The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pertandingan Buku Skrap Digital Sempena Sambutan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan 2023
Tema: Lebih Baik Dicegah: Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara

Murid: Kong Teng Teng, Tay Sim Yu, Tay Yu Wen
Sekolah: YEA1304 SMK BATU KAWA
Guru: Cg Ong San San, Guru Subjek PK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9618877, 2023-08-07 07:08:00

Buku Skrap: Vape Pemusnah Hidup, Lebih Baik Dicegah.

Pertandingan Buku Skrap Digital Sempena Sambutan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan 2023
Tema: Lebih Baik Dicegah: Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara

Murid: Kong Teng Teng, Tay Sim Yu, Tay Yu Wen
Sekolah: YEA1304 SMK BATU KAWA
Guru: Cg Ong San San, Guru Subjek PK

Keywords: Vape,Struktur Vape,Akibat Penggunaa Vape,Usaha mengurangkan penggunaan vape,Pertandingan Buku Skrap Digital Sempena Sambutan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan 2023,Lebih Baik Dicegah: Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara

Kebelakangan ini, penggunaan vape telah menjadi suatu isu hangat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pengunaan vape dalam kalangan pelajar menjadi buah mulut ibu bapa dan guru. Mereka membimbangkan kesihatan dan masa hadapan anak-anak mereka. Oleh itu, pelbagai pihak haruslah menggembleng tenaga dalam usaha pencegahan vape untuk mencegah penggunaan dan penyebaran vape di kalangan remaja. Semoga langkah-langkah ini akan mengurangkan risiko kesihatan dan penyalahgunaan vape dalam kalangan generasi muda. VAPE PENGANCAM NYAWA LEBIH BAIK DICEGAH MURID CERIA GURU BAHAGIA SEKOLAH BITARA


NAMA MURID: KONG TENG TENG TAY SIM YU TAY YU WEN TINGKATAN: 3A SEKOLAH: YEA1304 SMK BATU KAWA NAMA GURU: PUAN ONG SAN SAN GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN Terlebih dahulu, kami ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia kerana menganjurkan pertandingan ini dan memberikan kami peluang untuk memaparkan buku skrap kami di peringkat kebangsaan. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Pendidikan Kesihatan kami, Puan Ong San San kerana sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menghasilkan buku skrap ini. Teriam kasih yang tidak terhingga turut ingin kami ucapkan kepada ibu bapa kami yang tersayang kerana memberikan dorongan dan bantuan untuk kami menghasilkan buku skrap ini. Kami bersyukur kerana mendapat kerjasama daripada rakan-rakan sekelas yang sedikit sebanyak membantu kami untuk menyiapkan buku skrap ini. Kami ingin merakamkan penghargaan istimewa kepada lamanlaman web yang membekalkan maklumat-maklumat yang kami perlukan untuk menghasilkan buku skrap ini.


Vape atau rokok elektrik ialah peranti elektrik yang direka untuk menghantar nikotin tanpa asid tembakau dengan memanaskan larutan nikotin, perasa, propilen glycol dan glycerin. 1 set rokok elektrik yang penuh dapat menukarkan bahan kimia kepada bentuk wap dan mengalir ke dalam paru-paru menggunakan kuasa bateri atau elektrik. Struktur asas rokok elektrik terdiri daripada 4 komponen utama iaitu atomizer, mod, bateri dan cecair.


Atomizer Rebuildable Tank Atomizer (RTA) - mempunyai tangki. - Umumnya diperbuat daripada kaca pyrex yang tidak mudah mengembang tetapi akan pecah - dapat menampung liquid yang lebih banyak daripada menggunakan RDA. Rebuildable Dripping Atomizer (RDA) - tidak mempunyai tangki. - Cecair dititiskan pada kapas dan coil kemudian dipanaskan untuk menghasilkan wap. - mesti menitis liquid dengan kerap kerana tidak mempunyai tangki. Rebuildable Dripping Tank Atomizer (RDTA) - gabungan RDA dan RTA. - masih boleh digunakan jika tangki pecah Atomizer ialah sumbu dan gegelung dalam peranti vape yang digunakan untuk memanaskan e-cecair untuk menghasilkan wap. Sumbu yang biasanya diperbuat daripada kapas menarik masuk e-cecair dari tangki dan ke gegelung. Atomizer Rajah 1 Jenis-jenis Atomizer


Mod Bateri Sumber tenaga yang digunakan oleh vape untuk memanaskan cecair berasal daripada bateri. Bateri yang digunakan ialah bateri boleh dicas semula khas. Mod ialah badan atau bahagian utama vape, yang mengandungi bateri bersama litar elektrik yang digunakan untuk menyalurkan arus ke dalam atomizer. Terdapat dua jenis mod vape iaitu mod elektrik yang mempunyai komponen elektrik dalam bentuk cip dan mod mekanikal yang tidak mempunyai komponen elektrik.


Cecair Vape Cecair Vape Vegetable Glycerine (VG) VG adalah cecair yang digunakan dalam vape. Keburukannya mungkin penghasilan aerosol yang mengandungi bahan berbahaya. Propylene Glycol (PG) PG adalah cecair yang digunakan dalam vape. Keburukannya mungkin menyebabkan iritasi pada sesetengah individu. Perasa (Flavour) Perasa (Flavour) dalam vape adalah bahan yang memberikan rasa pada cecair vape. Keburukannya mungkin menyebabkan alahan atau reaksi negatif. Nikotin Nikotin dalam vape adalah bahan adiktif yang boleh menyebabkan ketergantungan dan masalah kesihatan fizikal dan mental. Rajah 2 Cecair-cecair yang terkandung dalam vape Vape mengandungi cecair yang apabila dipanaskan akan menghasilkan wap. Terdapat 4 bahan yang terdapat dalam cecair vape yang disenaraikan seperti yang bawah.


1. Vape dapat menurunkan sistem imunisasi badan. 2. Cecair vape mengandungi paras nikotin yang tinggi yang boleh mengakibatkan kematian. 3. Cecair vape juga mengandungi pelbagai perisa merbahaya dan menunjukkan sitotoksisiti (cecair yang mampu membunuh sel paru-paru, otak dan lapisan kulit) yang tinggi. 4. Menyebabkan penyakit kanser dan asma. 5. Kegagalan pernafasan. 6. Irigasi mata, tekak dan saluran pernafasan. 7. Gangguan pada usus dan perut. 8. Mudah meletup kerana cepat panas. 9. Mudah menyebabkan ketagihan. 10.Pernafasan yang berbau. 11.Keluarga terdedah kepada asap rokok, lazimnya mereka akan lebih mudah jatuh sakit. 12.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok lebih mudah mendapat jangkitan telinga, lelah dan jangkitan paru-paru. 13.Pembaziran wang berlaku kerana pembelian rokok dan biaya kos rawatan akibat merokok. 14.Boleh membawa kepada masalah psikologi seperti kemurungan, tekanan dan kebimbangan. Penggunaan Vape adalah amat bahaya. Ia mendatangkan banyak kesan buruk kepada pelbagai pihak. Terhadap pengguna vape sendiri


1. Kenaikan penggunaan vape dikaitkan dengan peningkatan masalah kesihatan masyarakat. 2. Kemungkinan remaja bermula menggunakan vape dan berisiko menjadi perokok biasa. 3. Membebani sistem kesihatan dengan meningkatkan kes perubatan yang berkaitan dengan vape. 4. Pengurangan pendapatan kerajaan daripada penjualan rokok tradisional yang berkurangan. 5. Kemungkinan kenaikan kos perubatan bagi mereka yang mengalami kesan negatif vape. 6. Kemungkinan peningkatan pekerjaan di sektor perubatan untuk menangani kesan vape. 7. Kontroversi dan perbahasan politik mengenai regulasi vape. 8. Penggunaan vape dalam tempat awam mencetuskan isu kesihatan dan kebersihan. 9. Pengurangan kualiti udara dan pencemaran yang berkaitan dengan pembuangan vape. 10.Rasa kebimbangan masyarakat mengenai potensi bahaya penggunaan vape pada kanakkanak. Terhadap Masyarakat dan Negara


Sebab mengapa berhenti vaping. Mengenal pasti tujuan anda berhenti vaping merupakan satu cara terbaik untuk individu yang berkeinginan berhenti daripada tabiat ini. Berdasarkan kajian, antara tujuan yang sering diberikan oleh individu yang ingin berhenti adalah disebabkan faktor kesihatan dan juga ingin bebas daripada ketagihan. Kenal pasti sokongan individu.Walaupun anda merupakan individu yang ingin berhenti menghisap vape, ia tidak bermakna anda perlu melakukannya secara sendiri. Anda boleh mendapatkan sokongan daripada individu yang boleh memberikan anda semangat untuk berhenti seperti rakan baik, ahli keluarga atau mungkin pakar kaunseling. Mengendalikan tekanan.Sama seperti rokok, vape sering digunakan sebagai pilihan untuk meredakan tekanan. Walau bagaimanapun, nampaknya ia bukanlah satu pilihan yang baik kerana ia menyebabkan anda ketagih. Jadi ini bermakna untuk menghentikan ketagihan vape, anda perlu mencari jalan penyelesaian lain untuk membantu menghilangkan tekanan anda.


Cuba katakan tidak.Anda mungkin dalam usaha untuk menghentikan tabiat vape anda tetapi pastinya anda masih mempunyai rakan atau ahli keluarga yang masih mengamalkan tabiat tersebut. Sudah tentu, ketika berkumpul bersama, mereka akan mengajak anda untuk vaping. Di sini anda perlu belajar untuk mengatakan TIDAK. Singkirkan alatan vape. Bagaimana untuk menghentikan ketagihan vaping anda jika alatan vape masih berada berdekatan anda? Sudah tentu membuang segala peralatan berkaitan vape. Terapi gantian nikotin (NRT) adalah untuk membantu individu yang ingin berhenti dengan cara menguruskan gian ataupun sindrom putus ubat (withdrawal) mereka. NRT berupaya untuk menghasilkan kesan tersebut dengan membekalkan nikotin pada dos yang rendah ke dalam badan individu yang ingin berhenti.Antara contoh bentuk NRT berbeza adalah tampalan kulit nikotin, gula-gula getah, lozeng, tablet bawah lidah (sublingual), alat sedut dan juga semburan.


Kesimpulannya, penggunaan vape adalah sangat bahaya kerana mendatangkan kesan buruk kepada remaja, negara dan alam sekitar. Struktur dalam vape seperti nikotin amat memudaratkan kesihatan remaja. Pembelian vape yang agak mahal menjejaskan ekonomi negara untuk tiada sebarang kegunaan. Asap yang dilepaskan oleh vape turut menyebabkan pencemaran alam sekitar. Justeru itu, setiap pihak haruslah memberikan inisiatif falam mengurangkan penggunaan vape demi kualiti hidup masyarakat, kestabilan ekonomi negara dan kelestarian alam sekitar.


Click to View FlipBook Version