The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asadzahari, 2019-10-27 03:20:53

MINIT MESYUARAT 2 2019

MINIT MESYUARAT 2 2019

TERHAD

MINIT MESYUARAT MAJLIS GURU BESAR
ZON SELAMA

BIL. MESYUARAT : 2 TAHUN 2019

TARIKH / HARI : 23 OKTOBER / RABU

MASA : 12.00 PAGI

TEMPAT : PUSAT KEGIATAN GURU SELAMA

Hadir :

1. Guru Besar SK Sri Selama
(Tn. Haji Zainal Arif B. Sudin)

2. Guru Besar SK Sungai Dendang
(En. Mahadhir B. Mohamad)

3. Guru Besar SK Ulu Mengkuang
(Pn. Rosnah B. Bakar)

4. Guru Besar SK Banggol Jas
(Pn. Siti Norhaiza Bt. Othman )

5. Guru Besar SK Toh Rakna Sakti
(Tn. Haji As’ad b. Haji Mohd Zahari)

6. Guru Besar SJKT Selama
(Pn Kalaivani a/p Perumal)

7. Guru Besar Sk Bukit Bertam
(Pn. Puteh Bt. Meh)

8. Guru Besar SK Selama
(Pn. Hajah Mardiah Bt. Wahab)

9. Guru Besar SK Tebing Tinggi
(En. Mohd Fauzi B. Abdul Hamid)

10. Guru Besar SJK ( T ) Holyrood
(Pn. Josepine a/p Raipen)

MESYUARAT MGB ZON SELAMA BIL 2/2019 1

TERHAD

TERHAD

11. Guru Besar SK Sungai Siputeh
(En. Hairul B. Muhamad )

12. Wakil Guru Besar SJK ( T ) Ladang Malaya
(Pn. Retna Kumari a/p Muniandi)

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Kata Alu-aluan

1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih
kepada semua yang hadir.

1.2 Pengerusi memaklumkan tujuan mesyuarat untuk membincangkan
dapatan daripada mesyuarat MGB Daerah pada 22 Oktober.

1.3 Pengerusi merakamkan ucapan tahniah kepada sekolah-sekolah
dalam zon Selama yang mencapai kejayaan dalam bidang Kokurikulum,
HEM & Ko-akademik.

1.3 Pengerusi memohon maaf kerana sukar untuk mengadakan
mesyuarat lebih kerap kerana kekangan kerja yang banyak dan
mesyuarat pada hari ini secara “ad-hoc”.

1.4 Pengerusi memaklumkan bahawa kewangan MGB Daerah adalah
kurang dan sukar untuk menampung semua aktiviti daerah.

1.5 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua ahli kerana
menjelaskan bayaran yuran tahunan dan merupakan antara zon dalam
LMS yang tidak mempunyai tunggakan.

1.6 Pengerusi memaklumkan bahawa permohonan bersara awal telah
diluluskan pada 01 Jan 2020.

1.7 Pengerusi mengingatkan semua ahli akan amanat tuan pengarah JPN
perak agar semua sekolah mendokumenkan kejayaan sekolah dalam
setiap bidang yang beroleh kejayaan untuk rujukan dan simpanan
sekolah.

Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2

MESYUARAT MGB ZON SELAMA BIL 2/2019 TERHAD

TERHAD

Setiausaha MGB Selama membentangkan minit mesyuarat MGB Selama Bil
1/2019 dalam bentuk softcopy ( Anyflip dalam telegram MGB ) . Semua ahli boleh
membuka minit melalui telegran MGB

Makluman
3. MESYUARAT AGONG MGB DAERAH LMS

3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Jawatankuasa MGB Daerah
memutuskan menyuarat agong MGB Daerah akan dilaksanakan di Taiping
sahaja kerana kekangan kewangan.

3.2 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat agong MGB Daerah LMS akan

dijalankan mengikut ketentuan berikut.

Tarikh : 12 November 2019 / Selasa

Masa : 8.00 pg

Tempat : Novotel Taiping

Bayaran : RM68 seorang

3.2 Jawatankuasa MGB daerah akan menampung RM18.00 daripada bayaran
penuh dan sebanyak RM50.00 perlu dibayar oleh setiap guru besar untuk
menampung kos mesyuarat.

3.3 Semua Guru besar diminta menyerahkan bayaran sebanyak RM50.00
kepada bendahari zon sebelum akhir bulan Oktober bagi memudahkan
bendahari zon membuat bayaran kepada bendahari MGB daerah.

3.4 Pengerusi memaklumkan bahawa cadangan asal mensyuarat agong dan
konvensyen MGB LMS akan diadakan di luar negara namun kelulusan
daripada tuan pengarah sukar diperolehi memandangkan situasi semasa.

3.5 Pengerusi memaklumkan bahawa MGB zon Selama dipertanggungjawabkan
untuk pengedaran cenderamata semasa mesyuarat kerana urusan
pembelian dan pemilihan cenderamata telah diuruskan oleh setiausaha MGB
daerah.

Semua Guru Besar

4. HAL-HAL LAIN
4.1 Pn. Puteh bt. Meh
4.1.1 Pn. Puteh memaklumkan batik MGB Selama telah ditempah kainnya dan
akan diserahkan kepada semua ahli bila pesanan sampai.

MESYUARAT MGB ZON SELAMA BIL 2/2019 3

TERHAD

TERHAD

4.1.2 Pn. Puteh meminta persetujuan semua ahli untuk menggunakan lebihan
kewangan daripada beberapa program MGB untuk membiayai pesanan
batik.
Semua ahli bersetuju dan meminta agar satu reka letak corak yang sama
untuk semua baju bagi menggambarkan keseragaman MBG Selama.

4.1.3 Pn. Puteh memaklumkan bahawa jamuan akhir tahun akan diadakan
serantak dengan majlis persaraan Pengerusi MGB zon Selama dan akan
dibincangkan kemudian.

4.1.4 Pn. Puteh memaklumkan bahawa untuk tahun 2019 3 program MGB
berjaya dilaksanakan untuk semua ahli dan murid-murid zon selama iaitu:
i. Teknik menjawab UPSR
ii. Lawatan Penandaarasan KL – Melaka
iii. Ladap PBD

4.1.5 Pn. Puteh mengucapkan terima kasih kepada semua ahli atas kerjasama
yang baik sepanjang tahun 2019 dan berharap semangat ini diteruskan
untuk tahun-tahun seterusnya.

4.2. Pn. Siti Norhaiza Bt Osman
4.2.1 Pn. Siti Norhaiza mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kejayaan

lawatan penandaarasan KL-Melaka dan memaklumkan hubungan dengan
sekolah berkenaan masih diteruskan sehingga kini.

4.2.2. Pn. Siti Norhaiza memohon penjelasan bagaimana hendak meminjam set
robotik sumbangan bekas YB Selama.
Respon daripada Pn. Hajah Mardiah bahawa semua set robotik berada
dalam simpanan sekolah kelompok dan akan dikutip semula untuk tujuan
peminjaman tersebut.

4.2.3 Pn. Siti Norhaiza juga menyatakan akan mengusahakan satu lawatan ke
luar negara pada tahun 2020 bagi menggantikan kegagalan lawatan
untuk ke luar negara pada tahun 2019 dan memohon semua ahli bersedia
lebih awal.

4.3.4 Pn. Siti Norhaiza mencadangkan satu kursus atau bengkel bagi
meningkatkan keupayaan semua penolong kanan zon selama diadakan
kerana ada penolong kanan yang agak kurang mahir dengan tugas dan
tanggungjawab yang dipikul.

MESYUARAT MGB ZON SELAMA BIL 2/2019 4

TERHAD

TERHAD

Setiausaha MGB zon akan berhubung dengan Kaunselor daerah bagi
menyusun satu bengkel pengupayaan penolong kanan zon Selama.

4.4. En. Hairul bin Muhamad
4.4.1 En. Hairul bin Muhamad mengucapkan terima kasih di atas kepimpinan

pengerusi sepanjang menerajui MGB Selama.
4.4.2 En. Hairul bin Muhamad mencadangkan Pn. Puteh kekal menjadi

bendahari MGB selama di atas pengurusan kewangan yang baik.
4.4.3 En. Hairul bin Muhamad mengucapkan terima kasih di atas sokongan

sesama guru besar dalam semua aktiviti yang dilaksanakan oleh sekolah
dalam zon Selama.

4.5. En. Mohd Fauzi bin Abd Hamid
4.5.1 En. Mohd Fauzi bin Abd Hamid menjemput semua ahli hadir ke sekolah

Tebing tinggi pada 26 Oktober 2019 sempena sambutan 100 tahun sekolah
yang akan dirasmikan oleh Menteri di jabatan Perdana Menteri dan mohon
diwar-warkan kepada semua warga sekolah masing-masing.

4.5.2 En. Mohd Fauzi bin Abd Hamid memaklumkan jamuan rakyat disediakan
sepanjang hari sambutan dan mohon semua jemputan merujuk tantatif
yang telah diedarkan ke semua sekolah.

4.6. En. Mahadhir bin Mohamad
4.6.1 En. Mahadhir bin Mohamad memjemput semua ahli ke ihtifar JQAF pada

31 Oktober di SK Sungai Dendang.

4.6.2 En. Mahadhir bin Mohamad memohon semua ahli memaklumkan kepada
semua guru pengiring bahawa makanan disediakan oleh penganjur untuk
semua yang hadir pada majlis tersebut.

4.6.3 En. Mahadhir memaklumkan bahawa terdapat guru yang mahir ICT mampu
untuk akses Telegram MGB dan mengetahui semua maklumat dan isu
yang dibincangkan dan memohon agar perkara ini dipanjangkan ke pihak
yang berkenaan.

4.7 Setiausaha memaklumkan mendapat aduan dari guru dalam zon selama
bahawa terdapat antara penolong kanan sekolah yang tidak sehati dan sejiwa
dan membawa kepada perasaan tidak puas hati sesama sendiri. Mohon semua
ahli untuk memantau dan memastikan ia tidak memjejaskan nama baik sekolah
dan zon selama.

MESYUARAT MGB ZON SELAMA BIL 2/2019 5

TERHAD

TERHAD

4.8 Setiausaha memaklumkan bahawa mengikut maklumat mesyuarat MGB
daerah perlantikan pengerusi MGB zon dibuat oleh pihak PPD dan bukan
berdasarkan sekolah pusat. Semua ahli layak dan boleh dilantik menjadi
pengerusi.

4.9 Setiausaha meminta agar semua ahli MGB Selama tidak memberi respon
kepada mana mana ucapan dalam Telegram rasmi GB PPDLMS . Wakil MGB
zon akan memberikan satu ucapan sahaja mewakili semua ahli. Namun jika ingin
memberikan ucapan boleh terus gunakan saluran “personel Message”.

4.10 Pengerusi mencadangkan agar zon Selama mengusulkan dalam mesyuarat
MGB Daerah tatacara ucapan dalam Telegram rasmi GB PPDLMS bagi
mengelakkan keciciran maklumat yang sepatutnya.

Makluman

PENUTUP

5. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama semua rakan guru

besar dalam memberikan pandangan dan buah fikiran sepanjang mesyuarat
berlangsung dan berharap agak semangat ini kekal demi memastikan

kecemerlangan zon Selama

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.42 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :
…………………tt………………. …………tt……………………….

(Haji As’ad bin Mohd Zahari ) ( Haji Zainal Arif bin Sudin)
Setiausaha Yang Dipertua
MGB Zon Selama MGB Zon Selama

MESYUARAT MGB ZON SELAMA BIL 2/2019 6

TERHAD


Click to View FlipBook Version