGARAAN
Standard Kandungan : 7.5 @ Unit 12 : Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama
Nilai : Patriotisme, Bertanggungjawab, Hormat, Keberanian, Kerjasama

Apakah yang anda faham tentang kedaulatan negara ?

Kedaulatan negara bermaksud kemampuan sesebuah negara untuk mengekalkan identiti
sendiri.

A. Ciri ciri Negara Berdaulat
Ciri-ciri Negara berdaulat

Merdeka Beridentiti Bermaruah Berstruktur Bebas
nasional dan pemerintahan daripada
pengaruh luar
berwibawa sendiri

Bil Ciri Huraian
1 Merdeka • Bebas membuat keputusan sendiri tanpa campur tangan

2 Beridentiti daripada negara lain
nasional • Mempunyai pentadbiran kerajaannya sendiri
• Bertanggungjawab menguruskan keperluan asasi rakyat
• Bendera rasmi
• Jata negara
• Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
• Prinsip Rukun Negara
• Lagu Kebangsaan

28 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

3 Bermaruah dan • Kuasa politik yang stabil
berwibawa • Ekonomi yang mantap
• Warganegara yang berkualiti
Antara komponen dalam perlembagaan persekutuan
4 Berstruktur • termasuklah pemisahan kuasa antara perundangan, kehakiman
dan eksekutif (pentadbiran).
pemerintahan Mengamalkan pemerintahan Raja Berperlembagaan
Mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
sendiri • Perpaduan rakyat terjamin
Keamanan dan keselamatan rakyat terpelihara
• Keunikan budaya dikekalkan

5 Bebas dari •

pengaruh luar •



B. Kepentingan Mempertahankan kedaulatan Negara

Maruah negara terpelihara

Tidak terpengaruh dengan anasir subversif

Kepentingan Mengekalkan kestabilan politik
Mempertahankan Pemerintahan mengikut acuan sendiri

Kedaulatan Mengukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia
Negara Memberikan sumbangan kepada pembangunan negara

Meningkatkan semangat patriotisme

Cinta dan setia akan raja dan negara

Mengekalkan kemerdekaan negara

Sistem pemerintah yang stabil

C. Cabaran mengekalkan kedaulatan negara
(a) Penularan berita yang mengugat kedaulatan negara
(b) Taraf ekonomi dan sosial yang tidak seimbang dalam kalangan rakyat
(c) Generasi muda yang kurang semangat patriotik terhadap negara
(d) Tindakan kuasa besar yang mencabar kedaulatan negara
(e) Rakyat kurang jati diri dan mudah terpedaya dengan hasutan dalam dan luar negara

29 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

D. Kesan Pengabaian Tanggungjawab Mempertahankan Kedaulatan Negara
1. Tradisi dan norma masyarakat
semakin dilupakan
o Rakyat mengagungkan budaya

luar
2. Perpaduan dan keharmonian

terjejas.
o Rakyat saling bermusuhan

3. Aktiviti ekonomi negara terbantut
o Pembangunan negara terjejas

4. Ketidakstabilan politik negara
o Sistem pemerintahan tergugat

5. Campur tangan kuasa luar
o Negara tidak aman

E. Konflik Mengancam Kedaulatan Negara

Pencerobohan kuasa asing

Globalisasi

Konflik yang boleh Pengaruh budaya negatif

mengancam Pengaruh media dan penularan informasi ekstrem

kedaulatan Negara Konflik perkauman

Pengaruh materialistik

30 Hakmilik terpelihara @ ppmpjohor 2020


Click to View FlipBook Version