FAKULTI PENGURUSAN
MANAGEMENT & ADMINISTRATIVE OF EARLY CHILDHOOD CENTRE
DECE 4063
DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK MOHD SHAWANI BIN AHMAD SABRI
TAJUK :
RANCANGAN PERNIAGAAN TADIKA
AHLI KUMPULAN :
NUR ANIS BINTI MOHAMAD RIZAN (ECE09200042)
NURUL IZZATI BINTI ABDUL AZIZ (ECE09200033)
NURUL IZZATI BINTI MOHD ROSLI (ECE09200034)
NUR ATIQAH BINTI MAT NOT (ECE04200009)
NURUL NABIRAH BINTI AZMI (ECE12200004)
NUR AIRENE DANIA BINTI NAZRI (ECE12200002)
1
ISI KANDUNGAN :- Muka Surat
3
Bil. Perkara 4
1 Tinjauan perindustrian 5
2 Ringkasan eksekutif
3 Falsafah , visi , misi dan objektif 6-7
4 Produk dan perkhidmatan 8-9
5 Peranan pekerjaan dan tanggungjawab 10
6 Analisis SWOT 11 - 12
7 Peta lokasi 13 - 22
8 Analisis pemasaran 23
9 Strategi pemasaran 24
10 Jualan dan pemasaran 25
11 Strategi penetapan harga 29 - 46
12 Startup badget 47 – 48
13 Strategi kelestarian dan perluasan 49
14 Penutup 50 - 51
15 Lampiran
2
Tadika Ameen Khalifah
1. TINJAUAN PERINDUSTRIAN :
Tadika merupakan singkatan daripada Taman Didikan Kanak-Kanak. Tadika
juga boleh didefinisikan sebagai “mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari
4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan
dengan upah”. Takrif tadika tidak dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pendidikan 1961.
Matlamat utama pendidikan di peringkat tadika ialah sebagai persediaan awal ke alam
persekolahan formal apabila kanak-kanak tersebut berumur 7 tahun. Penubuhan tadika
swasta berdaftar di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), iaitu di bawah Unit
Pendidikan Swasta. Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), pendidikan
pra-sekolah didefinisikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam
persekolahan di peringkat sekolah rendah. Pengalaman persekolahan dan
pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan
mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk
memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.
3
Tadika merupakan sesi persekolahan bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga
6 tahun. Selain itu juga, tadika adalah tempat kanak-kanak menerima dan meneroka
sesuatu perkara yang baharu selepas mereka melalui peringkat bayi. Tadika juga
merupakan rumah kedua untuk kanak-kanak dan guru menjadi ibu bapa yang kedua
untuk mereka iaitu orang yang menjaga dan mendidiknya setelah ibu bapanya. Hal ini
kerana kanak-kanak banyak menghabiskan masa di sekolah berbanding di rumah dan
guru juga akan meluangkan lebih banyak masa bersama kanak-kanak lebih lama
berbanding ibu bapa mereka.
FALSAFAH PENDIDKAN KEBANGSAAN :
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dahulunya disebut Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di
Malaysia. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap aktiviti Pendidikan
diadakan bagi mencapai intipati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Falsafah ini digubal oleh pakar-pakar
pendidikan pada tahun 1988.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU :
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan jauh dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
pembangunan individu serta memelihara masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif dan berdisiplin.
4
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan unruk menyampai ilmu,
kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah bagi
membentuk sikap keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang
mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat dan negara ke arah
mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat.
2. RINGKASAN EKSEKUTIF :
Kanak-kanak merupakan harta yang sangat berharga dan harus dibentuk sebaik
mungkin agar menjadi seorang individu yang berguna kepada ibu bapa, bangsa, agama
dan negara. Seterusnya, ibu bapa dan masyarakat sekeliling perlu memainkan peranan
penting dengan menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada kanak-kanak. Sebagai
contoh, menunjukkan sikap-sikap yang positif seperti menolong orang yang dalam
kesusahan, menggunakan bahasa yang sopan santun apabila berbicara dengan orang
lain dan menghormati orang yang lebih tua. Oleh itu, kanak-kanak perlu diberikan
didikan yang sempurna dengan menghantar mereka ke tadika agar proses
perkembangan kanak-kanak dapat dikembangkan dengan lebih baik.
Pemilihan prasekolah adalah sangat penting kepada kanak-kanak sebagai
landasan persekitaran pertama sebelum mereka memasuki alam persekolahan yang
sebenar. Oleh itu,kami ingin memperkenalkan “Tadika Ameen Khalifah” yang akan
ditubuhkan oleh syarikat kami. Pertama sekali, tujuan kami menubuhkan tadika ini
adalah untuk melahirkan generasi yang mempunyai akhlak yang terpuji dan juga
generasi yang bijak pandai pada masa hadapannya. Selain itu, untuk membimbing dan
mengajar kanak-kanak sehingga mereka mencapai 5 domain dan juga melahirkan
generasi yang aktif dari segi akademik dan bidang kesukanan.
5
Rancangan perniagaan yang disediakan bertujuan merangka satu perniagaan
yang akan ditubuhkan. Penyediaan rancangan ini satu pembentukan perniagaan yang
diberi nama “Tadika Ameen Khalifah”. Perniagaan ini ditubuhkan dengan jumlah
perkongsi seramai 7 orang. Terdapat 6 jawatan utama dalam perniagaan ini yang terdiri
daripada pengurus, penolong pengurus, pengurus kewangan, jabatan sumber manusia,
pengurus pemasaran dan kakitangan sokongan. Perniagaan ini diwujudkan oleh ahli
yang mempunyai tahap pendidikan dalam bidang kanak-kanak iaitu pendidikan tahap
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan juga mempunyai pengalaman yang luas
dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Tadika ini hanya mempunyai satu pesaing
sahaja. Maka, wujudnya peluang yang besar bagi “Tadika Ameen Khalifah” untuk
bersaing dengan lebih baik. Perniagaan ini dijangka memulakan operasinya pada 6 Jun
2022. Perniagaan ini akan berusaha sedaya upayauntuk mengatasi sebarang halangan
atau kekangan yang mungkin dihadapi pada masa akan datang.
Lokasi yang telah dipilih terletak di Seksyen 7, Shah Alam 40800 Selangor. Kami
memilih kawasan yang strategik serta mempunyai kemudahan pengangkutan untuk ibu
bapa/penjaga mengambil dan menghantar anak seperti Grab, bas, teksi dan LRT.
Kawasan ini juga mempunyai jalan alternatif sekiranya berlaku kemalangan seperti
kebakaran dan mempunyai tempat letak kenderaan yang luas untuk memudahkan ibu
bapa menghantar dan mengambil anak-anak mereka di Tadika Ameen Khalifah.
3. FALSAFAH , VISI, MISI DAN OBJEKTIF :
3.1 FALSAFAH
Melahirkan insan yang tekun, taat dan bertakwa.
3.2 VISI
1) Berusaha melahirkan insan cemerlang dan berakhlak mulia.
2) Menerapkan cara kehidupan Islam yang baik.
3) Membentuk potensi kanak-kanak dari segi pertumbuhan kognitif, efektif dan sahsiah.
3.3 MISI
Memberi peluang kepada kanak-kanak belajar serta mempunyai keyakinan diri untuk
membina generasi pintar soleh yang menyatukan ilmu dan amal.
6
3.4 OBJEKTIF
1) Tenaga pengajar yang mempunyai kelulusan minimum diploma dalam bidang
pendidikan awal kanak-kanak.
2) Boleh membaca Al-Quran dan jawi dengan baik.
3) Mampu mengawal, mendidik dan mengasuh kanak-kanak berumur 4-6 tahun.
4) Perwatakan menarik dan minat terhadap kanak-kanak.
5) Melahirkan generasi yang memartabatkan Al-Quran dan As-Sunnah.
4.PRODUK DAN PEKHIDMATAN:
Produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh kami kepada ibu bapa ialah :
➢ MATA PELAJARAN :-
Ameen Khalifah menawarkan mata pelajaran yang memenuhi keperluan Pre-Kurikulum
yang diterbitkan sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Di antara
matapelajaran yang akan diajar ialah hafazan, iqra’, gaya islam, Bahasa inggeris dan
Bahasa Malaysia. Kami juga akan mengajar anak-anak ini cara menunaikan solat lima
waktu.
➢ LAWATAN :-
Pihak kami juga akan membuat lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang bersejarah
dan menarik. Sebagai contoh, Muzium Negara, Tugu Negara, KLCC, Perpustakaan
Negara, Istana Budaya, Kilang Coklat, Zoo Negara dan lain-lain. Melalui lawatan ini,
dapat menambah pengalaman yang baru dan ilmu pengetahuan dalam diri kanak-kanak.
Mereka juga akan mendapat pengetahuan tentang sejarah negara.
➢ PERKHIDMATAN TRANSIT :-
Pihak kami juga menyediakan perkhidmatan transit bagi kanak-kanak yang ibu bapa atau
penjaganya yang pulang lewat dari tempat kerja . Dengan ini, ibu bapa perlu membuat
bayaran tambahan iaitu sebanyak RM 20 untuk 1 jam. Pihak tadika akan menyediakan
makanan, waktu bermain, mandi dan juga waktu tidur. Kanak-kanak akan dijaga
sehingga ibu bapa atau penjaga datang untuk mengambil kanak-kanak pulang ke rumah.
7
➢ BAHAN UNTUK BELAJAR :-
Selain itu, kami juga menyediakan pelbagai bahan untuk belajar. Sebagai contoh, buku,
alat tulis dan juga bahan-bahan mainan untuk digunakan semasa pengajaran dan
pembelajaran berlangsung seperti blok, puzzle, lego dan lain-lain. Peralatan digital
seperti televisyen, tayangan slaid, video juga digunakan sebagai bahan perantaraan
pembelajaran.
➢ TAMAN PERMAINAN :-
Tadika Ameen Khalifah mempunyai konsep taman permainan yang berlainan dan agak
unik dimana ia berada di tingkat atas. Oleh itu, suasana yang berbeza akan menarik
minat kanak-kanak untuk bermain. Hal ini kerana kebiasaanya taman permainan berada
di halaman luar. Mereka terpaksa berpanas untuk bermain. Ruang permainan juga
dilengkapi dengan pelbagai alat permainan yang selamat digunakan. Guru sentiasa
mengawasi pergerakan kanak-kanak semasa bermain. Ia juga dilengkapi dengan kamera
litar tertutup (CCTV) sebagai salah satu aspek keselamatan.
➢ RUANG MENUNGGU :-
Tadika Ameen Khalifah turut menyediakan ruang menunggu yang selesa, bersih dan
kemas. Ruang ini dilengkapi dengan penghawa dingin serta penapis air. Ini dapat
memastikan ibu bapa atau penjaga berada dalam keadaan yang selesa sementara
menunggu anak-anak pulang.
8
5.PERANAN PEKERJAAN DAN TANGGUNGJAWAB :-
Nur Atiqah Bt Mat
Not
Pengurus
Nur Anis Mohamad
Rizan
Penolong Pengurus
Nurul Izzati Bt Nurul Izzati Bt Nurul Nabirah Bt
Mohd Rosli Abdul Aziz Azmi
Pengurus
Kewangan Pengurus Sumber Pengurus
Manusia Pemasaran
1) Norimy Nor Amyra Bt
Abdul
2) Nur Airene Dania Bt
Nazri
Kakitangan
9
TANGGUNGJAWAB :-
Pengurus :
▪ Bertanggungjawab mentadbir hal ehwal kanak-kanak di tadika
▪ Memastikan pengurusan tadika mematuhi undang-undang dan peraturan yang
ditetapkan
▪ Berperanan sebagai pengantara sesama kakitangan yang lain
Penolong Pengurus :
▪ Membantu pengurus mengendalikan pengurusan dokumen dan fail kelas seperti
buku daftar stok, portfolio kanak-kanak dan rekod kemajuan kanak-kanak
▪ Mengemaskini semua data atau maklumat secara atas talian dari semasa ke
semasa
▪ Memastikan semua tugasan kakitangan dilaksanakan mengikut diskripsi masing-
masing.
Pengurus Kewangan :
▪ Membuat perancangan kewangan tadika
▪ Menjaga kecairan dan keuntungan syarikat
▪ Menilai dan memilih sumber pembiayaan yang terbaik
▪ Bertanggungjawab membuat perancangan dan ramalan kewangan
Jabatan Sumber Manusia
▪ Menjalankan perancangan dan pengendalian hal ehwal pentadbiran pejabat,
keperluan infrastruktur, merekod pergerakan fail (membuka, meyimpan dan
menutup fail) dan urus setia mesyuarat.
▪ Pengambilan staf baru bagi memastikan bilangan kakitangan yang mencukupi.
▪ Mengatur tentang pampasan dan faedah, keselamatan dan kesihatan,
pembangunan sumber manusia kakitangan sesebuah syarikat.
Jabatan Pemasaran
▪ Sentiasa mencari peluang yang terbaik untuk memasarkan atau mengiklankan
tentang Tadika Ameen Khalifah
▪ Memperbaharui teknik-teknik pemasaran mengikut aspek yang terkini
▪ Penyelidikan pemasaran yang kualitatif seperti kumpulan focus
Kakitangan
▪ Membantu memastikan kanak-kanak diberi pendidikan awal yang berkualiti dan
professional
▪ Menguruskan program dan aktiviti yang dijalankan.
10
6. ANALISIS SWOT :-
KEKUATAN KELEMAHAN
➢ Tenaga pengajar yang mempunyai ➢ Masih baru dikawasan kejiranan
➢ Belum dikenali masyarakat luar
kelulusan minimum diploma dalam ➢ Tadika yang lain mempunyai
bidang pendidikan awal kanak-kanak. pengalaman yang lebih mendalam
➢ Berkebolehan untuk mengajar kanak-
kanak 4-6 tahun mengenali dan
menghafaz Al-Quran
➢ Bahan bantu mengajar yang
mencukupi
PELUANG ANCAMAN
➢ Kawasan yang strategik ➢ Pesaing mahu meniru Teknik
➢ Kawasan perumahan yang pengajaran dan pembelajaran
mempunyai ramai kanak-kanak ➢ Ibu bapa mengharapkan didikan
berusia 4-6 tahun 100% dari pihak sekolah
➢ Tadika yang pertama mempunyai
pembelajaran untuk menghafaz Al- ➢ Masyarakat yang tidak mengetahui
Quran tentang kewujudan tadika yang baru
➢ Tempat letak kenderaan yang luas
11
PETA LOKASI :-
Ameen Khalifah terletak di 10, Jalan Kristal Satu 7/80 Seksyen 7, Shah Alam,
Selangor.
Ameen
Khalifah
12
7.ANALISIS PEMASARAN :-
Bahagian ini akan membincangkan analisis dan menunjukkan beberapa hasil
penyelidikan yang telah dijalankan melalui borang soal selidik yang telah disediakan oleh
kami dan telah dijawab oleh pihak yang tertentu. Seramai 47 orang telah memberi
maklum balas terhadap soalan soal selidik yang disediakan dan diedarkan oleh kami.
Keseluruhan data yang dikumpul akan diproses untuk mendapatkan jumlah dan juga nilai
peratusan yang diisi melalui penyelidikan. Soalan yang dikemukakan pada boring
tersebut dianalisis supaya mendapat data yang tepat. Segala maklumat yang diperoleh ,
akan dilampirkan dalam jadual di bawah :
FASA 1
Market analisis ini mengandungi 3 fasa iaitu , fasa pertama ialah maklumat diri ,
fasa kedua ialah program dan fasa yang ketiga ialah pengurusan. Mengikut hasil dapatan
kami, seramai 47 orang yang telah memberi maklum balas. Bahagian ini mengandungi
jantina, bangsa, peringkat umur, status, sektor pekerjaan, gaji bersih, aktiviti luar
dan program tambahan.
Jadual 1
13
Jadual 1 menunjukkan jantina responden. Kebanyakan daripada mereka
berjantina perempuan iaitu sebanyak 56.5% manakala responden jantina lelaki ialah
43.5%.
Jadual 2
Jadual 2 menunjukkan bangsa responden. Majoriti penduduk di kawasan tersebut
merupakan bangsa Melayu.
14
Jadual 3
Jadual 3 menunjukkan beberapa peringkat umur responden. Peringkat umur
yang terbanyak ialah dalam lingkungan umur 20-30 tahun iaitu sebanyak 84.8%
manakala lingkungan umur 31-40 tahun sebanyak 6% sahaja. Lingkungan umur 41-50
tahun paling sedikit iaitu 4% sahaja.
15
Jadual 4
Jadual 4, menunjukkan status responden yang kebanyakan daripada mereka telah
berkhawin berbanding hanya segelintir sahaja yang masih bujang. Peratusan bagi
individu yang sudah berkahwin ialah sebanyak 87.2% manakala peratusan bagi individu
yang masih bujang ialah 12.8%. Kemungkinan besar daripada mereka telah mempunyai
anak.
16
Jadual 5
Jadual 5 menunjukkan sektor pekerjaan responden. Kebanyakan daripada
mereka adalah bekerja swasta dan peratusannya sebanyak 50%. Seterusnya, sektor
pekerjaan kedua yang terbanyak ialah responden yang bekerja kerajaan iaitu sebanyak
6.5%. Peratusan bagi yang bekerja sendiri ialah sebanyak 8.7%.
17
Jadual 6
Jadual 6 telah menunjukkan gaji bersih responden. Seramai 43 orang yang
telah memberi maklum balas. Golongan responden yang bergaji RM1200-RM1600
mewakili 32.6% daripada keseluruhan kaji selidik manakala responden yang bergaji
RM1800-RM2200 mewakili 25.6%. Bagi golongan yang berpendapatan RM2500-RM300
pula mewakili 7% daripada keseluruhannya.
18
FASA 2
Bahagian fasa kedua juga terdapat 45 orang yang telah memberi maklum balas.
Pada bahagian ini pihak kami telah menanyakan tentang program yang menarik minat
ibu bapa. Pihak kami akan mengikut majoriti yang paling banyak dipilih. Soalan yang
terdapat di dalam bahagian ini ialah, program tadika atau taska, program luar, waktu
ke tadika, aktiviti tambahan, konsep dan pembelajaran tadika.
Jadual 7
Jadual 7 menunjukkan pilihan responden sama ada memilih taska atau tadika.
Melalui data yang telah dikumpul, majoriti responden memilih kedua-duanya iaitu
sebanyak 55.6% manakala ada juga yang memilih tadika sahaja iaitu sebanyak 44.4%
dari keseluruhan kaji selidik.
19
Jadual 8
Jadual 8, menunjukkan responden yang memilih waktu untuk ke tadika. Majoriti
mereka memilih waktu pukul 8:00 pagi - 5:30 petang sebanyak 48.9% manakala
peratusan responden yang memilih waktu 7:00 pagi – 5:00 petang sebanyak 40%. Akhir
sekali, responden yang memilih waktu 9:00 pagi – 6:30 petang ialah sebanyak 11.1%.
20
Jadual 9
Jadual 9 menunjukkan kebanyakkan mereka memilih bersetuju dengan pihak kami
untuk membuat program di luar kawasan tadika dengan peratusannya 63.8%.
Seterusnya, ada juga yang memilih tidak bersetuju dengan peratusannya 36.2%.
Jadual 10
21
Jadual 10 menunjukkan majoriti memilih bersetuju sekiranya Tadika Ameen
Khalifah melakukan aktiviti tambahan. Peratusan yang bersetuju dengan pihak kami
ialah 93.6% manakala ada juga yang tidak bersetuju. Peratusan bagi pihak yang tidak
bersetuju ialah 6.4%. Hal ini berkemungkinan anak-anak mereka mempunyai penyakit
kronik dan mementingkan kesihatan anak.
Kami juga meminta cadangan ibu bapa untuk aktiviti tambahan. Ini adalah beberapa
cadangan yang telah ibu bapa berikan :
Jadual 11
22
Jadual 12
FASA 3
Bahagian fasa ketiga pula kami menyelidik tentang pembangunan yang ingin
dibina. Bahagian ini juga mempunyai 45 orang yang memberi maklum balas. Bahagian
ini mempunyai soalan tentang konsep pembelajaran di tadika.
23
Jadual 13
Jadual 15 menunjukkan ramai responden yang telah memilih konsep pengajaran
di Tadika Ameen Khalifah menggunakan kaedah pengajaran sambil bermain iaitu dengan
peratusan 51.1%. Seterusnya, pilihan yang kedua ialah belajar sambil meneroka iaitu
peratusan 48.9%. Akhir sekali, peratusan paling rendah responden memilih belajarn
sahaja ialah 0%.
24
8. STRATEGI PEMASARAN:-
Mengikut hasil dapatan daripada borang soal selidik ini, bagi menjalankan operasi
Tadika Ameen Khalifah telah menjangkakan pendaftaran yang akan dibuat oleh golongan
ibu bapa. Daripada hasil dapatan kami juga, kebanyakannya adalah ibu bapa yang
bekerja sendiri dan ada juga ibu bapa yang bekerja dalam sektor kerajaan serta swasta.
Ibu bapa yang bekerja sendiri adalah seperti ahli perniagaan, suri rumah, tukang kebun,
tukang cuci dan sebagainya. Bagi sektor swasta pula, pekerjaan mereka seperti, cikgu
tadika swasta, doktor, jururawat hospital swasta dan lain-lain. Bagi sektor kerajaan pula,
pekerjaannya ialah, polis, askar, doktor, guru dan sebagainya. Selain itu, majoriti ibu
bapa yang mempunyai anak yang masih kecil iaitu di peringkat bayi dan juga kanak-
kanak.
Kawasan penubuhan Tadika Ameen Khalifah dikelilingi oleh kawasan
perindustrian dan kawasan perumahan. Oleh itu, ini juga merupakan salah satu cara
untuk menarik perhatian ibu bapa untuk menghantar anak-anaknya ke tadika kami.
25
9. JUALAN DAN PEMASARAN :-
9.1 PENGENALAN TERHADAP PERKHIDMATAN
Pemasaran adalah aspek penting dalam merancang strategi untuk penubuhan
perniagaan. Aspek ini memerlukan perhatian yang lebih kerana ia sangat membantu
meningkatkan perniagaan tadika. Setiap pembangun atau usahawan perlu mengetahui
ciri-ciri penting yang perlu ada dalam sesebuah perniagaan perkhidmatan tadika.
Sebelum menceburi perniagaan perkhidmatan tadika, usahawan perlu mengkaji terlebih
dahulu mengenai kewujudan pemasaran dan aspek-aspek yang berkaitan dengan
strategi pemasaran kerana ia dapat memberikan keuntungan kepada sesebuah
perniagaan tadika. Bukan itu sahaja, kajian pemasaran juga perlu dilakukan oleh
pengusaha tadika untuk mengenalpasti sama ada terdapatnya permintaan yang tinggi
terhadap perkhidmatan tadika di tempat sasaran pasaran. Kemudian, keputusan yang
tepat perlu dibuat sama ada perniagaan perkhidmatan tadika itu boleh beroperasi di
lokasi berkenaan.
Pemasaran adalah segala urusan yang melibatkan dari segi jualan seperti kajian,
produk, kualiti, pembangunan produk, perletakan harga dan sebagainya. Pemasaran
juga merupakan suatu pengurusan bagi individual atau kumpulan untuk memenuhi
keperluan dan kehendak masyarakat melalui penghasilan dalam kalangan mereka.
9.2 STRATEGI PEMASARAN
1. Bunting atau Kain Rentang
Antara kaedah pemasaran yang kami gunakan untuk mempromosi tadika kami
dengan menggunakan bunting atau kain rentang. Bahan seperti itu mampu menarik
perhatian penduduk di kawasan perumahan tersebut kerana kami mempromosikan
tadika kami dengan menyatakan beberapa perkhidmatan pembelajaran yang kami
sediakan. Pada bunting atau kain rentang juga, terdapat maklumat seperti alamat,
nombor telefon dan slogan tadika kami. Seterusnya, kami juga akan menggantungkan
bunting atau kain rentang ini di kawasan perumahan Shah Alam.
26
2. Iklan di Media Sosial dan Website
Kaedah yang seterusnya ialah membuat promosi tadika dengan mengiklankan di
website kami sendiri dan menyebarkan iklan di media sosial. Melalui kaedah ini, kami
yakin ramai masyarakat akan melihat iklan tersebut. Seterusnya, kami juga akan
membuat siaran langsung di media sosial yang merupakan satu teknik mengembangkan
juga tadika ini.
3. Billboard ( papan iklan )
Strategi yang seterusnya ialah menggunakan billboard sebagai alat pemasaran
kerana ia sangat popular dalam kalangan usahawan-usahawan. Papan iklan ini boleh
menarik perhatian penduduk kerana memiliki saiz atau bentuk yang besar dan mudah
untuk dilihat dan dibaca. Lokasi billboard ini akan diletakkan berhampiran dengan
lebuhraya kerana tempat tersebut merupakan laluan utama pengguna jalanraya.
RAMALAN HASIL PERKHIDMATAN
Secara umumnya, dengan pertambahan bilangan penduduk akan membuatkan
permintaan perkhidmatan tadika kami sangat tinggi. Tambahan pula, ibubapa sangat
mementingkan Pendidikan yang baik untuk anak-anak mereka. Tadika kami menawarkan
pembiayaan yang berpatutan di mana sangat bersesuaian dengan ekonomi atau
pendapatan penduduk di situ. Sasaran perniagaan kami juga adalah lebih kepada
pelanggan yang berkemampuan kerana setaraf dengan perkhidmatan yang kami
sediakan.
27
10.STRATEGI PENETAPAN HARGA
Penubuhan Tadika Ameen Khalifah menggunakan pelbagai strategi dan cara
dalam penetapan harga seperti yuran pendaftaran, yuran bulanan, yuran tahunan,
pakaian seragam, baju sukan dan keperluan di sekolah khususnya untuk kanak-kanak.
Bagi menetapkan kuantiti penetapan harga yang paling berkesan kepada tadika,
pengurus tadika perlulah meletakkan harga yang berpatutan yang boleh dibayar oleh
golongan ibu bapa. Strategi penetapan harga juga dapat mengesan keuntungan dan
kerugian Tadika Ameen Khalifah. Yuran boleh dibayar pada awal, pertengahan ataupun
hujung bulan mengikut keselesaan ibubapa.
PERKARA RM
Yuran pendaftaran
Yuran bulanan RM 200.00
Yuran tahunan RM 400.00
Pakaian seragam RM 4400.00
Baju sukan RM 40.00
Keperluan di sekolah RM 20.00
RM 20.00
28
11. BAJET PERMULAAN :-
Aliran tunai Tadika Ameen Khalifah
SESI KELAS 1 KELAS 2 KELAS 3 JUMLAH
( 6 Tahun ) KANAK-
( 4 Tahun ) ( 5 Tahun ) KANAK
20
PAGI 10 20 20 50
20
BILANGAN 10 50
KANAK-
KANAK
Jumlah kelas : 3 Kelas
Yuran Tadika Ameen Khalifah
JENIS Pendaftaran + bayaran Bulanan Jumlah tahunan
BAYARAN pentadbir + bayaran (RM)
bahan
RM 100 + RM 200 RM 400 x 50
+RM55 = RM 355.00 x
50 = RM 20,000.00 x 11
Jumlah (RM) RM 17,750.00 RM 220,000.00 RM 237,750.00
# waktu persekolahan bermula pada bulan Januari sehingga November
29
Bayaran gaji Tadika Ameen Khalifah KWSP PERKESO Jumlah
JAWATAN BIL GAJI BIASA (12%) 2%
RM 2,850.00
Pengurus 1 RM 2,500.00 RM 300.00 RM 50 RM 2,280.00
1 RM 2,000.00
Penolong 1 RM 2,000.00 RM 240.00 RM 40
Pengurus 1 RM 2,000.00
RM 240.00 RM 40 RM 2,280.00
Pengurus 1 RM 2,000.00
Kewangan 2 RM 1,800.00 X 2 = RM 240.00 RM 40 RM 2,280.00
Jabatan RM 3,600.00 RM 240.00 RM 40 RM 2,280.00
Sumber
Manusia RM 216.00 RM 36 X 2 = RM 4,104.00
X2= RM 72 RM 16,074
Pengurus
Pemasaran RM 432.00 Jumlah
Kakitangan
Sokongan
Bil :- Deposit Bulanan Tahunan
Jenis RM 500.00 RM 300 x 12 RM 4,100.00
RM 100.00 RM 150 x 12 RM 1,900.00
Elektrik RM 100.00 RM 120 x 12 RM 1,540.00
Air
RM 700.00 RM 570.00 RM 7,540.00
Telefon
sekolah
Jumlah :
30
Bangunan :-
Perbelanjaan Deposit (elektrik dan air ) Pengubah Sewa bulanan
permulaan suaian
RM 2,000 X 12
RM 500.00 + RM 100.00 RM 50,000.00 = RM 24,000
= RM 600.00 RM 74,600.00
Jumlah
31
Tadika Ameen Khalifah
Item Kuantiti Debit (RM) Kredit (RM)
Pendapatan RM 74,600.00
RM 1,540.00
Simpanan RM 50,000.00 RM 2,850.00
Pinjaman persendirian (MARA) RM 100,000.00
Penaja RM 50,000.00
-Kementerian Pembangunan
Wanita,Masyarakat dan Keluarga
Jumlah pendapatan RM 200,000.00
Perbelanjaan
Pembangunan
Sewa + Deposit + Pengubah suaian
+ Deposit elektrik & air
Telefon sekolah (Deposit+bulanan)
Gaji :
Pengurus(2,500+PERKESO+KWSP) 1 1 x RM 2,850.00
Penolong Pengurus 1 1 x RM 2,280.00 RM 2,280.00
(2,000+PERKESO + KWSP) 1 1 x RM 2,280.00 RM 2,280.00
1 1 x RM 2,280.00 RM 2,280.00
Pengurus Kewangan 1 1 X RM 2,280.00 RM2,280.00
(2,000+PERKESO + KWSP) 2 2 X RM 2,052.00 RM 4,104.00
Pengurus Sumber Manusia
(2,000+PERKESO + KWSP)
Pengurus Pemasaran
(2,000+ PERKESO + KWSP)
Kakitangan Sokongan
(1,800+perkeso+kwsp)
Jumlah Perbelanjaan RM 16,074.00
UNTUNG/RUGI RM 92,214.00
RM 107,786.00
32
PERALATAN UNTUK KELAS DAN PEJABAT
BIL JENIS PERABOT KUANTITI HARGA PER JUMLAH
UNIT
1 Kerusi plastik 50 RM 20.00 RM 1,000.00
2 Meja 10 RM 80.00 RM 800.00
3 Whiteboard
3 RM 335.00 RM 1,500.00
4 Marker 3 Set RM 5.00 RM 15.00
5 Pemadam 2 set RM 2.50 RM 7.50
6 Pensil
7 Penyapu 50 set RM 3.00 RM 150.00
3 RM 2.50 RM 7.50
33
8 Penyodok 3 RM 2.50 RM 7.50
9 Tong sampah 3 RM 3.00 RM 9.00
10 Kerusi Guru 3 RM 90.00 RM 270.00
11 Meja Guru 3 RM 200.00 RM 600.00
12 Almari Buku Kanak-kanak 3 RM 150.00 RM 450.00
13 Pemadam whiteboard 3 RM 3.50 RM 10.50
14 Plastik sampah
3 set RM 12.00 RM 36.00
34
15 Buku murid 50 set RM 25.00 RM 1,250.00
16 Pensil warna 50 set RM 25.00 RM 1250.00
17 Komputer
18 Rak Buku Guru 7 RM 2500.00 RM 17500.00
19 Fail murid
20 Kertas A4 3 RM 30.00 RM 90.00
21 Kertas Warna
50 orang RM 2.50 RM 125.00
10 set RM 10.00 RM 1000.00
10 set RM 7.50 RM 75.00
35
22 Gam 20 RM 2.50 RM 50.00
23 Gunting
24 Pembaris 40 RM 2.00 RM 80.00
25 Rak kasut
40 RM 1.00 RM 40.00
10 RM 30.00 RM 300.00
26 Mesin pencetak 1 RM 300.00 RM 300.00
Jumlah RM 26,923.00
36
PERALATAN DAPUR :- 1 set RM 25 RM 25.00
1 Set Pisau
2 Set cawan plastik 5 set RM 10 RM 50.00
3 Set pinggan plastik
4 Set mangkuk plastik 5 set RM 20 RM 250.00
5 Set sudu dan garfu
6 Set senduk 5 set RM 10 RM 50.00
50 set RM 2.50 RM 125.00
1 set RM 20 RM 20
37
7 Jag air 10 RM 2.50 RM 25.00
8 Sabun cuci pinggan
2 RM 6.20 RM 12.40
9 Span 2 RM 2.50 RM 5.00
10 Set mop
11 Set kuali 1 set RM 30.00 RM 30.00
12 Set kain lap
1 set RM 115.00 RM 115.00
2 set RM 5.00 RM 5.00
38
13 Peti Sejuk 1 RM 2000 RM 2000
14 Apron
15 Tong Gas 2 RM 2.50 RM5
16 Periuk Nasi
1 RM 150 RM 150
1 RM150 RM150
17 Rak pinggan mangkuk 2 RM 50 RM 50.00
Jumlah RM 3,067.40
39
PERALATAN RUANG MENUNGGU :-
1 Kerusi panjang 2 RM 120.00 RM 240.00
2 Penapis Air 1 RM 95.00 RM 95.00
3 Permaidani 1 RM 100.00 RM 100.00
4 Penghawa Dingin
5 Meja kopi 1 RM 1000.00 RM 1000.00
2 RM 60.00 RM 120.00
Jumlah RM 1,555.00
40
PERALATAN DI TANDAS :- 3 RM 3.00 RM 9.00
1 Sabun
2 Alat Tambahan Tandas Kanak- 1 RM 50.00 RM 50.00
Kanak
3 Selipar tandas 2 RM 2.50 RM 5.00
4 Sabun cuci tandas
2 RM 5.00 RM 10.00
5 Berus tandas 1 set RM 10.00 RM 10.00
6 Cermin kecil 2 RM 2.50 RM 5.00
7 Getah paip 1 RM 20.00 RM 20.00
Jumlah RM 109.00
41
ALATAN MAINAN :- 10 RM 20.00 RM 200.00
1 Replika haiwan
2 Blok 10 RM 10.00 RM 100.00
3 Puzzle 10 RM 2.50 RM 25.00
4 Kuda getah
3 RM 25.00 RM 75.00
5 Anak patung 5 RM 5.00 RM 25.00
Jumlah RM 425.00
42
Pemasaran :-
1 Bunting 5 RM 50.00 RM 250.00
2 Papan tanda 1
3 Kad perniagaan 1 set RM 50.00 RM 50.00
4 Lesen papan tanda ( setiap tahun )
5 Lesen bunting ( setiap tahun ) 50 RM 70.00 RM 70.00
6 Lesen Tadika ( setiap tahun ) 3
7 Penyediaan makanan RM 50.00
8 Penyelenggaraan ( setiap tahun ) RM 50.00
19 Pelbagai
RM 60.00
Jumlah
Jumlah perbelanjaan RM 15.00 x RM 450.00
30
RM 150.00 RM 450.00
RM 1000.00
RM 1,980.00
RM 34,059.40
Pendapatan – Perbelanjaan = Baki
RM 107,786.00 – RM 34,059.40 = RM 73,726.60
43
Aliran tunai Tadika Ameen Khalifah (2023)
Items Kuantiti Debit(RM) kredit (RM)
Pendapatan
Baki RM 73,726.60
Bayaran bulanan RM 400.00 x RM 20,000.00
50
Yuran pendaftaran RM 200.00 x RM 10,000.00
50
Jumlah pendapatan RM 103,726.60
Sewa 1 1 x RM RM 2,000
Gaji : 2,850.00
Pengurus RM 2,850.00
(2,500+PERKESO+KWSP) 1 1 x RM
2,280.00 RM 2,280.00
Penolong Pengurus
(2,000+PERKESO + KWSP) 1 x RM RM 2,280.00
1 2,280.00
Pengurus Kewangan RM 2,280.00
(2,000+PERKESO + KWSP) 1 x RM
2,280.00 RM2,280.00
Pengurus Sumber Manusia 1
(2,000+PERKESO + KWSP) RM 4,104.00
1 X RM
Pengurus Pemasaran 1 2,280.00 RM 450.00
(2,000+ PERKESO + KWSP) RM 2500.00
2 2 X RM RM 500.00
Kakitangan Sokongan 2,052.00 RM
(1,800+PERKESO + KWSP) 21,524.00
30 x RM 15.00
Penyediaan makanan
Bayaran pinjaman
Pelbagai
Jumlah perbelanjaan
44
Pendapatan – Perbelanjaan = Baki
RM 103,726.60 - RM 21,524.00 = RM 82,202.60
Aliran Tunai Tahunan Tadika Ameen Khalifah (2024)
Item Kuantiti Debit(RM) Credit (RM)
Pendapatan
Baki RM 82,202.60
Bayaran bulanan
Yuran pendaftaran RM 400 x 11 RM 44,000.00
Jumlah pendapatan RM 200.00 x RM 10,000.00
50
Sewa
RM
136,202.60
RM 2,000.00
Gaji : 1 1 x RM RM 2,850.00
Pengurus 1 2,850.00 RM 2,280.00
(2,500+PERKESO+KWSP) 1 RM 2,280.00
1 1 x RM RM 2,280.00
Penolong Pengurus 1 2,280.00 RM2,280.00
(2,000+PERKESO + KWSP) 2 RM 4,104.00
1 x RM
Pengurus Kewangan 2,280.00
(2,000+PERKESO + KWSP)
1 x RM
Pengurus Sumber Manusia 2,280.00
(2,000+PERKESO + KWSP)
1 X RM
Pengurus Pemasaran 2,280.00
(2,000+ PERKESO + KWSP)
2 X RM
Kakitangan Sokongan 2,052.00
(1,800+PERKESO + KWSP)
45
Penyediaan makanan 30 x RM 15.00 RM 450.00
Bayaran pinjaman
Pelbagai RM 2,500.00
Jumlah perbelanjaan
RM 500.00
RM
21,524.00
Pendapatan – perbelanjaan = Baki
RM 136,202.60 – RM 21,524.00 = RM 114,678.60
46
12. STRATEGI KELESTARIAN DAN PENGEMBANGAN :-
KELEBIHAN :
❖ Tadika Ameen Khalifah mempunyai ruang khas untuk ibubapa menunggu
anak-anak keluar dari kelas masing-masing. Seterusnya, jika kanak-kanak sakit,
terdapat bilik khas untuk dirawat dan berehat. Seterusnya, pihak klinik pergigian
akan hadir enam bulan sekali untuk membuat pemeriksaan gigi percuma untuk
kanak-kanak. Tadika ini juga mempunyai tempat letak kenderaan yang luas untuk
memudahkan urusan ibu bapa menghantar dan mengambil anak masing-masing
dari tadika, ianya juga bertujuan untuk mengelak daripada berlakunya kesesakan
lalu lintas. Tadika ini juga mempunyai kemudahan alatan memasak untuk
menyediakan makanan yang sihat dan selamat buat semua kanak-kanak. Pihak
sekolah juga menyediakan alat kelengkapan pembelajaran bagi memudahkan
urusan pembelajaran dan pengajaran. Seterusnya, pihak sekolah akan
mengadakan aktiviti luar seperti aktiviti beriadah di luar supaya mereka boleh
meneroka dengan lebih seronok. Di samping itu, kami juga akan mengadakan
mesyuarat atau perjumpaan antara ibu bapa dan guru untuk memaklumkan
perkembangan terkini kanak-kanak. Akhir sekali, tadika ini juga akan mengadakan
majlis sambutan hari raya, sambutan hari kemerdekaan, mengadakan aktiviti
sukaneka bersama ibu bapa di stadium dan juga aktiviti berbuka puasa beramai-
ramai.
PENGHARGAAN UNTUK PEKERJA :
❖ Pihak pengurus akan memberi latihan peningkatan kemahiran seperti
kursus, ianya akan melengkapkan diri pekerja dengan kemahiran dan
pengetahuan yang khusus. Seterusnya, keperluan pekerja, kontrak pekerjaan
yang dijamin dan deskripsi tugasan dan penawaran kontrak yang menarik akan
menambah minat pekerja untuk bekerja di tadika kami. Selain itu, pemberian
insentif yang munasabah kepada pekerja dapat meningkatkan pencapaian
prestasi perniagaan, meningkatkan motivasi dan kesetiaan pekerja serta
memastikan mereka berasa dihargai. Seterusnya, kami akan mengadakan
sambutan hari lahir setiap murid dan kakitangan tadika ini. Akhir sekali ,kebajikan
pekerja atau kakitangan akan diambil berat dan diberi perhatian. Ini termasuk kos
rawatan di hospital, insurans, bantuan bencana dan cuti tahunan.
47
KREATIVITI :
❖ Dalam usaha menceriakan suasana pembelajaran dan persekitaran kami
akan memastikan tadika ini dihiasi dengan menggunakan warna-warna yang
menarik disamping hiasan-hiasan yang boleh menarik perhatian kanak-kanak
untuk hadir ke tadika ini. Kami juga menyediakan ruang atau sudut untuk kanak-
kanak mengekspresi diri mengikut minat masing-masing. Selain itu, susun atur di
dalam kelas direka khas berlainan dari tadika yang lain agar mereka dapat
berinteraksi dengan lebih selesa dan seronok. Akhir sekali, taman permainan dan
dapur Tadika Ameen Khalifah mempunyai ruang khas yang berada di tingkat atas
supaya tidak mengganggu aktiviti pembelajaran dan pengajaran kanak-kanak.
KESELAMATAN :
❖ Tadika Ameen Khalifah sangat menitik-beratkan aspek keselamatan
terutamanya ketika kanak-kanak berada di premis ini. Ciri-ciri keselamatan itu
termasuklah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), pagar yang sentiasa
dikunci, sistem penggera yang berfungsi dan guru yang sentiasa mengawasi
pergerakan kanak-kanak di tadika tersebut.
48
PENUTUP
Akhir kata, kami amat berharap agar pembukaan Tadika Ameen Khalifah dapat
berjalan dengan jayanya. Semoga segala usaha dan impian kami dapat dizahirkan
demi melahirkan generasi yang bijak pandai dan terpuji akhlaknya. Penubuhan tadika
ini merupakan salah satu cara untuk menyahut seruan negara dalam memartabatkan
Pendidikan Negara.
49
LAMPIRAN :-
➢ LOGO DAN MAKNA BAJU SERAGAM TADIKA AMEEN KHALIFAH
Biru Gelap : menyampaikan amanah,
kebenaran, kuasa dan membina
keyakinan diri.
Merah Jambu : warna asmara
universal untuk diri sendiri dan orang
lain, mewakili persahabatan, harmoni
dan kedamaian.
Pelangi : hubungan mesra dan erat
yang terjalin antara kanak-kanak dan
guru
➢ LOGO RASMI DAN MAKNA TADIKA AMEEN KHALIFAH
Simbol Krayon : melambangkan
sesebuah organisasi yang didirikan
untuk kanak-kanak
Warna Krayon : memilih krayon yang
berwarna-warni dapat menarik minat
kanak-kanak
Tekun, Taat, Taqwa : motto Tadika
Ameen Khalifah
50