NAMAKELAS DAN KOD KURSUS KELAB KEUSAHAWANAN (MPU24021) NAMA TOKOH NOOR NEELOFA BINTI MOHD NOOR PRORAM DAN KELAS DDT2B NAMA PELAJAR DAN NO PENDAFTARAN NURIN QISTINA BINTI MOHD HARIS 12DDT22F1051 PROGRAM KELAS JTMK NAMA PENSYARAH WATI BINTI MOHAMMAD
ISI KANDUNG 1. BIODATA 2. PENGENALAN 3. PENIAGAAN AWAL 4. PERKARA YANG DIAMALKAN 5. RUMUSAN 6. LAMPIRAN
BIODATA BIODATA Nama penuh: Noor Neelofa bin Mohd Noor Nama popular: Neelofa Tarikh lahir: 10 Februari 1989 Umur: 31 tahun (2020) Kelahiran: Pasir Mas, Kelantan, Malaysia Pekerjaan: Pelakon, pengacara, ahli perniagaan, model, penulis dan jurucakap produk Media sosial: Instagram @neelofa FAKTA MENARIK 1. Lulusan Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran di Kolej Universi Sunway (kini dikenali sebagai Universi Sunway) di Bandar Sunway, Selangor. 2. Berkenggian 1.57 meter dan berat 47 kilogram. 3. Anak kega daripada sembilan adik-beradik (lima adik-beradik berlainan bapa). 4. Bapanya, Mohd Noor berbangsa Melayu, manakala ibunya, Noor Karni Noor Mohamed merupakan kacukan Pakistan dan Arab. 5. Neelofa yang disapa Lofa di kalangan ahli keluarga, diilhamkan daripada nama “Niloufar” membawa maksud bunga teratai. 6. Sebagai pelajar, Neelofa dikenali sebagai seorang yang pintar kerana meraih lima A dalam UPSR, manakala sewaktu melanjutkan pengajian di sekolah menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi, beliau mendapat 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM. 7. Sebelum menjuarai pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 mengalahkan beberapa nama antaranya, Anzalna Nasir dan Izara Aishah, beliau bekerja sebagai peragawa sepenuh masa di mana pernah membintangi beberapa video muzik penyanyi tempatan popular, antaranya Awi Rafael dan Akim.
PENGENALAN PENGENALAN/LATAR BELAKANG Pemilik nama penuh Noor Neelofa binti Mohd Noor ini dilahirkan pada 10 Februari 1989, 31 tahun lepas di Pasir Mas, Kelantan. Turut mesra disapa dengan panggilan Lofa, beliau merupakan anak ke-3 daripada 9 adik beradik. Beliau memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam UPSR dan kemudian sambung belajar di sekolah menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi dan mengekalkan momentum keputusan cemerlang dalam kedua-dua peperiksaan besar iaitu 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM. Kini, beliau merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Kolej Universiti Sunway. KERJAYA SENI Kerjaya Seni Lofa bermula apabila beliau memenangi pertandingan Dewi Remaja (satu batch dengan Anzalna, Azar Azmi, Izara Aishah) pada tahun 2010. Dari situ, banyak tawaran lakonan, peragaan, duta, jurucakap produk dan pengacaraan diterima. Pada tahun 2014, Neelofa mula mengenakan penampilan bertudung dan mengehadkan aktiviti seni kepada fokus bidang pengacaraan (rancangan Meletop di Astro).
PERNIAGAAN AWAL Neelofa mula menceburi bidang perniagaan dengan melancarkan produk kesihatan BellaVita bersama ibunya dan memiliki jenama produknya sendiri. Antara perniagaan lain yang diceburinya ialah • Contact lens Lofalens • Produk pil penjagaan kesihatan Beautea Slim • Jenama pakaian Muslimah • Naelofar Hijab BELLAVITA HEALTHCARE Pada Mei 2012, Neelofa menerusi syarikat miliknya, BellaVita Healthcare International Sdn Bhd telah menghasilkan suplemen kesihatan dan kecantikan yang mengabungkan unsur-unsur dari dunia moden dan tradisional. Pengambilan makanan seimbang serta buah-buahan dan sayuran setiap hari akan memberikan kesan yang sangat positif kepada kesihatan dan kecantikan, menerusi pembuatan produk suplemen ini. PERNIAGAAN TUDUNG NAELOFAR Antara faktor kejayaan Neelofa dalam penjualan tudung Naelofar ialah berada di pasaran pada masa yang betul. Laporan Reuters menganggarkan bahawa pengguna Muslim di peringkat global membelanjakan hampir $266 bilion untuk pakaian dan penampilan pada tahun 2013 dan terus meningkat sebanyak 14% pada tahun 2019 Dengan adanya permintaan, tentulah bekalan akan mendapat sambutan. Ditambah dengan strategi pemasaran media sosial; Neelofa mempunyai 6.8 juta pengikut di Instagram, menjadikan sasaran perniagaannya lebih mudah dicapai. Sehingga kini, tudung Naelofar telah terjual di 38 negara termasuklah di kawasan elit di daerah Chelsea, London.
4 PERKARA YANG DIAMALKAN UNTUK BERJAYA 1. Cabar Diri Sendiri Mungkin anda tidak mempunyai keyakinan untuk melakukan sesuatu yang baharu buat kali pertama. Tetapi, sampai bila ingin berada di takuk yang sama, ya tak? Cabar dan yakin pada diri sendiri. Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. 2. Positif Positif selalu kena ada untuk memasuki alam perniagaan. Tidak semestinya kita akan selalu berada di atas, kadang-kadang Allah nak uji dan jadikan setiap cabaran yang datang sebagai perkara yang positif untuk perbaiki ke arah yang lebih baik. 3. Self-realisation Sentiasa bagi kata-kata semangat pada diri sendiri. Bercakap dengan diri, katakan yang anda boleh lakukannya. Hanya diri anda shaja yang tahu dimana kemampuan anda untuk melakukan sesuatu perkara itu. 4. Self-talk Jangan berhenti berdoa, rezeki yang datang itu semua dari Allah. Bersyukur sentiasa dan biasakan motivasi pada diri sendiri. Jika anda berjaya laksanakan perkara ini dengan baik, insyaallah, kejayaan itu milik anda suatu hari nanti.
RUMUSAN Kejayaan Neelofa boleh dijadikan inspirasi untuk kita terus memajukan diri. Biarpun sering dihimpit kontroversi yang merupakan resam industri hiburan, Neelofa tidak ambil pusing dan terus mencari peluang untuk mencapai kejayaan demi kejayaan. Pemikiran yang kreatif dan pandai merebut peluang, menjadikan Neelofa selesa menguruskan perniagaan dan kerjaya sebagai jurucakap produk beliau LAMPIRAN