The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 303-21-felicia, 2022-03-21 11:21:54

Penulisan Tugasan 1 BMMB1104

Penulisan Tugasan 1 BMMB1104

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021

BAHASA MELAYU [SK]

KERJA KURSUS
BMMB1104 : KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TAJUK
TUGASAN 1 : PENULISAN ESEI (INDIVIDU)

NAMA PELAJAR : FELICIA SHERRINA AMBAK ANAK THOMAS
ANGKA GILIRAN
NO. KAD PENGENALAN : 2021022310064
KUMPULAN/ UNIT
: 021201-13-0358
KOD DAN NAMA KURSUS : PPRBMM2-3

NAMA PENSYARAH : BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU
TARIKH HANTAR
PENGAKUAN PELAJAR : PUAN SELINA BINTI AHMAD
MENERIMA MAKLUM
BALAS DARIPADA : 21 MAC 2022
PENSYARAH
:

Isi Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan 1
2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu 2
3.0 Fungsi kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat
3-4
Melayu tradisional 5-7
4.0 Akal budi dalam pantun masyarakat Melayu
5.0 Rumusan 8
6.0 Rujukan 9

1

1.0 Pengenalan

Pada mulanya, sastera tidak mempunyai nama kerana bersifat kolektif
dan pengarang tidak mementingkan nama. Menurut tokoh Hashim Awang
(1987, seperti yang dinyatakan dalam Azmi Rahman, 2017) mengatakan
kesusasteraan itu adalah "Ciptan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia
mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera
tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek
isi atau daya pengucapannya. Sastera juga memberi erti yang berseni bagi
bahasa dan umumnya dimaksudkan dalam persuratan. Tradisi sastera pada
abad ke-17 telah menimbulkan kesedaran untuk membukukan hasil-hasil
sastera lama. Namun begitu, pada zaman awal sastera lebih kepada unsur
hiburan, sejarah, lagenda dan mitos. Sastera Melayu lebih kepada unsur
percampuran Hindu dan Islam semasa zaman peralihan antara Hindu
dengan Islam. Sastera juga merupakan karya seni kreatif hasil ciptaan
manusia menggunakan bahasa yang indah, halus dan menarik serta memberi
kesan kepada para pembaca mahupun penonton.

2

2.0 Konsep kesusasteraan Melayu

Kebiasaanya dalam masyarakat Melayu tradisional, bidang sastera
sudah menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan seharian. Menurut
pandangan Braginsky (2000), yang menyebutkan, salah satu keunggulan
karya sastera yang dianggap terpenting ialah keindahan, yang
mencerminkan perkara baik dalam sistem imej mahupun dalam susunan
kata. Dalam konteks ini, tradisi kesusasteraan hadir dengan makna didaktik
(mengarahkan dan menghiburkan) terkadang bersifat keagamaan juga.

Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan
mellalui penggunaan bahasa yang mempunyai nilai keindahan. Perkataan
kesusasteraan terbentuk daripada daripada perkataan Sanskrit, iaitu
susastera yang membawa maksud huruf atau buku indah. Sastera dari segi
umum bermaksud bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab, manuskrip dan
sebagainya. Terdiri daripada seni karang-mengarang yang mengandung
bahan-bahan sastera yang berbentuk puisi dan prosa.

Di samping itu, sastera bahasa yang spontan yang lahir daripada
perasaan yang mendalam dengan menunjukkan ekspresi fikiran melalui
bidang bahasa. Penilaian yang harus ada dalam karya kesusasteraan untuk
mengenal pasti keindahannya ialah berdasarkan gaya bahasa, teknik, dan
perutusan. Manakala keindahan tersirat dapat dianlisis pada perutusan yang
hendak disampaikan. Keindahanan dalaman hanya dapat dipersepsikan oleh
mata hati manusia sahaja (Hamidah Abdul Hamid,1995).

3

3.0 Fungsi kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat
Melayu tradisional

Sastera terhasil daripada kesedaran dan keinginan masyarakat untuk
berkongsi maklumat berkaitan dengan kehidupan. Kesusasteraan Melayu
terdiri daripada fungsinya yang tersendiri antaranya ialah sebagai hiburan.
Hal ini kerana sastera menghasilkan keindahan kata-kata yang diungkapkan,
irama atau rentak yang tersusun, mempunyai unsur jenaka dan sebagainya.
Kepentingan fungsi hiburan ini menjadikan sesebuah karya sastera seperti
cerita penglipurlara yang diterima ramai oleh lapisan masyarakat. Contohnya,
pantun merupakan karya sastera yang popular kerana keupayaannya
membawa keindahan untuk menghiburkan. Hal ini kerana kuasa magis
tradisional ini mengubah sekitaran cerita menjadi semacam syurga (Mana,
2005). Oleh itu, setiap karya sastera disampaikan melalui pelbagai variasi
bagi menambahkan fungsi menghiburkan. Misalnya, dijadikan lirik dikir barat
di Kelantan, lirik lagu popular, dan pelbagai lagi.

Seterusnya, kesusasteraan berfungsi sebagai alat pendidikan. Hal ini
tidak dapat dinafikan bahawa karya-karya kesusasteraan sebenarnya meliputi
unsur pengajaran. Pengarang yang berjaya menghasilkan karya dengan
sempurna merupakan seorang yang berpengalaman. Fungsi ini juga
menjadikan karya sastera sebagai suatu bahan yang dapat membawa
kesedaran kepada masyarakat Melayu, mengubah fikiran, serta menerapkan
nilai-nilai murni dan moral dalam setiap karya yang disampaikan. Contohnya,
Cerita Sang Kancil dengan Buaya yang sangat terkenal dalam kalangan
masyarakat bukan semata-mata untuk menghiburkan tetapi berupaya untuk
memasyarakatkan pengajaran dan nilai moral yang berguna kepada
masyarakat khasnya golongan muda yang membaca.

Fungsi kesusasteraan juga berfungsi sebagai dakwah. Dakwah
didefiniskan sebagai proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia

4

tentu sahaja disampaikan melalui medium atau saranan yang difahami
sebagai objek dakwah (Mad’u). Menurut Ali Ahmad (2013) mendefinisikan
dakwah dengan mengajak orang lain untuk menyakini danmengamakan
kaedah dan syariat Islam yang terlebih dahulu diyakini dan diamalkan oleh
juru dakwah itu sendiri. Kesusasteraan dalam dakwah dapat
menyembunyikan pesan-pesan yang hendak dikomunikasikan kepada
khalayak ramai, melalui aneka bentuk dan erti estetika, metafora dan lain-lain.
Oleh sebab itu, bahasa dakwah dalam kesusasteraan dapat menghiburkan
dan menyatukan spiritualitsa.

5

4.0 Akal budi dalam pantun masyarakat Melayu

Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,

Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,

Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,

Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Akal budi yang merupakan salah satu inti sari dan ungkapan metafora
yang terungkap serta terkias dalam pantun dan ditafsirkan dengan hati
nurnani. Akal budi bukan hanya secara lahiriahnya bermaksud memiliki akal,
bagaimanapun, akal budi juga bermaksud kebijaksanaan dan kearifan
seseorang untuk mengungkapkan dan mengiaskan bahasa yang sarat
dengan makna yang tertentu. Masyarakat Melayu bukan sekadar memahami
bahasa mereka sebagai deretan perkataan yang hanya mendukung makna
malahan bagi masyarakat ini bahasa mencerminkan tingkah laku, peribadi,
jiwa serta akal budi mereka seperti yang tersirat dalam penyampaian pantun
mereka. Menurut Marlyna Maros (2012 seperti yang dinyatakan dalam Nor,

6

2014), terdapat dua cara utama untuk ujaran sindiran dalam budaya Melayu
iaitu melalui bentuk tidak langsung dengan penggunaan metafora, kiasan,
dan tersirat untuk menyampaikan perasaan dan pendapat penutur kepada
pendengar.

Menurut Hamidah et al dalam kertas kerja mereka Kesantunan dalam
Budaya Melayu (2009), masyarakat Melayu kaya dengan adat istiadat
yang ditenun dengan unsur-unsur kesopanan dan kesantunan. Pantun
tersebut memberi nasihat kepada seseorang untuk selalui melakukan perkara
yang baik. Hal ini jelas menyatakan pantun pada rangkap pertama
merangkumi unsur kesopanan dan kesantunan yang diperjelaskan dengan
lebih mendalam apabila seseorang sudah memiliki ilmu atau pangkat yang
tinggi perlu merasa rendah diri bak kata peribahasa yang ada pada pantun
rangkap pertama, baris ketiga dan keempat iaitu baik dibawa resmi padi,
semakin berisi semakin tunduk. Penggunaan peribahasa dalam pantun
memberi keindahan dalam erti dan nilai estetika sastera Melayu tradisional.
Selain itu, pantun pada rangkap pertama, dua baris pertama pantun merujuk
kepada pembayang. Hal ini memberi gambaran apa yang ingin disampaikan
pada baris akhir. Tambahan pula, peribahasa yang digunakan dalam
komunikasi memang berlaku mengikut konteks dan dengan bertujuan untuk
menasihati. Oleh itu, penekanan unsur kesantunan dalam amat penting agar
melahirkan insan yang sentiasa merendah diri walaupun sudah memiliki
segalanya.

Seterusnya, bagi pantun rangkap kedua membawa maksud orang
yang berbudi akan dipandang mulia, manakala martabat bangsa dinilai dari
segi bahasa dan tutur kata. Budaya berbudi bahasa sangat penting dalam
masyarakat kerana seribu satu manfaat diperolehi. Amalan budi bahasa
dapat menunjukkan keperibadian individu yang sebenar. Jika seseorang
mengamalkan budi bahasa dalam masyarakat, maka dia akan dianggap
seorang yang berbudi pekerti dan jika seseorang itu bersifat sebaliknya, maka
dia akan dilihat seperti seseorang yang bersikap kurang ajar. Selain itu,

7

dalam pantun rangkap dua mempunyai gaya bahasa responsi (pengulangan
perkataan yang sama di tengah ayat) seperti dua baris akhir pada rangkap
kedua iaitu pengulangan perkataan kerana. Menurut Hassan Ahmad (2016),
ungkapan metafora konseptual tidak sahaja lahirnya secara spontan,
tetapi berdasarkan pengalaman yang berpanjangan dan melalui
renungan akliah dan intuitif pemikir Melayu berinteraksi dengan alam
sekelilingnya.

Bagi pantun rangkap ketiga membawa maksud memberi peringatan
bahawa jika seseorang menuntut ilmu secara ala kadar atau secara mahu
tidak mahu, maka pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh juga amat
terhad dan tidak berbaloi. Pantun ini memberi kesedaran kepada orang ramai
bertapa pentingnya penguasaan ilmu dan mengambil pengajaran terhadap
pengalaman orang lain yang sudah dulu merasai pahitnya menuntu ilmu
walaupun ilmu menjadi tonggak untuk memajukan kehidupan diri sendiri. Oleh
itu, setiap orang harus menuntut ilmu secara kekal tanpa jemu dan bukan
separuh jalan demi kebaikan diri.

8

5.0 Rumusan

Sesungguhnya, tidak ada cara yang lebih baik untuk melihat
perbezaan etnik dan budaya, kekayaan warisan manusia, menilai perbezaan
antara luahan daya kreativiti manusia daripada pelbagai aspek, selain
daripada karya sastera. Membaca sebuah karya sastera yang hebat adalah
satu nikmat yang unggul untuk mengetahui sebuah pengalaman untuk
mempelajari pelbagai perkara.

(1095 patah perkataan)

9

6.0 Rujukan
Ali Ahmad. (2013). Pengantar Pengajian Kesusasteraan. DBP. Kuala Lumpur.

Azmi Rahman & Phat a/l Awang Deng. (2017). Pancaran Makna dalam
Kesusteraan Melayu. UUM Press.

Braginsky. I.V. (2000) Perpaduan Etika dan Estetik Sastera di dalam
Hikayat Melayu Zaman Islam, kertas kerja dibentangkan pada Seminar
Teori Sastera Islam: Kaedah dan Penerapan. Di Hotel Renaissance,
Palm Garden, Puchong, 26-28 September 2000.

Hamidah Abdul Hamid. (1995). Pengantar Estetik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Hassan Ahmad. (2016). Bahasa dan pemikiran Melayu. Dewan Bahasa dan
Pustaka:Kuala Lumpur. 2016.

Mana Sikana. (2005). Kesusasteraan Melayu Pascamoden. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaludin. (2014). Semantik dalam akal budi Melayu. Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia:Bangi.


Click to View FlipBook Version