The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Aspek Menyatupadukan Masyarakat Berbilang Kaum

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadshazwan28, 2022-05-11 13:37:58

Aspek Menyatupadukan Masyarakat Berbilang Kaum

Aspek Menyatupadukan Masyarakat Berbilang Kaum

MPU20132 - PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

ASPEK ASPEK YANG
MENYATUPADUKAN MASYARAKAT

BERBILANG KAUM

AHLI KUMPULAN

MUHAMMAD SHAZWAN BIN MUHAMMAD SABRI (17DDT21F2031)
ARIF HAIQAL BIN MAT ROHIME (17DDT21F2047)
THAYALAN A/L SIVAKUMAR (17DDT21F2039)

MUHAMMAD ASHRUL AIMAN BIN MUHAMMAD ASHRAFF
PONNIAH (17DDT21F2041)

RIDHUAN SHAH BIN KHAIRULRIZAL (17DDT21F2037)
TANESH A/L ANANTHAN (17DDT21F2996)

PENSYARAH

NAHRAWI BIN KASSIM

Isi Kandungan

Pengenalan ………………………………… 1

Aspek Sejarah ……………………………… 2-5

Aspek Negara …………………………. 6-7

Aspek Pendidikan ……………………… 8-10

Aspek Ekonomi ……………………………... 11-12

Cara Memupuk ……………………………... 13-14

Kesimpulan ……………………………... 15

Pengenalan

Perpaduan merupakan istilah umum yang biasa kita dengar. Ia sering
digunakan semasa perbualan harian dan ucapan dalam kalangan pemimpin
politik. Istilah tersebut amat penting dalam pembinaan sebuah negara yang
bangsa yang memerlukan kesatuan dan kesepaduan dalam kalangan rakyat
konteks keunikan Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang bangsa, agama
dan budaya. Di sinilah pentingnya gagasan perpaduan dalam kepelbagaian.
Mengapakah perpaduan antara masyarakat sangat penting? Jawapannya,
terdapat dalam sejarah kita. Peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat
di negara kita pada 13 Mei 1969 adalah contoh. Ia menjadi satu titik hitam
dalam sejarah negara kita. Sebagai rakyat Malaysia, saya juga cuba melupakan
seram itu, tetapi pengajaran yang kita pelajari perlu diingati sehingga nafas
terakhir kita. Terdapat beberapa aspek yang telah menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum di Malaysia iaitu aspek sejarah, negara,
pendidikan, dan ekonomi

1

Aspek Sejarah

Menurut Kamus Bahasa Melayu (Kamus Dewan Edisi Keempat), definisi
sejarah ialah (1) asal-usul(keturunan), salasilah (2) peristiwa yang benar-benar
berlaku pada masa yang lampau dan telah dibuktikan. Sejarah amat penting
kerana menurut ahli falsafah George Santayana, “Those who cannot remember
the past are condemned to repeat it.” Dalam erti kata lain, sekiranya seseorang
itu melupakan sejarah atau perkara yang lepas, maka dia akan mengulangi
perkara yang lepas itu.

Dalam konteks perpaduan kaum, kita boleh lihat masih ada lagi isu-isu
seperti pergaduhan antara kaum, bersikap rasis mahupun di depan atau di
belakang, dan sebagainya. Di sini kita masih boleh nampak bahawa
penghayatan sejarah dalam kalangan rakyat Malaysia masih kurang yang
berpunca daripada pelbagai asbab. Sejarah telah menceritakan bagaimana
Malaysia mampu dan telah berjaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
melalui perpaduan kaum khususnya kontrak sosial.

Sumber daripada Majlis Profesor Negara menyatakan konsep kontrak sosial
itu merujuk kepada persetujuan bersama yang tercapai dalam kalangan
pemimpin Melayu, Cina dan India pada 1956. Persetujuan dan kesepakatan itu
berlaku ketika Suruhanjaya Reid sedang mengumpulkan pandangan pelbagai
pihak yang tinggal di negeri-negeri Tanah Melayu untuk menggubal
Perlembagaan Persekutuan bagi mencapai kemerdekaan pada 1957.
Perlembagaan negara kita unik kerana ia terhasil melalui perjuangan orang
Melayu menolak Malayan Union dan rakyat yang menuntut kemerdekaan.

Penolakan Malayan Union melahirkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948 dan perjuangan kemerdekaan menghasilkan Perjanjian Kemerdekaan
1957. Kontrak sosial bukan sekadar sebuah dokumen mengenai peraturan dan
cara pengendalian sesebuah negara. Melalui kontrak sosial itu, semua kaum
diberikan jaminan hak timbal balas kepada kerelaan mereka melepaskan
sebahagian daripada hak yang lain.

Orang Melayu mendapat hak keistimewaan, jaminan kedudukan agama
Islam, bahasa Melayu, tanah rizab Melayu dan hak-hak yang lain. Kaum lain
mendapat jaminan hak mengamalkan adat resam, bahasa dan agama masing-
masing di samping hak mereka yang terpenting iaitu hak kewarganegaraan
untuk berkongsi hidup sebagai rakyat di bumi Malaya ini.

2

Sejarah keharmonian pernah dicalarkan oleh tragedi 13 Mei 1969 iaitu 21
tahun setelah Perjanjian 1948. Perbezaan taraf ekonomi antara kaum
mencetuskan perasaan marah hingga ada yang mengungkit perjanjian
terdahulu. Itu termasuk membangkitkan soal kewarganegaraan, mencaci raja-
raja Melayu dan mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.

Dalam tahun 1971, Perlembagaan Persekutuan dipinda dan dimasukkan ke
Perkara 63(2) yang melarang sesiapa sahaja membangkitkan perkara-perkara
disifatkan sensitif oleh Akta Hasutan termasuk menyentuh kedudukan dan
kemuliaan martabat raja-raja Melayu.

Bagi mengelak peristiwa pahit berulang, kita memberi kunci amanah
kestabilan negara kepada Institusi Raja-raja Melayu dan bukannya kepada ahli-
ahli politik.

Amanah itu ialah Perkara 159(5), Perlembagaan Persekutuan antara lainnya
Perkara 159(5) menyatakan Bahagian III Perlembagaan mengenai hak
kewarganegaraan. Perkara 38 mengenai kedudukan raja-raja Melayu. Perkara
152 mengenai kedudukan bahasa Melayu dan Perkara 153 mengenai hak
keistimewaan orang Melayu tidak boleh dipinda melainkan persetujuan Majlis
Raja-raja Melayu.

Inilah amanah besar keharmonian negara yang tidak boleh diubah oleh kuasa
majoriti 2/3 di Dewan Rakyat tanpa persetujuan Majlis Raja-raja Melayu.

3

Peristiwa 13 Mei 1969

4

Tragedi 13 Mei 1969 mencatat sejarah hitam pertumpahan darah dalam
kalangan rakyat Malaysia. Perkara ini membuka mata pelbagai pihak tentang
kepentingan untuk menjaga sensitiviti dalam masyarakat majmuk (Kia Soong,
2007). Hasilnya Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan (Kertas Putih
Kerajaan, 1969). Kemudian pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara
ditubuhkan di bawah pentadbiran MAGERAN bagi menangani isu-isu
berkaitan dan membantu kerajaan membina semula perpaduan masyarakat.
Jabatan ini dipertanggungjawabkan untuk memupuk dan memelihara
perpaduan antara kaum dan kini diletakkan di bawah Jabatan Perdana
Menteri dan dikenali dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional (JPNIN). Perbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk terus
memastikan perpaduan negara terpelihara dan ini dapat dilihat dengan
pembentukan parti Barisan Nasional, pengenalan pelbagai dasar negara
seperti Rukun Negara dan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) serta
pemupukan perpaduan dalam kurikulum pendidikan melalui Falsafah
Pendidikan Negara (INTAN, 1991).

Kesimpulannya, andai wujud ketidakpuasan hati, singkaplah kerangka asas
ini sebagai pedoman bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam
suasana senegara. Selain itu, tindakan menakut-nakutkan masyarakat melalui
sentimen kaum dan agama perlu dielakkan. Bagi mengekang tindakan ini,
suatu akta khusus berkaitan keharmonian antara kaum perlu digubal segera
agar masyarakat memahami batasan dan hukuman akibat provokasi hingga
memporak-perandakan hubungan masyarakat. Hukuman lebih berat wajar
dikenakan kepada mereka yang terbukti bersalah mencetus ketegangan
antara kaum. Jika akta ini dapat dikuatkuasakan secara berkesan, nescaya
beban pihak berkuasa khususnya polis dapat diminimumkan.

Di samping itu, masyarakat juga perlu bijak menapis isu provokasi agama dan
kaum melalui media sosial. Sesungguhnya keharmonian tidak boleh dijual beli,
tetapi memerlukan pengorbanan dan iltizam minda untuk saling
menghormati dan bertolak ansur sesama warga negara. Perbezaan agama,
bangsa, kaum, budaya dan fahaman politik bukanlah penghalang kepada
perpaduan dan pengukuhan integrasi masyarakat di negara jika saling
memahami antara satu sama lain.

Malaysia bukanlah tanah eksperimen untuk membakar api perkauman, tetapi
‘sebidang tanah’ istimewa sebagai pusat integrasi dan keharmonian kaum.

5

Aspek Negara

Untuk mencapai status negara yang maju dan terbilang, perpaduan antara
rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang memainkan peranan
penting. Keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi
pegangan kepada pandangan positif rakyat antarabangsa dalam banyak
negara di dunia terhadap Malaysia yang dapat dicontohi sebagai negara yang
berbilang bangsa, agama dan budaya. Kunci untama atau senjata untuk
menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran ialah keharmonian dan
kerjasama supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang ditetapkan.
Secara umumnya, dalam sesebuah negara akan mempunyai perasaan
prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik dan ia bukanlah
suatu perkara yang asing.

Di kebanyakkan negara, persengketaan antara kaum lebih-lebih lagi
berkaitan isu agama, membawa peperangan yang berlarutan, sekali gus
membantut pembangunan negara, sosial dan juga politik negara berkenaan.
Dengan itu, kita haruslah saling berhemah supaya dapat meluahkan perasaan
hati tanpa menjejaskan keamanan dan keharmonian negara. Contohnya,
seperti Rukun Negara yang mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan
yang lebih erat dalam kalangam seluruh masyarakat. Seterusnya, untuk
memelihara satu cara hidup demokratik dan menjamin satu acra liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai corak. Selain itu,
untuk membina satu masyarakat yang progesif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden dan mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.

Realitinya, kita masih lagi dalam proses untuk membentuk sebuah negara
bangsa yang padu dan jitu sehingga ke hari ini kerana satu bangsa yang
bersatu padu di bawah panji negara moden dengan acuan kita sendiri. Selain
itu, negara kita juga akan lebih dihormati oleh negara lain dan keharmonian
masyarakat majmuk dapat dipupuk jika rakyat Malaysia meneraskan Dasar
Perpaduan Negara kerana ia merupakan dasar payung yang melakarkan usaha
berterusan bagi memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam
kalangan rakyat melalui konsep “Perpaduan dalam Kepelbagaian”.

6

Oleh itu, kita haruslah membina sebuah kesatuan daripada latar belakang
kepelbagaian yang kita miliki. Matlamat ini tidak mungkin akan tercapai jika
negara kita mempunyai pemerintahan yang longgar dan kebebesan yang
melampau diberikan kepada rakyat untuk bertindak. Dengan itu, setiap rakyat
Malaysia perlulah mematuhi setiap perkara yang terdapat dalam Rukun
Negara agar usaha membentuk sebuah negara dengan kepelbagaian bangsa
dapat dijayakan.

7

Aspek Pendidikan

Malaysia mempunyai sejarah pendidikan yang unik dan tersendiri.
Berdasarkan perkembangan sejarah Pendidikan di Malaysia terbahagi kepada
tiga peringkat iaitu sebelum kedatangan Brtish , semasa kedatangan British
dan selepas kemerdekaan. Sistem pendidikan sebelum kemerdekaan lebih
bersifat keagamaan dan berkembang pesat sekitar tahun 1920an hingga
1940an. Sekolah in bertujuan untuk melahirkan pelajar yang bermoral tinggi
namun mempunyai kelemahan pada perlaksanaannya iaitu tiada penekanan
kepada mata pelajaran sains, matematik dan bahasa Inggeris Manakala
sekolah vernakular merupakan sekolah yang menggunakan Bahasa ibunda
sebagai Bahasa penghantar di setiap sekolah dan berasaskan kepada identiti
kaum masing-masing. Sekolah Inggeris hanya ditubuhkan di kawasan bandar
dan sekolah ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Pada zaman penjajahan, setiap sekolah ditubuhkan mengikut kaum dan
mempunyai kurikulum yang berbeza dan lokasinya juga terpisah mengikut
kaum masing-masing. Selepas kemerdekaan, sistem pendidikan negara
adalah berasaskan kepada laporan yang dikeluarkan iaitu Laporan Barnes
(1950) yang bertujuan untuk mengkaji dan menyiasat kedudukan pendidikan
orang-orang Melayu pada masa itu, Laporan Fenn-Yu (1951) dan Ordinan
Pelajaran pada tahun 1952. pula bertujuan mengkaji semula Laporan Barnes
kerana dikatakan Laporan Barnes ingin menghapuskan bahasa dan
kebudayaan masyarakat Cina.

Sistem Pendidikan pada zaman tersebut dipengaruhi oleh corak sosioekonomi
yang dicetuskan oleh kaum masing-masing ini menyebabkan pencapaian
sesuatu matlamat menjadi sukar. Pada tahun 1956 telah lahir satu Dasar
Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan
dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, pada tahun 1957. Dasar pesndidikan ini
disemak semula pada tahun 1960 dan menghasilkan Laporan Rahman Talib.
Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, pada
tahun 1961. Pada tahun 1974 sebuah jabatan kabinetditubuhkan untuk
mengkaji semula Dasar Pendidikan bertujuan untuk memperbaiki
pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang
bersatupadu dan berdisiplin.

8

1. Sistem persekolahan yang sama bagi semua

Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah
umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan
sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan
Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas
dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan
kerajaan sehingga kini & bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di
semua peringkat sekolah.

2. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu
bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain
dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini
mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.

3. Kurikulum yang sama

Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya
segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur
kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk
diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan
adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani,
rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga
berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam
mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping
menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal
insan).

9

4. Sukatan pelajaran yang seragam
Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata
Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan
bagi mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah memainkan
peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah
diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat
menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan
adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia
(world view) setiap kaum di Malaysia hampir sama & tidak mewujudkan
perselisihan dalam persefahaman.

5. Peperiksaan yang seragam
Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah
telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang
seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam,
pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah.
Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum
di samping mewujudkan keperibadian yang sama.

10

ASPEK EKONOMI

Dalam aspek ekonomi pula, keharmonian yang terhasil daripada
perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga
daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita. Selain itu,
dalam mengukuhkan lagi ekonomi negara, perpaduan kaum memainkan
peranan dengan melibatkan semua kaum dalam kegiatan ekonomi.
Agenda perpaduan sentiasa perlu dititikberatkan kerana menurut Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Datuk Seri
Mustapa Mohamed, dengan bersatu hati kita dapat membina sebuah
negara yang aman damai, sejahtera dan rakyat akan sentiasa
mementingkan perpaduan dan politiknya tidak huru-hara, serta ekonomi
yang baik.

Di samping itu, Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1970
oleh Tun Abdul Razak, adalah bertujuan untuk menyusun semula
ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Taraf hidup
masyarakat dapat ditinggikan dalam usaha untuk mencapai kemajuan
dalam pembangunan negara merupakan pemastian pelancaran dasar
ekonomi tersebut. Seterusnya, taraf pembangunan eknomi negara dapat
ditingkatkan dan jurang perbezaan akan terhapus dalam fungsi ekonomi
mengikut kaum dan lahirnya perpaduan ekonomi di kalangan rakyat.
Tambahan pula, konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” juga menerangkan bahawa
hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci
atau senjata untuk mengahadapi pelbagai ancaman dan cabaran agar
negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Selain itu, umumnya masyarakat menerima fakta bahawa konflik
ekonomi merupakan salah satu faktor asas yang menimbulkan perasaan
tidak puas hati dan saling mencurigai antara kaum. Sejarawan, alhi
ekonomi dan politik seperti Archana Sharma melalui karya ‘Pembangunan
Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia’ (1988) dan Ahmad
Atory Hussian melalui bukunya ‘Kepimpinan Masa Depan: Berakhirlah
Dilema Melayu’ (1987) mengakui bahawa dasar ‘pecah dan perintah’ yang
diamalkan penjajah British akan dipersalahkan sebagai punca tercetusnya
tragedi hitam ini. Masyarakat negara ini bukan sahaja ditinggalkan dalam
situasi kemiskinan malah berbalah dan bercakaran sesama sendiri kerana
penjajah menikmati sumber ekonomi seperti 14 bijih timah dan getah.
Orang Melayu gagal menyaingi kelompok kapitalis asing seterusnya kurang
pengetahuan, pengalaman dan modal.

11

Dengan itu, Mohamad dan Musa Hitam yang menganggap perkara tersebut
terjadi kerana kelemahan pihak kerajaan. Sebagai pengakhiran, Dasar Ekonomi
Baru (DEB) diperkenalkan sebagai ramuan menyatupadukan kaum di Malaysia.
Di samping itu, keadaan politik di negara kita sering mempunyai isu-isu
mengenai bahasa, budaya, agama, kerakyatan dan ekonomi oleh orang politik
bagi tujuan tertentu. Ini akan memberi impak yang negatif kepada masyarakat
Malaysia kerana teknik-teknik yang digunakan oleh orang politik berkenaan isu
sensitif. Setiap kaum akan cuba mempertahankan hak mereka bagi
mendapatkan satu keadaan yang sama rata dan adil dan cuba mengambil
keputusan bagi mengurangkan interaksi antara satu sama lain. Impaknya jurang
hubungan antara kaum semakin besar.

Secara keseluruhan, dalam mengekalkan keharmonian masyarakat yang
berbilang kaum, agama dan bangsa, perpaduan kaum merupakan antara faktor
terpenting. Pertikaian menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan
pembangunan negara kerana berlakunya masyarakat Malaysia yang berpecah
atau bertelingkah antara satu sama lain dan seterusnya negara yang aman dan
harmoni akan menjadi mundur. Di samping itu, untuk mencapai matlamat ke
arah status negara maju serta memastikan pembangunan ekonomi negara yang
stabil dan konsisten, masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam
memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum.

12

CARA MEMUPUK UNTUK MENYATUKAN
BERBILANG KAUM

Perpaduan kaum mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat dan

negara. Isu perpaduan kaum tidak boleh dipandang ringan oleh

masyarakat. Terdapat beberapa cara bagi memupuk perpaduan kaum di

negara kita.

Keluarga boleh memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan

kaum. Hal ini kerana ibu bapa boleh mendidik anak-anak agar berbaik-baik

dengan kaum lain. Oleh itu, ibu bapa mesti menjadi contoh kepada anak-

anak dengan mengamalkan nilai hormat-menghormati terhadap jiran

berbilang kaum. Semasa hari perayaan kaum pula, ibu bapa boleh

membawa anak-anak menziarahi rumah jiran tetangga.

Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan untuk memupuk

perpaduan kaum. Contohnya, masyarakat hendaklah mengamalkan nilai-

nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni yang perlu

diamalkan ialah nilai bekerjasama dan bertolak ansur. Jika ada wujudnya

masalah kaum, pemimpin kaum hendaklah berbincang untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Media massa seperti televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan

peranan untuk memupuk perpaduan kaum. Hal ini kerana media massa

boleh mempengaruhi minda seseorang tentang sesuatu perkara.

Contohnya, stesen televisyen boleh menyiarkan iklan¬iklan yang membawa

mesej perpaduan kaum. Surat khabar pula boleh menylarkan rencana

tentang kebaikan perpaduan kaum.

Di samping itu, pihak sekolah juga boleh memainkan peranan untuk

memupuk perpaduan kaum. Contohnya, pihak sekolah boleh memberi

kesedaran kepada pelajar tentang kebaikan perpaduan kaum secara

berterusan. Pihak sekolah juga boleh merancang program yang melibatkan

pelbagai kaum di kalangan pelajar sekolah. Antara program yang boleh

dilaksanakan ialah program sukan dan bergotong-royong bagi

menceriakan kawasan sekolah.Pihak lain yang boleh memainkan peranan

untuk memupuk perpaduan kaum ialah pihak kerajaan. Hal ini kerana

pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan bagi melaksanakan program

yang boleh memupuk perpaduan kaum. Program Sambutan Bulan

Kemerdekaan merupakan program yang baik ke arah perpaduan kaum dan

ia mesti diteruskan. Pihak kerajaan juga boleh menangkap individu yang

cuba untuk merosakkan perpaduan kaum.

13

Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk menggerakkan
rakyat ke arah perpaduan yang jitu. Sebagai jentera pentadbiran negara,
kerjaan perlulah berusaha menerapkan gagasan Satu Malaysia dalam
kalangan rakyat. Namun, apakah gagasan Satu Malaysia sebenarnya?
Gagasan Satu Malaysia yang diwara-warakan oleh Perdana Menteri
Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak ini bertujuan mewujudkan
sebuah negara bangsa yang merangkumi persefahaman dan perpaduan
yang utuh dalam kalangan warga Malaysia. Demi merealisasikan gagasan
tersebut, kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai kempen untuk
menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Antaranya
ialah pameran kebudayaan dan warisan masyarakat Malaysia. Langkah ini
dapat menyemai persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum
kerana mereka dapat mengenali dan menghayati budaya kaum lain
dengan lebih lanjut. Kempen “Cintai Bahasa Kita” perlulah digiatkan
dengan lebih cergas lagi untuk memartabatkan penggunaan bahasa
kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu. Hal ini adalah kerana bahasa
kebangsaan merupakan wahana penting yang dapat memudahkan
komunikasi antara rakyat. Kerajaan turut telah mengambil langkah
menganjurkan Program Integrasi Nasional dalam kalangan pelajar sekolah.
Program tersebut sebenarnya bertujuan untuk menerapkan semangat
bersatu-padu dalam diri bakal peneraju negara. Tuntasnya, usaha-usaha
yang telah dilakukan oleh kerajaan perlu dimanfaatkan oleh rakyat dan
bukannya “seperti kera mendapat bunga” agar perpaduan dan integrasi
nasional dapat diwujudkan.

14

KESIMPULAN

Kesimpulanya,kita semua Bertanggungjawab dalam merelisasi agenda
perpaduan negara.Memahami dan Menghormati bangsa,budaya,agama
dan etnik adalah kunci dalam menjayakan agenda
perpaduan.Persefahaman dikalangan pemimpin juga amat penting.Ini
kerana pemimpin menjadi contoh teladan kpada rakyatnya.Kita perlu
memperbanyakkan program dan aktiviti yang mengukuhkan perpaduan
berbilang kaum. Sebagai intihanya, “bertepuk sebelah tangan tidak akan
berbunyi”. Usaha-usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara
ini memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh
oleh semua pihak, “seperti isi dengan kuku”. Janganlah mengizinkan
sejarah hitam akibat kurangnya persefahaman dalam kalangan
masyarakat seperti peristiwa 13 Mei 1969 berulang di negara ini. Bak kata
mutiara, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Oleh itu, marilah kita bergabung
idea dan tenaga yang dihiaskan dengan sikap toleransi dan
persefahaman yang kukuh demi mewujudkan integrasi nasional.
Mulakanlah inisiatif-inisiatif tersebut ke arah Wawasan 2020 kerana
“perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama”. Majulah
bangsa demi negara!

15

Rujukan

https://www.perpaduan.gov.my/images/document/penerbitan/Dasar_Perp
aduan_Negara-1.pdf

https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30120?language=my

https://www.researchgate.net/publication/329554569_REALITI_KEPELBAG
AIAN_KAUM_KE_ARAH_PERPADUAN_NASIONAL_PASCA_MERDEKA

https://www.researchgate.net/publication/351934381_Sejarah_Elemen_Perp
aduan_Rakyat_History_of_the_Elements_of_People's_Unity

https://m-update.com/2019/05/13/peristiwa-13-mei-pengajaran-perlunya-
masyarakat-bersatu-padu/

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/03/545429/singkap-
hubungan-keharmonian-kaum-melalui-fakta-sejarah

https://www.sinarharian.com.my/article/52989/KOLUMNIS/Faham-dan-
hayati-kontrak-sosial

Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 - https://anyflip.com/crzfl/ycvn/basic

Kamus Dewan Bahasa - https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=sejarah


Click to View FlipBook Version