The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asadzahari, 2019-10-22 19:10:12

Minit mesyuarat MGB Bil 1/2019

MINIT MESYUARAT 1 2019

TERHAD

MINIT MESYUARAT MAJLIS GURU BESAR
ZON SELAMA

BIL. MESYUARAT : 1 TAHUN 2019

TARIKH / HARI : 10 MEI / JUMAAT
MASA : 2.45 PAGI – 5.00 Petang

TEMPAT : PUSAT KEGIATAN GURU SELAMA

Hadir :

1. Guru Besar SK Sri Selama
(En Zainal Arif B. Sudin)

2. Guru Besar SK Sungai Dendang
(En. Mahadhir B. Mohamad)

3. Guru Besar SK Rantau Panjang
(En Shamsudin B. Ibrahim)

4. Guru Besar SK Ulu Mengkuang
(Pn. Rosnah B. Bakar)

5. Guru Besar SK Banggol Jas
(Pn. Siti Norhaiza Bt. Othman )

6. Guru Besar SK Sungai Bayor
(En Shamshul Kamar B. Bistamam)

7. Guru Besar SK Toh Rakna Sakti
(Hj. As’ad b. HJ. Mohd Zahari)

8. Guru Besar SK Sultan Idris II
(En Othman B. Yahaya)

9. Guru Besar Sk Bukit Bertam
(Pn. Puteh Bt. Meh)

10. Guru Besar SK Selama
(Pn. Mardiah Bt. Wahab)

MESYUARAT MGB ZON SELAMA BIL 1/2019 1

TERHAD

TERHAD

11. Guru Besar SK Tebing Tinggi
(En. Mohd Fauzi B. Abdul Hamid)

12. Guru Besar SJK ( C ) Chi Seng 1
(En. Khoo Lee Hwa)

13. Guru Besar SJK ( C ) Chi Seng 2
(Pn Lee Lim Cheng)

14. Wakil Guru Besar SJK ( T ) Holyrood
(Cik Yuvaneswary a/p Thambiraja)

15. Guru Besar SJK ( T ) Ladang Malaya
(Pn. I.Santhanamary a/p Isaac)

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Kata Alu-aluan

1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih
kepada semua yang hadir.

1.2 Pengerusi memaklumkan tujuan mesyuarat untuk membincangkan
aktiviti MGB zon bagi tahun 2019.

1.3 Pengerusi merakamkan ucapan tahniah kepada sekolah-sekolah
dalam zon Selama yang mencapai kejayaan dalam bidang Kokurikulum,
HEM & Ko-akademik.

1.3 Pesanan daripada Tuan Ketua PPD sempena lawatan ke SK Selama.

1.3.1. Pencalonan APC pada yang layak & tiada tindakan tatatertib
sebelumnya.

1.3.2 Patuhi semua prosedur kewangan

1.3.4 Ambil berat sebarang aduan dan selesaikan dengan cara semua
pihak menang.

1.4 Pengerusi memaklumkan bahawa Zon Selama bakal kehilangan
sebuah sekolah iaitu SJKT Ladang Holyrood kerana geran sekolah

MESYUARAT MGB ZON SELAMA BIL 1/2019 2

TERHAD

TERHAD

tersebut akan berpindah ke tempat dan sekolah baharu di bawah zon
Simpang.

Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Setiausaha MGB Selama membentangkan minit mesyuarat MGB Selama dalam
bentuk softcopy ( Anyflip dalam telegram MGB ) untuk penerimaan dan
pengesahan.
En. Samsudin Bin Ibrahim mencadangkan minit mesyuarat diterima dengan
sedikat pindaan pada mukasurat 2,3 & 4.
En. Mohd Fauzi Bin Abdul Hamid menyokong cadangan tersebut.

Makluman

2. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

2.1 Pn. Siti Norhaiza memaklumkan sesi fotografi yang dicadangkan pada

perkara 1.5 Hal-hal lain tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan masa. Sesi

tersebut akan dilaksanakan pada tahun 2019. Mesyuarat bersetuju untuk

mengadakan sesi tersebut bersama Majlis sambutan hari raya dan Majlis

meraikan persaraan Tuan PPD dan Timbalan PPD pada ketentuan berikut.

Tarikh : 14 Jun 2019

Masa : 9.00 pagi

Vanue : Rumah rehat Selama.

Tindakan : Pn. Puteh & S/U

3. PROGRAM TEKNIK MENJAWAB UPSR

3.1 Pn. Puteh bt. Meh membentangkan program pertama MGB zon Selama iaitu

Teknik menjawab UPSR mengikut ketentuan berikut.

Tarikh : 28 Jun / Jumaat ( 3.00 ptg )

Masa : 29 Jun / Sabtu ( 8.00 pg )

Tempat : SK Bukit Bertam

Bayaran : RM18 seorang murid

Subjek :Matematik, B.Inggeris & Sains

3.2 Penceramah luar akan dijemput bagi memberi kelainan kepada pelajar dan

telah mendapat pengesahan daripada penceramah sendiri.

Bahasa Inggeris = En. Hafaz

Matematik = Pn. Zuraida

Sains = En. Ahmad Muhammad Arifin

Bayaran untuk setiap penceramah adalah sebanyak RM200.00

MESYUARAT MGB ZON SELAMA BIL 1/2019 3

TERHAD

TERHAD

3.3 Jumlah peserta adalah berdasarkan peratus calon setiap sekolah dalam
jumlah besar calon zon Selama.

Semua Guru Besar

4. HAL-HAL LAIN
4.1. Pn. Puteh mengingatkan rakan Guru besar agar sentiasa merujuk
peraturan, SOP dan pekeliling dalam menjalankan sebarang aktiviti bagi
mengelakkan aduan dan surat layang seperti yang telah beliau alami.

4.2. Pn. Norhaiza Bt Osman memohon maaf di atas kegagalan lawatan
penandaarasan ke Thailand seperti yang dirancang kerana hanya 19 peserta
sahaja yang mendaftar untuk mengikuti lawatan tersebut. Tahun 2019 lawatan
penandaarasan akan diadakan pada 1, 2 & 3 Julai di Melaka dan Kuala Lumpur.
Butiran mengenai lawatan akan dimaklumkan dalam Telegram MGB Selama.

4.3. Pn. Mardiah Bt. Wahab memaklumkan menerima penyata bank bagi panitia
Bahasa Inggeris Zon Selama yang berjumlah melebihi RM1000. Beliau meminta
pandangan mesyuarat berkaitan perkara tersebut.

4.3.1 Mesyuarat bersetuju agar Pn. Mardiah dan Pn. Rosnah selaku
Pengerusi Bahasa Inggeris Zon Selama berurusan dengan pihak bank bagi
menyelesaikan berkaitan akaun tersebut.

4.4. Pn. Siti Norhaiza mencadangkan agar diadakan satu majlis pada setiap
hujung tahun untuk memaparkan semua kejayaan yang dicapai oleh sekolah-
sekolah dalam zon Selama.
.
4.5. Setiausaha mencadangkan agar semua sekolah membuat “booklet” catatan
kejayaan sekolah seperti contoh yang diberikan oleh kaunselor PPD untuk
simpanan sekolah. Disamping itu semua sekolah boleh membuat catatan
sebarang kejayaan tahun 2019 dalam dokumen Telegram untuk simpanan MGB
sekitanya ada perkara berbangkit yang perlukan data untuk diketengahkan.

4.6. Pn. Santhanamary memaklumkan bahawa sekolahnya telah dilawati oleh
Jemaah Nazir yang telah membuat pemeriksaan berkaitan perkara di bawah.

1. PdPc guru dan Pentadbir
ii. PAK 21
iii. Unsur KBAT dalam PdPc
iv. Pemeriksaan Buku Latihan
v. Pembetulan kesalahan murid

MESYUARAT MGB ZON SELAMA BIL 1/2019 4

TERHAD

TERHAD

Pn. Santhanamary juga merakankan terima kasih kepada semua rakan guru
besar di atas kerjasama selama satu tahun setengah bertugas di SJKT Ladang
Holyrood dan memaklumkan telah mendapat surat pertukaran ke zon Terong
mulai awal Mei.

4.7. Pn. Siti Norhaiza memohon doa dari rakan guru besar di atas pemilihan
sekolah rintis TS25 bagi zon Selama. SISC+ dan SIP+ telah melakukan lawatan
untuk melihat perkembangan fasa 1 dalam persediaan sekolah menghadapi dan
menyiapkan semua dokumen dan keperluan sekolah TS25. Sebarang
pandangan dan maklumat berkaitan TS25 boleh beliau kongsikan untuk
kebaikan semua sekolah dalam zon Selama.

4.8 Pn. Lee Lim Cheng memaklumkan bahawa pelajar SJKC Chi Seng 2 ada
menempa kejayaan dalam program inovasi peringkat kebangsaan. Kejayaan ini
telah diraih selama beberapa tahun berkat usaha guru dengan kerjasama ibu
bapa. Pelajar sekolah ini telah berjaya mendapat pingat emas, perak dan gangsa
dari UUM, UTMH & UM untuk program inovasi yang disertai.

4.9 En. Mohd Fauzi memaklumkan bahawa sekolahnya dilawati oleh Tn. Syed
Musa dari unit Jaminan Kualiti JPN Perak dan meminta semua sekolah yang
menghadapi masalah dengan kontraktor kebersihan agar jangan memberikan
markah tinggi untuk mengelakkan ketidakselarasan kualiti dengan perkhidmatan
yang diberikan. Buat catatan dan laporan sebagai langkah berjaga-jaga.

4.10 Pn. Puteh memaklumkan bahawa jumlah yuran terkumpul yang berakhir
pada 10 Mei 2019 adalah sebanyak RM1115.00. Penyata kewangan lengkap
akan keluarkan dalam mesyuarat seterusnya.

4.11 Setiausaha mencadangkan agar guru besar baharu yang dilantik membayar
yuran penuh jika perlantikan dibuat sebelum bulan Ogos. Manakala bagi
perlantikan selepas bulan Ogos yuran bagi tahun tersebut dibayar berdasarkan
baki bulan dalam tahun tersebut sahaja.

4.11.1 Mesyuarat bersetuju sebulat suara dengan cadangan tersebut
.
4.12 Pn. Puteh memaklumkan bahawa untuk majlis sambutan hari raya dan
meraikan persaraan Tuan PPD dan Timbalan PPD satu kutipan akan dibuat
berdasarkan jumlah perbelanjaan yang akan diperlukan selepas semua urusan
berkaitan di majlis diuruskan.

Makluman

MESYUARAT MGB ZON SELAMA BIL 1/2019 5

TERHAD

TERHAD

PENUTUP

5. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama semua rakan guru
besar dalam memberikan pandangan dan buah fikiran sepanjang mesyuarat
berlangsung dan berharap agak semangat ini kekal demi memastikan kecemerlangan
zon Selama
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.42 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………tt………………. …………tt……………………….

(Haji As’ad bin Mohd Zahari ) ( Zainal Arif bin Sudin)
Setiausaha Yang Dipertua
MGB Zon Selama MGB Zon Selama

MESYUARAT MGB ZON SELAMA BIL 1/2019 6

TERHAD


Click to View FlipBook Version